Alhamdulillah, pada hari yang mulia ini masih lagi mengecapi 2 nikmat utama iaitu nikmat Iman dan Islam. Pena ini tergerak untuk berkongsi sedikit pendapat (mungkin) ataupun sedikit teguran yang bersarang dalam lubuk hati. Saya mulakan dengan sepotong hadis nabi yang bermaksud,
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”
Ya..itulah yang sudah dikatakan Nabi kita. Anda dapat mengagak apa yang akan saya khabarkan? Mungkin entry kali ini banyak menegur diri saya sendiri sebagai seorang daie yang kadang terlupa untuk berakhlak mulia.
Apa itu akhlak?
Akhlak boleh diklasifikasikan sebagai perangai atau kelakuan, yakni sebagaimana yang diungkapkan oleh para ulama' 'gambaran batin seseorang' kerana manusia itu mepunyai 2 gambaran, iaitu:
- Gambaran zahiriah (luaran) - bentuk penciptaan yang Allah telah jadikan padanya sebuah tubuh dan gambaran zahir tersebut di antaranya ada yang indah dan bagus, ada yang jelek dan buruk, dan ada pula yang berada pada pertengahan di antara kedua - duanya.
- Gambaran batiniah (dalaman) - suatu keadaan yang melekat kukuh dalam jiwa, yang keluar darinya perbuatan - perbuatan, baik yang terpuji atau terkeji tanpa berfikir dahulu.
Dan gambaran ini juga ada yang baik jika memang keluar dari akhlak yang baik dan ada pula yang buruk jika keluar dari akhlak yang buruk. Inilah yang dikatakan sebagai khuluk ataupun akhlak. Jadi, khuluk atau akhlak adalah gambaran batin yang telah ditetapkan pada seseorang.
Saya ketengahkan dengan beberapa situasi akhlak yang seringkali terjadi terutama dikalangan mahasiswa/i ISLAM itu sendiri.
Situasi 1
Dalam bas
A: eh..lama x jumpa? nak pergi mana?
B: itulah..ko selalu je menghilang. aku nak balik hostel ni
(dalam masa yang sama)
C: (sambil mencuit bahu si A) apetu? nak tengok jap! (nada arahan sambil meminta surat khabar dari A)
A: er..(kelu lidah kerana disampuk oleh orang yang tidak dikenali)
Seusai kemudian, bas tiba ke destinasi yang dituju
A: boleh saya ambil surat khabar saya?
C: (tidak berkata apa - apa lalu memberikan surat khabar tanpa sedikit senyuman sekalipun)
A: huhu..(ada juga manusia sebegini)
Situasi 2
Dalam perjalanan ke Perpustakaan, tiba - tiba orang yang tidak dikenali, B telah memijak kaki si A tanpa sengaja.
A: Aduh..sakitnye (sambil memegang kaki)
B: sikit je pn kan (berkata dengan tidak rasa bersalah lalu terus pergi meninggalkan si A)
A: huhu (kn lebih baik minta maaf)
Situasi 3
Di kelas
A: Ops, kertas si C jatuhla. Boleh tolong amikkan x?
B: Alaa..amikla sendiri. Bukannye x sampai pun kan. Dia pun boleh bangun dan amik sendiri. Lagipun aku kan tengah buat keje ni.
A: Eh, xpela. Kau kan sibuk. Biar aku amikkan. (bangun dan ambil kertas kepunyaan C)
B: Buat apelah nak susah amikkan. Dia kan ada tangan. Allah belum tarik nikmat dia lagi la.
A: (x endahkan si B). Nah..ni kertas awak yang jatuh tadi. Mungkin awak x perasaan (menghulurkan kertas pada C)
C: Eh, terima kasih sangat. Saya x perasaan pun jatuh. Mujur awak nampak. Terima kasih ye! (sambil tersenyum)
A: (terubat juga hati aku)
Berdasarkan ketiga - tiga situasi ini, dapat dilihat bahawa nilai - nilai murni yang diterapkan selama ini semakin berkurangan. Ini beberapa contoh sahaja. Masih banyak lagi contoh - contoh akhlak yang kurang baik ditonjolkan oleh mahasiswa Islam. Sebagai mahasiswa yang mempunyai identiti Islam, moleklah sekiranya nikmat Islam yang anda ada itu diterapkan dalam diri masing - masing. Bukan sekadar Islam di atas kad pengenalan sahaja, bukan Islam avatar "Iluvislam' di facebook mahupun di friendster dan bukan juga Islam hanya di pakaian. Islam itu meliputi segala - galanya termasuklah sekecil - kecil perkara. Dan akhlak juga merupakan sebahagian daripada agama Islam.
Mari kita renung sejenak sikap kita sewaktu di zaman sekolah. Jika dulu kita seorang yang peramah, sentiasa memberi salam pada guru - guru juga rakan taulan. Tapi hari ini, kita sangat kedekut dan terasa berat untuk mengucapkan salam malah untuk menegur pun hanya pandang sebelah mata sahaja. Iyekan?
Jika dahulu kita seorang yang rajin membantu. Apabila guru keluar sahaja dari kereta, terus sahaja kita mendapatkan guru untuk mengangkat beg beliau. Alhamdulillah. Akhlak terpuji! Tapi hari ini, berada di menara gading, terasa janggal untuk mengangkat beg atau buku pensyarah. Hanya mampu melihat dari jauh walaupun seorang pensyarah itu menjinjit beg dan kertas - kertas kita yang perlu disemak. Pedulikah kita?
Jika dahulu kita seorang yang hormat pada guru sehinggakan takut untuk tidur di dalam kelas, takut untuk menipu dan sebagainya. Tapi hari ini kita tidak takut untuk tidak hormat pada guru atau pensyarah kita, malah kita menipu tugasan yang telah diberikan. Mana berkatnya seorang graduan siswazah nanti andai perkara sekecil ini pun dipandang enteng?
Jika dahulu sewaktu berada di tadika, kita diajar doa - doa seperti doa melihat cermin, doa masuk tandas, doa hendak belajar, dan pelbagai doa lagi kita hadamkan. Tapi hari ini, semua doa itu kita lupakan. Kita mulakan segalanya cukup sekadar membaca bismillah sahaja. Tidak perlu lagi doa - doa yang kita hafal sekian lama dahulu. Untuk apakah kita belajar? Bertambah zalim andai sekelumit bismillah pun tidak diucapkan. Cukup sekadar kita melakukan aktiviti seharian seperti biasa. Begitukah caranya kita berakhlak?
Akhlak..akhlak..akhlak..
Akhlak mulia sangat ditekankan oleh Islam. Ia bukan perkara remeh yang kita hanya pandang sebelah mata. Kemuliaan akhlak adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah buah dari keimanannya. Tidak dikira beriman seseorang yang tidak berakhlak. Penting x akhlak ni?
Sabda RasulullahBukanlah iman itu hanya dengan cita - cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan(Hadis Riwayat Al-Dailami)
Saya petik semula sabda di atas 'dibuktikan dengan amalan'. Maksudnya keimanan seseorang itu terpancar melalui akhlaknya daripada hatinya. Tambahan pula, akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang hamba merupakan amalan yang paling berat dalam timbangannya di hari kiamat kelak. Oleh itu, barangsiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya.
Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik.(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)
Setiap dari kita harus berusaha agar hati atau gambaran batin menjadi mulia sehingga ia mencintai sifat sabar, santun, apabila ketemu menampakkan wajah yang berseri - seri, hati yang lapang, jiwa yang tenang dan sebagainya.
Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya
Lantas, bagaimana untuk berakhlak mulia?
- Menelaah dan mengamati ayat - ayat cinta dari Allah. Lihatlah nas - nas Al- Quran yang menunjukkan tentang pujian terhadap akhlak yang agung. Maka sekiranya anda berbuat demikian, anda akan berusaha untuk menerapkan perilaku terpuji tersebut dalam diri.
- Bersahabat dengn orang yang telah dikenali kemuliaan akhlaknya. Sehinggakan menjadikan persahabatan tersebut ibarat sekolah untuk ditimba akhlak yang mulia darinya.
Seseorang itu tergantung dengan agama sahabatnya, maka hendaklah kalian melihat orang yang akan kalian pergauli.(Riwayat At - Tirmidzi)
- Ambil iktibar dari akhlak yang tercela. Orang yang berakhlak buruk pasti dibenci, ditinggalkan dan dikenali dengan sebutan yang jelek. Jadi, sekiranya diketahui akibat yang buruk daripada akhlak tercela, nescaya dia akan segera menjauhinya.
- Selalu menggambarkan akhlak mulia Rasulullah SAW. Mari kita lihat bagaimana Rasulullah merendahkan dirinya, bersikap santun, memaafkan dan bersabar walaupun diganggu mahupun dicela.Seandainya seseorang mampu untuk menghadirkan gambaran akhlak mulia Rasulullah dalam dirinya, maka dia juga akan turut merasa rendah diri dan hilanglah perasaan bongkak yang ada dalam diri.
- Sentiasa berdoa dikurniakan akhlak yang mulia dan terhindar dari akhlak yang buruk. Rasulullah mengajarkan kepada kita doa untuk mendapatkan akhlak yang mulia.
Diriwayatkan bahwa beliau berdoa, “Ya Allah, tunjukkanlah kepadaku keindahan akhlak yang tiada bisa menunjukkan keindahannya melainkan Engkau semata. Dan palingkanlah dariku keburukan akhlak yang tiada bisa memalingkan dari keburukannya, melainkan Engkau semata.(HR Muslim)
Dalam hadits yang lain diriwayatkan bahwa Rasulullah saw meminta perindungan dari keburukan akhlak, keburukan watak dan kerendahan adab. Baginda berdoa,
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kemungkaran akhlak, amal-amal perbuatan, hawa-hawa nafsu dan penyakit-penyakit (hati).”(HR At-Tirmidzi dan Ath-Thabrani)
Sudah menjadi tugas bagi setiap orang mukmin untuk memperbaiki akhlak dengan menampilkan akhlak yang mulia kerana akhlak mulia merupakan ciri - ciri seorang mukmin sejati. Jadi, marilah sama - sama kita mengislahkan diri dengan menjadikan akhlak Islam sebagai cerminan diri kita sebagai seorang muslim. Sudah semestinya seorang daie cerminan kepada mad'u. Jika akhlak daie hancur, bagaimana dakwah itu hendak sampai kepada mad'unya? Jom muhasabah kembali!
0 comments:
Post a Comment