31 January, 2007

Malu..

Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap cara hidup ada perwatakannya dan malu itu adalah perwatakan islam" (HR Abu Daud)

MALU ADALAH IBU KEBAIKAN

Sabda Rasulullah SAW:
"Malu itu tidak akan menyebabkan perkara lain kecuali untuk kebaikan" (HR.Bukhari)

Malu itu lambang keimanan dan malu itu membawa ke syurga. Rasullullah SAW bersabda:
"Malu itu datangnya dari iman dan iman itu membawa ke syurga.Dan sebaliknya adalah membawa ke neraka" (HR.Bukhari)

Rasullullah SAW bersabda:
"Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini,sebab itu mintalah dengan ALLAH untuk kedua-duanya" (HR.Bukhari)



11 tanda malu

1-Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat.

2-Himmahnya(kemahuan)kuat terhadap ibadat dan membaca Al-Quaran

3-Kurang berkata terhadap apa yang tidak perlu.

4-Memelihara solat fardu.

5-Menjaga diri daripada perkara yang haram dan syubhah.

6-Bersahabat dengan orang yang soleh dan baik

7-Merendah diri dan tidak sombong

8-Dermawan yang ikhlas

9-Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk ALLAH

10-Bermanfaat kepada orang lain

11-Mengingati mati dan bersiap sedia menghadapinya.



PAKAIAN MALU:

Tanda-tanda orang yang memakai pakaian malu adalah seperti berikut:

1-Hatinya bersih dari sifat iri hati,dengki dan dendam

2-Lidahnya jujur,terpelihara daripada mencela,mengumpat dan seumpamanya.

3-Matanya jauh dari memandang perkara yang dilarang oleh syariat

4-Perutnya tidak diisi dengan makanan yang haram atau dari sumber yang haram.

5-Tangannya terpelihara dari menjamah apa-apa yang bukan haknya

6-Kakinya tidak memijak tempat larangan

7-Amalannya jauh dari mencari sanjungan dan pujian masyarakat.

Segala sesuatu yang dilakukan kerana patuh dan baktinya kepada ALLAH semata-mata................ cuba kita renung diri kita... Adakah tanda malu dalam diri kita? dan adakah pakaian malu itu menjadi pakaian kita????

jazakillah...........

23 January, 2007

biarlah cintaku begini..

"Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..."

18 January, 2007

Buat teman..

Tahukah wahai teman, sahabatmu ini begitu bersyukur kerana telah dijentik sewaktu persahabatan itu. Rasa kemanisan itu hadir kembali, rasa Allah melihat kembali, rasa bahagia untuk meneruskan kehidupan dalam mencapai cinta Illahi. Kau kata kau takut api neraka. Sahabatmu lagilah wahai teman..Cuma sahabatmu itu tidak boleh menunjukkannya dihadapanmu. Setiap kata-katamu..sahabatmu ini simpan jauh dilubuk hati. Sahabatmu telah tersedar dari lena yang panjang. Sahabatmu itu makin kuat..teman. Sahabatmu dapat menangkis fitnah yang datang. Sahabatmu belajar untuk fokus terhadap nawaitu hidup. Fokus dalam menggapai impian yang indah. Impian yang dicita-cita oleh segenap mukmin. Sahabatmu itu merasakan bahawa Allah telah melihatnya..em..memang pandangan Allah tidak pernah lari kepada hambaNya..mungkin kemanisan ini dikecap kerana doa seorang teman kepada temannya yang lain..menyebabkan Allah redha..Allah menghidupkan kembali hati sahabatmu ini. Teman..ketahuilah bahawa sahabatmu ini kembali hidup hatinya dengan kata-katamu..pedas..berbisa..tapi kadang-kadang ia perlu untuk membangkitkan diri..engkau harus bersyukur teman..engkau punya banyak ilmu sehingga mampu menyampaikan kepada orang lain..orang yang amat memerlukan. Engkau harus jadi lebih baik daripadanya. Andai engkau menasihatinya membaca Al-Quran sejuz sehari..engkau bagaimana? Bagaimana dengan qiammu? Bagaimana dengan puasamu wahai teman? Bagaimana hubungan dan kecintaanmu kepada Illahi? Adakah engkau telah berjaya meletakkan Allah di tempat teratas di dalam hatimu? Atau engkau masih takut? Engkau takut dengan bayang-bayang sendiri..bagaimana dengan hatimu? Adakah ia tulus kerana Allah? Perjuangan yang engkau lakukan itu mutlaknya kerana Allah? Adakah engkau bisa menjaga jiwamu daripada riak dan takbur? Ingat teman..kehebatan itu hanya milik Allah..benar..jiwa temanmu hidup setelah mengenalimu tetapi ia yakin!! Bukan engkau yang menghidupkan hati yang mati itu tetapi Tuhan yang kasih kepada dia lantas memberi peluang kepada hamba pilihanNya itu untuk kembali kepadaNya. Teman..ketahuilah..andai engkau telah letakkan hanya Allah dalam hatimu, engkau pastikan berjaya menghadapi ujian yang mendatang. Entahlah teman..sahabatmu ini sendiri tidak tahu apa yang dicoretkan tetapi tinta ini adalah khusus buat seorang sahabat. Sama-samalah kejar impian dalam menggapai cinta Illahi. Mungkin laluan dan jalan yang berbeza tetapi yakinlah..doaku seorang sahabat tidak akan luput buat dirimu. Jadilah umpama seekor singa yang hebat bertempur mengaum di siang hari dan umpama seorang abid yang merintih merayu menghadap Pencipta pada malamnya. Jangan hanya menjadi seekor singa tetapi singa itu tidak bergigi rupanya. Benarlah seperti mana janji Allah..“Jangan kata kamu beriman selagi mana kamu belum diuji.” Teman..kini..sahabatmu ini berhadapan dengan situasi yang pernah berlaku satu ketika dulu. Ia hadir tanpa diundang..tanpa dipinta..mungkin Allah mahu melihat keikhlasan temanmu ini dalam mengejar impian menggapai cinta Illahi..entahlah teman..hati yang sudah dicuci didatangi debu-debu hitam lagi. Disuruh pergi..makin-makin datangnya..mungkin mereka takut sahabatmu ini lari jauh daripada mereka menyebabkan mereka yang membisu selama ini kembali mengharapkan sesuatu. Memang diluar dugaan. Temanmu terasa kuat tetapi temanmu tidak tahu sejauh mana diri mampu mengawal hati ini. Teman..seperti dirimu, sahabat ini takut api neraka. Sahabatmu sudah minta ia pergi jauh-jauh tetapi ia begitu degil dan tidak mahu berganjak. Baiknya, sokongannya ditakuti akan membawa masalah jiwa yang menyebabkan sahabatmu ini kembali tersungkur. Mohon kekuatan daripadaNya. Teman..sahabatmu ini begitu bahagia dengan kehidupan sekarang. Hati yang sentiasa cuba untuk dibersihkan. Mata yang mudah untuk mengalirkan airnya dihadapan kekasihnya. Moga dikau dapat mendoakan sahabatmu ini agar Allah pelihara sampai akhirnya. Akhiru kalam..renung-renungkan wahai teman..jadilah seperti mana dikau yang dahulu..jangan berubah..letakkan Allah di tempat tertinggi..hanya Allah dan untuk Allah..segalanya Allah..hidup dan mati hanya untuk Allah..penyerahan diri hanya kepada Allah. Moga kitakan sama-sama dapat mencapai apa yang pernah kita impikan dalam mengejar impian sendiri. Pesan buat dirimu jua diriku yang sering lupa..wallahualam.

14 January, 2007

lirik bermakna

lirik ini mengingatkan aku kepada seseorang..sangat bermakna

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

Camar Kelukaan
Album : Sandaran Cinta
Munsyid : Saff One
http://liriknasyid.com

Di suatu ketika
Pernah kau hinggap ke sisiku
Sayapmu terluka
Kau pinta ku merawatinya

Dengan segala keterbatasan
Aku mencari segala penawarnya
Kau bagai dilahirkan kembali ke dunia nyata
Kau terbang semula

Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa ku pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Demi kejayaan
Ada harga perlu dibayar
Ku menjadi perisaimu
Bila panah menghujani kita

Apabila engkau merasa tercabar
Kau anggap aku menjadi sainganmu
Tidakkah engkau menyedari persamaan kita
Hanya camar maya

Biarkan aku terbang melayang bersendirian
Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Biarkan aku terbang melayang bersendirian
Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa (kau bawa daku pergi)
Ku pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Semua ini satu ketentuan

13 January, 2007

Kalimah Agung

BARANGSIAPA HAFAL TUJUH KALIMAT, IA DIPANDANG MULIA DI SISI ALLAH DAN MALAIKAT SERTA DIAMPUNI DOSA-DOSANYA WALAU SEBANYAK BUSA @ BUIH LAUT

  • Mengucap BISMILLAH pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
  • Mengucap ALHAMDULILLAH pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
  • Mengucap ASTAGHFIRULLAH jika lidah terselit perkataan yang tidak patut.
  • Mengucap INSYAALLAH jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
  • Mengucap LA HAULA WALA KUWWATA ILLA BILLAH jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai dan tidak diingini.
  • Mengucap INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN jika menghadapi dan menerima musibah.
  • Mengucap LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH sepanjang siang dan malam sehingga tidak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa, kerana sudah biasa

SAMA-SAMALAH KITA MENGEJAR PAHALA MUDAH INI..WALLAHUALAM

ingin lebih cantik dan menarik??

  1. Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
  2. Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
  3. Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
  4. Pakaikanlah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
  5. Rawatlah rambut anda dengan "selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
  6. Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
  7. Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".
  8. Bedakilah wajah anda dengan "air wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Beramallah..sesungguhya Islam itu indah untuk dinikmati bersama..

LaWaK Ke???

Bayangkan benda ini berlaku pada antum..Suatu hari pada waktu solat Jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1000 jemaah..tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam..tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa machine-gun..lalu salah seorang lelaki itu bertempik.."Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH, sila berdiri di tempat kamu"..Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri..daripada jumlah yang 1000 tadi itu..hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Tok Imam tu..

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Tok Imam sambil berkata.."Ok Tok Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Tok Imam mulakan Solat Jumaat"..sambil kedua lelaki tersebut bersedia untuk sama-sama bersolat berjemaah...

Macam mana..adakah antum rasa lawak dengan cerita di atas, fikirkanlah..

Lawakkan..dari 1000 orang yang mengaku Islam..hanya 40 yang betul-betul beriman..

Lawakkan..berapa banyak manusia yang mudah lupakan Allah apabila menghadapi bahaya..kedua lelaki hanya membawa machine-gun..tak kata pun nak bunuh..tapi generasi sekarang amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang-pukang..lupa yang dia belum solat Jumaat lagi..

Lawakkan..ada juga yang agamanya cuma seminggu saja..tu pun bila time solat Jumaat..tunjuk muka kat orang kampung..ada tu lagi dashyat setahun dua kali je..bila time Solat Aidilfitri dan Aidiladha aje

Lawakkan..ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran

Lawakkan..berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia

Lawakkan..kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada Allah..alahai..tak cukup masa..

Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab..Wallahualam