11 October, 2009

Taujihat Seorang Pejuang


Bismillah..

Seringkali kita terfikir bagaimana mulia dan bersihnya hati nabi. Tetap senyum bila dibenci, tetap tenang bila dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi. Kenapa kita mudah benci bila dikasari, mudah putus asa bila yang dilakukan tidak menjadi, mudah kecewa bila orang lain tidak memahami, mudah terguris bila kita dinasihati.

Dalam perjalanan hidup ini, Allah hadiahkan sebuah perjuangan yang kadangkala menggoda iman kita untuk terus teguh berdiri, kadang sahabat tak sehaluan, kadang cemerlang gagal dicapai, kadang sakit yang mendatang. Namun itulah yang harus dihadapi kerana ia adalah lumrah kehidupan. Kita tidak boleh selamanya berada dalam suasana yang selesa.

Maksud firman Allah,

Dan boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. Tetapi boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. (Al-Baqarah;216)


Letakkan pengharapan pada PENCIPTA dan bukan pada CIPTAANNYA. Biar hilang kawan kerana BERJUANG, jangan hilang kawan SEPERJUANGAN. Biarlah apa orang kata kerana mereka tidak memahami apa yang kita lakukan. Hanya kawan seperjuangan yang merasai segala kesusahan kita. Jadi, pasakkan niat kerana Allah. InsyaAllah, Allah akan sentiasa membantu kita.

Perjuangan belum berakhir...

Durratul Akhyar
11 Oct 2009
Acacia Avenue

0 comments:

Post a Comment