Showing posts with label Jalan-Jalan Cari Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan Cari Makan. Show all posts

27 May, 2010

Planning untuk masak

Alhamdulillah..sudah tiba di bumi Perak. Syukur. Walaupun balik secara tiba2 tanpa dirancang, alhamdulillah Allah permudahkan segalanya walaupun sebenarnya agak berdebar - debar juga. Bukan tak biasa balik tapi bila dah on the spot ni macam2 la. Terlupe pakai helmet la. Tertinggal handsetla. Ni mesti shoe x bagi balik. Hehe=p


Tiba di rumah tadi jam 3.30 pagi. Umi n una ambil di stesen bas. Alhamdulillah. Syukurku panjatkan lagi. Aku masih diberi peluang melihat keluargaku. Adik lelaki yang sekolah pondok pun balik. Tersipu - sipu malu jumpa aku. Yelah. Dulu nakal - nakal masa kecik. Sekarang dah besar, jadi hafiz belaka. InsyaAllah. Familiku tidak cukup seorang. Adik di Maktab Mahmud tidak pulang. Takpe. Cuti banyak lagikan. Nanti leh jumpe (^_~)


Di rumah, perkara paling best skali adalah dapat memasak di dapur untuk ahli keluargaku. Paling best skali bila dapat pujian 'sedap'. hehe. Bukan yang tu sebenarnya. Paling best kalau dapat tengok seisi keluarga menjamah makanan yang telah aku masak. Malam ni masakkan nasi goreng blackpeppers plus ikan sweet sour. Memula ingat nak buat puding karamel tapi xde susula pulak. Takpe2. Esok pas abih meeting kat Seberang Jaya ingat nak pergi Tesco Extra. Leh beli barang2 nak masak.


Barang yang perlu dibeli esok:
  1. Susu Cair
  2. Butter
  3. Serbuk Koko
  4. Santan (kene geledah dapur dulu cari)
  5. Sagu
  6. Tepung Caca
  7. Biskut Marie
  8. Esen Vanilla

Apa lagi ye?


Ada 3 benda nak masak esok. Hehe. Prepare for trouble!


Yok! Jom! Sape nak meh datang umah!


To K.ainul, K.Janah, Kinah, Shoe..kalo tingin..mehla cni..hehe..rasa air tanganku..haha


Adoyai~


k..jom makan!

13 July, 2009

Ziarah Ila UM


4 Julai 2009 – 5 Julai 2009

Dari Parit Buntar aku menaiki tren ke KL Sentral pada malam 3 Julai 2009. Alhamdulillah sampainya pada subuh hari. Terus sms Ustazah Aishah dan ummi. Ustazah amik aku dan anis di KL Sentral bersama zaujnya. Kemudian trus ke UM Kolej 9. Kalo dah jumpe ustazah ni, dah x ingat dunia berboraknya. Breakfast dan kemudian sambung borak lagi. Macam2la dikongsi. Sebenarnya kedatanganku ke UM bukan setakat nak ziarah Ustazah Aishah (ajar aku arab ms F5) tapi diminta oleh ustazah utk ajarnya blog. Kalo rajin, lehla singgah blog ustazah.



Tengaharinya ustazah masak Spaghetti dan makaroni. Aku memang x reti masak makanan barat ni coz memang jenis famili aku x makan tapi aku sorang je still boleh telan lagi. So kalo aku tingin nak makan spaghetti ke apeke..kedaila jawapnya.Hehe. Kire aritu aku dan anis bertuahla coz dapat makan masakan dari air tangan ustazah. Amik berkatla kununnya. Haritu kire bertuah gakla coz aku leh blaja sendiri cne nk masak makaroni n spaghetti. Wokeh. Jom tengok cne nak masak spaghetti kt bwh ni!



Memula rebus spaghetti kt atas dapur


Pastu sediakan bawang besar, bawang putih, halia dan tomato. Hiris ye. Tgk mcm usth wat ye!


Sesambil tunggu ustazah rebus spaghetti, aku n sume anak usth (asma, dik wa n baby jibril) pakat tibai durian dulu. Aku mmg hantu durian!


Ni la longgokan durian yg dh termakan! =p



Sambung balik cara2 membuat spaghetti tadi...




Kemudian masukkan bawang putih yang telah di hiris sebentar tadi ke dalam kuali dengan menggunakan minyak ape ye usth. Lupe plak. Hehe


Haa..guna minyak ni. Nampak jelaskan? Usth guna minyak ni utk jg keshtn. Kurangkan minyak dalam masakan!

Pastu tumiskan bahan2 td


Kemudian masukkan pula bawang besar dan teruskan menumis bahan2 tadi sehingga naik bau


Yang ni nak wat ape ye?


Tomato tu kite masukkan pulak dalam kuali. Tadi tunjuk tu coz tomato tu tgh tggu turn dia dimasak. Haha=p


Pastu kaco sehingga sebati


Hasilnya setelah digaulkan


Pastu kite masukkan Sos Prego dalam bahan tumisan tadi dan gaulkan


Usth kata cari prego yang tin punye. Bukan yang botol prego tu coz ada bezanya. Kalo yang ni dijamin halal. Nampak x cop halal tu. Hehe. Kalo botol prego tu..dari oversea punye.


Ni la hasilnya sebagai kuah kepada spaghetti. Em. Sedapnya!


Ni la udang yang bakal dimasak. Bersihkan ia. Pastu kite rebuskan dengan air yang sedikit je. Usth kata jangan rebus skali ngn bahan yang telah ditumiskan. Nanti x sedap. So asingkan rebusan udang dengan bahan tumis.


Haa...tgh rebusla tu. Ni ada tgn peace yg menganggu. Anis la tu=p


Kasi dekat n clear ckit


Jangan lupe rebus tu tutup ngn penutupnya!


Sesambil usth menyiapkan bahan2 di dapur, aku n anis di meja makan. Saje nk tgk spaghetti yg dah ditoskan. Tengok tu anis gembira sangat nak makan spaghetti. Siap nak jadi model untuk spaghetti lagi !


Lalu usth pun datang. Anis pun terkantoi. Usth gaulkan plak spaghetti tu.



Ni pencuri spaghetti secara sesenyap. Tanak ngaku bersalah plak tu !


Kita ke dapur semula. Udang dah siap direbus. Ni la hasilnya!


Ni salad yg usth dh wat (ms ni x smpt tgk cr2 nk wat coz ngah men ps2 ngn jibril=p)


Usth plak smbg wat makaroni..just rebus jela..tgk tu..takut x cukup spaghetti tu kang..


Sedia di makan! Sedapnya!


Lepas makan, tunggu untuk solat zohor, bersiap sume. After prayer, menapakkan diri di Library UM. Masa tu aku n anis masuk sebagai visitor jela. Kunun nak wat research. Ntah ape research ntah=p Sesambil tu cari tempat sesuai then trus ajar usth berblog. 30 minit je menapak kat situ coz ktorg smpai pun dah kul 3.30. Kul 4 trus balik semula umah usth. Minum petang n solat asar. Pastu ktorg ke Digital Mall...


Hehe..dak2 sengal smpai Digital Mall=p


Ni la Jibriel (anak bongsu usth) ms merayau2 kt dlm Digital Mall


Digital Mall pada waktu malam

Kat cni banyak sangat gadget2..sampai rambang mata aku tgk. Tgk2 hp..mp3..mp4..mp5. Pergh..cuci mata jela. Pokaila katakan. Dalam dok pokai pun beli gakla ckit. Ngeh3=p Usth n ust pn x melepaskan peluang cari hp baru.........

Ni masa tgh tggu install apentah hp tu..so anis n jibraiel nk mengabadikan gmbo mereka kt c2=p

Dah selesai jalan2 kt situ..ktorg pun balik. Memang penatla aku rasa. Balik umah trus tdo.

Keesokannya..

Bangun awal pagi (xde awal pn sbnrnya=p) wat rutin mcm besa. breakfast sambil berborak ngan usth. Kunun nak sggh liberi la. Ust siap g hnt kt liberi. Sudah bukan kepalang. Liberi tutup. Jadinya ikut jela ust n usth g blk Digital Mall coz dok perbaik hp apelagi ntah. Ktorg ni tukang ikut jela. Balik umah makan tengahari..sedapnye usth masak ikan stim aritu! Pastu bersiap nak balik ke Nilai. Huhu. Sebelum balik, aku sempat salam ngn Dik Wa n Asma. Rasa macam sayu lak. Aku anggap diorg ni macam sepupu2 kecik aku merangkap adik2ku. Takpela. Kalo panjang umur leh jumpe lagi. Ust n usth pun trus hntr aku n anis ke KL Sentral. Kite ni senangkan nak mencipta pertemuan tapi tanak plak mencipta perpisahan. Cmtula yang aku rasa sebelum berpisah ngn usth. Aku ucapkan jutaan terima kasih buat usth sekeluarga coz sudi terima kami berdua ni. Xde rasa kekurangan pun usth layan ktorg. Uhibbukum jami'an fillah!

Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidak sempurna iman seseorang kamu selagi mana tidak mencintai saudaranya sebagai mana ia mencintai diri sendiri. (riwayat Bukhari dan Muslim)

09 July, 2009

Sireh Pulang Ke Gagang II

3 Julai 2009, Jumaat

Bismillahirrahmanirrahim..

Pagi lagi aku telah bangun. Bersiap, kekemas apa yang patut dan tepat jam 10.30 pagi aku segera ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal (SMKANT) yang merupakan tempat dimana aku menimba ilmu disitu. Pagi itu merupakan hari pengambilan rekod pelajar. Aku sekali lagi ditaklifkan untuk mengambil rekod 2 orang adikku dari Form 4 dan Form 5. Hanya ini generasiku yang masih lagi berada di sekolah itu. Aku bersama Kak Ummu seperti rusa masuk kampung. Yelah kan. Junior yang kenal aku pun hanya Form 4 dan Form 5 je. Sebenarnya adik2ku ni tataupun yang akak dia yang amik buku rekod. Hehe. Dapat taklifan malam tadi. Heeeee~

Sesampainya aku di kantin (wat tau je sbnrnya) adikku yg F5 menjerit memanggil dari jauh. Bertanyakan kenapa ummi tidak hadir. Lalu aku menjawap ummi ada keje di skolah. Tiba2 aku ternampak kelibat seorang guruku yang sangat rapat denganku. Teacher Ashikin! Ni la guru librarian aku merangkap guru Bahasa Inggeris ku masa aku F2. Memang saat ini yang sangat ditunggu2 oleh beliau. Dah brape kali asik tanya pada ummi bila aku nak balik. Hehe. Teacher rindu saya ye? Senyum je Teacher Ashikin. Lalu bertanyakan khabar beliau yang kini sarat mengandung. Wah! Murah rezeki lepas ni. Teacher Ashikin juga masih mengharapkan aku untuk update blog library skolah. InsyaAllah. Nak balik skang sudah jarang. Jadinya teacher hanya attachkan emel kepadaku tentang berita2 terbaru library dan aku sebagai admin kepada blog library akan mengupdatekan blog itu selepas ini. Tunggu ye..masih blum update lg!

Kemudian aku terus ke Dewan Al-Ghazali untuk mengambil rekod adikku yang F5. Berjumpa dengan Cikgu Munirah. Beliau ni dulu mengajarku Matematik masa F3. Best dia ajar tapi aku ni lambat tangkap ckit. Hehe. Berborak seketika dengan cikgu sesambil bertanyakan masalah adikku. Susah benar mantan pengawas sorang ni. Kalo dah sebok..abihla result dia jatuh. Haih~ SPM semakin hampir. Aku semakin risau melihat result adikku ni. Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan adikku ini.

Selesai sudah..aku terus ke kelas 4 Ihsan. Huhu. Tingginya..tingkat paling atas plak tu. Dari jauh ada juniorku yang hanya tersenyum. Suasana persekitaran dan tarbiyyah semakin berubah. Aku dapat melihat melalui kaca mata seorang ex-student. Disitulah aku mengorak langkah menuju kejayaan dan disitu jugalah aku mencipta nama. Kenangan dulu sangat indah bersama sahabat2 tersayang. Dapat makan bertalam sesama F5, solat jemaah, qiam, usrah dan memacam lagi. Aku rindu sangat saat itu! Saat dimana kita menerima tarbiyyah sama2. Masih ada lagikah tarbiyyah itu seperti sekarang? Huhu..........(no answer).

Sampai di kelas 4 Ihsan, aku menunggu giliran. Ramai pula waris disitu. Aku kembali mengimbau kenangan lalu. Melihat pemandangan dari atas. Lalu aku mengambil beberapa foto sebagai kenangan. Memang sudah lama aku tidak ke sini. Kalo aku datang pun, hanya untuk jumpa adikku di asrama saja. Sebenarnya aku rindu untuk berprogram dengan junior. Aku ingin kembali melihat biah solehah wujud di bumi SMKANT ini. Huhu............(no answer).


surau yang telah dicat semula dan ditambah dgn atap baru


skolah kini berwajah oren


pemandangan dr atas


tempat lalu lalang

Giliran aku tiba. Aku berjumpa pula dengan Cikgu Azlina Baharom. Salam lalu aku pun duduk. Berborak bukan main panjang. Haih. Rindula katakan. Cikgu Azlina ni penah ajar aku sekejap je. Subjek Matematik jugak. Cikgu sangkakan aku hanya punye seorang adik je di SMKANT. Baru aritu dia tahu yang aku juga ada adik F5. Hehe. Ntahla. Ada yang kata Adibah tu macam muka aku dan ada gak yang cakap Husna tu macam muka aku. Aku slalu cakap muka pun fotostat je (bole ke gitu?). Hehe..layan je=p

Selesai sudah, aku trus mencari Kak Ummu. Ku sangkakan sudah selesai, rupanya tidak. Sesambil menunggu Kak Ummu settle, aku nampak dari jauh kelibat Guru Kimia ku sewaktu F4 dan F5 merangkap Guru Sains aku sewaktu F1 dan F2 serta selaku mentorku sewaktu Program Mentor-Mentee, Cikgu Hasniza. Rupanya cikgu ni dah lama ajar aku tapi aku dulu asik fail je paper kimia. Hehe. Bertuah btoi punye anak murid! Alhamdulillah nasib baik aku lulus paper kimia masa SPM. Tak sia – sia belajar walaupun masa exam dulu aku kire subjek ni memang susah giler! Berborak lama jugak. Cerita pasal aku..pasal cikgu kemudian sampaila masuk bab kawen. Ni yang aku lemah ni. Cikgu dah sesiap ingatkan aku kalo nak kawen nanti..jangan lupe jemput cikgu. Yelah. Umah dah satu taman..opkosla saya jemput nanti. Hehe..macam nak kawen dah=p

Alhamdulillah..selesai saje trus ke asrama untuk ambil adik2ku. Memang padatla kereta masa tu. Dahla naik Iswara je. Mulanya nak bawak Kenari tapi ummi kata tak muat kang nak angkut bebudak tu. Hehe. 2 kat depan..4 lagi kat belakang. Sabo jelah. Nasib baik xde polis. Terus pulang ke rumah.............................

Habis cerita dah!


03 July, 2009

Sireh Pulang Ke Gagang I

2 Julai 2009

Pukul 11.30 pagi, aku segera bertolak ke SKPTM (Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat) yang terletak di seberang jalan yang memisahkan antara negeri Pulau Pinang dan Perak. Sungguh ramai waris2 yang sudah tiba. Apa urusanku ke sana? Aku ditaklifkan untuk menjadi waris kepada adik2ku (bukan waris jari hantu) menggantikan ummi yang tidak hadir disebabkan kerja. Hari ini merupakan hari waris tengok report card. So aku sebagai waris kepada 3 orang adik2ku bersama Kak Ummu Hani bergegas ke kelas mereka. Ades! Kat mana ni? Tatau kelas kat mana! Lalu aku dan Kak Ummu menggagau mencari2..tgk signboard..akhirnya....

ni la SKPTM (blok yg aku x smpt rs)


nun jauh sana kelihatan surau SKPTM
(kt cni dulu kn ada pokok ketapang..pokok yg dikatakan berhantu..tp ms aku dtg tu dh xde dh)


aku dh smpai kt klas darjah 1


beginilah respon adik2 darjah 1


ni adik k.ummu (mohd zakiyuddin). cuba tgk leklok kt blkg tu. ada bdk malu2 kucing la


taraa..dia mula menjenguk!


tadaa..ni la si bdk kecik tu..adik bongsu k.ummu (ahmad nuruddin) yg malu2 kucing ngn aku tu


bersama ibu muda..hehe..ni 3 beradikla=p


ibu dan ayah prihatin


tgk tu..betapa sygnya ibu dia!

Walaupun aku dapat ke sana tapi yang sedeynye..tak dapat nak jumpe sangat sume bekas2 cikguku. Huhu. Teringat masa pergi ke kelas adikku, Iffah. Ada sorang cikgu ni tnya.. 'ni anak sulung ke?' sambil menunjuk pada adikku. Mahu je aku jerit kat situ gak! 'Sebenarnya saya yang anak sulung, ni adik sayala cikgu!' Tu la..salah aku gak kot coz x cakap awal2 nak amik buku rekod adik. Kan dah kene cop camtu!

Usai saja mengambil buku rekod ketiga-tiga adikku, aku segera pulang ke rumah. Fuh..memang penatla. Pastu nak kene amik adik kat tadika lagi. Nak hantar g skolah agama lagi. Banyaknya keje..macam praktikal jadi ibu mithali lak..hehe..

K la..cukup la kemengarutan aku..

Sebelum tu..just nak bitau. Dulu aku trime pendidikan di SKPTM pada awal April 1998- 2001. Banyak kenangan aku kat sana. Naik pentas amik hadiah. Memacamla. Tak larat nak tulih. Kan best kalo ada mesin yang leh detect aku cakap n trus transfer masuk blog. Haha..berangan~

Tu jela nak citer pasal SKPTM. Wat sume guru2 ku yang pernah mengajar anak muridmu ini..

Cikgu Rodziah
Teacher Noraini
Cikgu Imtiaz
Cikgu Razak
Teacher Rashidah
Sir Tajuddin
Cikgu Norliza
Cikgu Janariah
Ustazah Noraini
Ustazah Maimu
Ustazah Kamariah
Cikgu Naimah
Cikgu Siti Zubaidah
dan semua cikgu yang SKPTM..

Terima Kasih atas jasa kalian.

Moga Allah membalas segala pengorbananmu dalam mendidik anak bangsa tercinta!

06 June, 2009

Lunch Bersama Family


Alhamdulillah arini dapat makan bersama adik2 tercinta walaupun tanpa ummi n abi. Mulanya kenyang nak makan coz sebelum tu dah breakfast. Perutku tak mampu nak isi lagi tapi bila dah tengok adik2 ni berebut2 makan, jadi selera plak tetiba. Seronoknya..dah lama x makan macam ni!



Menu Hari Ini....



ikan bawal masak kicap





ikan bawal masak merah





sayur kobis air



Menu yang simple saje tp berebut tu memang seronok..memang laris la..tengokla sape masak (^_~)



Kanak-Kanak Riang Seronok Makan..











Hampir Selessai Makan...










Alhamdulillah..ni rezeki kita hari ini. Sedihnya, esok dah x dapat makan bersama dah. Sama2 kita mensyukuri nikmat ini wahai adik2ku!