Salam sume.
Alhamdulillah hari ini kita masih dihidupkan di dunia fana.
Penah seorang sahabat pesan,
Bersyukurlah kerana dihidupkan sehari lagi untuk melunaskan hutang - hutang dosa pada Dia
Totally agree dengan statement dia. Buat aku terpikir jauh. Banyak ye dosa yg aku buat. Yang sedar tu memang perasan la. Yang tak sedar? Wallahua'lam. Moga Allah ampunkan segala dosa - dosaku baik dalam keadaan sedar atau tidak.
Sekarang dah tahun baru. Macam - macam berlaku. Dan aku semakin matang menilai keadaan sekeliling. Alhamdulillah tahun ni dah masuk umur 23 tahun. Tahun baru ni dah kene planning untuk masa depan. Apa yang nak dicapai. Apa yang nak dihindarkan. Semua orang kene ada target hidup. Kalau tak, kita jadila macam orang yang ditiup lalang. Ikut je arus. Jadila apa nak jadi pun. Dan kita mesti ingat setiap perancangan yang kita buat, ada Perancang yang LEBIH HEBAT, Allah SWT. Kita kene redha atas apa yang berlaku. Barulah kita mencapai salah satu rukun iman, percaya kepada qada' dan qadar.
Bercakap tentang redha, hari ni saja nak tulih tentang kisah hidup. Yelah. Masing - masing ada ujian yang Allah bagi kn?
Ada seorang manusia ni. Dia yang Allah hantarkan ni baik sangat. Tak perlu tanya sapa dia. Kepercayaan aku tinggi untuknya.
Ada seorang manusia ni. Dia yang Allah hantarkan ni baik sangat. Tak perlu tanya sapa dia. Kepercayaan aku tinggi untuknya.
Tapi masalahnya, setiap kali ibadah ku terganggu. Baik solat atau baca quran. Saat aku mahu berdating dengan Dia, pasti wajah dia akan muncul. Apela syaitan ni. Menyucuk - nyucuk aku. Sakit tau nak hilang. Syuhh. Pergi jauh perasaan. Kau menganggu ibadahku. Baru nak cari khusyuk, ada je yang masuk jarum. Puas aku merintih seorang diri. Berusaha untuk membuang perasaan. Pergi ke masjid. Dekatkan diri dengan sahabat - sahabat. Usaha dan terus berusaha.
Dan akhirnya...
Takdir memberitahu sesuatu. Hoho. Aku dah kering air mata. Kelu. Gamam. Bisu. Mungkin itu yang terbaik boleh diklasifikasikan saat itu. Saat menulis ni pun, takde air mata dah nak turun coz dah redha dengan ketentuan Allah.
Terluka memang sakit. Pedihnya hanya Tuhan yang tahu. Tambah - tambah aku sangat pantang orang tipu aku. Huhu. Tapi takpe. Tidak sedikit pun ku pinta untuk dibalas. Malah mensyukuri ujian yang datang menimpa. Alhamdulillah, dengan sekejap cuma hatiku cepat dirawat. Terus kembali mengabdikan diri kepadaNya. Menyelusuri setiap bait - bait kalamNya. Indah sekali ujian ini. Istighfar akan dosa - dosa yang telah dilakukan. Adalah lebih baik ditimpa lebih banyak ujian supaya aku tidak jauh denganNya. Bersyukur sangat.
Dan apa yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan, disebabkan oleh perbuatan kamu dan Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa - dosa kamu. (Surah Asy-Syu'arak; ayat 30)
Kesalahan terjadi supaya kita dapat renungkan hikmahnya dan mohon kesabaran diberikan oleh Allah bagi menghadapi pelbagai ujian dan cabaran. (Hadis direkodkan oleh al-Bazar)
Dan untuk si dia, aku ucapkan terima kasih kerana kau hadir sebagai wasilah yang Allah hantarkan kepadaku. Berbahagialah dengan kehidupan yang Allah telah beri. Dan aku pasti kebahagiaan jua akan ku miliki kelak.
Kalau kita meletakkan redha Allah sebagai matlamat, insyaAllah segala kepayahan yang kita lalui itu akan dipermudahkan olehNya dan ada hikmahNya. Hikmah tu kita kene cari. Alhamdulillah. Aku sudah menemui hikmah atas apa yang berlaku. Hidayah itu milik Allah dan kita kene sentiasa mencari hidayahNya. Sebab Allah hanya bagi kat orang yang berusaha saja. Dan jangan sesekali bertangguh untuk bertaubat. Takut kita jadi senang dan redha dengan dosa yang kita buat.
Ok. Untuk tahun baru ini aku akan jadi orang yang baru. Lebih baik dari tahun - tahun sebelum ini. Doakan moga aku kuat dalam mujahadah dan istiqamah dalam amalan. Dhuha yok! Salah satu tanda untuk kita bersyukur (^_~)
Apabila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, Yang Maha Mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakitnya hatimu, membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu..pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi ketahuilah. Itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu bahawa hati yang begini selalunya lebih lunak, mudah untuk dekat & akrab padaNya.
0 comments:
Post a Comment