20 October, 2007

qalbi..

Hati..
Maafkan aku..
Atas dosa – dosa dan kesilapanku
membiarkan engkau ternoda
menghilangkan ketenanganmu
membiarkan engkau tersiksa
penuh kepedihan tanpa rasa bersalah

Hatiku..
Mengapa aku tidak dapat membezakan yg benar dan palsu
Kenapa hati??
Aku tahu jawapannya..
kerana aku telah mencampur adukkanmu dengan yang hak dan batil
minyak tidak boleh dicampurkan dengan air
demi kepentingan diri sendiri
Membiarkan engkau kuat bekerja tanpa henti

Oh hati..
Andai ini merupakan kesilapan yang paling besar dalam hidupku..
Kau maafkanlah aku..
Kau berikanlah aku peluang untuk membersihkanmu kembali
Dengan kalamullah dan zikrullah yang indah
Penuh tadabbur kepada Allah
Aku akan menyucikanmu..hati
Aku takkan biarkan engkau bercampur seperti dahulu
Cukuplah aku belajar dengan apa yang terjadi
Walaupun pahit untuk ditelan
Aku mesti kuat untuk melaluinya

Hatiku..
Aku takkan persiakanmu
Akan ku gunakan segala nikmat yang ada dengan sebaiknya
Kerana aku tahu
Akhlak yang baik datang dari hati yang baik

Hatiku..
Kini aku akui
Dengan mengingati Allah..hati kan menjadi tenang
Akan ku kembalikan ketenanganmu
Akan ku kembalikan kesucianmu itu
Menghayati kalamullah
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Hatiku..
Maafkanlah aku..
Kerana tidak menghargai kehadiranmu selama ini
Kau berikanlah peluang kepadaku kembali
Segala yang terjadi walaupun pahit untuk ditelan
Rupanya masih ada kemanisan disebaliknya..



Konklusinya, jagalah hati kita dengan sebaiknya. Jangan biarkan hati kita dikotori dengan perkara – perkara yang tidak berfaedah.Ubatilah hati yang pedih itu dengan kalamullah dan zikrullah. Anggaplah kesilapan semalam sebagai satu wadah untuk kita terus bangun dalam perjuangan. Ingatlah bahawa kita dilahirkan sebagai ansarullah – menegakkan yang hak dan meninggalkan yang batil. Jangan persiakan masa yang ada dengan menangisi dan meratapi kesilapan semalam kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hujan yang lebat itu digantikan dengan pelangi yang indah. Ingatlah bahawa Allah sentiasa mengingati kita walaupun kita melupakanNya. Semoga aku kembali tabah meneruskan liku – liku hidup ini. InsyaAllah..

20 October 2007, Saturday – 640am