23 December, 2007

karikatur rasulullah di wikipedia??

In Islam pictures or Prophet Muhammad (PBUH) and other holly figures are not allowed, but on wikipedia they has published some pictures that are showing not only a body with white face but an image that has a complete face.. that is even not allowed by SHITAT fact of Islam.

I request all my brothers and sisters to sign this petition so we can tell wikipedia to remove them


http://en.wikipedia.org/wiki/Muhammad

specially this image

http://en.wikipedia.org/wiki/Image:Maome.jpg


I think after viewing this response wikipedia will take some actions to change its stance about pictures of Muhammad (PBUH).


Please take a moment to read about this important issue, and join me in signing the petition. It takes just 30 seconds, but can truly make a difference. We are trying to reach 10,000 signatures

please sign here: http://www.thepetitionsite.com/takeaction/177774413


Once you have signed, you can help even more by asking your friends and family to sign as well.

Remember, one day we'll be asked by Allah about what we did to help our religion.. this is the moment you should not take for granted..

Thank you!

08 December, 2007

10 puteri tak dilindungi bulan

Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
Satu kena rogol beramai-ramai
Tinggal lagi Sembilan.


"Apa pasal kamu semua tinggalkan dia seorang diri ? Tidak ajak dia balik dengan kamu semua ?"

"Kami tidak larat hendak tunggu dia lagi, makcik. Dia asyik duduk bercakap-cakap, gelak-ketawa dengan orang-orang lelaki ... tiga empat orang …"

"Dia yang suruh kami jalan dulu, makcik. Dia kata akan ikut kami kemudian. Kami ingat dia ikut di belakang kami."

"Kamu semua memang tidak boleh harap! Bila mahu pergi..pandai pula ajak pergi beramai-ramai. Bila balik, tinggalkan anak aku seorang diri."

"Sudahlah mamanya. Jangan marahkan anak orang. Kita yang benarkan dia ikut pergi. Kalau kita tidak benarkan lainlah cerita."

"Sekarang sudah jadi macam ni, nanti siapa yang pelahap mahu kahwin dengan dia ? Jantan mana yang pelahap buat bini ?"

"Cepatlah. Kita kena buat report polis segera. Kita kena bawa dia ke hospital … Heh, kamu kenalkah budak-budak jantan yang buat kamu itu ?"

"Kenal … abah …"

"Berapa orang ?"

"Empat …"

"Kamu tahu nama-nama dia ? Tempat tinggal dia ?"

"Seorang saja … yang lain tidak tahu."

"Sudahlah abahnya! Mari cepat buat report ! "

"Huuuuu … dahsyat betul makcik tu. Anak dia yang gatal, miang macam ulat bulu bila tengok jantan, kita pula yang disalahkan! "

"Makcik tu tak nampakkah pakaian anak dia tu … sudahlah pakai skirt pendek nampak seluar dalam, pakai pula baju pendek dedah perut, tayang belakang. Bukan ada lengan baju, pakai tali sangkut di leher saja macam baju dalam!"

"Baju kita ini pun nampak pusat juga!"

"Sekurang-kurangnya kita pakai seluar jean. Pakai tudung. Nampak pusat pun tak berapa sangat."

9 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta seks - video lucah di apartmen
Satu sempat dicekup pencegah maksiat
Tinggal lagi lapan
.


"Hah! Padan muka si Saman tu … megah sangat anak perempuan dapat bekerja di kota! Jaja serata kampung anak jadi pegawai!"

"Pegawai kilang video lucah! Elok-elok duduk tolong ibu bapa buka kedai, mahu pergi cari kerja di kota. Konon mahu makan gaji."

"Aku hairan macam mana budak-budak tu boleh jadi tak waras macam tu …. Tidak ada rasa malu aibkah buat kerja begitu! Ramai-ramai pulak tu, bukan seorang-seorang."

"Nak malu, nak aib ni, kalau ada ilmu agama. Kalau tidak ada ilmu agama, nak rasa malu nak rasa aib apa! Setakat Melayu setakat Islam saja tak jadi apa! Setan-Iblis jadi raja!!!"

"Agaknya emak bapak dia orang tu tidak peduli hukum agama.…"

"Janganlah salahkan emak bapak saja. Mereka kena cari belanja nak tanggung keluarga. Masakan ada masa hendak awasi anak-anak dua puluh empat jam ! Anak-anak yang sudah besar panjang, sepatutnya tahulah bawa diri. Ini tidak. Setiap hari duduk keliling dengan video lucah di mana-mana. Tv pun dua kali lima juga. Dua puluh empat jam duduk tayang benda-benda yang merasuk fikiran orang muda. Lepas itu duduk buat konsert pula sana-sini setiap masa. Mana ibu bapak terdaya hendak kawal semuanya!"

8 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Pergi ke konsert Jom Heboh
Satu hilang ikut jantan
Tinggal lagi tujuh.


"Macam mana ayahnya! Sudah lima hari dia tak balik-balik … saya runsing sangat!"

"Hendak buat macam mana lagi. Kita dah buat report polis. Sudah masuk surat khabar. Dah tanya serata keluarga, serata daerah. Dah tanya kawan-kawan dia. Nak buat macam mana lagi ! Nak pergi redah di mana lagi !"

"Esok saya nak pergi jumpa bomoh … tentu bomoh tahu. …"

"Jangan! Jangan buat kerja karut, tu. Silap haribulan, syirik …."

"Habis ?"

"Kita tunggu, kita tengok saja. Nanti kalau dia sedar langit itu tinggi, dia balik juga ke rumah."

7 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi GRO di Kelab Nilam
Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh
Tinggal lagi enam.


"Ya Tuhan ! Kenapalah mereka buat begini dengan anak aku! Dia seorang anak yang baik. Kuat kerja. Tiap bulan kirim duit ke rumah …bantu ibu bapa. Bantu adik-beradik sekolah! Sekarang siapa lagi yang akan bantu kami!"

"Dunia sekarang memang kejam, puan … anak yang begitu baik pun boleh dikerjakan sampai begitu. Berapa sebulan dia kirim duit kepada puan?"

"Selalunya lima ratus sebulan. Kalau dekat raya, dia kirim sampai seribu. Katanya untuk beli kain baju raya adik-adik …."

"Dia kerja apa di KL, tu?"

"Katanya pegawai eksekutif syarikat .…"

"Syarikat apa, puan?"

"Kalau tak silap syarikat import eksport … katanya pangsapuri tempat dia tinggal tu bosnya yang bayar … bosnya baik … selalu bagi bonus dua tiga bulan sekali."

"Oh?"

6 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta arak dan karaoke di kota
Satu terus jadi pelacur
Tinggal lagi lima.

"Hei anak bertuah! Kau tengok jam berapa sekarang baru pulang, hah?"

"Baru jam 3.00 pagi lebih sikit. Apa pasal ayah bising-bising tengah malam buta begini?"

"Kau cakap ! Kau buat apa di luar sana tu, hah?"

"Duduk-duduk sembang dengan kawan-kawan di rumah Anis. Tengok video … tak bolehkah? Masakan kena duduk terjelepuk di rumah dua puluh empat jam?"

"Sudahlah ayahnya. Budak tu baru balik. Penat. Biarkanlah dia berehat dulu. Esok bincanglah!"

"Awak pun satu. Suka sangat masuk sebelah anak. Entah dibuat apa-apa di luar tu. Nanti awak jangan pula hendak teriak-tangis! Awak tengok cara dia berpakaian, tu. Hari-hari tukar. Semua jenis yang mahal-mahal! Di mana dia kerobek duit membelinya? Awak tidak sedarkah? Itu, kereta yang dia bawa balik itu, kereta siapa?"

"Dia tu bekerja, bukan?"

"Kerja jadi pembantu kedai, masakan gajinya tiga empat ribu sebulan?"

5 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap
Tinggal lagi empat
.

"Yang Berhormat ! Tolonglah anak saya ! Dia tidak bersalah. Yang Berhormat tentu ada konteks dengan Pesuruhjaya Tinggi Jamaica! Tolonglah hubungi dia bagi pihak kami. Kami tidak tahu hendak buat apa lagi untuk membebaskan anak kami."

"Saya bukan tidak mahu tolong. Perkara ini bukan perkara kecil ! Lagipun dia ditahan di Jamaica... ada bukti kukuh dadah itu ada dalam beg pakaian dia."

"Saya sudah kata dia tidak bersalah. Dia kena aniaya teman lelaki dia. Kalau boleh bawa kes itu ke negara ini, bagaimana? Tidak bolehkah?"

"Saya minta maaflah. Saya sudah kata hal ini bukan dalam bidang kuasa saya. Kita nantilah tengok dulu."

4 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bercinta dengan Mat Hitam Uganda
Satu sudah murtad hendak kahwin
Tinggal lagi tiga.

"Kau ajak aku teman kau ke Jabatan Pendaftaran ini kenapa, Masni?"

"Aku nak tukar nama dalam mykad. Lepas tu minta kebenaran buang perkataan Islam sama!"

"Kenapa ? Eh! Kau pakai rantai salib, Masni? Itukan lambang agama Kristian ?"

"Memang aku sudah masuk Kristian! Dia yang bagi rantai ini. Nama aku sekarang, Madeline."

"Haaaaaaaa ??? Ya, Allah ! Masni!!!"

Ya, lah. Aku hendak kahwin dengan dia. Dia tidak mahu masuk Islam. Jadi aku kenalah masuk agama dia, Kristian. Aku mahu buktikan kepada dia yang aku betul-betul cintakan dia. Sanggup seberangi lautan api! Sanggup minum racun tikus. Sanggup makan daging babi!"

"Astaghfirullah, Masni! Bagaimana dengan emak, ayah kau? Mereka tahukah?"

"Kalau mereka tahu pun bukan boleh buat apa-apa. Aku sudah lebih dua puluh dua tahun! Aku bukan jadi tanggungan mereka lagi!"

"Kau sudah habis fikirkah? Nanti teruklah emak ayah kau. Mana mereka hendak letak muka bila orang tahu anak mereka sudah murtad?"

"Aku cuma tukar agama saja. Aku bukan tukar ibu bapa! Mereka masih emak ayah aku. Lainlah kalau mereka tidak mahu aku jadi anak mereka lagi."

"Kalau mereka tidak mahu mengaku kau anak mereka bagaimana?"

"Tidak jadi apa-apa. Aku sudah ada dia. Orang yang paling aku cinta di dunia ini. Hendak buat apa lagi dengan orang lain!"

"Eh ! Eh ! Masni!!! Kau mahu belok ke mana, ni?"

"Aku terlajak. Simpang ke Jabatan Pendaftaran dah terlepas di belakang, tu.…"

Krrrrrrrreeeeeeeeooooookkkk!!! Bummmm!!!

"Woooiii ada kereta eksiden! Mari pergi tolong!"

"Wooohhh! Teruknya lori tu bagi! Sampai melayang pintu drebar!"

"Aku tengok kereta tu buat pusingan U, lori itu rempuh ! Tak sempat brake!"

"Ah, ada yang parah nampaknya … satu lagi nampak okey .…"

"Keluar dek ! Keluar dari kereta, boleh?"

"Bawa kawan saya keluar, dulu … saya okey. Saya boleh keluar sendiri."

"Mari kita angkat dia ramai-ramai … jaga kaki dia terkepit. Ah, dah patah. Pegang kepala. Oh, dahinya pecah. Hati-hati ! Ah, letak atas rumput di sini.…"

"Aaaarrrrgggg … aaarrrrgggg ….."

"Masni … Mas … Mas… mengucap … mengucap Mas .…"

"Aaarrrggg … aaarrrggg …."

"Mengucap Mas …ikut saya, mengucap ... Laaa ilaaa haillallah … Laaaa ilaaa haillallah .…"

"Laaaa … ilaaaa .…"

"Kata, Laaa ilaaa haillallah …Mas ! Kata, Laaa ila haillallah .…"

"Laaa … ilaaa …."

"Massss … sebut Laaa ilaaa haillallah, Massss ! Masss… sebut Laaa ilaaa haillallah.…"

"Dia sudah tidak ada lagi dek …"

"Masss …sebut Laaa ilaaa haillallah …Masss …sebut …"

"Dia dah tak ada, dek… dah tak ada lagi !"

"Ah, Mas … Mas … mengapa tidak sebut sampai habis, Masssss … Laaa ilaaa,

tidak ada Tuhan, Massss ! Tidak ada Tuhan … !"

"Sudah, dek ! Ada surat khabar dalam kereta, nak tutup dia ?"

"... Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." (Pimpinan al-Rahman, al-Baqarah ayat 217, hal.67)

"Menurut hukum faqeh, orang lelaki yang murtad boleh dihukum bunuh dan orang perempuan pula boleh dipenjarakan …" (Kamus Pengetahuan Islam, Haji Dasuki Ahmad, K/Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah, 1976, hal.238)

3 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Terjebak dengan kumpulan bohsia
Satu ditangkap bunuh bayinya
Tinggal lagi dua
.

"Itulah perempuan yang buang bayi dia dekat tong sampah hari itu. Padan muka sudah kena tangkap."

"Buat kerja pandai. Hendak bertanggungjawab tak pandai. Kalau bagi pada orang lain apa salahnya. Ini dibungkus dalam beg plastik sampah, buang dekat tong sampah …."

"Dia ingat dia bijak ! CCTV dekat tong sampah itu lagi bijak rakam gambar muka dia."

"Eloklah kalau Majlis Perbandaran boleh pasang CCTV pada semua tempat buang sampah. Nanti senang hendak tangkap orang yang buang bayi."

2 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu
Satu mati eksiden ketika lumba haram
Tinggal lagi satu.


"Aku hairan sungguh. Macam tidak ada kerja lain dalam dunia ini hendak dibuatnya selain daripada berlumba haram macam ni. Betina pulak tu ! "

"Nak hairan apa, sudah jadi tren orang sekarang. Jadi Mat Rempit, jadi Minah Rempit ini glamor, tau tak?"

"Menyusahkan kerja kita saja. Nak tangkap bukan main susah lagi. Bila kena tangkap, senang-senang dibebaskan. Padan bila sudah ditangkap kenakan hukuman yang berat, jel sampai sepuluh tahun baru dia tahu! Setakat tahan lesen saja, jadi apa!"

"Buat semak dalam jel saja. Aku kata hantar ke pulau. Suruh duduk di situ sampai ke tua. Jangan benarkan balik ke kampung halaman lagi. Hidup pun bukan boleh beri manfaat apa-apa. Buat malu muka saja. Kata Melayu tapi ikut cara hidup orang Amerika. Kata Islam, tapi tak tahu dosa pahala!"

1 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Sangat-sangat susah hati
Termenung-menung seorang diri
Bagai ayam mabuk tahi
Rasa hidup sunyi sepi
Berkurung dalam bilik setiap hari
Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini
Lalu terjun dari pangsapuri
Langsung diapun mati

"Janganlah kamu membunuh diri kamu /membunuh sesama orang Islam. Sesungguhnya Allah menyayangi kamu. Dan barangsiapa yang berbuat demikian secara menentang dan menganianyai diri, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka, dan hal yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (Pimpinan al-Rahman, an-Nisa, ayat 29-30, hal.155)

Tentang Cinta

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai suatu perkara yang patut dititik beratkan terutama pada golongan remaja..





ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA..

niat anda memang untuk berkahwin dengan 'si dia' demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.

ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA..

niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaaan semata-mata.

ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA..

sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang membawa kepada 'muqadimah' zina.

ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA..

masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan, menyentuh dan..dot..dot.

ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA..

sudah 'lepas' ilmu fardhu Ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda..atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.

ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA..

masih kandas ilmu fardhu Ain..mengaji al-Quran pun lintang -pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran..atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..

ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA..

sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam erti kata yang sebenar.

ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA..

mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat jarang-jarang, puasa kadang-kadang..aduhai!!





fikirlah dulu sebelum anda membuat sebarang keputusan. Semuanya terletak di tangan anda kerana andalah yang menentukan masa depan anda sendiri.

'SEORANG YANG SEDANG BERCINTA ADALAH SEPERTI PEMBURU, JIKA YANG DIBURUNYA MUDAH DIPEROLEHI, MAKA DIA TIDAK AKAN MEMPEDULIKAN HASIL BURUANNYA LAGI'

sumber dari buku 'Tentang Cinta' oleh Pahrol Mohd Juoi

03 November, 2007

jika aku sebutir mutiara..

Suatu masa dahulu, ada seorang pemuda berjalan-jalan di tepi pantai. Dengan tidak semena-mena, dia tersepak satu ketulan yang agak sederhana kecil lalu menyebabkan kakinya tercedera. Pemuda itu pun bergegas melihat sesuatu yang dilanggarnya itu tanpa mempedulikan kakinya. Rupanya, ia adalah sebiji tiram. Lalu pemuda itu pun cuba membelek-belek tiram itu. Walaupun luaran tiram itu agak kotor, pemuda itu ingin melihat apakah yang ada di dalamnya. Apabila dibukanya, terlihat satu kilauan mutiara yg sangat cantik yang menyilaukan mata setiap yang memandang. Pemuda itu terus membawa pulang mutiara itu. Dia mahu menjaga mutiara itu dengan sebaiknya.


Sudah sebulan mutiara itu berada di sisi pemuda itu. Pemuda itu tidak pernah lekang melihat mutiara yang tersangat cantik itu. Ke mana sahaja pemuda itu hendak pergi, dia akan menyimpan dengan baik. Lama-kelamaan, mutiara itu menjadi pudar. Pemuda itu berasa pelik dengan keadaan itu. Bermacam-macam cara digunakan pemuda itu untuk mengembalikan kilauan mutiara itu tetapi semuanya seperti hangat-hangat tahi ayam.
Suatu hari, si pemuda itu berfikir sejenak. Dalam fikirannya asyik memikirkan mengenai mutiara itu. Apakah patut pemuda itu untuk mengembalikan mutiara ke tempat asalnya ataupun membuang sahaja di tong sampah? Pemuda itu masih lagi berfikir dan terus berfikir. Setelah sekian lama dirasakan keputusannya itu adalah yang terbaik, dia mengembalikan semula mutiara ke tempat asalnya di tepi laut. Sekembalinya di rumah, dia berasa sangat tenang. Semua masalahnya selama ini telah selesai. Kini dia beranggapan segalanya yang berlaku itu adalah satu natijah buat dirinya untuk tidak mensia-siakan hidup hanya untuk sebutir mutiara.


Begitulah sinonimnya wanita dengan mutiara tadi. Luarannya agak kotor tapi di dalamnya sangat cantik. Sebolehnya, jangan biarkan diri kita dicemari seperti mutiara itu. Apabila sekali kita telah menjadi seperti mutiara itu dan kembali kepada tempat asal, carilah diri kita semula. Mungkin selama ini kita tidak perasan apa yang kita lakukan selama ini. Lalu Allah tunjukkan segala dosa-dosa kita di hadapan kita. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia tidak akan membiarkan kita keseorangan setelah hanyut dipukul ombak. Ketika menjadi milik lelaki, hanya pada mula sahaja dilihat sebagai suatu benda yang sangat cantik. Lama-kelamaan kita tidak akan dihargai. Dibuangnya kita kembali ke tempat asalnya.


Terima kasih kepada insan ini kerana pernah membuat diriku seperti mutiara itu. Kata-kataku ini bukannya untuk menyindirkan dirimu tetapi lumrah kehidupan kerana cinta manusia sentiasa bermusim. Sebenarnya ia merupakan satu natijah yang sangat besar buat diriku. Aku sangkakan awan mendung itu mungkin hujan akan turun tetapi aku silap. Rupanya Allah mahu berikan pelangi untukku.Terima kasih buat dirimu kerana berterus-terang. Mungkin pada mulanya aku sukar untuk menerima qada’ dan qadar Allah tetapi Alhamdulillah hidupku semakin ceria dan kembali kepada diriku yang asal. Biarlah segalanya berlalu. Tiada apa lagi yang perlu diungkitkan. Mungkin Allah mahu diriku diuji di saat-saat aku akan menduduki peperiksaan. Susah untuk mengungkapkan dengan kata-kata tetapi aku tersangatlah bersyukur dengan apa yang terjadi. Semua yang berlaku menjadikan aku lebih dewasa dan semakin berhati-hati. Buat dirimu, semoga engkau dianugerahkan mutiara yang sangat indah dan sukar dicari. Bukan seperti diriku yang hina ini. Anggaplah segala yang berlaku suatu tarbiah untuk diri kita.Wallahualam


Jumaat-2 November 2007, 1022pm

20 October, 2007

qalbi..

Hati..
Maafkan aku..
Atas dosa – dosa dan kesilapanku
membiarkan engkau ternoda
menghilangkan ketenanganmu
membiarkan engkau tersiksa
penuh kepedihan tanpa rasa bersalah

Hatiku..
Mengapa aku tidak dapat membezakan yg benar dan palsu
Kenapa hati??
Aku tahu jawapannya..
kerana aku telah mencampur adukkanmu dengan yang hak dan batil
minyak tidak boleh dicampurkan dengan air
demi kepentingan diri sendiri
Membiarkan engkau kuat bekerja tanpa henti

Oh hati..
Andai ini merupakan kesilapan yang paling besar dalam hidupku..
Kau maafkanlah aku..
Kau berikanlah aku peluang untuk membersihkanmu kembali
Dengan kalamullah dan zikrullah yang indah
Penuh tadabbur kepada Allah
Aku akan menyucikanmu..hati
Aku takkan biarkan engkau bercampur seperti dahulu
Cukuplah aku belajar dengan apa yang terjadi
Walaupun pahit untuk ditelan
Aku mesti kuat untuk melaluinya

Hatiku..
Aku takkan persiakanmu
Akan ku gunakan segala nikmat yang ada dengan sebaiknya
Kerana aku tahu
Akhlak yang baik datang dari hati yang baik

Hatiku..
Kini aku akui
Dengan mengingati Allah..hati kan menjadi tenang
Akan ku kembalikan ketenanganmu
Akan ku kembalikan kesucianmu itu
Menghayati kalamullah
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Hatiku..
Maafkanlah aku..
Kerana tidak menghargai kehadiranmu selama ini
Kau berikanlah peluang kepadaku kembali
Segala yang terjadi walaupun pahit untuk ditelan
Rupanya masih ada kemanisan disebaliknya..



Konklusinya, jagalah hati kita dengan sebaiknya. Jangan biarkan hati kita dikotori dengan perkara – perkara yang tidak berfaedah.Ubatilah hati yang pedih itu dengan kalamullah dan zikrullah. Anggaplah kesilapan semalam sebagai satu wadah untuk kita terus bangun dalam perjuangan. Ingatlah bahawa kita dilahirkan sebagai ansarullah – menegakkan yang hak dan meninggalkan yang batil. Jangan persiakan masa yang ada dengan menangisi dan meratapi kesilapan semalam kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hujan yang lebat itu digantikan dengan pelangi yang indah. Ingatlah bahawa Allah sentiasa mengingati kita walaupun kita melupakanNya. Semoga aku kembali tabah meneruskan liku – liku hidup ini. InsyaAllah..

20 October 2007, Saturday – 640am

08 September, 2007

Wahai Orang yang Mengeluh

Wahai orang yang mengeluh .
Padahal tiada penyakit yang menjangkitimu .
Bagaimana engkau bisa beraktiviti
Jika engkau sakit?
Sesungguhnya
Penjahat yang paling buruk di bumi
Adalah seseorang
Yang takut pergi sebelum berangkat .
Engkau hanya melihat duri pada bunga mawar
Tetapi engkau pejamkan mata
Hingga tidak melihat embun
Yang menghiasai bahagian atasnya.
Hidup ini memang sangat meletihkan
Bagi orang yang menganggapnya
Sebagai beban yang berat .
Orang yang tidak menghiasi dirinya
Dengan keindahan
Tidak bakal melihat di dunia ini
Sesuatu yang indah.
Maka nikmatilah kesegaran pagi hari
Selama engkau berada padanya .
Dan janganlah engkau takut kehilangannya
Sebelum lenyap sendiri .
Jika kepalamu
Dipenuhi oleh kesusahan ,
Jangan engkau fikirkan .
Agar tidak berpanjangan
Burung-burung yang di puncak pun ,
Mengetahui hakikatnya.
Maka sungguh tercela
Bila engkau
Masih tetap tidak memahaminya .
Mereka tidak peduli ,
Ladang itu milik siapa.
Selama mereka
Masih dapat bertenggek.
Dan bersarang padanya.




Puisi Ilya Abu Madi(seorang penyair Lubnan)

07 September, 2007

Salam Ramadhan


Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

'Selamat menjalani ibadah pd bulan ramadhan..rebutlah segala peluang yg ada..ramadhan hanya datang sekali setahun..rebutlah pada tahun ini..kite x tahu sm ada kite sempat atau tidak utk merasa ramadhan yg akan datang..mungkin ramadhan yang lepas kite x sempat utk menjalani ibadah sepenuhnya..apa kata kalau kite penuhkan ramadhan ini..semoga bulan ramadhan yg penuh barakah ini kita penuhi ibadah kite supaya menjadi lebih baik daripada bulan2 yg sebelumnya..insyaAllah'

07 August, 2007

Doa Sewaktu Bersujud dan Keistimewaannya

Sewaktu bersujud kita berada amat hampir dengan Allah SWT. Katakanlah apa sahaja hajat di dalam hati sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa di dalamnya.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan TuhanNya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."



Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW untuk diikuti. Satu daripada yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat iaitu,


"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."


Semoga dengan mengamalkan doa itu kita dapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya Baginda bersujud.


Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebutkan oleh Baginda dalam sabdanya yang bermaksud :

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat.

Mendengar itu para sahabat bertanya :

Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khlayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab Baginda :

"Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedangkan di dalamnya pula terdapat seekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat menjawab :

"Bahkan!"

Rasulullah menyambung :

"Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutamanya anggota wudhuk) putih berseri-seri oleh cahaya wudhuk!!


Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah bersabda yang bermaksud :

"Apabila Allah hendak melimpahkan rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud."


Begitulah Allah memuliakan hambaNya yang bersujud. Orang yang bersujud mendapat keistimewaanya apatah lagi di dalam sujud kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

06 August, 2007

My heart

Wahai hati ku,
cintailah yang lebih mencintai mu,
cintailah Dia yang tidak akan pernah melukai mu.

Wahai hati ku,
sedarkah dikau siapa yang menciptakan mu?
yang mula-mula mencambahkan cinta di dalam mu?
Dialah Pemilik dan Pencipta segala cinta.
Maka mengapa kau masih mahu mencintai yang lain
lebih daripada kau mencintai Nya?

Wahai hati ku,
bermujahadahlah,
kembalilah kepada fitrah mu yang suci,
agar hidup ku kan lebih bererti.
Dan semoga kelak kita akan diseru
"Wahai jiwa yang tenang!
Kembalilah kepada Tuhan mudengan hati yang redha dan diredhaiNya.
Maka masuklah ke dalam kalangan hamba-hambaKu
dan masuklah ke dalam syurga Ku
"Alangkah!

p/s: andai hati bisa dipujuk...

" (terjemahan surah Al-Fajr, ayat 27-30)"
~thanx syaz..coz bg ana kata2 ni~

26 July, 2007

Doa Bulan Rejab dan Syaaban

"Ya Allah, berkatilah
kami pada bulan Rejab dan bulan
Sya'aban serta sampaikanlah kami ke
bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan
Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan
melainkan Dia, yang hidup, yang
berdiri sendiri dan aku bertaubat
kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah
Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut
disembah kecuali Engkau yang mencipta
aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam
genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian
(beriman dan taat) kepada-Mu sekadar
kemampuan yang ada padaku. Aku
berlindung kepada-Mu dari kejahatan
yang (mungkin) aku lakukan. Aku
mengakui atas nikmat yang engkau
berikan kepadaku dan mengakui dosa-
dosaku. Kerana itu aku memohon
keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada
yang dapat mengampuni dosa seseorang
kecuali Engkau Ya-Allah."

10 July, 2007

KHAS BUAT GOLONGAN DAKWAH YANG COUPLE!

Khas buat dirimu..


Pernah seketika dulu saya rase sayaxberguna..
Duk dlm kelas kwn2 sume xsuke..
Saya nk join org diorg kata saya nyibuk..
Ade gk yg kate saya kuat emo..
Sket2 nk mrh..
Pdhal sbnanye saya nk tgo diorg wat slh..
Pstu saya cube wat lwk konon nk tarik perhatian org len..saya pg gmbira bila ade org glk ngn lwk saya espcially dak2 pmpuan..
Dk2 laki sume kate saya mat capap..tapi saya xkesah..asalkan ade yg terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Mmg lumrah manusia..
Sorg lelaki akn tertarik kpd wanita.

Cmtulah yg saya rasa..
Saya tgk kwn2 dh ade yg couple..kt dorm sms2 awek smpi pg..ade yg call awek smpi 1 mlm leh abis 10rggit..
Saya mule fikir..
Adakah aku perlu BERCINTA?
Dgn mnggunakan akal sorg plajar tgktn 4 itu..saya pn mule mnanam tekad utk bercouple..dn mse tu la saya knl awk..saya rse saya dh jmpe org yg plg pntg dlm idup saya..
Mula2 awk jual mhl..tapi saya xkesah..nk bli gk..huhu..lst2 pndek cte..saya pn mulalah BERCINTA..
Mse brcinta,mmg saya sgt2 bersemangat..
Ape org minang kate..ALL OUT lah..huhu~~
Saya salu call awk,awk pn salu call saya..gayut mlm2..kdg2 saya pn abis rm10 1mlm..
Tapi sgala PENGORBANAN yg dilakukan mse tu..
Xtrase pn kehilangannye..
Mse bercinta mmg indah..
Sumenye indah..
Sket2 guro2 n glak2Kalo merajuk men pujuk2..
Kalo birthday men wish2..
Utk diri ni,trasa amat bhagia..
Sbb mse tu la trase diri ni dihargai..
Saya prnh pikir..
Biarlah kwn2 saya tu pndg saya smcm n kata saya mcm2..
Aslkan awk memahami saya..
Satu hr saya dgr ceramah..
Alhamdulillah..
Dlm ceramah tu saya sedar,saya byk wat dosa n saya kna brubah..
Hidup saya msti selari ngn islam..
Saya kne jadi baik..
Sbb mmg tu fitrah manusia..
Ignkn kebaikan..sume org nk msuk syurga kn?
Sejak dr tu saya mula rapatkn diri ngn msjid..
Rapatkan diri ngn Al-Quran..
Salu smyg jemaah..
Slalu dgr tazkirah..
Saya xnk jd baik sorg2..so saya ajak awk skali..
Saya ajk awk bce quran..saya ajk kjut awk bgun subuh..(calling)saya ajk awk bg2 tazkirah..
Mula2 awk trkejut ngn perubahan saya..
Awk igt saya dh nk jd alim, nk brenti couple.
Saya kate,kite bkn wat salah..bercinta kerana Allah..
Kite couple x mcm org len..
Org len couple jiwang2 je..ade yg siap wat mksiat lg..pgg2 tgn n so on..
Tapi kita couple baik2..
Jge batas2 syarak'..xnk gune ayat jiwang2..jnji xnk jmpe,tkut brlaku mksiat..
Dan awk trima perubahan saya tu..
Saya pn byk nasihat awk..
Awk pn trima..
Walopn kdg2 awk merajuk sbb tguran saya tu awk xdpt nk adapt..tapi saya phm,prubahan mmrlukan mse..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredhai..
Saya slalu doa supeya kita akn kekal smpi ke gerbang perkahwinan..
Dlm proses prubahan saya,Saya mula sedar Dakwah itu wajib..
Kita kne mnyampaikan pd org ttg kbenaran.
Kalo x..kita akan dipertanggungjwbkn oleh Allah di akhirat kelak.sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Pstu saya mulala bg tzkirah pd kwn2..adek2..
Tgo diorg ape2 je yg diorg wat silap..
Saya xleh thn bile tgk org wat slh/dose..
Saya msti nk tgo.
Selemah2 iman tgo ngn ati, oleh sbb sayang jd org kuat iman..pe lg..tgo je la direct..huhu~~
Pstu satu mse..saya trbace psl couple.."COUPLE HARAM"
Saya xcye..tapi bile bce detail2 yg die bg..cm btul lak..huhu~~tapi biase la kan..kalo kite suke satu mnde tu..kite ttapi akn cri alsn utk mneguhkn pndpt kita..
Saya pn wt tatau psl mnde tu..N truskn je hubungan kite..kite x buat mksiat..
Kita x jln2 pgg tgn..
X jiwang2..
Juz saling ambil berat..
Tnye kaba..
Borak2..
Siap bg tzkirah2 lg..
Pe yg haramnye ngn mnde cmni kn?huhu~~
Xkesahlah..
Mse trus berlalu...
Mse ni dh nk dkt Trial SPM..lg 3mggu kot trial..ntah..lupe la..xctat dlm diary..sbb saya xde diari pon..huhu..
Dlm mse tu, saya mmg rajin aja2 kwn..
Pd mse yg sme bg tzkirah kt diorg..
Ade yg respek..ade yg prospek..(pndg slack)
Kdg2 bile tgur..saya kne marah balik..mcm2 la ade kate tgur x berhikmah..ade yg kate saya poyo je..
Tapi xpe..saya ade tmpt ngadu..huhu~~
Suatu masa..ktika sdg mntadabbur Al-Quran sorg diri..saya trtjmpe ayat ni..


Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamumelupakan diri (kewajiban) mu sendiri,padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?Maka tidakkah kamu berpikir?(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pn trfikir.."Slama ni aku dok tgo org je.
Tapi aku sndri msih byk kekurangan,Cpt mrh, suka buang mse,ade gk dose2 kcik yg msih dilakukan..cmne yek?"
Pstu trjmpe lak ayat ni..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)

Tetibe saya trfikir satu kritikan kwn..
"Ala ko tu..ckp brasap..gaye alim,tapi couple gk..sme je ko ngn kitorg..tgo org konon.."
Berfikir sejenak..
Sbnanye brcouple ni leh ke x?
Adakah slame ni saya hnye mnganggap ia boleh?
Dh tu, npe saya rse malu bile mak dan ayah tau saya slalu contact prmpuan?
Dan terkadang rasa serbe salah?
Mcm2 yg saya fikir..
Dipendekkan crita lg skali..saya ke penang utk mngikuti satu seminar dkwh..
Saya hrp dgn seminar ni kefahaman saya mngenai dakwah akn lbih mntapi..
Sblum g sminar tu..saya stil sms2 lg ngn awk..tnye khbr..smpt lg psn2 spye jgn lpe bce quran arini..dlm pikiran saya..
"Ni kira dkwh gk ni..saling ingat-mngingati.."

******Mjlis malam tu berakhir dgn sesi ta'aruf,kul 10 sume org dh bebas nk wat pape..
Lgpn ktorg pnt..xkn nk pnjg2kn program smpi tgh mlm..pihak penganjur pn phm..
Ttbe saya trgerak hati utk brkongsi mslh ngn fasilitator yg ade kt situ..
Saya rse ni la mse trbaik nk tnye pndpt die psl couple.
Tapi saya tragak2..
"kalo betulla couple tu salah..abistu,nkwat cmne?
Aku kne clash ke?
Aaah,wat ape pikir cmtu..tnye je la.
Kalo x wat salah nk wat ape tkut.."

Lalu saya mnghampiri Brother fasilitator tu..
Mse tu die tgh belek2 trjemahan quran die sorg2..
"Assalamualaikum, bang, saya nk tnye sket bule?"
"Em,boleh..duduklah. Nta nk tnye ape?"
"Er..cmni,saya nk tnye sket.
Sblom saya trlibat ngn dkwh ni, saya ade la knl sorg kwn ni, prmpuan la.
Tapi bknla stakat kwn biase..rapat gk la. Bkn rapat biase,tapi rapatla.."
"Bercinta ke?"
Saya malu nk ckp yg saya couple.
Kgape lak brother tu kate..msti die pndg slack nnt.
Saya angguk je la.
Pstu saya tnye..
"Sbnanye..couple ni boleh ke tak bang?"
"Akhi, mmg fitrah manusia, lelaki akan trtarik kpd perempuan, bgitu juga perempuan akn trtarik kpd lelaki.
Tapi dlm islam, perasaan tu prlu ada batasnya.
Pergaulan prlu dijga.
Kn Allah firman dlm surah Al-Isra', surah ke 17, dlm ayat yg ke 32:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya xnmpk pn mnghampiri zina.
Niat kami baik.
Saya dh cuba sdaya upaya mngawal perhubungan kami.
SMS2 pn xdela jiwang2,slalu bg tzkirah.
Kami selang2 bg, harini saya, esok die.
Kn ke baiktu?"
Saya xnk mengalah.
"Mmg betul niat nta baik.
Tapi igt, niat x pernah mnghalalkan cara.
Yg batil tetap batil, yg haq tetap haq.
Cbe tgk ayat ni."
Smbil brother tu bkk quran die, dan tnjuk kt saya ayat ni:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu(kehancuran mereka) dari (puing-puing)tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah),sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Ankabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalo nta tgk ayat ni, setan telah buat nta pndg indah mnde buruk yg nta lakukan.
Walopun nta brpandangan tajam,mksdunye nta berilmu tinggi.
Mmgla pd mulanya niat nta baik, tapi igt,setan licik.
Dia akn sdaya upaya buat nta trjerumus ke dlm kemaksiatan.."
Saya pn ckpla.."Tapi bang, saya dh jnji ngn die xnk jmpe lg.
Sbb saya tau kalo brjumpe nnt byk bhyenye.
Dan die pn stuju.
Kami sme2 mnjge diri.
Xkn ia boleh mmbawa kpd zina jugak bang?"
"Em,btul,nta dh jnji xnk jmpe ngn die lg. Nta dh dpt elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki.
Kalo nta jnji xnk call die selalu, nta dpt elak zina telinga dan zina lidah.
Tapi akh..msih ada zina yg tetap nta xdpt elak bila bercouple.."
"Zina hati?" Saya mncelah.
"Betul, zina hati.
Semua ni la yg Rasulullah jelaskan dlm hadithnya bagaimana menghampiri zina tu.
Nta boleh check dlm Riyadhus Solihin, bwh bab larangan melihat wanita.

Rasulullah sabda, mata boleh berzina dgn melihat,lidah boleh berzina dgn kata2, tgn boleh brzina dgn brpgangan. Kaki boleh berzina dgn berjalan ke arah tmpt mksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui,mngingati, mmbayangi si dia
.

Hakikatnye,cmne pn nta wat, nta ttapi xdpt lari dr pd
zina hati."
Saya terdiam..kelu.
Xtau nk kata apa2.
Sume yg brother tu kate xnmpk pe yg salahnya.
Pstu die smbung..
"Ana dulu pn couple gk.
Lg lme drpd nta.
Sjk skolah smpi dh msuk U, dkt nk gred.
Tapi bila ana sdar psl ni, ana trus tinggalkan.
Ana siap dh pikir, dialah bakal isteri ana, yg akan jd ibu kpd anak2 ana.
Kalo nk ikutkan lg besar mslh ana drpd nta."
"Saya riso la bang.
Nnt pe kwn2 die kata.
Dulu saya slalu mntk tolong diorg utk rpt ngn die.
Sure nnt diorg sume xpuas hati ngn saya.
Dan die sndri lak, saya takut pape akn jd kt die kalo die xdpt trima keputusan ni. Sbb kami dh rapat sgt2"
Mse tu saya dh mule sebak dah.
Malu tol.
Nangis dpn brother tu cte psl mnde ni.
Ntah pape.
Seb baik xde org len tgk mse tu.
Brother tu jwb.."Kalo kwn2 die xpuas hati pn, diorg nkwat ape?
Paling truk pn,diorg akn mngata di blakang nta.
Nta x kurang sket pn.
Lgpn, dalam berdakwah ni, kita nk cari redha Allah, biarlah org nk kata ape2 skali pn, yg pnting redha Allah.
Kalo Allah x redha, sumenye dh xbrmkne lg."
Saya trdiam lg.
"Psl die plak, cbe nta pikir dr sudut positif, mungkin die akn trima keputusan nta scara matang.
Mungkin dia juga akn buat keputusan utk tidak lg bercouple.
Ana yakin,die xkn buat apa2 perkara bodoh.
Kalau die wat skali pn, tu bkn tggungjwb nta, ape yg nta nk wat tu btul, meninggalkan mksiat.
Semua org akn tggung balasan atas perbuatannya sndiri."
Saya dh xdpt thn lg.
Mse tu saya nangis,saya dh sdar gy saya kne berhenti couple.
Dh jelas skg, Couple tu haram.
"Jd cmne nk wat bang?"
"Ana dlu, hntr 1 sms je kt die.
Ana trgkn die hubungan yg dibina tu salah.
Mntk maaf, kita berakhir di sini. Tlg jgn cari saya lg.
Pstu ana trus tuka no.
Die xcontact ana lgsung dh pstu."
"Mksudnye, saya xleh cntct die lg ke?
Tapi bang, saya ade gk kwn prmpuan lain,leh lak saya cntct diorg?"
"Dgn die ni lain. Nta dh pernah ade'sejarah' ngn dia.
Tapi, kalau nnt ditaqdirkan nta satu universiti ngn dia,satu kuliah, pstu kne lak wt group discussion, mse tu nta hnye lyn die juz sbg group discussion partner."
Ttbe saya trfikir..
"Die ni nk suro aku clash mlm ni gk ke?
Skg gk?
Xknla awl sgt?"
Saya ckp..
"Saya rasa saya lom ade kekuatan la bang.
Leh x saya tggu smpi saya ade kekuatan br saya tgglkn mnde ni?"
Saya bajet nk lari la.
Skali die jwb..
"Akh, nta kne igt.
Kekuatan tu xleh ditunggu, tapi ia prlu dibina.

Allah xkn ubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mngubah keadaan dirinya sndiri,leh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat11.

Lgpn,nta nk tggu smpi bile bru nk tgglkn couple ni..abg2 kt sini pn ramai yg prnh couple, bile msuk dkwh, diorg tgglkn."
Alamak...xleh lari lgla nmpknye..saya rase cm brother ni pkse saya clash mse tu gk.
"Sumenye dh jelas rsenye..
Nmpknye saya kne tgglknla mnde ni gk ye.
Cm xlrt rsenye nk tkn button tepon ni.
Rse xsggup."
"Kalo xsanggup meh ana tolong tekankan."
"Eh, xpe la bang.
Biar saya taip sndri."
Tragak2 saya nk taip mse tu.
Tapi saya gagahkn gk diri..
"Semuanya dh jelas..buat ape aku tgguh2 lg.
Tkut nnt hidayah ni Allah tarik,ssh lak nk tgglkn.
Kn aku salu doa supaye dijauhkn dr mksiat..jd rsenye, inilah msenye.."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
"Assalamualaikum..Sbnarnya slama ni hubungan kita salah disisi islam.
Saya igt dgn mengubah cara pergaulan kita, ia dh dibolehkn, tapi sbnarnya ia tetap berdosa.
Saya hrp awk akn istiqamah truskan perubahan yg awk dh buat, krn Allah.
Saya mntk maaf ats segala yg dh berlaku.
Kalau ada jodoh insyaa-Allah, akn bertemu jua.
Assalamualaikum.."
Berat tul nk hntr msg tu kt awk.
Saya msih xmmpu nk ucap slmt tggl.
Sbb tu dlm sms tu saya juz akhirkan dgn ucapan salam.
Lps beberapa ketika..saya tkn gk button[send].
Pstu tertera kt skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Mse tu saya rse cm sparuh idup saya dh hilang.
Cm xcaye je..saya dh hntr 1 sms, dan clash ngn awk..
"Terima kasih bang.."
"Takpe, dh tggungjwb.."
Mlm tu saya saya tdo ngn linangan airmata..
X sangka..mmg x disangka..
Saya mmg xpnh trpikir utk clsh, tapi tu la yg terbaik untuk kita sbenarnya..
Teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

*******Masa terus berlalu..Saya trus sibukkan diri ngn keje2 lain..
Dlm usaha nk lupekan awk..bkn sng..tapi saya trus cuba.
Saya slalu bg tzkirah..igtkn org..
Saya bg taklim kt msjid, cte kt org,couple haram, tunjuk sgala dalil..
Mcm2 yg berlaku...ade kritikan..ade gk yg stuju..tapi xkesahlah sume tu..
Tbe2 1 pg ni..dpt lk msg dr awk..awk bg gmbr bunga..bwh tu ade ayat..
"Seindah gubahan pertama.."
Saya rse awk stil xleh lupekan saya..
Saya pn pk..kne tgskn rsenye..
Pstu saya hntrlah sms ni..
Dan rasanya itulah yg terakhir..
"Tiada yg lebih indah drpd mndapat keredhaan ilahi..seindah mana pun gubahan pertama tu, slagi xmndpt keredhaanNya,tetap xbrguna..
Assalamualaikum..
saya tau dlu saya ckp, kalo ade jodoh, insyaa-Allah akn bertemu juga.
Tapi saya xnk awk tggu.
Lupekan saya.
Biar Allah yg menentukan..
Lg 1, jgn cari cinta manusia,ia pnuh dgn pnipuan,kekecewaan,dan xkekal..
Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidakkan pernah mengecewakan itulah cinta abadi..
Cinta yg diredhai..
-Yang Terakhir- "
[send]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Saya dh buat keputusan.
Saya psti apa yg saya buat ni btul.
Saya yakin, Allah akn sediakan yg terbaik untuk saya.
Saya xkn berpatah balik..
Xkan..buat selama-lamanya.

15 June, 2007

Berbahagialah

Berbahagialah...
Wahai Saudariku Yang Mendirikan Solat
Dan Berpuasa Dengan Taat Dan Khusyuk...

Berbahagialah...
Ukhtiku Yang Berhijab,Pemalu,Anggun
Lagi Berkeperibadian Halus Mulia...

Berbahagialah...
Wahai Puteriku Yang Selalu Belajar Dan
Sentiasa Mentelaah Dengan Penuh
Kesedaran Dan Ketulusan Hati...

Berbahagialah...
Wahai Permaisuriku Yang Selalu
Berharap Akan Redha ALLAH
Yang Sentiasa Memohon AmpunanNYA
Dan TEguh Di Atas JalanNYA...

Berbahagialah...
Wahai Srikandiku Yang Selalu Basah
Bibir Dan Hatinya DEngan Zikrullah
Berdoa Dan Bersyukur Dengan Rendah Diri
Di Bawah Kemuliaan 'Arasy ALLAH...

Berbahagialah...
Wahai Permata Hatiku Yang Sentiasa
Meneladani Keperibadian
Hawa,Hajar,Asiyah,Maryam,Masyithah,
Sumaiyah,Khadijah,'Aisyah,Fathimah DAn
Rabi'atul Adawiyah...

Berbahagialah...
Wahai Permata Ayah Bonda Yang Sentiasa
Menjadi Anak Solehah...

Berbahagialah Dirimu...
Wahai Muslimah Yang Mukminah,
Yang Solehah,Yang Mukhlasoh,
Yang Aminah,Yang Sobirah,Yang Muhsinah,
Yang Muttaqwiyah,Yang Thoyyibah,Yang Muthhirah...
Janganlah Bersedih Hati...
Berbahagialah...

17 May, 2007

Persis seorang wanita




Wanita,

Sesungguhnnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukan diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?


Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannnya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.


Wanita,

Akuilah kehebatan kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,


"Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita"


Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?


Ingatlah duhai wanita,

Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.


Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam.


"Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik..."


Ya Allah, jadikan kami bidadari syurga..

16 May, 2007

Novel TAUTAN HATI




Terbaca satu novel..eh..bkn terbaca tp mmg nak baca pun..tu pun pinjam kt member..mula nk beli je tp x sempat lak nk cari..tajuk dia..TAUTAN HATI..fuh..cukup meralitkan aku..bkn meralitkan solat..meralitkan aku utk terus berfikir dgn lebih matang..masa memula baca tu..boring siot..mcm baca novel AYAT2 CINTA gakla..memula je ngantuk mcm apelagi..tp bile mai kt klimaks..rs best lak..best oo..x caye tryla baca..cukup unikla buku ni..walaupun x abih baca lg..tp mmg bebetui merangsang minda kalo dpt baca..

Terusik aku apabila sampai kt part2 yg ada kaitan ngn hidup..contohnya mcm mad'u dgn dai'e..huhu..bebetui mengingatkan aku masa kt skolah dulu..biasalah..dicaci..dihina..kononnya hipokritla apela..baek tumpu je kt stadi..watpe nk susah2 tgk hal org..dh cukup sinonim bg hidup aku sbg dai'e..macam2 perangai nk kene tempuh..biasalah..sifat aku yg tegas ni kekadang menakutkan org sampaikan ada muslimin yg sanggup tanak satu team ngn aku..garang mcm singa kononnya..x suka senyumla..serius je memanjang..huhu..kebiasaan aku di sekolah dulu..baca novel ni..mengingatkan aku supaya lebih berhikmah dlm menasihati org lain..dlm melakukan amal makruf nahi mungkar..mungkin hanya memakai tudung labuh dan berpakaian jubah dikatakan cukup perfect..sepatutnya kita tidak boleh menilai seseorang melalui pakaiannya semata-mata..mungkin yg tidak menutup aurat selengkapnya ini lebih baik daripada yg bertudung labuh..tengok sajalah..wanita yg memakai menutup aurat dgn sempurna pun ramai yg tiada akhlak..tp yg bersalah itu adalah wanita itu sendiri bkn tudung labuhnya..

Kekadang..walaupun akhlak seseorang tu teruk..sekurang-kurangnya dia dh terlepas daripada dosa mendedahkan aurat..bagi wanita yg tak menutup aurat pula..dia mungkin dimuliakan Allah dgn kebaikannya namun dia takkan terlepas daripada dosa x menutup aurat..dedua sama je..yg penting.jgn pandang rendah pd org yg mcm ni..dahulukan baik sangka..sayang menyayangi..hormat menghormati..dan saling mendoakan antara satu sama lain..barulah terjalin ukhwah..cuba kite tgk..smpai bile yg bertudung labuh nak memperkecilkan yg x menututp aurat??dan smpai bile yg x sempurna menutup aurat nak membenci yg bertudung labuh??kite semuakan saudara seIslam..sama je..hanya Allah yg layak menilai kite..iman dan taqwa nilaianNya..

Bkn takat tu je buat aku terpikir..byk sgt..memang bebetui merangsangkan minda..contoh mcm nak ajak org makruf..kite xleh nak paksa..teringat aku satu kata2 dlm novel ni..KITA HANYA PENYERU BUKAN PENGHUKUM..dai'e tugasnya menyeru bkn utk menghukum org dgn memaksa utk dengar ceramah..usrah..buat ni..buat tu..dai'e sebagi penyeru..mungkin satu hari nanti..mad'u akan terbuka hatinya utk mendekati dakwah yg kite bawa

Apabila aku hilang semangat..novel ni dijadikan sebagai penguat semangat aku utk trus berdakwah kepada mad'u..sbnrnya mad'u sgt memerlukan kite..cuma sukar diterima teguran yg kasar oleh dai'e..gunakan cara yg berhikmah..jgn sampai melukai hati sesiapa..biar mad'u kite trase senang dgn segala tutur kata kite..hati yg keras bila2 masa aje bole menjadi lembut seperti air..manusia ni sentiasa berubah-ubah..kite hanya menyampaikan..menyeru kepada makruf bkn menghukum mad'u kite..fahamilah..tanda sayang seorang muslim pada saudaranya ialah apabila dia menyampaikan kebenaran agar dirinya dan saudaranya itu terlepas daripada azabNya di sana..lebih indah lagi apabila mekarnya suasana berpesan-pesan dgn kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran...slalunye mad'u lebih menyukai keikhlasan seseorg dlm menyampaikan sesuatu..niatkan segalanya pada Allah dan jangan kite melabel org sesuka hati

Mungkin ada dikalangan kite berfikir..aku ni bknnye baik sgt pun..mcm mana la org nak percaya ckp aku..tu mmg sinonim sgt..kerja mengajak orang mengenal Allah ini..mmg sangat berat..kekadang kite rasa x mampu nak buat..rasa banyak sangat kelemahan..rasa utk memikul tanggungjawab ini..tp kite jgn lupe..inikan kerja Rasul Junjungan..kerja Rasul mmgla berat..bila Rasul dah tiada..siapa lagi nak warisi kerja ni kalo bukan kite??kite mmg x layak nak tanggung risalah ni tp mahukah kite tertipu dgn alasan yg mcm tu saje??cuba kite fikirkan..mmg perlu perasaan x mampu dan x layak dlm diri kite..tu kan sifat tawaduk..sifat tawaduk tu sifat terpuji..tp apabila sampai tahap terlalu menguasai diri..itu bkn lg dinamakan tawaduk sebaliknya merupakan alasan ciptaan syaitan supaya kite tinggalkan kerja mulia ni..kelemahan kite bole diperbaiki sebaiknya..bukan utk dikesali..diratapi..ditangisi..siapalah yg tiada kelemahan kt dunia ni..mustahil manusia itu maksum..hanya sifat itu layak bg Rasul saje..

Sebagai mad'u..jangan kite lupe..semua yg Allah bg adalah kebaikan belaka sama ada reward ataupun punishment..reward utk disyukuri dan punishment utk kite perbaiki diri..semua tu kan peluang pahala bg kite utk menghadapi dgn tabah..Allah takkan menguji seseorg itu selain dgn ujian yg mampu baginya..Allah takkan salahkan kite kalo kite x berjaya capai matlamat..yg penting..kite dah usaha..jgn usaha sekadar melepaskan batuk di tangga..tu mcm dh xde matlamat dan strategi..seorang dai'e perlu kreatif mengajak hati manusia..kite perlu banyakkan berdoa..jgn sesekali diremehkan hal doa ini..andai kata kite tetap gagal mencapainya..kite takkan dipertanggungjawabkan pasal natijahnya..Allah hanya memandang usaha..natijah tu urusan Allah..

Muhasabah itu penting dlm hidup terutama kepada seorang dai'e..sentiasa melengkapkan diri kite dgn muhasabah..mmgla kite perlu mengkritik diri kite tp jgn sampai menjatuhkan dan melemahkan semangat sendiri..Allah ciptakan kelemahan utk diperbaiki bkn utk diratapi..Allah juga Maha Adil..turut mengiringi kelemahan itu dgn pelbagai kelebihan diri..pandanglah segala kelemahan itu secara positif..jgn dilayan kelemahan itu sehingga hampir mengeluarkan kite daripada terus memilih jalan tarbiah dan dakwah..anggaplah setiap ujian itu sbg tarbiah buat diri kite..jgnlah kite berputus asa kerana usaha yg dicurahkan itu akan ditanya kelak..bkn ditanya sama ada berjaya atau tak mengajak mad'u

Cukupla setakat ni celoteh aku pasal novel ni..lenkali sambung lain..tu pun andai aku diberi sedikit ruang utk mencoret disini..walaupun baru baca skit je novel ni..bebetui memberi kesan buatku..ni br sedikit konklusi..tunggulah sampai dh abih baca nanti..mesti lg terkesan..manisnya nikmat Islam itu andai dpt dikongsi bersama..yg baik tu dtg dr Allah dan yg buruk tu juga dtg dr Allah tp disabitkan atas diri ini..wallahualam..


p/s: disertakan rupa novel ni..best oo..jgn lupe cari..hehe..sambungan cerita mawar berduri




15 April, 2007

Cara Menghadapi Tension

" Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan "

Setiap hari, ada-ada sahaja perkara yang mencabar kesabaran dan menekan jiwa kita. Anak meragam, suami buat acuh tak acuh, isteri merajuk atau meragam, rakan sepejabat mengumpat di belakang, perniagaan tidak menguntungkan, saham jatuh nilai dan lain-lain lagi. Begitulah nasib kita manusia. Sejauh mana pun kita cuba untuk mengelakkan perkara-perkara yang mengganggu keselesaan kita, ia tetap akan berlaku juga.

Sebagai makhluk yang diciptakan, sedikit pun kita tidak ada kuasa untuk menolak ketentuan Tuhan. Kalau Tuhan mahu kita sakit, walau bagaimana sekali pun kita cuba menjauhi penyakit, kita tetap akan jatuh sakit. Kalau Tuhan tidak mahu kita jadi kaya, walau bagaimana sekali pun kita mengusahakan kekayaan, ia tidak akan dimiliki juga. Sememangnya usaha manusia itu tidak dapat menentukan apa-apa.

Lantas, persediaan apa yang perlu kita buat untuk menghilangkan tension ketika menghadapi pelbagai bentuk nasib ‘malang’ yang pasti menimpa kita? Antaranya ialah:

1. Mengenali diri kita sebagai penerima nasib malang itu dan juga mengenali Tuhan sebagai pemberinya. 

Kita harus kenal bahawa diri kita adalah hamba ciptaan yang sangat lemah dan tidak ada apa-apa. Malah dalam penciptaan diri kita sendiri, kita tidak ada campurtangan, tidak ada tanam saham, langsung tidak ada memberi modal sama sekali. Keputusan untuk mencipta diri kita sendiri pun semuanya dibuat oleh Tuhan. Selain daripada seluruh badan kita yang begitu unik dan kompleks itu, Tuhan jugalah yang memberi kita daya usaha, fikiran dan perasaan. Lantaran itu, apabila Tuhan timpakan sesuatu kesusahan ke atas diri kita, inilah peluang untuk kita sedar bahawa diri kita adalah hamba yang lemah dan tidak punya apa-apa kuasa. Mungkin selama ini kita rasa berkuasa, rasa mampu dan rasa boleh, sehingga kita terlupa untuk bergantung dan berharap kepada Tuhan.

2. Setiap takdir Tuhan ke atas kita, selain kekufuran, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran. 

Antaranya ialah:
a. Kalau Tuhan sekali-sekala sakitkan kita, sudah tentu ada maksud yang baik dari Tuhan.
Antara maksud-maksud baik Tuhan ialah Dia hendak hapuskan dosa kita, Dia mahu kita insaf di atas kelemahan diri kita, Dia mahu kita ingat-ingatkan kesalahan kita dan membaikinya serta bertaubat, Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar kita menjadi orang yang lebih prihatin dan simpati. Dia juga mahu kita lebih bergantung dan berharap kepada-Nya.

b. Kalau Tuhan sekali-sekala miskinkan pula, tentu ada maksud pendidikan juga.
Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana miskin. Dia mahu kita rasai penderitaan orang miskin. Dan tentunya Dia mahu kita meneliti balik segala tindak-tanduk kita, apakah kita sudah melakukan apa-apa kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan Tuhan tidak membantu kita.

c. Begitu juga apabila kita sekali-sekala dihinakan.
Mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana kita pernah menghina atau menzalimi orang lain ataupun Dia mahu kita ungkai rasa sombong yang bersarang di dalam hati kita. Atau Tuhan sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu mengangkat darjat kita di sisi-Nya.

d. Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi.
Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan. Penyakit-penyakit inilah yang membuatkan kita tension. Bila tension, barulah kita tahu kita siapa. Kalau sebelum ini nampak lemah lembut, bila tension kita boleh jadi marah-marah tak tentu pasal. Kalau selama ini nampak sabar sahaja, bila tension kita boleh bertindak di luar batasan.

Pendek kata, segala sesuatu yang ditimpakan ke atas kita adalah untuk kebaikan diri kita. Dia mahu mendidik setiap kita agar kita kembali kepada-Nya sebagai hamba yang diredhai-Nya. Dengan ini, kita akan terselamat dari kemurkaan-Nya.

3. Hendaklah pandai menerima ketentuan dan takdir Tuhan secara positif supaya hati kita akan tenang dan kita juga akan mendapat hasil yang positif daripadanya. 

Sebaliknya, kalau kita menerimanya secara negatif, hati kita akan tertekan dan tension dan sudah tentu kita juga akan mendapat hasil yang negatif.

Contohnya:
Kita ditakdirkan mendapat anak-anak yang nakal. Setiap hari, ada sahaja kelakuannya yang sangat mengganggu kita.
Kalau kita menerimanya secara positif, kita akan berkata kepada diri kita, “Kerana dosa akulah anak-anak aku ni nakal. Allah buat seperti ini untuk membersihkan dosa-dosa aku yang lepas.”

Ataupun kita boleh berkata begini, “Tuhan beri aku ujian ini untuk memberi aku pahala sabar. Kalau aku sabar, bukan sahaja aku akan dapat ganjaran di sisi Tuhan tetapi yang lebih penting, aku dapat mendekatkan diri kepada Tuhan.”

Kalau beginilah penerimaan kita, tentulah kita tidak akan marah-marah atau berleter-leter, merotan dan menghukum anak di luar batasan atau mengamuk-ngamuk kepada suami kita pula. Sebaliknya, kita akan terus-menerus menasihatinya dengan baik dan mendoakan anak kita agar dia menjadi anak yang soleh satu hari nanti. Dan lazimnya, berkat baik sangkanya kita kepada Tuhan, anak itu akan menjadi anak yang baik apabila dia besar.

Ini selaras dengan firman Tuhan yang maksudnya:
“Aku di atas sangkaan hamba-hamba-Ku ke atas-Ku.”

Penerimaan yang negatif pula ialah kita akan merungut-rungut kerana nasib yang ditimpakan itu, kita akan bersikap marah-marah serta melepas geram dengan menghukum anak serta terbawa-bawa sikap marah itu kepada orang lain.

Hati kita mungkin berkata, “Kenapalah Tuhan berikan aku anak yang senakal ini,” atau kita akan berkata, “Tak guna dapat anak macam ni. Bukannya menyenangkan, menyusahkan saja.”

Akibat didikan yang kasar itu serta sangkaan-sangkaan yang buruk terhadap Tuhan, anak itu bila besar kelak akan menjadi anak yang tidak baik akhlaknya. Tension yang kita hadapi bila anak itu kecil akan terus kita hadapi sehingga dia besar. Bukan sahaja anak yang rugi, kita juga akan turut rugi sama. Ini semua kerana buruk sangkanya kita dan tidak pandainya kita menerima takdir Tuhan.

Lantaran itu, terimalah segala takdir Tuhan dengan sebaiknya. Anggaplah setiap takdir itu sebagai didikan terus dari Tuhan dengan penuh kasih sayang. Dengan sikap sebegini, hati tidak akan tension, kita dapat menambah rasa kehambaan serta dapat pula mengungkai sifat-sifat yang tidak baik dalam diri kita dengan lebih cepat. Malahan kita juga tidak akan mengakibatkan kesan tidak baik kepada orang di sekeliling kita.

11 April, 2007

Tidak Menjaga Pandangan Punca Hati Sakit dan Mati

Hati yang sakit, atau bahkan mati, disebabkan oleh titik-titik dosa yang bertambah dari waktu ke waktu kerana amal perbuatan yang kurang terpelihara, sehingga menjadikan hati tersebut hitam legam dan berkarat. Akan tetapi walau bagaimana bagaimana keadaan hati kita saat ini, tidak tertutup terus peluang untuk sembuh, sehingga dapat kembali menjadi hati yang sehat sekiranya kita berjuang sekuat-kuatnya untuk mengubatinya.

Salah satunya perkara yang membuat hati ini semakin gelap, kotor dan keras membatu adalah tidak pandai menahan pandangan. Barang siapa yang ketika di dunia ini tidak mahir menahan pandangan, gemar melihat hal-hal yang diharamkan Allah, maka jangan terlalu berharap dapat memiliki hati yang bersih.

Umar bin Khattab pernah berkata, "Lebih baik aku berjalan di belakang singa daripada berjalan di belakang wanita." Orang-orang yang sengaja mengarah pandangannya terhadap hal-hal yang tidak hak bagi dirinya, maka tidak hairanlah kalau hatinya lambat laun akan semakin keras membatu dan nikmat iman pun akan semakin hilang manisnya.

Sebenarnya hal ini bukan sahaja termasuk pandangan terhadap lawan jenisnya, bahkan juga pandangan mata hatinya terhadap kehidupan dunia ini. Contohnya melihat sesuatu yang tidak ia miliki, rumah orang lain yang lebih mewah, kenderaan orang lain yang lebih bagus, atau harta orang lain yang lebih banyak. Apa yang ada jarang disyukuri dan apa yang tiada dimilki sering ia risaukan. Hatinya lebih bergelojak memikirkan hal-hal yang tidak dimilikinya daripada menikmati apa-apa yang dimilikinya..

Kunci bagi orang yang memiliki hati yang bersih adalah menundukkan pandangan! Jika melihat lawan jenis yang bukan muhrim, cepat-cepatlah tundukkan pandangan. Kalau melihat dunia pula jangan sekali-kali melihat ke atas. Sekiranya tidak, akan penat dan letih kita akhirnya, kerana rezeki yang telah menjadi hak kita tidak kita syukuri dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya kerana asyik melihat orang yang lebih daripada kita.

Adalah lebih baik melihat ke bawah. Lihatlah orang yang lebih fakir dan lebih menderita daripada kita. Lihatlah orang yang jauh lebih sederhana hidupnya. Semakin sering kita melihat ke bawah,semakin hati ini akan semakin dipenuhi oleh rasa syukur dibandingkan dengan orang yang suka mengadah pandangan ke atas. Walaupun kita melihat ke atas, tetapkan pandangan kita kepada Yang Maha Atas, iaitu kepada Zat Penguasa alam semesta. Lihatlah kekuasaan-Nya, Allah Maha Kaya dan tidak pernah berkurang kekayaan-Nya sedikitpun walau kita selalu meminta kepadaNya sampai akhir hayat.

Orang yang hanya melihat ke atas dalam urusan dunia, hatinya akan cepat kotor dan hancur. Sebaliknya, kalau tunduk dalam melihat dunia dan mengadah pandangan dalam melihat keagungan serta kebesaran Allah, maka kita akan menjadi orang yang memiliki hati bersih yang selamat.

Prof. Hamka pernah berkata, "Mengapa manusia bersikap bodoh? Tidakkah engkau menatap langit yang biru dengan awan yang berarak seputih kapas? Atau engkau turuni ke lembah sehingga akan kau dapatkan air yang bening. Atau engkau bangun di malam hari, kau saksikan bintang-bintang bertaburan di langit biru dan rembulan yang tidak pernah bosan orang menatapnya. Atau engkau dengarkan suara cengkerik dan katak saling bersahutan. Sekiranya seseorang amat gemar memandang keindahan, amat senang mendengar keindahan, niscaya hatinya akan terbebas dari perbuatan keji. Kerana sesungguhnya keji itu buruk, sedangkan yang buruk itu tidak akan pernah bersatu dengan keindahan."

Berbahagialah orang yang senang melihat kebaikan orang lain. Tatkala dia mendapat seseorang tidak baik kelakuannya, ia segera sedar bahwa manusia itu bukanlah malaikat. Di sebalik segala kekurangan yang dimilikinya pasti ada kebaikannya. Perhatikanlah kebaikannya itu sehingga akan tumbuh rasa kasih sayang di hatinya. Apabila mendengar seseorang selalu berbicara buruk dan menyakitkan, dia segera sedar. Siapa tahu sekarang dia berbicara buruk, namun esok lusa dia mungkin berbicara yang baik.

Jalaluddin Rumi pernah berkata, "Orang yang begitu senang dan nikmat melihat dan menyebut-nyebut kebaikan orang lain bagaikan hidup di sebuah taman yang indah. Ke sini anggerik, ke sana melati. Ke mana saja mata memandang yang kelihatan adalah bung-bunga yang indah dan harum mewangi. Di mana-mana sahaja yang kelihatan hanyalah keindahan. Sebaliknya, orang yang gemar melihat aib dan kekurangan orang lain, fikirannya hanya diselimuti dengan aneka keburukan sementara hatinya hanya dikepung dengan prasangka-prasangka buruk. Ke mana pun matanya melihat, yang kelihatan adalah ular, kala jengking, duri, dan sebagainya. Di mana saja ia berada senantiasa tidak akan pernah dapat menikmati indahnya hidup ini."

Sungguh berbahagialah orang yang pandai memelihara pandangannya kerana dia akan sentiasa merasakan nikmatnya kebeningan hati. Allah Azza wa Jalla adalah Zat Maha Pembolak-balik hati hamba-Nya. Sama sekali tidak sulit dan masalah baginya untuk menolong siapapun yang merindukan hati yang bersih dan bening sekiranya ia berikhtiar sungguh-sungguh.

Ada Tak Azab KUBUR?

Satu hari seorang majikan menyuruh pekerjanya bertolak ke luar negara selama setahun, atas urusan kerja, dan mesti bertolak segera besok pagi….
pekerja itu meminta ditangguhkan untuk bertolak selama beberapa hari bagi membolehkan ianya membuat persiapan…
majikan itu membenarkan pekerja itu balik dan membuat persiapan selama beberapa hari…
Malaikat maut diperintahkan untuk menjadikan korang mayat selama-lamanya,…tapi korang mintak ditangguhkan selama beberapa hari bagi membuat persiapan…
Nota: malaikat maut tak layan ‘surat menyurat’….
Kerana itu ada mayat yg ditemui dalam berbagai2 keadaan.
Ada Mayat yg nasi penuh nasi kat mulut..
Ada Mayat tg tengah mandi
Ada Mayat yg baru nak berserapan
Ada Mayat yg sedang memasak
Ada Mayat yg sedang baca artikel ni..
Macam2mayat ada - sila rujuk bilik mayat
Untuk pengetahuan korang semua:
- Korang akan rasa best menyambut hari raya apabila korang dah buat persiapan sebulan sebelum raya dengan berpuasa, buat kuih, tempah baju dll.
- Korang akan rasa best giler menjadi ‘raja sehari’ bila korang buat persedian berbulan2 dengan tempah baju, hias rumah, itu ini bla bla bla..
- Korang akan menjawab soalan peperiksaan dengan girang dan gembira seperti ‘injin yg baru di servis’ apabila korang dah buat persedian sejak hari pertama pembelajaran…
- Korang akan rasa best giler menjadi mayat bila korang buat persedian seumur hidup untuk menjadi mayat yg soleh….
Adakah korang bersedia menjadi mayat besok pagi?
Dah buat persiapan?
Alhamdulillah…
Hari ini, aku nak bercerita mengenai persedian…
Biasa kita tengok org buat persediaan yg hebat2 just nak sambut hari raya, kahwin, bertunang, bla bla bla…tapi ada korang tengok org buat persedian besar-besaran untuk menyambut hari menjadi mayat? Kenapa takde?
Sebab semua org fikir lambat lagi jadi mayat…
cubalah kalau dengan izin Allah, korang boleh interview mayat, apa yg mayat akan jawab?
Oh..saya baru habis belajar PHD, tak sempat kerja lagi dah jadi mayat…
Oh..saya baru kahwin, tak sempat buat ‘itu’ lagi dah jadi mayat…
Oh..saya baru beli kereta, tak sempat naik lagi dah jadi mayat…
Oh..loan saya baru lulus, tak sempat guna lagi dah jadi mayat…
Oh..saya baru di lahirkan ke dunia ini, tak sempat baligh lagi dah jadi mayat...
Oh..oh….macam citer “True Calling”
Baru? dah lama dahhhhh..
Tempat pertama yg korang dan aku akan pergi lepas jadi mayat adalah KUBUR., selamat kat sini maka selamatlah akhirat kelak insyaAllah!
Cerita benar:
Mamat : ada tak azab kubur?
Aku : Takde, kalau kau org yg beriman dan beramal soleh serta berpesan2 dgn kebaikan dan kesabaran.
Mamat : tapi, ada pendapat mengatakan, bukankan org yg jahat akan di azab kat akhirat, mengapa perlu di azab dlm kubur…
Aku : Engkau tak pernah tengok rancangan bersamu tv3 tak? Bukankah ada org kapir yg susah kat dunia ni, sedangkan mereka mati masuk neraka? Kenapa? Kerana langsung tak susah bagi Allah untuk buat apa2pun! Langsung!
Mamat: tapi…
Aku : dah2 cukup mamat, senang macam ginilah, kau tutup lubang hidung dan mulut kau selama beberapa minit sehingga kau jadi mayat…dah jadi mayat nanti kau pergilah tanya malaikat Mungkar dan Nakir: ada tak azab kubur?
Sekian sebuah cerita kisah benar, sambung balik..
Aku nak bagi korang 3 perkara,:
Soalan, jawapan, dan cara nak menjawab..
kalau tak ‘lulus’ jugak tak tahulah..nauzubillah..
apa2 pun aku tuju nasihat ni kat diri aku sendiri sebanyak 99 peratus dan 1 peratus kat korang semua yg aku kasihi…
Nota: aku bukan pengajar ugama dan tidak bertauliah, segala maklumat yg tidak betul boleh di kesampingkan dan yg baik harap dapat di guna pakai. Sesiapa yg tak suka baca artikel yg berunsur ‘mengajar’ boleh pergi baca mende lain…cth:website menggosip artis...ha ha ha .


SOALAN SATU:
SIAPA TUHAN KAMU?
Semua org islam boleh jawab: Allah.
Tapi bolehkan menjawab yg benar bila di tanya oleh malaikat Mungkar nanti?
Aku nak soal korang,
Apabila berlaku ‘kejutan’ apakah perkataan yg keluar dari mulut korang?
Mencarut?
Mencela?
Memaki?
Aku hairan sungguh, bila lelaki melatah disebutnya: ‘alat kelamin wanita’, sedangkan dia lelaki…wanita pulak bila melatah disebutnya : ‘alat kelamin wanita’juga…
ni byk terjadi kat tempat aku, negeri lain aku tak tahu-dan aku tak nak buat kajian kerana menyahut kempen budi bahasa ha ha ha
Satu lagi aku nak soal korang, sebelum ‘jatuh’ tidur…apakah perkara yg terakhir sekali korang fikir/ingat? : Allah?awek? kereta? Rumah?, makhluk lain?..
Sekiranya korang fikir makhluk lain…maka itulah hakikat sebenar hati korang…apa yg ada dlm hati korang isk…
Tanya lagi: apakah perkara pertama yg korang ingat bila bangkit dari tidur? Allah, awek? Final exam? Isk..itulah apa yg bertakhta di hati korang..
Dan bimbang2 bila malaikat maut datang ambil nyawa korang…bukan perkataan Allah yg terpancul dari mulut korang..isk..org yg menyebut selain Allah ketika nak mati, maka tiada
jaminan syurga untuknya…ya Allah peliharakanlah kami..isk..
Satu cerita: seorang tok guru ada bela pelihara seekor burung cakmalakuba gembala kerbau..guru ni ajar burung lafaz: Allah! Allah!
Maka pandailah burung ni sebut : Allah! Allah!
Satu hari burung ni mampus di makan kucing, tok guru menangis…anak murid nasihat tok guru tak payah menangis, kita orang boleh cari burung lain yg lebih ‘best’…
Tok guru kata: aku menangis bukan kerana meratapi kematiannya…tadi ketika si kucing menerkam/membahamnya, aku dapati dia menjerit, “kuakkkk!, Kuakkk!” suara burung…lafaz yg datang dari hatinya..bukan lafaz: Allah! Allah…aku takut, kalimah Allah yg aku lafazkan hari2 ini hanya meniti dibibir sahaja…dan bila malaikat maut datang kelak..aku takut lafaz lain yg
terpancul di mulutku..oh…uhuk!..uhuk…hingus berleluasa di hidungnya..
Moral: korang dan aku kena banyak sebut nama Allah, puji Allah, fikir kehebatan Allah, lihat kebesaran Allah agar Kehebatan Allah meresap ke dalam hati dan mengalir dalam setiap gerak darah….urat saraf…mudah2an di akhir kalam dapat ucap:
LA ILA HAA ILLALLAH..atau…ALLAH! amin


SOALAN KEDUA
SIAPA NABI KAMU?
Apa2 pun korang semua dah tahu jawapanya adalah: NABI MUHAMMAD S.A.W.
Nanti dlm kubur, malaikat akan gambarkan Nabi kat depan kita dan tanya :“siapakah lelaki ini
yg di utuskan kepadamu?”.. Aku dengar sajak ‘sakaratul maut’ cakap macam ni
Kata ustaz: org yg tak amal sunnah Nabi ,tak dapat kenal Nabi dan Nabipun tak kenal ummat dia yg tak amal sunnah Nabi…
Jadi aku soal balik: berapa banyakkah antara kita yg dah amal sunnah Nabi?
Satu peristiwa di padang masyar, Nabi akan bagi minum air yg mana sesiapa minum ini air tidak akan
dahaga buat selama2nya, Nabi bagi dengan tapak tangannya yang mulia kepada umatnya air dari telaga kauthar, tiba2 satu golongan ditahan oleh malaikat walaupun tangan dan mukanya bercahaya2 kesan wudhu yg sempurna, bila nabi tanya malaikat kenapa tahan,? mereka kan umat aku?, malaikat jawab mereka menolak sunnahmu…maka Nabi pun halau mereka sebanyak 3 kali dan sekali Nabi halau mereka malaikat heret *sajauh mata memandang dan kalau nabi dah tak ngaku umat syaitan lah pulak akan mengaku mereka tu umat dia
na’uzubillah…
*sejauh mata memandang= bintang yg 4 thn cahaya pun nampak..oh betapa jauhnya..
SunnaT: buat dapat pahala banyak, tak buat rugi…
SunnaH: buat dapat pahala banyak, tak nak buat Nabi tak mengaku ummat…
Satu lagi cerita:
Zaman Nabi Musa as. Ada satu org pelawak ‘yoyo’ namanya, kerjanya buat lawak, bila firaun sedih dengan kehebatan nabi Musa a.s maka pelawak ni telah buat lawak dengan mamakai pakaian macam nabi musa, bertongkat macam nabi musa, dan pakai janggut palsu tiru nabi
Musa a.s. Kemudian ajuk percakapan nabi Musa nabi Musa bercakap agak gagap kerana waktu kecil makan bara api, satu istana gelak dengan ‘lawak mayat’ mamat nih, sampai firaun pun ketawa sama…..pendek cerita bila firaun dan tenteranya musnah dalam laut, Allah telah selamat kan pelawak ‘yoyo’ ni?, tanya nabi Musa pada Allah, kenapa selamatkan dia, dia bukan pengikutku? Allah berfirman lebih kurang ”Aku tak akan menghancurkan org yg mengikut sunnah mu”, akhirnya pelawak ‘yoyo’ dapat hidayat…
Tengok, org yang amal sunnah nabi walaupun dengan niat mempersendakan Allah bagi jugak hidayat…bayangkan macamana kalau korang buat betul2…
Biar betul, biar betul2
Nanti tak payah nak di perbetul…
Dah memang betul
Baru betul…!
Cerita bab sunnaH:
Sunnah terbahagi kepada 3:
1- surah(penampilan)cth: janggut, serban, celak, minyak wangi dll.
2- Sirrah (perjanan@cara hidup)cth: solat jemaah, kahwin, masuk tandas, makan, tidur dll.
3- Sarirrah (pemikiran) cth: nabi menangis kenangkan umat...rungsing, risau, bimbang umat...
apa fikir nabi?
Nabi fikir macammana semua org dapat masuk syurga dan selamat dr azab api neraka, kita kena belajar benda2 nih, kita kena fikir macamana semua org lelaki dpt solat jemaah 5 waktu, semua wanita tutup aurat sempurna, semua kanak2 taat perintah ibu bapa, semua isteri taat perintah suami, semua perempuan solat awal waktu,
wujud suasana ugama yg mana lelaki jumpa lelaki cakap kebesaran Allah, wanita jumpa wanita cakap kebesaran Allah, kanak2 jumpa kanak2 cakap kebesaran Allah
Fikir macamana bayi yg paling akhir zamanpun dapat ucap kalimah Tauhid.
boleh buat, insyaAllah?
Sekarang cuba kita fikir2kan… Berapa ramai dari kita yang merasa jijik dengan ciri-ciri wajah nabi di wajah kita? Berapa ramai yang dipagi hari mencukur janggut dengan anggapan dengan tidak berjanggut adalah lebih hensem dari berjanggut? Berapa ramai yang memperleceh solat berjemaah sedangkan itu sunnah Nabi yang sangat besar? Bolehkah jawab soalan malaikat Mungkar nanti?siapa nabi kamu? Oh…
Oh..oh…
lagu latar
“Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela”


SOALAN KETIGA
DIMANA KIBLAT KAMU?
Selamba korang jawab, kaabah kiblatku…
Aku nak tanya, bila org Azan mana dada korang menghadap?
Kaabah?
TV?
Awek?
Ha! Itulah sebenarnya ‘kiblat’ korang!
Bila time azan korang pun pergi kedai makan…itulah ‘kiblat’ korang
walaupun kedai itu menghadap kiblat!
Ingat! salah jawab, kena azab kat malaikat Nakir, satu jurus serangan akan menenggelamkan korang sedalam tujuh hasta ..argh..aduh, sakitnyerr..isk…
Lepas tu tumbuh balik anggota korang yg rosak tu..sakit…
Cuba korang tengok org yg jatuh motor dan patah kaki kanannya..prak!!! sakit bukan?, pergi jumpa tok mudim, dan tok mudim betulkan balik, prakkkkk!!!! sakit jugakkan?
Begitulah kat dalam kubur..
Kena pukul : sakit,
Sembuh balik: pun sakit!
lagu latar
“Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Kami sembahyang limalah waktu
Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup dikubur yatim piatu
Tinggalah seorang dipukul dipalu
Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah dia sedarkan diri
Hidup didunia tiada berarti
Akhirat disana sangatlah rugi”
ya Allah selamatkanlah aku dari azab kubur…


SOALAN KE EMPAT
APAKAH PETUNJUK KAMU?
Korang nak tahu apa jawapannya; Nabi tinggalkan dua petunjuk, iaitu al quran dan ‘mayat’maut
Selamba je korang jawab: AL Quran petunjukku…!
Bagus!, aku nak soal: seharí berapa kali baca Al-Quran?
Oh..aku cakap kat aku sendiri nie..oh….isk…
Sangat bagus kita org islam nih macam mak nenek aku ni, nasihat korang panjang berjela ha ha ha baca Yassin di pagi hari dan surah sejadah, Al-Mulk di malam hari sekurang2nya!
ya Allah pilihlah aku baca Al-quran setiap hari
Dan korang tahu tak apakah hak Al-Quran?
Korang dan aku kena habiskan baca Al-Quran 2 kali setahun sekurang2nya!
Baca akhbar, novel,komik hari2 boleh, Al-quran?…oh..aku dah dua kali khatam buku komik dragonball ..oh!...isk..umat menderita membuang masa
ya Allah pilihlah aku dan korang baca Al-quran habis! 2 kali setahun sekurang2nya-amin


SOALAN KELIMA
SIAPAKAH SAUDARA KAMU?
Argh..dah panjang sangat nie….
Senang cakap: jiran 40 kiri, kanan, 40 atas, bawah(jika rumah flat) korang kena ziarah dan ajak mereka yg tak ke masjid dengan hikmahnya..Semua org islam adalah saudaraku…semua kena jumpa!
Soalan cepu emas: siapakah nama jiran anda?
Kalau tak dpt jawab soalan ni…tak tahulah apa aku nak kata,
mengeluh
Antara tanda akhir zaman, jiran saling tidak kenal mengenal….
Atau paling kurang: BAGILAH SALAM BILA BERJUMPA DENGAN ORG ISLAM WALAUPUN KORANG TAK KENAL…
CTH: ASSALLAMUALAIKUM….aku tak kenal korangpun, tapi selalu bagi salam, amacam?beriman tak aku? Ha ha , Bukankah korang semua saudaraku?
Mamat kata: tapi, betulke ada azab kubur? Cuba bagi dalil dan nas sikit!
Aku kata: Oiitt! Aku bukan orang bertauliah nak ajar ugama, pergilah rujuk ustaz bertauliah..sekian..hahaha...
Sebenarnya aku nak kata:
kau ni manusia ke badak?
Kalau kau manusia, kau tak dpt dengar azab kubur sebab Allah hanya benarkan binatang sahaja yg dengar azab kubur!, tapi jika kau badak, kau memang tak dapat dengar sebab kau adalah
PEKAK BADAK! tapi aku cakap dlm hati je nie..

Ps: sesungguhnya berdebat akan menggelapkan hati….hanya mayat yg mengerti tentang kehidupan kubur….