Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

13 January, 2012

Kau punya Dia

Salam.

Buat jiwa - jiwa yang gelisah, resah dan tidak tentu arah..

Carilah DIA di segenap sudut. Walau segalanya terasa pahit. Sakit. Jiwa kacau. Berusahalah mencariNya. Dia ada untuk kita di mana sahaja.

Al - Quran, penenang jiwa, pengubat duka.

Boleh layari video ini. Kata - katanya manis sekali. Mungkin bisa menjatuhkan egomu duhai si pengembala dosa ------> Motivasi Al-Quran


Sekiranya kita menghadapi kesusahan, kesukaran, kekecewaan.

Cepat - cepatlah istighfar.

Dia sedang mengajarmu di kala ujian melanda.

Dia sedang bersamamu dan kau tidak keseorangan.

Dia ada. Kau tak nampak. Tapi kau akan dapat rasa.


Betul. Aku tak tipu.

Carilah Dia. Cepat cari. Ngadu padaNya.

Kerana Dia lebih berhak untuk kau adukan masalahmu berbanding manusia.

Manusia sememangnya ada untuk mendengar.

Tapi alangkah baiknya sekiranya kau ceritakan buat yang Maha Mendengar.

Dia lebih mengerti kegusaranmu sekarang.


Biar air mata kau mencurah - curah.

Biar egomu tatkala ini lemah.

Asal kau masih punya Dia.


Kau tak pernah keseorangan.

Kerana apa?

Kerana Dia sentiasa ada saat kau lupa. Alpa. Fanatik dengan dunia.

Kau buang Dia atas keseronokan dunia yang kau miliki.

Kau buang Dia ketika kejayaan kau kecapi.

Kau lupa Dia saat kau punya pangkat yang tinggi.


Saat ini kau rasa dosamu menggunung tinggi.

Ingatlah!

Tinggi lagi rahmatNya mengatasi kemurkaan.


Saat ini kau punya Dia sahaja

Bentangkanlah sejadahmu

Sujudlah menghadap Dia yang Satu

Pohonlah maghrifah di setiap doamu

Dia ada bersama kamu

Duhai Si Pengembala Dosa yang lalu





Oh Tuhan

Sudilah terima taubatku

Merintih memohon keampunan

PadaNya ku persembahkan

Selautan doa ku harapkan

Agar Kau masih bersama denganku

Hingga akhir waktu



Duduk keseorangan, mencari ketenangan

Siapakah yang layak meminjamkan ketenangan ini

Kalau bukan Dia yang kau akui cintaNya

Ar - Rahman, Ar - Rahim


Saat kau rindukan kata - kataNya

Selaklah helaian surat cinta dariNya

Terkandung 1001 hikmah tersirat

Yang bisa mengubat dukamu

Malah menenangkan jiwamu


Biarlah saat ini kau tidak punya siapa - siapa

Asalkan kau masih ada Dia yang setia

Menongkah arus kehidupan yang fana

Demi mencapai kehidupan yang sejahtera


Mungkin dulu kau hilang pedoman

Terlalu asyik mencari dunia

Sehingga lupa pada Si Dia

Tuan empunya kehidupan


Ampunkan aku andai aku tersilap bicara, tersalah kata, terulit dosa. Tiada yang lebih hebat daripada Dia. Kerana Dia lah kita menjadi hebat pada hari ini. Dan kerana Dia lah kita masih hidup sekali lagi.

Andai coretan ini masih belum mampu mendamaikan jiwamu, ambillah sedikit petua ini. Mungkin tidak seberapa. Tapi memadai andai kau berusaha.

Jika kau rasa hatimu tidak tenang. Ambil Al - Quran. Bacalah!

Jika hatimu masih berkeras. Putarlah ayatNya di radio, internet, dan mana - mana teknologi.

Bukalah Surat Cinta DariNya. Setiap ayat itu kau bacalah terjemahannya.

Mudah untuk kau fahami. Setiap patah yang terhimpun dalam satu surah.

Bacalah dan hayatilah. Sehingga mampu kau leburkan egomu.

Kelak kau akan rasa bahawa Allah sedang berdialog denganmu.

Mengertilah. Setiap kata - kata dariNya punya makna yang tersendiri yang harus kita singkapi.

Berusahalah mencari Dia bukan hanya saat kau susah. Lelah menjalani hidup.

Tapi carilah Dia di segenap waktu yang kau miliki. Baik di atas kenderaan mahupun sedang makan.

Moga usahamu yang sedikit itu mampu menatijahkan keinsafan di jiwa.

Teruskanlah langkahmu. Kerana kau tidak pernah berseorangan.

Durratul Akhyar,
Baiti Jannati Nilai,
13 Januari 2012
2.58am







23 June, 2011

Penyakit Putus Asa

Salam semua!


Kali ni nak bawakan satu tajuk khas yang saya pikir dah semakin melarat dan berpenyakit. Nak tahu ape?


PUTUS ASA!~


Anda dah tahu sebab baca tajuk kat atas tu kan? Hehe


Ok.


Kehidupan kita ni sememangnya tak terlepas daripada ujian, dugaan, cabaran, pancaroba, buntu, resah gelisah dan sebagainya. Bukan manusia la kalau tak rasa semua tu kan? Lain orang, lain ujiannya.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabut ; 2)

Segala ujian yang kita hadapi tu semua ikut kemampuan kita. Bear in ur mind, Allah takkan uji makhlukNya sekiranya makhlukNya itu tak mampu. Ini bukan saya yang cakap. Tapi dah termaktub dalam surat cinta Dia buat kita. Bila Allah uji kita, kita akan semakin dekat pada Allah. Dialah segala - galanya buat kita. Sebab apa kita diuji? Semakin banyak ujian, semakin kuat pergantungan kita pada Allah. Percaya tak? Siapa lagi nak tolong kita kalau bukan Dia. Alhamdulillah. Mari kita bersyukur!


Tapi, ini yang paling saya tak suka ni!


Pernah dengar tak orang mengeluh?


Pernah dengar tak orang yang terima je apa yang nak jadi?


Pernah kan?


Janganlah putus asa. Rahmat Allah itu sangat luas mengatasi kemurkaanNya. Lebih luas dari bendang (baca: sawah) kat belakang umah (kalau sape yang ada la~). Lebih luas dari lautan yang ada kat permukaan bumi ni!  Allah never forget us even a minute. Kita je selalu sangat lupa kat Allah. Bila ada masalah baru nak cari Dia. Kan? Kan? Baik mengaku cepat!


Ok. Back to our topic.


Putus asa ni umpama racun yang membunuh jiwa. Seolah - olah kita meragui perjalanan dan kehidupan yang kita sedang lalui. Kesan racun ini jika tidak menyekatnya, akan menyerang iman kita sehingga kita mula meragui qadar Allah SWT dan akhirnya meragui kebesaran, keagungan, penciptaan, kebijaksanaan, keadilan Allah SWT. Nauzubillahi min zalik. Moga kita tidak tergolong di kalangan orang yang putus asa. 

Tahu tak macam mana muka orang putus asa?



Orang yang putus asa macam ni kah ghopenye? (baca: rupenye)


Ist..ist..ist..


Penah dengar tak kata - kata orang putus asa?

"kenapa mesti aku?",
"kenapa aku tak macam orang lain?",
"mana silap aku?",
"kenapa aku diduga sebegini rupa?"
. 


Kenapa itu dan kenapa ini. Persoalan demi persoalan dilontarkan.



Lagi sedih bila ada orang cakap.."kalau dah sakit camni, mati gakla jawapnya. Dah nak mati kan!"


Fuh!~ Sabar..sabar..sabar..innallaha ma'as sobirin..


Anda perlu redha atas apa yang Allah berikan. Ujian dalam kewangan, pelajaran, kesihatan dan sebagainya. Natijahnya Allah lebih tahu. Tapi Allah tak kata suh putus asa ok?


“Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir" (QS. 12 : 87).

Saya hanya membantu manusia untuk jadi sehat. Tujuan utama bukan untuk jual produk. Bantu orang jadi sehat tu saham akhirat saya nanti. Seek for mardhatillah tu matlamat saya. Kalau anda masih lagi nak bersikap putus asa dan menyerah tanpa ada apa - apa usaha, you should think deeply la. Dah penat saya nak berceloteh panjang - panjang. Sekadar peringatan untuk kita bersama juga. Kalau orang jadi sehat, mesti saya bangga dan suka. Anda tak suka ke tengok anda dan keluarga semua sehat - sehat?


Saat kekalahan itu bermula bila kamu merasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula bila kamu melawan rasa lemah itu!

Please la. Jangan putus asa macam ni. Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum tu kalau dia sendiri tak nak ubah. Jom bangkit dari kelemahan!

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."

Allah dah janji kat kita. Tak percaya sila buka surat cinta Dia (baca: Al -Quran). Setiap kesulitan yang kita hadapi tu ada kemudahannya. Dan setiap penyakit yang Allah timpakan buat kita tu ada penawarnya kecuali mati. Kalau kita tak nak berusaha keluar dari kesempitan dan kesulitan yang kita hadapi, hanya mengharap pada doa saja, takkan ubah segala - galanya. Usaha la! 

Jadi, jangan patah semangat dah! Yakin, usaha dan teruskan berdoa. Semua tu adalah tarbiah. Anda sedang menjalani proses tarbiah. Walaupun orang lain tak dapat nak mendalami perasaan anda, sakit anda tapi Allah ada. Dia selalu dengar rintihan hambaNya. Allah lebih memahami. Trust me ok?


Manusia tu banyak dah Allah bagi nikmat. Nikmat tu lagi banyak pada ujian. Ujian tu la yang  menguatkan kita. Memuhasabahkan diri kita yang sering alpa. Cuba kita bandingkan ujian yang kita terima dengan orang lain yang lebih berat ujiannya. Apalah sangat ujian yang kita terima ni. Sebab kita mampu sebenarnya untuk atasi. Renungkan kembali kalau kita pernah melalui ujian yang lebih - lebih hebat lagi mencabar sebelum ini, kenapa kita nak terus down n putus asa dengan ujian yang sekelumit ni? 


Buat diri dan sahabat - sahabat yang masih lagi nak putus asa, didiklah hati kita supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah. Jadi hamba yang tabah menerima. Koreksi diri semula. Air mata tak mampu mengubah segala - galanya melainkan dengan usaha! Nangislah kalau anda nak nangis. Keluar air mata darah pun takkan ubah ape - ape. Be strong ok?

Saya doakan supaya kita semua dijauhkan daripada sifat putus asa. Think positive. For things to change, you have to change first. Takde bende kat dunia ni jatuh gedebuk camtu saja. Even orang jatuh pun ada sebab mungkin licin atau sebagainya. 

Cukupla setakat ni. Panjang pulak saya berceloteh. Jom berusaha! Senyum untuk jadi lebih kuat!





Sesapa yang nak jaga kesihatan, nak ubah lifestyle,


do contact me, 013-7976876


I'll be ur personal coach

18 May, 2010

Tawakal Itu Indah

Bismillahirrahmanirrahim...


Sudah lama tidak mencoret walau sekelumit kata. Sungguh, si tuan blog ini sangat merindukan untuk menyatakan sesuatu tapi apakan daya seringkali berada di luar maya. Mahu saja menyuruh pakar it membuat sesuatu idea baru supaya tidak perlu lagi menulis, hanya sekadar detection daripada apa yang diperkatakan dan terus publish dalam blog. Itu yang diimpikan sejak dulu. Nampaknya macam mencabar pakar it ni. Lagipun untuk kemaslahatan jugakan? hehe~


Sekadar ingin berkongsikan sesuatu. Mari kita lihat ayat ini..

Apabila engkau telah berazam maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
(Ali Imran : 159)

Ayat ini seringkali meniti di bibir. Kadang - kadang tanpa disuruh, rupanya sedang melafazkan ayat ini berulang kali. Paling terkesan apabila suatu malam, diulang - ulang ayat ini. Ya! Aku faham! Allah sedang mengingatkan aku yang lalai! Usai solat berjemaah, tiba - tiba terdengar seorang sahabat melafazkan ayat yang sama sewaktu dia mentadabbur Al - Quran. Allahu Akbar! Terasa sebak di jiwa. Fikir dan zikir.


Alhamdulillah, sudah hampir sebulan melepasi fatrah imtihan dan semua pelajar ada yang sudah kembali ke kampung halaman meneruskan agenda masing - masing dan ada juga yang masih berada di bumi Nilai. Walau dimana pun anda berada, tegakkanlah Islam . Fatrah imtihan dahulunya membuatkan kita semakin dekat pada Allah. Kita punya Dia setiap waktu. Setiap kesusahan dan kesenangan yang kita hadapi, Dialah tempat mengadu. Kita sudah berjuang sehingga ke titisan pena yang terakhir tapi adakah perjuangan kita sehingga itu sahaja. Nah! Inilah ayat yang ingin dikongsikan. Bab tawakal kadang - kadang kita sebagaimana insan ini seringkali terlupa.


Faiza 'azamta fatawakkal 'ala Allah. Innallaha yuhibbul mutawakkilin..


Allah mencintai orang yang bertawakkal. Maka, usaha kita bukan sahaja di medan peperiksaan bahkan juga sejak mula lagi dan selepas itu. Usai peperiksaan, kita tambahkan lagi doa dan tawakal kita kepada Allah. Biarlah natijah apa sekalipun yang kita dapat nanti, kita redha dengan ketentuannya. Kita memohon kepada Allah supaya mengurniakan natijah yang terbaik buat diri kita. Kita sudah usaha, lepaskan segala natijah itu pada Dia. Redha. Dia lebih berhak menilai.


Ya Allah, Kau berikanlah kejayaan yang mendekatkan kami kepadaMu. Jangan Kau berikan kejayaan yang menjauhkan kami daripadaMu. Ameen.


Berbalik semula pada konsep tawakal. Seseorang yang bertawakkal kepada Allah hendaklah sedar bahawa tidak ada seorangpun yang pantas ditawakali selain Allah. Tidak akan ada satu kesulitan pun yang menimpa seorang mukmin selama dia berdoa dan bertawakal kepada Allah.


Dan bertawakkallah kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai Pelindung.
(Al-Ahzab : 3)
Di dalam ayat lain diceritakan sebagai berikut:

...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(At-Talaq:2-3)


Teringat satu peristiwa di mana Allah turunkan ujian ke atas saya dan sahabat. Pelbagai mehnah ditempuh sepanjang perjalanan kami ke destinasi yang dituju. Allah uji kami erti kesabaran, ukhwah dan redha atas ketentuan. 'Azim! Ujian inilah tarbiyyah direct dari Allah dan kerana ujian inilah mendekatkan kita kepadaNya. Ini menyebabkan kami memerlukan Dia setiap masa. Kami berusaha dan kepada Dia jugalah kami bertawakkal. Apapun terjadi, kami redha kerana kami hanya punya Dia ketika itu. Alhamdulillah dapat mengawal keadaan tanpa rasa marah dan kami selamat tiba ke destinasi. Sewaktu perjalanan, sahabat saya ada berkata, even bonggol sekecil - kecil begini yang menyusahkan lagi melembabkan kita inipun tarbiyah. Apetah lagi tayar yang pecah. Proses tarbiyyah diperolehi sangat indah dan jangan kita lupa bahawa setiap kelemahan yang kita ada itu Allah sentiasa uji untuk lebih menguatkan kita. Ya! Tarbiyah, ujian, usaha dan tawakal itu berkaitan!

Konsep tawakal yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita;

"Ertinya : Amr bin Umayah Radhiyallahu 'anhu berkata, 'Aku bertanya, 'Wahai Rasulullah !!, Apakah aku ikat dahulu unta (tunggangan) ku lalu aku bertawakkal kepada Allah, atau aku lepaskan begitu saja lalu aku bertawakkal ? 'Beliau menjawab, 'Ikatlah kendaraan (unta) mu lalu bertawakkallah". (Musnad Asy-Syihab, Qayyidha wa Tawakkal, no. 633, 1/368)


Lakukan setiap perkara bukan hanya sekadar tawakal tetapi seiringlah dengan usaha. Usaha tanpa tawakal, anda sendiri yang binasa. Berserahlah..hanya kepada Dia tempat kita berserah (^_~)

04 April, 2010

Pentingkah Berakhlak Mulia?

Salam 1 akidah.

Alhamdulillah, pada hari yang mulia ini masih lagi mengecapi 2 nikmat utama iaitu nikmat Iman dan Islam. Pena ini tergerak untuk berkongsi sedikit pendapat (mungkin) ataupun sedikit teguran yang bersarang dalam lubuk hati. Saya mulakan dengan sepotong hadis nabi yang bermaksud,

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”
Ya..itulah yang sudah dikatakan Nabi kita. Anda dapat mengagak apa yang akan saya khabarkan? Mungkin entry kali ini banyak menegur diri saya sendiri sebagai seorang daie yang kadang terlupa untuk berakhlak mulia.

Apa itu akhlak?

Akhlak boleh diklasifikasikan sebagai perangai atau kelakuan, yakni sebagaimana yang diungkapkan oleh para ulama' 'gambaran batin seseorang' kerana manusia itu mepunyai 2 gambaran, iaitu:
Saya ketengahkan dengan beberapa situasi akhlak yang seringkali terjadi terutama dikalangan mahasiswa/i ISLAM itu sendiri.

Situasi 1

Dalam bas

A: eh..lama x jumpa? nak pergi mana?
B: itulah..ko selalu je menghilang. aku nak balik hostel ni

(dalam masa yang sama)

C: (sambil mencuit bahu si A) apetu? nak tengok jap! (nada arahan sambil meminta surat khabar dari A)
A: er..(kelu lidah kerana disampuk oleh orang yang tidak dikenali)

Seusai kemudian, bas tiba ke destinasi yang dituju

A: boleh saya ambil surat khabar saya?
C: (tidak berkata apa - apa lalu memberikan surat khabar tanpa sedikit senyuman sekalipun)
A: huhu..(ada juga manusia sebegini)

Situasi 2

Dalam perjalanan ke Perpustakaan, tiba - tiba orang yang tidak dikenali, B telah memijak kaki si A tanpa sengaja.

A: Aduh..sakitnye (sambil memegang kaki)
B: sikit je pn kan (berkata dengan tidak rasa bersalah lalu terus pergi meninggalkan si A)
A: huhu (kn lebih baik minta maaf)

Situasi 3

Di kelas

A: Ops, kertas si C jatuhla. Boleh tolong amikkan x?
B: Alaa..amikla sendiri. Bukannye x sampai pun kan. Dia pun boleh bangun dan amik sendiri. Lagipun aku kan tengah buat keje ni.
A: Eh, xpela. Kau kan sibuk. Biar aku amikkan. (bangun dan ambil kertas kepunyaan C)
B: Buat apelah nak susah amikkan. Dia kan ada tangan. Allah belum tarik nikmat dia lagi la.
A: (x endahkan si B). Nah..ni kertas awak yang jatuh tadi. Mungkin awak x perasaan (menghulurkan kertas pada C)
C: Eh, terima kasih sangat. Saya x perasaan pun jatuh. Mujur awak nampak. Terima kasih ye! (sambil tersenyum)
A: (terubat juga hati aku)


Berdasarkan ketiga - tiga situasi ini, dapat dilihat bahawa nilai - nilai murni yang diterapkan selama ini semakin berkurangan. Ini beberapa contoh sahaja. Masih banyak lagi contoh - contoh akhlak yang kurang baik ditonjolkan oleh mahasiswa Islam. Sebagai mahasiswa yang mempunyai identiti Islam, moleklah sekiranya nikmat Islam yang anda ada itu diterapkan dalam diri masing - masing. Bukan sekadar Islam di atas kad pengenalan sahaja, bukan Islam avatar "Iluvislam' di facebook mahupun di friendster dan bukan juga Islam hanya di pakaian. Islam itu meliputi segala - galanya termasuklah sekecil - kecil perkara. Dan akhlak juga merupakan sebahagian daripada agama Islam.


Mari kita renung sejenak sikap kita sewaktu di zaman sekolah. Jika dulu kita seorang yang peramah, sentiasa memberi salam pada guru - guru juga rakan taulan. Tapi hari ini, kita sangat kedekut dan terasa berat untuk mengucapkan salam malah untuk menegur pun hanya pandang sebelah mata sahaja. Iyekan?

Jika dahulu kita seorang yang rajin membantu. Apabila guru keluar sahaja dari kereta, terus sahaja kita mendapatkan guru untuk mengangkat beg beliau. Alhamdulillah. Akhlak terpuji! Tapi hari ini, berada di menara gading, terasa janggal untuk mengangkat beg atau buku pensyarah. Hanya mampu melihat dari jauh walaupun seorang pensyarah itu menjinjit beg dan kertas - kertas kita yang perlu disemak. Pedulikah kita?

Jika dahulu kita seorang yang hormat pada guru sehinggakan takut untuk tidur di dalam kelas, takut untuk menipu dan sebagainya. Tapi hari ini kita tidak takut untuk tidak hormat pada guru atau pensyarah kita, malah kita menipu tugasan yang telah diberikan. Mana berkatnya seorang graduan siswazah nanti andai perkara sekecil ini pun dipandang enteng?

Jika dahulu sewaktu berada di tadika, kita diajar doa - doa seperti doa melihat cermin, doa masuk tandas, doa hendak belajar, dan pelbagai doa lagi kita hadamkan. Tapi hari ini, semua doa itu kita lupakan. Kita mulakan segalanya cukup sekadar membaca bismillah sahaja. Tidak perlu lagi doa - doa yang kita hafal sekian lama dahulu. Untuk apakah kita belajar? Bertambah zalim andai sekelumit bismillah pun tidak diucapkan. Cukup sekadar kita melakukan aktiviti seharian seperti biasa. Begitukah caranya kita berakhlak?

Akhlak..akhlak..akhlak..

Akhlak mulia sangat ditekankan oleh Islam. Ia bukan perkara remeh yang kita hanya pandang sebelah mata. Kemuliaan akhlak adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah buah dari keimanannya. Tidak dikira beriman seseorang yang tidak berakhlak. Penting x akhlak ni?

Sabda Rasulullah

Bukanlah iman itu hanya dengan cita - cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan
(Hadis Riwayat Al-Dailami)


Saya petik semula sabda di atas 'dibuktikan dengan amalan'. Maksudnya keimanan seseorang itu terpancar melalui akhlaknya daripada hatinya. Tambahan pula, akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang hamba merupakan amalan yang paling berat dalam timbangannya di hari kiamat kelak. Oleh itu, barangsiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya.


Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik.

(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

Setiap dari kita harus berusaha agar hati atau gambaran batin menjadi mulia sehingga ia mencintai sifat sabar, santun, apabila ketemu menampakkan wajah yang berseri - seri, hati yang lapang, jiwa yang tenang dan sebagainya.

Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya

Lantas, bagaimana untuk berakhlak mulia?

  1. Menelaah dan mengamati ayat - ayat cinta dari Allah. Lihatlah nas - nas Al- Quran yang menunjukkan tentang pujian terhadap akhlak yang agung. Maka sekiranya anda berbuat demikian, anda akan berusaha untuk menerapkan perilaku terpuji tersebut dalam diri.
  2. Bersahabat dengn orang yang telah dikenali kemuliaan akhlaknya. Sehinggakan menjadikan persahabatan tersebut ibarat sekolah untuk ditimba akhlak yang mulia darinya.
    Seseorang itu tergantung dengan agama sahabatnya, maka hendaklah kalian melihat orang yang akan kalian pergauli.(Riwayat At - Tirmidzi)
  3. Ambil iktibar dari akhlak yang tercela. Orang yang berakhlak buruk pasti dibenci, ditinggalkan dan dikenali dengan sebutan yang jelek. Jadi, sekiranya diketahui akibat yang buruk daripada akhlak tercela, nescaya dia akan segera menjauhinya.
  4. Selalu menggambarkan akhlak mulia Rasulullah SAW. Mari kita lihat bagaimana Rasulullah merendahkan dirinya, bersikap santun, memaafkan dan bersabar walaupun diganggu mahupun dicela.Seandainya seseorang mampu untuk menghadirkan gambaran akhlak mulia Rasulullah dalam dirinya, maka dia juga akan turut merasa rendah diri dan hilanglah perasaan bongkak yang ada dalam diri.
  5. Sentiasa berdoa dikurniakan akhlak yang mulia dan terhindar dari akhlak yang buruk. Rasulullah mengajarkan kepada kita doa untuk mendapatkan akhlak yang mulia.
    Diriwayatkan bahwa beliau berdoa, “Ya Allah, tunjukkanlah kepadaku keindahan akhlak yang tiada bisa menunjukkan keindahannya melainkan Engkau semata. Dan palingkanlah dariku keburukan akhlak yang tiada bisa memalingkan dari keburukannya, melainkan Engkau semata.(HR Muslim)

Dalam hadits yang lain diriwayatkan bahwa Rasulullah saw meminta perindungan dari keburukan akhlak, keburukan watak dan kerendahan adab. Baginda berdoa,

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kemungkaran akhlak, amal-amal perbuatan, hawa-hawa nafsu dan penyakit-penyakit (hati).”(HR At-Tirmidzi dan Ath-Thabrani)

Sudah menjadi tugas bagi setiap orang mukmin untuk memperbaiki akhlak dengan menampilkan akhlak yang mulia kerana akhlak mulia merupakan ciri - ciri seorang mukmin sejati. Jadi, marilah sama - sama kita mengislahkan diri dengan menjadikan akhlak Islam sebagai cerminan diri kita sebagai seorang muslim. Sudah semestinya seorang daie cerminan kepada mad'u. Jika akhlak daie hancur, bagaimana dakwah itu hendak sampai kepada mad'unya? Jom muhasabah kembali!

09 April, 2009

Aku Tetap Bersamamu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Hmm..dah sehari suntuk siapkan assignment..wat research sume..fuh..bebetoi menguji kesabaran..alhamdulillah cuba tenangkan diri..minum air masak..tarik nafas..istighfar bebyk..kemudian boleh teruskan balik wat assignment. Alhamdulillah dah settlekan 1 assignment. Tinggal projek je nak selesaikan. Asalnya nak blk KKNC arini tp x jadi pulak coz nenek tak bagi balikla. InsyaAllah blk jumaat ni kalo xde aral melintang.


Lepas sakit belakang n sakit tengkuk coz sehari suntuk asik duduk je kat kerusi, malamnya aku rehatla kejap tengok tv. Sedang dok cari channel yg best utk tgk, tetiba terhenti kat 1 channel ni..TV3..rancangan Bersamamu ditayangkan. Dah brape kali tengok Bersamamu tapi tak pernah tengok full coz aku takut xleh tahan perasaan..huhu..tp hari ni kire kuat ckit untuk tengok. Almaklumla..hatiku cepat trase..hee~

Apa yang membuatkan aku sebak sekali apabila melihat sepasang suami isteri membesarkan 3 org anaknya dalam keadaan susah, kekurangan duit, apentah lagi untuk biaya yuran persekolahan anak mereka. Tambahan pula, si ayah merupakan seorang nelayan. Mereka diuji apabila si ayah ini terlibat dalam kemalangan pada 3 tahun lepas. Ketika itu si ayah mahu membeli mee udang buat isterinya yang mengidam kerana sudah 3 bulan isterinya mengandung. Ya Allah, masa ni lah aku tak tahan sangat melihat pengorbanan seorang suami untuk isterinya. Sewaktu kemalangan, si suami@ayah ini terus bergegas pulang ke rumah dalam keadaan parah semata-mata mahu menunaikan impian isterinya yang mengidamkan mee udang. Bermula saat itu jugalah, si suami kehilangan mata pencarian sebagai nelayan. Si isteri pulak semakin lama semakin sarat mengandung. Kemudian diuji lagi pasangan ini. Selepas kelahiran anak mereka yang bongsu, si isteri terpaksa berulang-alik ke hospital sewaktu pantang serta mencari nafkah. Keadaan si suami yang masih belum pulih itu menyebabkan dia tidak dapat bekerja. Jadinya, si suami pula yang menjaga anak. Disini kita dapat lihat bahawa tabahnya ibu dan ayah ini membesarkan anak – anak mereka supaya segala keperluan serba cukup. Si isteri juga menambah hasil pendapatannya melalui penjualan kerepek. Apa yang sedih terkadang hasil yang mereka dapat tidaklah secukup mana. Setakat cukup untuk mengalas perut sahaja. Si isteri pernah mengutip bahan – bahan buangan di tong – tong sampah untuk dijual. Memang tidak dinafikan adanya sekelumit malu dalam diri tapi biarlah malu itu diketepikan asalkan duit ada untuk menyara keluarga. Mungkin ada diantara kita yang memandang rendah akan status mereka ini tapi apakan daya hidup mesti diteruskan selagi mana nyawa dikandung badan. Aku suka cara keluarga ini. Lebih baik hidup susah, mengutip bahan buangan untuk mencari hasil yang halal daripada meminta – minta daripada orang lain. Sekarang, si ayah dengan kaki yang tempang lagi bertongkat berusaha mencari rezeki dengan membuat perkhidmatan memotong dan mencukur rambut hanya di rumahnya kerana kakinya yang tidak mampu untuk kuat berjalan. Pelanggannya hanyalah kawan – kawan kepada anaknya. 1 kepala hanyalah rm3. Apalah sangat rm3 tu. Hanya boleh dapat rm30 – rm50 sebulan sahaja. Tapi berkat usaha si ayah ini demi membesarkan anak – anak, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan hasil yang mereka dapat itu dari sumber yang halal.


Turut berkongsi kasih, krew Bersamamu TV3, siswa dan siswi dari USM sama – sama menghulurkan bantuan. Rumah keluarga yang bernasib malang ini dibersihkan, digantikan tikar lama dengan yang baru, diberi sedikit sumbangan dari segi kewangan, makanan asasi dan juga hadiah berupa hamper dan buku – buku buat anak – anak mereka yang sedang belajar. Pada mulanya aku tidak sedar bahawa anak sulung kepada pasangan suami isteri ini adalah juniorku hinggalah terlihat papan tanda SMKANT dan penghargaan buat sekolahku. Kesian kamu wahai adik! Diuji dengan ujian sebegini...

Aku harap semoga keluarga ini sentiasa bersyukur dan dapat berusaha menaikkan taraf hidup mereka..


Kesimpulannya, tidak dapat tidak untuk melindungi diri kita daripada sifat simpati. Adakah sekadar simpati sahaja cukup untuk membantu mereka. Hulurlah walau sedikit. Aku yang dhaif ini menyeru kepada kalian untuk menghulurkan bantuan tidak kiralah siapapun sama ada orang itu kita kenal atau tidak. Allah tidak melihat hasil atau sebanyak mana yang anda sedekahkan tetapi Allah melihat kepada usaha yang kita lakukan..


Selalu kita dengar ayat – ayat sebegini dan mungkin juga kita penah menuturkannya..


takpelah, tunggu aku kaya nanti pasti aku tolong orang punye


Ala..aku nak makan pun takde duit, inikan pulak nak bagi duit kat orang

Kita selalu menyempitkan pemikiran kita dengan pemikiran seperti ini. Kita ni dah dijamin ke untuk kaya pada masa akan datang? Adakah kita boleh jamin diri kita akan hidup lagi esok? Oleh sebab itu saya menyeru kepada semua sekali bersedekahlah kita walaupun hanya sedikit. Jangan ada timbul sifat berkira dalam diri. Rezeki itu milik Allah. Jika kumpul banyak harta sekalipun, ia tetap milik Allah. Bebila masa je harta tu boleh dicuri, boleh hilang dalam sekelip mata. Mungkin seseorang tu mengambil masa berpuluh tahun untuk menjadi kaya tapi Allah itu Maha Kaya. Dia bisa hilangkan harta yang dikumpul itu dengan sekelip mata sahaja. Kalau ada sifat bakhil dalam diri, hakiskanlah ia. Teruskanlah beramal ke arah kebaikan kerana apa yang kita laburkan itu akan mendapat keberkatan dalam rezeki kita. Lagipun kita tidak tahu amalan kita sudah cukup atau tidak untuk kita berjumpa dengan yang Maha Esa kelak dan kita tidak tahu bilakah Sang Pencabut Nyawa, Izrail akan datang menjemput kita. Jadi fikir – fikirkanlah sebelum terlambat. Jadikan amalan bersedekah sebagai suatu amalan yang diamalkan setiap minggu. Bukan hanya setiap ari jumaat sahaja kita memenuhkan duit di tabung masjid, tapi boleh juga di tepi – tepi jalan mahupun memberikan hadiah buat sahabat2.



Apabila telah mati anak adam terputuslah kesemua amalannya kecuali 3 iaitu Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh


Allah tidak memandang rupa paras, pangkat mahupun harta kita. Tapi yang Allah lihat adalah amalan kita. Kita semua adalah sama sahaja, yang berbeza hanyalah iman dan taqwa. Wallahualam (^_~)

09 March, 2009

Warkah buat Sahabat




Buat sahabat seakidahku NNFN..

Aku tujukan warkah khas ini buatmu yang ku kasihi. Aku tahu sepanjang persahabatan kita, kita sudah melalui pelbagai pahit manis dan suka duka bersama. Tidak dapat tidak terbitnya suatu jurang di dalam persahabatan kerana ukhwah itu sentiasa diuji. Maafkanku wahai sahabat. Aku tahu aku cuba larikan diri dari masalah ini. Dan aku tahu Allah sedang menguji persahabatan kita. Aku lari dan terus lari dari masalah. Tanpa aku sedari, semakin hari masalah ini semakin rumit dan membuatkan aku semakin sakit. Lalu aku berfikir, apakah sebenarnya yang Allah cuba berikan padaku. Lama – kelamaan aku mengerti duhai sahabat. Masalah ini adalah masalah kita bersama. Masalah dalam ukhwah. Memang ramai pandai bercakap pasal ukhwah tapi adakah kita mengerti makna disebalik ukhwah itu sendiri? Sahabatku, terimalah apa yang ingin aku katakan ini padamu dengan hati terbuka..

Duhai sahabat, setelah pertemuan kita yang hampir sejam itu, aku dapat rasakan bagaikan ada suatu kuasa yang menggerakkan aku untuk menegurmu. Memang selama ini salah aku sahabat. Salah sahabatmu ini yang hanya mengajakmu kepada kebaikan tetapi tidak melarangmu pada kemungkaran. Maaf sahabat! Aku perlukan masa..dan masa sejam yang telah Allah berikan itu sebagai suatu wasilah untukku bertemu denganmu.

Sahabat, aku tahu engkau perlukanku di saat susah dan senang. Begitu juga aku. Dan aku sedar manusia itu sentiasa berubah. Mumkin berubah daripada keburukan kepada kebaikan dan juga sebaliknya. Iman manusia itu sentiasa berubah-ubah. Menjadi suatu kepentingan kepada individu itu sendiri untuk membentuk diri dengan sebaiknya.

Sahabat..

Dengarlah nasihat dan teguran ini..aku tahu engkau mudah dipengaruhi. Jika baik sekelilingmu, maka baiklah dirimu tetapi jika buruk sekelilingmu, maka buruklah dirimu. Aku tak perlukan sebarang bayaran untuk mendapat perhatianmu tapi cukuplah sekadar engkau cuba mengerti perasaanku. Aku tahu engkau sering menuturkan bahawa kita datang dari latar belakang yang berbeza dan ini membuatkan engkau terlalu rendah diri untuk bersahabat denganku. Sesungguhnya aku tidak pernah membezakan dirimu. Aku masih anggap engkau sebagai seorang sahabat walau teruk mana sekalipun dirimu.

Sahabat, jagalah dirimu dengan sebaiknya sebagai mana engkau menjaga dengan baik barang-barangmu. Kerana seindah hiasan adalah wanita solehah, bukannya setebal solekan yang engkau cuba pamirkan. Aku mahu melihat engkau menjadi wanita solehah sebagaimana dulu sewaktu engkau di sekolah. Penuh dengan kesopanan. Ingatlah sahabat kata-kataku sewaktu engkau menangis padaku. Jadilah seperti mutiara di lautan, jangan jadi seperti batu di jalanan. Mutiara di lautan itu lebih berharga jika dibandingkan batu di jalanan kerana mutiara itu tersimpan kemas di dalam cangkerang yang keras yang memberi banyak manfaat kepada manusia. Jangan jadikan dirimu umpama batu di jalanan, senang dijumpai, senang dipijak malah jua senang dibuang. Dan ia langsung tidak memberi manfaat kepada orang lain.



Sahabat, jagalah auratmu dengan sebaiknya kerana kita akan ditanya oleh Allah kelak akan aurat yang pernah kita dedahkan kepada yang bukan selayaknya. Takutilah bahang api neraka yang marak yang penuh dengan wanita-wanita yang tidak menutup aurat lagi bertelanjang. Adakah engkau juga mahu menempah tiket ke sana? Nauzubillahi min zalik..aku doakan semoga engkau terpelihara dari azab ini. Jadi sahabat, tutuplah auratmu, labuhkan tudungmu selaras dengan tuntutan syariat. Setiap anggota yang Allah berikan ini adalah amanahNya. Kita diberi taklifan untuk menjaga setiap anggota ini. Terpulang pada Dia untuk membutakan mata kita atau melumpuhkan kaki kita kerana Dialah selayaknya untuk berbuat begitu. Ingatlah bahawa Dia Maha Pencipta lagi Maha Bijaksana. Setiap apa yang Dia lakukan itu mesti ada asbabnya.

Sahabat, seperti yang telah aku katakan padamu, sayangilah kedua ibu bapamu. Jagalah mereka dengan sebaiknya. Kita sebagai anak menjadi satu tanggung jawab untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka selama ini. Sebenarnya kita tidak mampu untuk membalas jasa bakti mereka kerana pengorbanan yang mereka lakukan untuk kita adalah sangat besar dan apa yang kita beri itu tidak setimpal dengan pengorbanan yang telah mereka berikan. Duhai sahabat, selagi mana engkau belum disunting oleh kaum Adam, kau masih lagi dalam jagaan kedua ibu bapamu. Jadi, sudah semestinya perlu untuk mereka tahu ke mana engkau pergi, dengan siapa dan untuk apa. Mereka berhak untuk mengetahui semua itu. Aku harap engkau tidak membelakangkan ibu bapamu dalam setiap apa jua keputusan yang ingin dibuat. Sekiranya engkau telah keluar berdua-duaan dengan kaum Adam, tanpa diketahui oleh ibu bapamu, aku harap engkau berfikir panjang. Aku takut sesuatu yang tidak baik berlaku padamu. Fikir-fikirkanlah sekiranya sesuatu yang tidak baik berlaku dan di saat itu ibu bapamu tiada disampingmu. Apakah perasaan mereka sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini ke atas anak mereka? Adakah engkau pernah berfikir soal ini? Adakah selama ini engkau pernah mengambil tahu perasaan mereka? Atau kau terlalu jahil dan membelakangi mereka? Sahabat, kala itu tiada gunanya air mata lagi. Aku harap engkau insaf akan segala perbuatanmu selama ini.

Sahabatku..

Kurangkanlah dalam berhias. Aku tidak katakan salah dalam Islam ini untuk berhias. Tetapi kurangkanlah, cukuplah sekadar tidak menampakkan dirimu seperti mayat hidup (pucat). Itupun sudah cukup. Sesungguhnya makin banyak keinginanmu untuk bersolek, makin banyak wang yang telah kau belanjakan. Duit yang kau gunakan untuk membeli alat solekmu itu adalah lebih baik disumbangkan kepada saudara seagama kita yang bertarung nyawa di Gaza. Dalam masa yang sama engkau telah membantu mereka yang tidak bernasib baik ini. Sudah berapa banyak pahala yang telah engkau lakukan. Malah Allah akan gandakan lagi amalan-amalanmu itu. Sahabat, jika aku sendiri rimas melihat personalitimu yang terlalu tabarruj itu, apatah lagi kaum Adam. Wajah yang Allah telah berikan itu sudah cukup sempurna dan cantik. Mengapa perlu diubah suaikannya? Adakah engkau tidak pernah bersyukur dengan nikmat kecantikan yang telah Allah berikan? Oleh itu, sederhanalah dalam berhias kerana Allah suka pada orang yang bersederhana.

Sahabatku penawar hatiku,

Cantiknya wanita itu apabila tubuhnya dibaluti dengan pakaian taqwa. Dan kerana kecantikan wanita itu jugalah Allah menyuruh kaum Hawa untuk menutup seluruh anggota tubuhnya kecuali muka dan telapak tangan. Aku ingin menegaskan tentang pakaian yang sepatutnya dipakai oleh seorang wanita yang bergelar muslimah. Pakaian itu mestilah labuh menutup paras dadamu, tidak jarang malah tidak juga sempit dan ketat, dan tidak menyerupai pakaian agama lain. Allah juga telah berfirman dalam Surah An-Nur;ayat 31:

31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Wahai sahabat, aku sangat menitikberatkan soal pakaian yang menutup aurat. Pakaian yang kau pakaikan ditubuhmu itu ibarat nangka yang dibalut. Nampak seperti menutup aurat, tetapi tidak. Jadi, tidak perlulah untuk menayangkan tubuh yang cantik itu kepada orang lain. Simpanlah kepada yang berhak untuk melihat (suami). Dan tidak perlulah untuk berlebih-lebihan dalam mencari pakaian yang gah.


Sebenarnya sahabat, sungguh mudah untuk kita berbuat kebaikan. Tetapi kita sebagai manusia ini selalu memilih. Kita berfikir panjang untuk berbuat kebaikan tapi tidak pula berfikiran panjang untuk berbuat kemaksiatan. Tidak salah untuk memilih tapi biarlah kena pada tempatnya. Andaikanlah sekiranya Allah memberikan pahala di depan mata sejurus sahaja manusia itu berbuat kebaikan. Sudah semestinya kita berkejaran untuk mendapatkan pahala itu. Macam duit. Mesti kita nak kalau ada orang bagi depan mata. Tapi ada asbab yang Allah tanak manusia ni nampak pahalanya sejurus selepas berbuat kebaikan. Mumkin akan timbul riak dan sebagainya. Sebab itu Allah menyeru kita untuk berebut dalam berbuat amal kebajikan. Kejar 5 sebelum 5. Oleh itu sahabatku, aku harap engkau juga turut mengejar 5 ini iaitu sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati.

Duhai sahabatku, teguran dan nasihatku ini adalah datangnya daripada Allah. Aku adalah sebagai pengantaraan untukmu. Aku tahu kau perlukan masa untuk berubah. Aku akan tetap bersamamu di kala susah dan senang. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu juga dari Allah tetapi disabitkan atas diriku.


p/s : ini adalah imbasan kepada peristiwa yang benar – benar berlaku terhadapku dan peristiwa itu memberi suatu keinsafan yang sangat besar kepada kedua belah pihak. Aku bagaikan merasai suatu roh ukhwah mengalir dalam diri semasa peristiwa tersebut. Didoakan moga kami sama-sama tsabat dalam perjuangan. Ameen (^_^)

Durratul Akhyar
4 March 2009
3pm
KKNC