Salam.
Buat jiwa - jiwa yang gelisah, resah dan tidak tentu arah..
Carilah DIA di segenap sudut. Walau segalanya terasa pahit. Sakit. Jiwa kacau. Berusahalah mencariNya. Dia ada untuk kita di mana sahaja.
Al - Quran, penenang jiwa, pengubat duka.
Boleh layari video ini. Kata - katanya manis sekali. Mungkin bisa menjatuhkan egomu duhai si pengembala dosa ------> Motivasi Al-Quran
Sekiranya kita menghadapi kesusahan, kesukaran, kekecewaan.
Cepat - cepatlah istighfar.
Dia sedang mengajarmu di kala ujian melanda.
Dia sedang bersamamu dan kau tidak keseorangan.
Dia ada. Kau tak nampak. Tapi kau akan dapat rasa.
Betul. Aku tak tipu.
Carilah Dia. Cepat cari. Ngadu padaNya.
Kerana Dia lebih berhak untuk kau adukan masalahmu berbanding manusia.
Manusia sememangnya ada untuk mendengar.
Tapi alangkah baiknya sekiranya kau ceritakan buat yang Maha Mendengar.
Dia lebih mengerti kegusaranmu sekarang.
Biar air mata kau mencurah - curah.
Biar egomu tatkala ini lemah.
Asal kau masih punya Dia.
Kau tak pernah keseorangan.
Kerana apa?
Kerana Dia sentiasa ada saat kau lupa. Alpa. Fanatik dengan dunia.
Kau buang Dia atas keseronokan dunia yang kau miliki.
Kau buang Dia ketika kejayaan kau kecapi.
Kau lupa Dia saat kau punya pangkat yang tinggi.
Saat ini kau rasa dosamu menggunung tinggi.
Ingatlah!
Tinggi lagi rahmatNya mengatasi kemurkaan.
Saat ini kau punya Dia sahaja
Bentangkanlah sejadahmu
Sujudlah menghadap Dia yang Satu
Pohonlah maghrifah di setiap doamu
Dia ada bersama kamu
Duhai Si Pengembala Dosa yang lalu
Oh Tuhan
Sudilah terima taubatku
Merintih memohon keampunan
PadaNya ku persembahkan
Selautan doa ku harapkan
Agar Kau masih bersama denganku
Hingga akhir waktu
Duduk keseorangan, mencari ketenangan
Siapakah yang layak meminjamkan ketenangan ini
Kalau bukan Dia yang kau akui cintaNya
Ar - Rahman, Ar - Rahim
Saat kau rindukan kata - kataNya
Selaklah helaian surat cinta dariNya
Terkandung 1001 hikmah tersirat
Yang bisa mengubat dukamu
Malah menenangkan jiwamu
Biarlah saat ini kau tidak punya siapa - siapa
Asalkan kau masih ada Dia yang setia
Menongkah arus kehidupan yang fana
Demi mencapai kehidupan yang sejahtera
Mungkin dulu kau hilang pedoman
Terlalu asyik mencari dunia
Sehingga lupa pada Si Dia
Tuan empunya kehidupan
Ampunkan aku andai aku tersilap bicara, tersalah kata, terulit dosa. Tiada yang lebih hebat daripada Dia. Kerana Dia lah kita menjadi hebat pada hari ini. Dan kerana Dia lah kita masih hidup sekali lagi.
Andai coretan ini masih belum mampu mendamaikan jiwamu, ambillah sedikit petua ini. Mungkin tidak seberapa. Tapi memadai andai kau berusaha.
Jika kau rasa hatimu tidak tenang. Ambil Al - Quran. Bacalah!
Jika hatimu masih berkeras. Putarlah ayatNya di radio, internet, dan mana - mana teknologi.
Bukalah Surat Cinta DariNya. Setiap ayat itu kau bacalah terjemahannya.
Mudah untuk kau fahami. Setiap patah yang terhimpun dalam satu surah.
Bacalah dan hayatilah. Sehingga mampu kau leburkan egomu.
Kelak kau akan rasa bahawa Allah sedang berdialog denganmu.
Mengertilah. Setiap kata - kata dariNya punya makna yang tersendiri yang harus kita singkapi.
Berusahalah mencari Dia bukan hanya saat kau susah. Lelah menjalani hidup.
Tapi carilah Dia di segenap waktu yang kau miliki. Baik di atas kenderaan mahupun sedang makan.
Moga usahamu yang sedikit itu mampu menatijahkan keinsafan di jiwa.
Teruskanlah langkahmu. Kerana kau tidak pernah berseorangan.
Durratul Akhyar,
Baiti Jannati Nilai,
13 Januari 2012
2.58am
13 January, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment