Showing posts with label Maal Hijrah. Show all posts
Showing posts with label Maal Hijrah. Show all posts

02 January, 2010

Checklist 2009


Salam 1 akidah..


Alhamdulillah, kini kita sudah melepasi tahun 2009 dan pada hari ini juga sudah 16 Muharram 1431H bersamaan 2 Januari 2010 kita memulakan lembaran hidup yang baru. Apa khabar iman anda? Masih seperti dulu atau lebih baik? Semestinya ramai di antara kita yang sudah membina azam yang baru ditambah pula dengan semester baru bagi pelajar USIM. Jika dilihat di ruangan maya, semua orang sibuk bercerita mengenai azam masing - masing tidak kiralah di facebook, friendster,blog dan sebagainya. Azam tahun ini jauh lebih baikkah ataupun ingin meneruskan azam tahun yang lepas? Mari sama - sama kita muhasabah diri kita, jom ber'checklist'!

Checklist 2009 :

1) Solat 5 waktu
- khusyukkah solat kita?
- sudah tertunaikah solat di awal waktu?
- pernah tertinggal solat?
- masjid sekadar solat jumaat dan solat hari raya?

2) Puasa sunat @ ganti
- puasa sunat isnin dan khamis buatkah?
- puasa ganti sudah habis @ belum?
- adakah puasa kita sekadar lapar dan dahaga?
- caknakah kita dengan puasa sunat?

3) Sedekah
- berapa banyak yang kita sudah sumbangkan?
- peminta sedekah ditepi jalan adakah kita sekadar melihat sahaja?
- sumbangan amal, buatkah kita?
- sedekah di masjid, bagaimana?
- belanja kawan - kawan, berkirakah kita?

4) Qiamullail
- bangunkah kita dikala orang lain sibuk berkelana di atas katil?
- seminggu sekali? sebulan sekali? atau setahun sekali?
- tidur lebih mengasyikkan?
- gayut di telefon sehingga pagi lebih penting dari qiamullail?
- menatap skrin laptop semalaman lebih penting?
- membaca buku ketika musim peperiksaan, wajarkah kita mengenepikan qiamullail?

5) Al-Quran
- masih berhabuk lagikah 'surat cinta' ini?
- beratkah hati kita untuk membaca ayat - ayatNya?
- adakah membacanya sewaktu musim peperiksaan sahaja?
- sebagai hiasan di meja tulis @ di almari?
- kerapkah kita membacanya setiap hari?
- baca majalah @ komik lagi best dari Al-Quran?

6) Dhuha
- buatkah?
- sambung tidur lagi best?
- alasan sibuk setiap hari? wajarkah begitu?

7) Zikir / Al - Mathurat
- sejauhmana pujian kita kepada Allah?
- tidak pernah?
- bila teringat je?
- rasa malas?
- panjang sangat?
- lagu - lagu yang lagha acapkali meniti di bibir kita?
- lagu - lagu lebih melekat di kepala berbanding mengingati Allah?

8) Majlis Ilmu
- acapkalikah kita pergi ke majlis - majlis yang dinaungi oleh para malaikat?
- seminggu sekali? sebulan sekali? Setahun sekali? Tidak pernah?
- ikut tajuk atau penceramah?
- malas?
- duduk rumah lagi best?
- chatting dan layan movie lagi bagus?

9) Akhlak
- salam menititikah di bibir kita?
- sahabat menjemput, terimakah jemputannya?
- sahabat meminta nasihat, hiraukah kita?
- ziarahkah kita ketika mana sahabat kita sakit?
- dimanakah kita sewaktu kita diajak untuk amal makruf nahi munkar?
- hormatkah kita kepada guru yang mengajar?
- beramalkah kita dengan akhlak Islam?

Duhai para du'at sekalian, kalianlah rantai - rantai yang menyambung perjuangan Rasulullah. Tidak terfikirkah kita sewaktu Kekasih Allah ini berada dihujung nyawa, baginda masih lagi menyebut 'ummati..ummati..ummati'. Begitu kasihnya baginda kepada ummatnya sedangkan kita pada hari ini sibuk melayan jiwa yang kosong, meniti hari - hari yang berbaki dalam hidup dengan perkara - perkara yang tidak berfaedah dan sebagainya.


'Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang - orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan - pesan dengan kebenaran serta berpesan - pesan dengan kesabaran.' (Surah Al-Asr: 1-3)

Saya mengingatkan pada kalian dan juga diri saya sendiri, marilah kita sama - sama meningkatkan amalan kita disamping menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang daie yang dipilih Allah. Memetik kata - kata Imam Syahid Hasan Al- Banna, tanggung jawab melebihi masa yang ada. Setiap manusia dikurniakan 24 jam setiap hari tetapi sejauh manakah kita memanfaatkan yang terbaik dalam jam - jam yang diberikan Allah. Apakah yang diperjuangkan untuk Islam? Bermanfaatkah kita untuk Islam? Koreksi diri kembali. Sempena tahun baru, azam baru, sem baru dan segala - galanya baru, jadikan tahun ini dan tahun - tahun seterusnya sebagai tapak kita mempertingkat diri kepada yang lebih baik.


24 jam kredit untuk ditempuh semester ini ditambah pula semakin banyak tanggung jawab yang harus digalas. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Rabbi Yassir Wa La Tua'ssir. Mohon dipermudahkan segala - galanya. Ameen Ya Rabb.

KodKeteranganKreditKumpulan








AAA2022AKHLAK DAN TASAWWUF2KAA
MAC3013PERAKAUNAN PENGURUSAN3KMD
MAE2013MALAYSIAN TAXATION AND ZAKAT ADMINISTRATION3KMB
MFA2013PRINSIP PENGURUSAN KEWANGAN3KMB
MGA2013FIQH MUAMALAT I3KMA
MGA4043PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH3KMA
MHB4033UNDANG-UNDANG KOMERSAN3KMA
UTA2072PEMIKIRAN KREATIF DAN PENYELESAIAN MASALAH2KMA
UTA2082PENGAJIAN HALAQAH2HMD1




Bangkit! Bangkit! Bangkit! Bangkit Mujahid Islam!

29 December, 2008

Salam Maal Hijrah


Ibn Mas'ud berkata, "Perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah"

Semoga tahun baru 1430H ini menjadi satu titik tolak kepada kita untuk berubah dengan azam baru. Azam yang lepas sekiranya tidak dilunaskan lagi, bolehla sambung untuk tahun ini plak. Kepada sahabat2 semua, sem baru dan tahun baru ini kita laksanakan azam baru dan semangat yang berkobar-kobar dalam pelajaran. Alhamdulillah semester yang lepas kita berada dalam lingkungan najah2 belaka. Pasni kita kene teruskan usaha kita mencari mardhatillah. Selamat berjuang buat sahabat-sahabatku. Strive For Excellence!!

Semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian.

Semakin bertambah bebanan, semakin kurang keupayaan
Hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan

Tuluslah dengan TUHAN, teluslah sesama INSAN

Berhijrahlah kita ke arah kebaikan


Salam Maal Hijrah...perbanyakkan amalan, tinggalkan kemaksiatan

12 January, 2008

Hijrah

Hijrah
Album : Sirah Junjungan
Munsyid : Sirah Junjungan
http://liriknasyid.com



bumi mekah seakan menghimpit
mengancam nyawa risalah langit
ketika itu turun perintah
untuk berhijrah ke kota harapan

pergi bukan bererti mundur
tapi menyusun langkah teratur
demi mencapai matlamat agung
membawa rahmat ke seluruh alam

satu muharam detik bersejarah
dimasa umat telah berhijrah
dari kota mekah ke kota madinah
tinggal segala harta keluarga
sahabat handai dan yang tercinta

tiada yang lebih berharga
selain iman yang sejahtera
kerananya sanggup berkorban
harta dan nyawa watan tercinta

kerana ikatan ukhuwah fillah
mengatasi ikatan saudara
kaum ansar mendakap rasul
dan muhajirin sujud bersyukur

disinilah ketabahan
umat islam diuji

10 February, 2007

maal hijrah..hijrahkan dirimu

Garis perjalanan yg panjang penuh ranjau menuntut
kemampuan diri menangani apa jua dugaan hidup dgn kental.
Tidak bernama kemanisan
andai diri goyah dgn pelbagai cabaran.
Tidak dikatakan keindahan jika diri rebah dgn pelbagai godaan.
Segala cabaran dan godaan sama ada semasa usia muda atau tua merupakan proses mengenal diri dan memaknakan insani.
Usah terperangkap dgn situasi yg merosakkan diri,
terpengaruh dgn anasir-anasir yg menyalahi undang-undang agama.
Usah terpedaya dgn keadaan yg mencemarkan hati,
terganggu dgn unsur-unsur yg membunuh ketuhanan jiwa.
Teguhkan hati, tebalkan iman, kejapkan diri, kentalkan pendirian.
Walau musim bersilih ganti, walau ombak datang membadai,
walau apa jua rintangan yg menghunjam,
kesemuanya perlu diharungi dgn berani.
Kibarkan bendera dgn cekap utk menerobos dunia agar hati tidak kecundang.
Apa jua yg datang, apa jua halangan yg hadir adalah kematangan.
Sempena kedatangan bulan MUHARAM, sempena kelahiran bulan pertama dalam pengiraan bulan ISLAM, pahatkan dlm diri bahawa:::

“ SESIAPA BERHIJRAH DI JALAN ALLAH,
NESCAYA MEREKA MENDAPATI DI MUKA BUMI INI
TEMPAT HIJRAH YANG LUAS DAN REZEKI YANG BANYAK.
SESIAPA KELUAR DARI RUMAHNYA DGN MAKSUD BERHIJRAH KPD ALLAH DAN RASUL-NYA, KEMUDIAN KEMATIAN MENIMPANYA (SEBELUM SAMPAI KE TEMPAT YG DITUJU)
MAKA SUNGGUH TELAH TETAP PAHALANYA DI SISI ALLAH.
DAN ADALAH ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG.
(SURAH AN NISA’ :100 )

SALAM MAAH HIJRAH 1428
tup tap... tup tap.. dah masuk tahun 2007
alhamdulillah..syukur ke hadratMU
kerna hambaMU masih lagi bernafas di bumi ini..
moga hari ini lebih baik dari smlm..
tahun ni.. lebih baik dari tahun lps..

Ya ALLAH Ya Tuhanku..
Baguskanlah utkku agamaku..
Kerana ia pengawas seluruh urusanku
Perbaikilah utkku duniaku..
Yg di sana adalah kehidupanku
Sempurnakanlah utkku akhiratku..
Kerana ke sanalah tmpt kembaliku
Jadikanlah hidupku..
Sebagai penambah kebaikan
Dan jadikanlah matiku..
Sebagai istirehat daripada segala kejahatan…..

YA ALLAH..
Sesungguhnya aku memohon pada Engkau akan sebaik-baik permintaan
dan sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan,
sebaik-baik amalan dan sebaik-baik hidup serta sebaik-baik mati…
( H.R. Ar Tabarani)