Showing posts with label Perjuangan. Show all posts
Showing posts with label Perjuangan. Show all posts

09 November, 2010

Serikandi Berjiwa Pejuang!!

Wahai Para Mujahid

Album : Antara 2 Cinta
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


Wahai para mujahid maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah harta sekalipun jiwa raga
Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan

Wahai para mujahid janganlah terpengaruh
Ujian nikmat hidup duniawi
Biarpun ianya begitu indah
Namun hanya sementara

Memang berjuang itu terkorban
Kerana kita berjuang untuk berkorban
Itulah asam garam perjuangan
Syarat mendapat cinta Allah

Wahai para pejuang kebenaran
Suburkanlah semangat juangmu

Setiap masa sepanjang hayatmu
Dengan irama hiburan ini

Tempuhilah penderitaan
Di dalam perjuangan
Kerana itu adalah penghapus dosamu
Berjuang kerana Ilahi
Walaupun sedikit tetap kan dinilai
Sebagai amalanmu yang soleh


Ditujukan khas buat diri dan sahabat2 yang masih lagi istiqamah dalam perjuangan Islam. Semoga kita kuat dan terus tsabat. Kadang - kadang kita jatuh, kadang kita rasa derita, kadang - kadang kita berseorangan. Jangan lupa bahawa Allah sentiasa dekat dengan kita walau dimana sahaja. Teruskan perjuangan. Setiap apa yang dilakukan walau sekecil kuman sekalipun, ada ganjarannya disisi Allah..



Inginku titipkan kata - kata dari seorang sahabat..


Ukhtiku..
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan..
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian..

Ukhti,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan..
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan..
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran..
Dari hidup dalam kesesatan..
Kerana jangan lupa ya ukhti..

Muliamu bukan pada PANGKAT dan HARTA
TAPI KERANA ISLAM!

Syukran sahabat atas kata2 ini. Ana terasa diri bersemangat kembali kerana adanya sahabat - sahabat disisi. Kalianlah sumber kekuatanku. Jadi, marilah sama - sama kita melengkapi antara satu sama lain supaya hamasah kita tidak bermusim. Kejap ada, kejap tiada. Macam chipsmore. Heh!~

Doa Rabithah Jom! (^_~)
 

11 October, 2009

Taujihat Seorang Pejuang


Bismillah..

Seringkali kita terfikir bagaimana mulia dan bersihnya hati nabi. Tetap senyum bila dibenci, tetap tenang bila dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi. Kenapa kita mudah benci bila dikasari, mudah putus asa bila yang dilakukan tidak menjadi, mudah kecewa bila orang lain tidak memahami, mudah terguris bila kita dinasihati.

Dalam perjalanan hidup ini, Allah hadiahkan sebuah perjuangan yang kadangkala menggoda iman kita untuk terus teguh berdiri, kadang sahabat tak sehaluan, kadang cemerlang gagal dicapai, kadang sakit yang mendatang. Namun itulah yang harus dihadapi kerana ia adalah lumrah kehidupan. Kita tidak boleh selamanya berada dalam suasana yang selesa.

Maksud firman Allah,

Dan boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. Tetapi boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. (Al-Baqarah;216)


Letakkan pengharapan pada PENCIPTA dan bukan pada CIPTAANNYA. Biar hilang kawan kerana BERJUANG, jangan hilang kawan SEPERJUANGAN. Biarlah apa orang kata kerana mereka tidak memahami apa yang kita lakukan. Hanya kawan seperjuangan yang merasai segala kesusahan kita. Jadi, pasakkan niat kerana Allah. InsyaAllah, Allah akan sentiasa membantu kita.

Perjuangan belum berakhir...

Durratul Akhyar
11 Oct 2009
Acacia Avenue

13 December, 2008

Perjuangan Belum Selesai




InsyaAllah esok pagi aku akan keluar untuk berjuang. Berjuang di mana? owh..itu rahsia coz bende tu x perlu kot untuk bagitau. Apapun doakan semoga daku selamat pergi dan pulang. Ya Allah, aku pergi keranaMu dan aku pulang jua keranaMu. Selamatkanlah aku sewaktu, semasa dan selepas perjuangan ini demi mencari keredhaanMu.


Apakah itu berjuang?


Berjuang ialah melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh - sungguh untuk mencapai kecemerlangan menurut syariat Islam.


Perjuangan memerlukan pengorbanan dalam bentuk harta, masa, tenaga dan jiwa. Perjuangan juga memerlukan kesungguhan dan kemampuan yang maksimum bagi mencapai sesuatu matlamat. Islam menggariskan bahawa matlamat akhir sesuatu perjuangan lillahi Taala.



وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

(69) Al-Ankabuut

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.


Jenis - jenis Perjuangan



  • Agama - untuk mendaulatkan syariat Islam dalam semua aspek kehidupan.


  • Ekonomi - untuk meningkatkan taraf ekonomi umat Islam di seluruh dunia.


  • Pendidikan - untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, maju dan berdaya saing.


  • Siasah@politik - untuk menjamin kedaulatan pemerintahan Islam.


  • Sosial - untuk menegakkan keadilan sosial melalui amar makruf dan nahi mungkar.


  • Melawan hawa nafsu - pra-syarat kepada perjuangan yang lain.

Jadi, yang mana satukah perjuangan anda?


Contoh yang paling senang dalam perjuangan adalah Rasulullah dan para sahabat.


Apakah contoh perjuangan baginda dan para sahabat?


Perjuangan Rasulullah SAW


  • Gigih berdakwah walaupun dilontar dengan batu di Thaif


  • Sabar walaupun dituduh ahli sihir dan gila ketika berdakwah di Makkah


  • Mempunyai perancangan dan strategi yang kemas dalam peristiwa hijrah ke Madinah


  • Tabah menghadapi fitnah dalam peristiwa Hadisul Ifki


  • Berperang mempertahankan Islam dalam perang Badar, Uhud, Khandak dan sebagainya.

Perjuangan Para Sahabat


  • Keberanian Saidina Ali Karamallaha Wajha sanggup tidur di katil Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah


  • Kesediaan Abu Bakar menemani Rasulullah SAW ketika peristiwa hijrah


  • Kesanggupan Khadijah memberi sumbangan kewangan dalam membantu dakwah Rasulullah SAW di Makkah


  • Pengorbanan harta untuk Perak Tabuk oleh para sahabat seperti Saidina Umar, Abdul Rahman bin Auf, Uthman bin Affan dan lain - lain lagi.

Konklusinya, sentiasalah sanggup menghadapi sebarang risiko dan cabaran kerana ganjaran Allah itu pasti untuk hamba-hambaNya yang berkorban mencari keredhaanNya. Dan jangan lupa untuk meletakkan kepentingan agama lebih daripada kepentingan peribadi. Wallahualam.

Jika takut akan risiko, jangan bicara soal perjuangan



03 November, 2008

Musim Final Exam







Bermulanya minggu ini, saya akan menghadapi final exam bagi semester kali ini. Sungguh, debaran kian terasa. Saya sebenarnya agak takut. Ya Allah, semoga Engkau permudahkan perjalanan hidupku, urusanku, jodohku, perjuanganku, cita-citaku demi mencari keredhaanMu. Disini saya sertakan jadual final exam yang saya ambil bagi semester kali ini.

Khamis (6/11/2008)
2.30–5.30pm
UBA 1032
BAHASA ARAB 1





Isnin
(10/11/2008)
2.30-5.00pm
UTA 1012
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA





Selasa
(11/11/2008)
2.30-5.00pm
UBE 1022
BAHASA INGGERIS 2





Khamis (13/11/2008)
2.30-5.30pm
UBA 1042
BAHASA ARAB 2





Isnin
(17/11/2008)
2.30-5.00pm
UTA 1062
HUBUNGAN ETNIK





Rabu (19/11/2008)
2.30-5.00pm
UTA 1082
ICT





Jumaat (21/11/2008)
9.00-12.00pm
MGA 1013
INTRODUCTION TO BUSINESS






Ampun maap dipinta kepada semua. Semoga kalian meredhai perjuangan saya especially keluarga tercinta. Moga restu kalian mengiringi setiap perjuanganku.




TIADA RAHSIA UNTUK BERJAYA. IA ADALAH HASIL DARIPADA PERSIAPAN, KERJA KERAS DAN BELAJAR DARIPADA KEGAGALAN (COLLIN POWELL).

Persediaan Akhir sebelum menduduki peperiksaan (Prof Izzi)



-tidur awal
-solat subuh dan berdoa
-pastikan urusan bilik air selesai dengan sempurna sebelum memasuki dewan peperiksaan
-tenangkan fikiran dan lupakan seketika masalah yang tiada kaitan dengan peperiksaan
-ambil sarapan pagi yang berkhasiat dan berpatutan
-datang awal ke dewan peperiksaan
-semak dan bawa semua pengenalan diri dan peralatan ke dewan peperiksaan
-pastikan anda tidak membawa barangan terlarang ketika memasuki dewan peperiksaan
-masuklah dengan tenang ke dewan peperiksaan. Jangan lupa untuk melangkah dengan kaki kanan ketika memasukinya sambil membaca Bismillah
-tenangkan diri, lakukan pernafasan alfa dan berdoa ketika di meja peperiksaan
-dengar dan ikut arahan pengawas peperiksaan. Isikan dengan lengkap maklumat yang dikehendaki.





Dan setelah kamu membulatkan tekad, maka hendaklah kamu bertawakal kepada Allah (Ali Imran:159)










Bittaufiq wan najah fil imtihan!
Gambatee!
Trust in Allah and you will not regret!

3/11/2008
2.45pm
Hostel KKNC






celebrated with my usrah





18 July, 2008

Sesi Kuliah di Tahun Baru

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah hari ini masih lagi merasai 2 nikmat yang utama iaitu nikmat Iman dan Islam..

Setelah hampir 2 minggu bermulanya kuliah, alhamdulillah dapat merasai nikmat keseonokan dalam belajar di dalam kos yang baru. Terima kasih juga sahabat-sahabat bekas tamhidi juga buat pelajar - pelajar baru yang dah dikenali serba sikit atas pertolongan kalian semua sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sesi pembelajaran kali ini sangat menarik ditambah pula sedikit saje pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dan Hubungan. Saya ada menerima beberapa pertanyaan dari sahabat mengenai pengambilan kos ini. Mereka tanya kenapa saya dapat kos ni? Kenapa tidak Akaun ke atau Pentadbiran Muamalat. Saya hanya ringkaskan cerita. Sebenarnya memang saya minta bidang korporat ini sebagai first choice saya. Lagipun saya memang berminat dengan kos ini. Mungkin ia terlalu baru di USIM tapi insyaAllah saya akan pastikan bidang ini bukan seperti kalian sangka..

Berikut merupakan subjek-subjek yang akan saya ambil untuk semester 1 ini :
  1. MEMANAH = 2 jam kredit
  2. PENGANTAR PERNIAGAAN = 3 jam kredit
  3. BAHASA ARAB I = 2 jam kredit
  4. BAHASA ARAB II = 2 jam kredit
  5. BAHASA INGGERIS I = 2 jam kredit
  6. BAHASA INGGERIS II = 2 jam kredit
  7. TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA = 2 jam kredit
  8. HUBUNGAN ETNIK = 2 jam kredit
  9. TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI = 2 jam kredit

Untuk kelas memanah, asik postpone je. Jadi insyaAllah kelas akan bermula next week.

Kelas pengantar perniagaan dikendalikan oleh Mr Adli (lecturer USIM). Boleh tahan juga kelas ni. Mungkin kelas ni banyak kepada business. Kami diminta untuk memakai kot setiap kali kelas pengantar perniagaan. Memang sengaja Mr Adli suruh pakai sebab nampak lebih professional. Nama pun korporat, mestilah kene professional kan? hehe

Kelas Bahasa Arab 1 pula diajar oleh Ust Mahmud dari Sudan. Lahjah dia memang arab betul sampaikan dia cakap HARAAM cakap bahasa melayu dalam kelas dia.hehe.best ust ni sebab mudah faham kalo dia ajar. Kalo kitorang susah sangat nak cakap or tanya soalan kt ust, lastly speaking english jelah. Tu pun kalo terdesak. Selagi boleh cakap arab, cakapla bahasa arab. Hayya bil Arabiah =)

Kelas Bahasa Arab 2 plak dikendalika oleh Usth Rabiah. Usth ni dari Kedah. Orangnya comel sangat. Dahtu ex-student USIM. Senang nak berkomunikasi ngan usth ni. Bila usth ni ajar je, mesti teringat kat usth Mina dari Maghribi. Usth Mina dulu ajar bahasa arab sem 1 tamhidi. Cara usth Mina n usth Rabiah lebih kurang sama je. Bahasa Arab 2 ni pun best sebab dia ada listening, speaking n also nasyid. Bagus betul modul dia. Ada improvement ni dalam arab..

Kelas seterusnya iaitu kelas Bahasa Inggeris 1. Yang ni..lecterur part-timer yang ajar. Namanya Madam Sivagangga. Sporting jugak orangnya. Bende yang selalu gemuruh sikit dalam kelas bila madam ni asik tanya saya dulu je.huhu.Ada satu seminar hari ni kat Fakulti Syariah dan Undang-Undang(FSU) pasal english. Madam mintak sorang wakil pegi dan nama yang dicalonkan untuk pegi itu adalah SAADAH. Owh tidak..dah agak dah..mesti madam tu akan sebut nama saya dulu. Nasib baik ada meeting ckit, so digantikan dengan orang lain. Tapi bagus jugak sebenarnya madam ingat nama ni, boleh menjalinkan hubungan yang baik dengan madam. Iye kan?

Kelas Bahasa Inggeris 2 plak dikendalikan oleh Madam Azimah. Sama nama ngan mak saya ni. Yang ni lagi interesting punye citer. Masa 1st time masuk kelas madam ni, kene taaruf dulu. Of course la diri ini kene dulu.huhu.Sebelum tu, lecturer ni pun part-timer gak. Madam mengajar dekat Limkokwing n MIFI. Memang interesting la madam ni. Masa taaruf..macam biasala..nama,asal mana, siblings sume. Pastu madam mintak taaruf lagi skali tapi bukan jadi orang Malaysia. Kene jadi wakil dari negara lain. Ades. Masa tu dah pilih dalam kepala nak cakap dari egypt tapi dah ada membe yang cakap dulu. So terpaksa tukar amik Morocco. Bila dah jadi wakil negara masing-masing, xleh cakap langsung Malay. Bagi negara-negara Arab, pun xleh cakap arab. Sekarang kami semua kire international la. so sume must speak in English la..huhu. Tu citer kelas minggu lepas.

Kelas minggu ni yang tak tahan. Kelas start pukul 5 ptg. Jadinya saya dan kawan2 bersolat asar dulu. Masa tu asar pukul 4.44ptg. Dalam keadaan kelam kabut terus lari masuk kelas tanpa ketuk pintu. Time tu dah tau dah kata lewat. Lewat 2 minit je pun. Kene keluar kelas balik ketuk pintu 10 times. Ades. Baru teringat, last week madam ada kasi classroom rules. So tidak akan tidak denda akan dikenakan pada pelajar yang tak ikut peraturan madam. Oleh sebab saya terlewat 2 minit sahaja, saya juga tidak dikecualikan untuk didenda. Denda lewat masuk kelas ialah belanja satu kelas minum air tapi bukan plain water. Kene standard air soya ke apeke. Ades..kan dah kene denda.Semua pelajar group saya pakat kene denda except for fisha, haziq n fazren. Hanya 3 orang ni je yg punctual. Yang tak puas ati skali sebab haziq n fazren datang kelas dulu pastu diorang mintak izin kat madam utk kuar pegi solat. Mana adil camni. Sy punyela merayu kat madam supaya rules haritu dikecualikan tapi madam tetap nak buat gak rules tu. Ades..xpelah..saya jadikan ia suatu pengalan 1st year yang saya takkan lupakan sampai bila2. Banyak lagi rules madam ni antaranya hp sape yg berbunyi masa kelas, a free call utk madam dlm ms 5 min je. Sape yg tak participate or x aktif dalam kelas, kene acting kt depan sorang diri. Sape yg tercakap melayu or saje je ckp melayu, kene nyanyi 1 english song (full) dan juga beberapa rules yang lain.

Kelas tamadun, etnik dan ict ni kire kuliah coz kat lecture hall yang besar tu kat Dewan Kuliah Pusat 1(DKP1). Bebudak korporat ni terpisah dengan budak accounting n muamalat. Jadinya lecture dengan bdk marketing, sume budak fakulti kepimpinan dan pengurusan(FKP) termasuk bebdk dakwah, kaunseling dan komunikasi. Takdela ramai sangat..mungkin dalam 200 lebih rasanya. Bila dah duduk dalam lecture hall ni mula la nak ngantuk sume. Tapi jangan cepat mengalah, ni kan ilmu. Bagi yang cepat mengantuk, bawakla air pegi kelas.hehe=p

Rasanya tu jelah kot buat kali ini. Nak kene stop dah ni..asar prayer plak. Doakan kejayaan saya di dunia dan akhirat. Doakan juga semoga saya dipermudahkan segala urusan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Moga saya Dean's List untuk semester ini. Ameen=)

10 September, 2006

Insan Sefikrah

em..aku inginkan insan yg sefikrah dgnku..InsyaAllah..kalau itu jodohku..aku hanya berserah kepadaMu..Ya Allah..Aku hanya merancang..Engkau adalah sebaik-baik perancang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sunyi malam membuatkan hati Nitrah semakin gelisah. Dia termenung di jendela biliknya. Angin lembut yang masuk melalui jendela biliknya terasa dingin sekali. Sesekali Nitrah memeluk tubuhnya dengan kedua-dua belah tangannya. Walau Nitrah tahu cuaca malam ini sejuk, dia tetap tercegat di hadapan jendela biliknya. Menikmati malam yang penuh ketenangan. Namun..hatinya teringat kembali peristiwa pagi semalam.

'Assalamualaikum..

' Waalaikumusslam..boleh saya tahu siapa yang bercakap?
Tanya Nitrah ingin tahu.

' Saya Marwan. Saudara Mak Cik Salmah'. Beritahu lelaki itu. Nitrah terkejut. Marwan, lelaki yang telah diperkenalkan oleh Mak cik Salmah kepadaku dua bulan yang lalu. Menurut ibu, Marwan ingin memperisterikan aku. Itulah hasratnya yang telah dia khabarkan kepada Mak Cik Salmah. Aku tidak menyangka jemputan Mak Cik Salmah ke rumahnya dua bulan yang lalu bertujuan untuk memperkenalkan aku dengan Marwan. Lidahku kelu dengan tiba-tiba. Hari ini Marwan sudah berani menelefonku.

'Nitrah..maafkan saya kalau saya mengganggu awak. Saya rasa awak sudah tahu apa tujuan saya menelefon awak ni. Saya inginkan kepastian daripada awak sendiri.'luah Marwan.

Nitrah mula mengatur ayat untuk bercakap dengan Marwan.

'Saya tidak boleh buat keputusan sekarang. Saya bukan macam perempuan lain. Itu awak kena faham'. Balas Nitrah dengan nada suara yang agak tersekat.

'Maksud awak, keputusan awak nak kahwin ni kena tanya murabbi awak dulu. Saya faham. Kakak angkat awak telah menjelaskan kepada saya. Saya rasa itu tidak menjadi masalah. Saya ikhlas nak memperisterikan awak. Semua yang berlaku dalam diri awak saya mampu untuk menerimanya'. Jelas Marwan dengan penuh harapan.

Nitrah tergamam seketika. Hatinya tiba-tiba berdebar-debar.

' Saya harap awak beri masa kepada saya. Saya tidak boleh buat keputusan. Saya buntu sekarang'.

'Baiklah. Namun, saya mengharapkan suatu yang terbaik daripada awak. Assalamualaikum..

' Waalaikumussalam..', balasku lemah.

Perasaan Nitrah semakin tidak tentu arah. Dia teringat kata-kata Marwan. Hatinya tiba-tiba terdetik dan merasakan suatu perasaan yang luar biasa. Adakah aku??? Ya Allah..betulkah keputusan yang akan aku buat ini. Aku terus mencapai telefon bimbitku yang kuletakkan di atas meja.

'Kak Azilah, ada hal mustahak saya nak bincang. Boleh kita jumpa', mesej yang telah kuhantar kepada Kak Azilah terus dibalasnya.

'Insya Allah, malam ni akak free. Datanglah rumah akak',

Hatiku semakin berdebar ketika bertemu dengan Kak Azilah. Kak Azilah sekadar tersenyum melihat gelagatku. Dia memandang wajahku penuh bermakna. Wajahnya tidak putus-putus tersenyum Adakah dia sudah tahu segalanya? Hatiku tertanya-tanya. Kak Azilah duduk di sebelahku. Dia memegang tanganku lembut.

'Ada apa yang nak bincang dengan akak?' tanya Kak Azilah sambil menggenggam erat tanganku.

Lidahku tiba-tiba kelu. Aku tertunduk. Aku cuba bina kekuatan.

'Akak, bolehkah kalau kita kahwin dengan lelaki yang bukan satu fikrah dengan kita, tapi dia faham apa yang kita buat selama ini', tanya Nitrah dengan nada yang bersahaja.

'Boleh tu boleh. Tapi sebaiknya jika kita nak memilih pasangan, kita perlu pilih yang satu fikrah dengan kita. Sebab apa? Sebab dia lebih memahami diri kita. Dia lebih tahu matlamat hidup kita. Kalau dia bukan sefikrah dengan kita, sejauh mana dia mampu menerima keadaan diri kita, Kerja-kerja yang kita lakukan selama ini. Cakap memang senang Nitrah. Dia boleh cakap dia mampu menerima keadaan Nitrah, tapi sejauh mana?

Aku diam seketika dengan jawapan Kak Azilah. Namun hatiku kini semakin berat untuk menerima Marwan. Aku pasti jika itu yang Allah berikan kepadaku, itulah lelaki yang terbaik untuk aku.

'Tapi, saya yakin akak dengan jawapan dia, dengan kesungguhan dia. Dia benar-benar ikhlas mahu menerima saya dan juga penerusan tarbiyah saya. Dia juga mengharapkan ada orang yang dapat mentarbiyah dia. Kalau saya tak kahwin sekarang bila lagi akak?' jawabku penuh yakin.

Kak Azilah memandang aku dengan satu pandangan yang begitu tajam. Aku tidak pasti apakah yang ada di kotak fikiran kak Azilah. Adakah jawapan aku itu telah mengecewakan dia. Aku diam dan tunduk ke lantai.

'Nitrah, akak nak tanya seikhlas mungkin dari dalam hati Nitrah sendiri. Nitrah dah bersedia nak mendirikan rumahtangga, Nitrah bersedia nak menerima lelaki tu dalam hidup Nitrah walaupun bukan satu fikrah dengan kita', tanya Kak Azilah sambil memegang bahuku.

Aku mengangguk tanda setuju. Kak Azilah tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia juga mengangguk. Tapi jelas di wajahnya ada raut kekecewaan dengan keputusan yang kubuat. Tapi inilah keyakinanku dengan keputusan yang telah kubuat.

Perjalanan majlis pertunanganku dengan Marwan berjalan lancar. Seminggu lagi majlis perkahwinan kami akan dilangsungkan. Hanya seminggu kami bertunang. Marwan tidak mahu kami bertunang terlalu lama. Baginya, kalau boleh majlis perkahwinan kami cepat-cepat dilangsungkan.

'Akak datang ye majlis perkahwinan saya nanti', jemput Nitrah dengan penuh kegembiraan.

'Insya Allah. Jika tidak ada apa-apa kami semua akan datang. Semoga semuanya selamat ye', balas Kak Azilah.

Majlis perkahwinanku sungguh meriah. Ramai sahabat-sahabatku yang datang. Ini sudah cukup membuatkan aku rasa restu mereka dengan perkahwinanku. Aku tidak dapat menahan sebak apabila melihat Kak Azilah. Dia menghampiriku dan memelukku.

' Nitrah, tahniah. Ingat ye. Nitrah sekarang sudah menjadi isteri orang. Banyak-banyak berdoa moga Allah permudahkan perjalanan tarbiyah Nitrah seterusnya. Jangan menangis. Tak elok menangis di hari yang baik ni', nasihat Kak Azilah membuatkan aku terus menangis. Dia mengelap air mataku dan terus berlalu pergi.

Kini sudah hampir dua bulan perkahwinanku dengan Marwan. Dalam tempoh itu juga aku tidak bertemu dengan Kak Azilah dan sahabat-sahabatku. Rinduku pada mereka terlalu mendalam. Malam itu. Aku seperti mahu menangis mendengar kata-kata Marwan.

'Tak payahlah pergi program tu. Duduk saja berehat kat rumah. Awak tu bukan sihat sangat. Kalau awak nak, abang boleh belikan buku-buku agama untuk awak baca. Sama juga kalau tak pergi programpun. Dapat juga ilmu dengan baca buku tu�, kata Marwan lalu mencapai kunci keretanya. Tinggallah aku keseorangan di rumah. Tiba-tiba wajah-wajah sahabat-sahabatku terbayang di pandangan mata. Kak Idah, Nusaibah, Alia, Mala, Ju dan Ziha yang banyak membantu aku. Hubungan ukhwah yang dulu kini aku rasakan terlalu jauh. Malam itu Kak Azilah telefon.

'Assalamualaikum..Apa khabar?

'Waalaikumussalam..Sihat. Akak sihat? Rindunya saya pada akak dan sahabat-sahabat yang lain'. Balasku.

'Ye ke rindu. Lama tak dengar cerita. Ingatkan dah lupa pada kami. Program kitapun dah lama tak datang', kata-kata Kak Azilah membuatkan aku terasa. Terasa seolah-olah aku tidak sensitif dengan apa yang berlaku pada aku sekarang. Pentarbiyahan aku selama ini terhenti begitu sahaja. Dek kerana sebuah perkahwinan. Adakah perkahwinan aku ini penyebab penghalang untuk aku meneruskan tarbiyah? Ya Allah, silap akukah ya Allah.

'Rindu dan kasih saya tak pernah hilang pada akak dan sahabat-sahabat. Macam mana saya nak cakap dengan akak ye. Saya malu dengan akak dan diri saya sendiri', jawabku dalam tangisan.

'Nitrah, sabar. Cuba Nitrah ceritakan pada akak. Apa yang membuatkan Nitrah rasa malu pada akak dan diri Nitrah sendiri'. Pujuk Kak Azilah.

'Betul cakap akak dulu. Kita kena pilih lelaki yang sama fikrah dengan kita. Sekarang baru saya sedar. Saya silap membuat keputusan menyebabkan tarbiyah saya terbantut dan terhalang. Saya rasa kosong sekarang akak. Saya tak kuat akak. Saya lebih banyak mengalah dengan Marwan,'beritahuku dan terus menangis.

'Nitrah, Jangan salahkan sesuatu yang telah berlaku. Ini dah jodoh awak. Tapi, dalam hal tarbiyah ni awak kena bijak. Nitrah perlu banyak berbincang dengan suami. Banyakkan doa kepada Allah moga Allah tunjukkan jalan. Berikan keyakinan kepada Marwan bahawa tarbiyah ini perlu diteruskan. Akak doakan moga Allah mudahkan Nitrah', pesan kak Azilah membuatkan hatiku bertambah hiba.

Aku termenung di meja makan. Air sejuk yang kutuangkan ke dalam gelas tidak mampu aku minum. Aku teringat sahabat-sahabatku dan Kak Azilah. Hari ini mereka dan sahabat-sahabatku yang lain berrehlah di Taman Tasik Permaisuri. Aku minta keizinan dari Marwan untuk menyertai mereka. Namun, Marwan tetap tidak benarkan aku pergi. Katanya, ibu dan bapa mertuaku akan datang dari kampung. Aku menangis lagi. Menangis dengan keadaan yang berlaku kepada diriku. Aku rindu gelak tawa dan tangisan sahabat-sahabatku. Aku rindu semua itu. Aku juga tahu,sudah pasti mereka juga merindui aku. Namun. Aku sedikitpun tidak menyangka keadaan ini akan berlaku dalam hidupku dari awal perkahwinan sehinggalah aku kini mengandung tiga bulan.

'Abang, esok saya ada program kat rumah Kak Azilah. Saya nak minta izin abang untuk pergi ke sana?' kataku dengan suara yang lembut sekali. Marwan memandang aku dengan pandangan yang cukup tajam.

' Tak payahlah. Awak tu kan mengandung. Tak kan mengandung pun nak pergi juga. Apa-apa yang berlaku nanti abang juga yang susah. Dahlah awak tu alah teruk. Berehat saja lah kat rumah�, balas Marwan. Aku terus menangis. Esakku kali ini lebih kuat. Aku sedih dengan jawapan Marwan. Ternyata sehingga sekarang dia masih tidak mampu memahami keadaan diriku. Matlamat hidupku. Marwan menjadi serba salah apabila melihat aku terus menangis. Dia memeluk bahuku. Aku menepis dan berlalu pergi. Marwan mengekoriku dari belakang.

'Kenapa ni? Menangis macam tu sekali. Tak baik orang mengandung ni banyak menangis. Nanti anak tu pun menangis macam ibu dia juga. Siapa yang susah, abang juga yang susah�, kata Marwan kononnya mahu membuat lawak denganku. Namun tangisanku tak mampu aku hentikan. Dia mula gelabah dan cuba memelukku. Kali ini lebih kuat dan lebih erat. Aku tidak mampu melepaskannya.

'Jangan buat macam ni?' pujuk Marwan.

'Abang, tolonglah faham keadaan diri Nitrah ni. Mana janji abang dulu. Abang…Nitrah ada sahabat-sahabat yang Nitrah rindui. Nitrah rindu program-program seperti Nitrah ikuti dulu sebelum berkahwin dengan abang. Tapi abang tidak pernah memberi peluang untuk Nitrah bersama-sama dengan mereka. Nitrah sedih. Nitrah kecewa dengan abang', luah Nitrah sambil memandang wajah Marwan.

Marwan tidak mampu berkata apa-apa. Pelukannya dilepaskan.

'Buku saja tidak mampu mengisi kekosongan hati Nitrah ni. Nitrah tahu Nitrah isteri abang sekarang. Nitrah perlu taat kepada abang. Tapi, abang juga sebagai suami perlu memahami hati dan perasaan Nitrah. Dulu sudah Nitrah katakan pada abang, Nitrah bukan macam perempuan lain. Nitrah ada tanggungjawab lain selain tanggungjawab Nitrah pada abang. Mengandung bukan penghalang untuk Nitrah tidak melakukan kerja-kerja seperti dulu. Nitrah harap abang faham keadaan Nitrah�, Kata Nitrah untuk cuba memahamkan hati dan diri Marwan.

Marwan menghampiri Nitrah. Dia menggenggam tangan Nitrah erat.

' Baiklah, kalau itu yang Nitrah mahu. Terserahlah. Abang izinkan Nitrah pergi esok', hanya itu kata-kata Marwan dan dia melepaskan genggaman tangannya dan berlalu pergi. Nitrah menarik nafas panjang. rasa kepuasan ada dalam hatinya walaupun dia merasakan jawapan Marwan tadi dalam nada kekecewaan. Kini, Nitrah hanya mampu berdoa agar permulaan yang sedikit ini akan memberikan satu kesedaran kepada Marwan untuk memahami keadaan dan matlamat hidupnya. Hidup dan matinya untuk Islam.