25 June, 2008

tazkirah hari ini




Sebelum saya pulang malam ni, molekla saya sampaikan sedikit tazkirah yang saya rasa dapat dikongsikan bersama kalian semua. Satu tazkirah yang menginsafkan diri kita yang saya ambil dari yahoo! groups Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia-USIM. Moga ianya bermanfaat..





Dari Usamah Bin Zaid r.a bhw ia pernah mendengar nabi s.a.w bersabda, "Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkn ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar - putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya, "Wahai saudara, mengapa ini terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada perkara makruf dan mencegah perkara - perkara mungkar?" Maka ia menjawab:"Benar akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran tetapi aku sendiri yang melanggarnya".



(Bukhari& Muslim)





Nauzubillahi min zalik..semoga kita tidak tergolong dalam golongan seperti di atas.



p/s: buat sahabat sahabiah, semoga kita dapat berjumpa lagi ari jumaat dengan azam yang baru..see u soon!!




24 June, 2008

tagged 1

kali ni kene tagged dengan akak kesayangan sorang ni kat uia tu..sapentah..ehehe..ni saya baru nak balas..banyak sangat kekangan masa..kire hari ni br free nak ngadap pepuas pc ni before nak balik esok..


cam tak paham je tag ni tapi layan jelah..kire cam msg berantaila..suh 4wd n 4wd..

Sila baca arahan di bawah :

This is another of those Linky Love game where you only have to tag 10 person in one post but still there is no actual limit (you can tag more if you want!).
Once tagged, you have to copy paste the link in this post, and make them grow!
Do not delete any of the links and be honest to yourself!

BennyLiew,RamblingMoo,Mum & Kids In Wonderland
,Judelittle,Our mini blogsphere
,Rooms in My Heart, http://janiceng.blogspot.com/,ChinNee, Jo-N,LadyJava's Lounge,Apples Of The Eyes
,aNgRiAniWoRLd,persismutiara,Along Arman,papa mafia,kuina,aiSYA iaSYA: MindHeartBodySoul,keL@t,Mr Am,Sabri,ExtraBlack,Biskutz,Kak Husna, Kak Azz Arhazza,Dek Cicakgirls, Miss Tic, Miss Muchacha,Miss Mimie Nazirah,Mr Dean, Mr Neo, Mr Fysal, Miss Fairuzniza, djambu, kak anis, kak alyaa, bro hayyi, uncle banji, kak nadia, adik azi, aing, adik ana, cik durratul..



So skang ni kita lihat siapa yg kene tagged :









nampaknya saya tidak mengikut arahan.. ske ati saya la..saya punye blog..hehe..saje nk skip 5..5 pun dah cukup dah tu..penat nk tag orang..5 orang yg kene tag ni..x kesahla nak buat ke x..its up 2 u!!


16 June, 2008

Ketiadaanku buat sementara



Alhamdulillah..hari ni masih lagi dapat merasai 2 nikmat dalam hidup iaitu nikmat iman dan islam..syukur sesangat..setelah seminggu meninggalkan rumah, meninggalkan blog, ym, keluarga, friendster n so on..alhamdulillah hari ni kembali bernyawa. Bukannya selama ni tak bernyawa, cumanya meninggalkan sementara perkara2 yg dirasakan tak wajib hanya untuk mencari mardhatillah..alhamdulillah sekali lg kerana terpilih untuk menyertai Program Pengkaderan Pendakwah Muda anjuran Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM). Rasa beruntung sangat dapat pergi walaupun banyak ujian yang dihadapi sewaktu hendak pergi dan pulang. Jadi, saya akan ceritakan serba sedikit pengalaman yang dirasakan boleh dikongsi dengan sahabat sahabiah yang tak dapat sertai sekali..juga buat penyinggah2 blog yang selalu menyinggah ke blog usang ni..semoga apa yang disampaikan ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca..insyaAllah..







7 Jun 2008-Sabtu







Bertolak dari Parit Buntar ke Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi. Sepatutnya pergi skali dengan fatimatul tapi last minute dia tak dapat pegi atas sebab2 tertentu. Jadi, nak buat macam mana..terpaksa juga meneruskan journey seorang diri. Mohon doa daripada semua saje masa tu agar dipermudahkan segala urusan. Al-kisahnya bermula apabila dalam perjalanan, bas transnasional yang dinaiki rosak kt Jelapang. So terpaksa tunggu untuk tumpang bas lain. Alhamdulillah walaupun dah beberapa bas dari syarikat lain singgah ambil beberapa penumpang, masih ada ruang untukku untuk naik bersama. Segala puji bagi Allah akhirnya dapat naik bas plusliner. Sepatutnya tiba di KL pada pukul 3 lebih tapi dah jadi pukul 530ptg. So terpaksa untuk jamak ta'khir di puduraya. After solah, rasa macam nak makan tapi kesian plak takut kalo balik melaka nanti, nenek dah masak nnti tak makan plak..







Lepas je solat, cari tiket nak balik next week n tiket nak ke melaka. Destinasi seterusnya ke melaka sebab baju2 semua ada kat melaka. Sebenarnya dari rumah hanya bawak 3 pasang baju je, selebihnya baju ada kat rumah nenek. Alhamdulillah dapat tiket paling awal pukul 7 malam..nasib baikla masih lagi dalam musafir..jadi takla risau nak solat. Sampai di stesen bas Alor Gajah terus call angah mintak amikkan. Hampir setengah jam menunggu, baru nampak bayang kereta Myvi merah. Ingat kot nak balik rumah terus, rupanya kene pegi Hospital Alor Gajah. Ayah kepada Maksu Yati sakit masuk wad kecemasan. Dengan terpaksa, pegi jugakla ke sana walaupun satu butir nasi pun tak jamu. Alahai..pedihnya perut. Sebenarnya adik maksu nak kawin esoknya kt JB tapi tak sangka plak malam tu ayahnya masuk hospital sebab paru2 masuk kuman kalo tak silap dengar.







Ziarah and terus balik rumah. Mandi..solat..kemas baju tapi sebelum tu tanya nenek ada nasi lagi tak. Sian cucu sorang ni tak jamah pape pun sejak pagi. Entah kenapa malam tu nenek tak masak..yang ada pun lauk tengah hari. Jadinya dipendekkan cerita, balun sajalah nasi+lauk sup (2 pinggan). Alhamdulillah..dapat alas perut pun dah kire ok daripada tak makan langsung. Nasib baik gastrik tak datang. Tu baru ujian nak datang rumah nenek dulu. Tak masuk lagi ujian yang lain. Terasa bersyukur segala ujian yang Allah bagi tu, ada hikmah disebaliknya. Cth : walaupun tak makan pape sejak pagi tapi perut tak meragam pun (gastrik). Aneh kan? tapi tu sume kuasa Allah..sebagai suatu tarbiah utk diri yang selalu terleka..







8 Jun 2008-Ahad







Keluar rumah sekitar jam 9 pagi. Cari tiket ke Seremban. Ades. Ujian lagi. Semua tiket ke Seremban SOLD OUT!! Oh tidak!! Ujian utk ku sampai ke Nilai. Angah tak dapat nak hantar coz terpaksa jaga Tok Ki (ayah maksu) kat hospital. Lagipun minyak kan dah naik skang ni. Apa yang harus dibuat ni?? Time tu rasa nak mengalah dah coz hebat sangat ujian Allah bagi. Rasa macam tanak pegi dah program tu. Banyak sangat halangan. Tetiba angah suh call operator mintak no fon transnasional melaka. Jadinya dipendekkan cerita lagi, operator transnasional tak angkat. Mungkin masih breakfast agaknya. So, malas nak pikir dah..trus amik keputusan pegi beli tiket ke KL semula. Sebab yang ni je cara utk sampai Nilai. Tu pun banyakkan berdoa semoga sempat utk sampai Nilai..huhu..







Ujian seterusnya...masa dah sampai kat Jalan Hang Tuah..tetiba bas berasap..waa!! sempat ke ni nak sampai pudu..memang tak reti dah dok diam time tu. Allah saja tau camne perasaan ni. Banyakkan berdoa..banyakkan berdoa n banyakkan berdoa. Walaupun bas tu dah berbau macam nak meletup, alhamdulillah sampai gak. Kalo jadi cam semalam, jawapnya memang tak jadi pegi dahla. Sesampainya, terus pegi isi perut sikit..solat jamak taqdim..n terus sambung journey ke Nilai..







Alhamdulillah tiada pape yang tak diingini terjadi dalam lrt n ktm. Cumanya asik tak sudah2 tgk jam takut tak sempat sampai Nilai sebelum pukul 430ptg. Shuhada dah kol coz risau takut tak sampai. Sabar ye..dah nak sampai ni. Jadinya sampai di Stesen Nilai pada pukul 415ptg. So terus cari teksi mintak dia hantar ke kampus tapi pakcik ni dok tak paham plak. Dia kata nak ke nilam ke nak ke jati. Saya bukan nak balik hostel la pakcik..saya nak ke kampus USIM. Baru la pakcik tu paham bila dah cakap sesatu. Dalam kereta pakcik tu cakap sekarang ni bayaran teksi dah naik. Kalo dulu rm15 skang dah naik jadi rm17. Mak oii..biau benau..mau cekik darah ni. Ades..ujian..ujian..sabo ye. Sampai di kampus, pak guard tak tahan. Dia tanya nak ke mana. Cakapla sekian..sekian then trus pak guard kata bas nak jalan dah adik oii. Waa!! Tidak!! Jangan jalan lagi..cuak sangat. Alhamdulillah sesampainya kat depan FKP bas masih belum jalan. BEg pun diorang tak taruk lagi. Dengan muka slumbernya terus kol Shuhada sambil jalan wat tatau depan muslimin yang lalu kat situ. Nasibla tak kenal. Shuhada lambai2 tanda panggil la kot..hehe..siot sungguh. Nasibla ada dia tempat cerita masalah yang terjadi sebelum smpai kampus. Huhu..ujian itu tanda kasihnya Allah pada kita..ingat tu!!







2 biji bas pun berjalan menuju ke Kem LAtihan PLKN Jugra kt Banting. Masa bas ni berjalan, apelagi setelah penat sehari suntuk berjalan, saya pun zzz..zzz..zzz dalam bas..hehe. Penat sunggub tak terkira. Demi kesungguhan dalam diri, akhirnya sampai juga ke program ini. Thank you Allah!! Sampai di Kem PLKN Jugra pada jam 530 lebih kurang la, yang lain terus solat. Alhamdulillah dah jamak so terus ke dorm utk pilih katil. Jadinya, terbuatla plak puak tamhidi kat satu ceruk ni. Takpela..7 orang je..xde masalah la kot..hehe. Yang lain semuanya akak2 degree. Pastu makan malam n mandi..solat (still jamak) n terus ke dewan utk taaruf n taklimat program. Lepas dah kenalkan diri..ex-tamhidi bla..bla..bla..Dr Rushdan pun sampaikan la taklimat. Dr Rushdan kata brape orang ntah yang dia hantar surat tapi yang wujud pada malam tu hanya 51 orang. Malam tu juga dibahagikan kumpulan ikut cabutan kertas yang diambil. Kat kertas tu ada tulis ayam, kucing n kambing. So bila dah dapat sorang satu, kene kumpulkan kumpulan masing2 hanya menggunakan bagaimana cara haiwan itu berbunyi. Ades. Nampaknya terpaksa mengembekla plak memalam ni. Kumpulan kambing rupanya..huhu..abis dah and trus gi supper.







Sebelum nak tido, sempat menyakat sahabiah yang dr kalangan kucing dan ayam. Memang nak tergelak sangat malam tu. Sampai susah sangat nak tido. Panggil cik yam, cik kam, cik meow..hehe..asif jiddan. Ini hanyalah gurauan semata. Bukan sengaja nak menyakat tapi seronok tgk antunna semua ceria=) Tidak disangka, malam tu ada lagi satu ujian..di malam hari asik terjaga sebab ada geng meow kat luar ni dok melalak. Ditambah pula dengan hujan yang renyai2. Ades. Kucing kat luar ni bebetoi tak bagi peluang orang nak tido. Nasib baikla ada sifat fobia dengan kucing..kalo tak..lepas ke lautan mana ntah nanti kucing ni. Nak dijadikan cerita, pagi esoknya bangun lewat sebab tak boleh nak tido punye pasal. Xdela lewat sangat pun. Pukul 530 je. Tu pun nak tunggu turn selipar lagi..lastly, x sempat nk berjemaah reramai. nasib baik lewat skali ngn shuhada, jadinya berjemaah gakla solat subuh tu..pastu tazkirah subuh dr akh shamsul..breakfast..senaman..bla..bla..bla







start ngn first modul dr Dr Rushdan sendiri mengenai konsep asas dan pengisian dakwah. Pastu ada bengkel..dok dalam group..fc yg conduct group kambing is Ust Najaa'. Berdiskusi mengenai dakwah n etc pastu ada minum pagi. Kemudian start plak modul 2 by Puan Nik Salida mengenai pengendalian aktiviti dakwah dan masyarakat. best sgt pengisian yang dia bagi. Memang susah nak tido coz dia suka soal orang tnya soalan. Jadinya sume pakat terang je mata..hehe. Kemudian masuk plak bengkel ke-2..alhamdulillah dapat Pn Nik Salida. berdiskusi mengenai humanistik dan prekmetik(btoi ke ejaannya?) idola dan sebagainya. Kemudian terus ke modul 3 ucapan awam (public speaking). Mau tak mau kene cakap gak. Ucapan awam ni dr Cik Mazni Buyong. Dia terangkan dlm english bersama kertas slide..pum pang..pum pang..dup dap..dup dap..abeh dah slot. Pastu masuk bengkel ke-3, sesi ucapan awam. fc nya ialah Ust Ahmad Kamel. Saya pun tak pernah tgk ust ni. Baru first time jumpa. Berdebar gak nak bercakap ni tp mcm besa la..cuba utk menjadi tenang..haih~. Makan malam..bersiap n solat..Sambungan ke sesi latihan ucapan awam. Saya just membawakan tajuk ikhlas..pum pang..pum pang..abih dah 8 minit..tu pun terlajak ckit..debor sbnrnya. Pastu solat isyak n supper..







10 Jun 2008-Selasa







Solat subuh..tazkirah..bla..bla..time tu plak hujan. so xdela senaman pagi. terus bersiap dan breakfast. Masuk sesi modul 4 by Ust Yuseri mengenai method2 dakwah. Ni banyak teori la..ni pun ngantuk gak sesi ni..ades..kuatkan semangat utk mencari mardhatillah..ikhlas lillahi taala..pastu masuk ke bengkel ke-4, fc nya ialah Ust Najib. Kebanyakan student tamhidi kenal dengan ust ni tp sebab dia tak mengajar tamhidi accounting, so inilah first kenal ust ni. Tak pasal2 ust kata saya n nasuha kembar. Samakah muka kami? Dah ramai orang cakap tapi rasanya saya comel lagi kot. Suha, jangan marah ye!! hehe. Bagus ust ni..banyak pendekatan yang dia bagi. Segala masalah yang dia cuba kongsikan dan minta diselesaikan menyebabkan kami semua banyak berfikir. Sangat seronok..critical thinker=p jadi by group kene cari 10 golongan mad'u dan senaraikan bagaimana cara nak approach golongan ni.. sangat2 bagus sih..pastu minum pagi..ada majlis perasmian by TNC Prof Dr Asin Dollah..lunch n solat. Pastu ada forum by peserta sendiri..tu pun lepas dipilih berdasarkan public speaking..yang dapat tu congratulations diucapkan..seronok tgk gelagat memasing kt atas pentas. Tajuk pun dah tak ingat apentah tp yang pasti kalo tak silap ada 4 groups yang kene. Tu pun abis lewat nak dekat pukul 5.00ptg. Sambung plak pada aktiviti luar iaitu berkayak. Jadinya semua pakat berkayak tp sy dan beberapa org kakak telah skip..hehe..bukan apa..lagipun kejap sangat kayak tu..kang kene berebut toilet lg..dahla diri ni asik lewat je manjang..lagipun migrain telah menyerang..jadi terpaksa la mengalah n terpaksa gak utk tido pas asar tu..sakit deh..ngak tahan..ubatnya tido jelah..pastu cam besa..bersiap..mkn n solat. After that, terus ke dewan utk pembahagian tempat khidmat masyarakat. Ada 4 choices-Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID),Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM),Rumah Amal Limpah Kasih dan Kompleks Dar As Saadah. Jadinya kebanyakan geng kambing telah memilih utk ke PERKID. Saya pun berada di PERKID gakla. Terus berdiskusi mengenai program yang dilakukan. Terasa blur utk mengeluarkan idea. Kenapa ntah? xde mood agaknya. Just mendengar pendapat masing2. Blur bukannya apa coz tatau tempat tu mcm mn n etc..bincang je program ape nak buat n trus tutup majlis dgn tasbih kifarah n surah al-asr..







11 JUN 2008-Rabu





Bertolak ke Pusat Khidmat Masyarakat masing2. 2 buah bas disediakan. Bas yg pertama ke PERNIM dan Dar As Saadah. Manakala bas ke-2 ke Rumah Amal Limpah Kasih dan PERKID. Pagi yang cerah dan damai itu seolah - olah merestui pemergian kami ke destinasi masing - masing. Alhamdulillah sampai ke PERKID pada pukul 12++ tgh hari. Kami disambut oleh seorang ustazah. Sesi briefing pun bermula. Juga tak lupa kene basuh dengan Ust Masridzi Sat (pengerusi PERKID). Teringat satu kata2 Ust Masridzi, orang zaman sekarang lebih mementingkan dakwah islamiah daripada dakwah islahiah. Dakwah Islamiah disini ialah dakwah kepada non-muslim manakala Dakwah Islahiah pula bermaksud dakwah kepada orang Islam yang bermasalah. Setuju sangat apa yg ust tu ckp sbb kita ni terlalu lembut..terlalu mementingkan hikmah berlemah lembut supaya non-muslim tu nampak Islam ni indah la..hadhari la..apela..bla bla bla sehingga membiarkan rumah tangga porak peranda. Biar non-muslim nampak segalanya indah di luar tapi sebenarnya kat dalam hancuss. Itulah tabiat orang kita sekarang. Sebab itu sampai skang ni remaja melayu kita hanyut sebab orang kita sendiri hanya berdakwah dengan non-muslim saja tanpa memikirkan dakwah kepada orang Islam sendiri. Tiada follow up utk yg sudah Islam. Janji dah ada title Islam je. Kata2 Ust Masridzi yang saya kira sangat bermakna ini akan saya ingat sampai bila2. Memang betul. Pendakwah2 sekarang lebih suka bercakap banyak di kaca2 tv dan corong2 radio tapi tidak mengamalkan nahi munkar. Hanya mengamalkan amal makruf saje. Cakapla banyak mana sekalipun jika masih tiada tindakan yang dilakukan untuk menangani gejala sosial ini. Dari situ membuatkan diri yg dhaif ini terpikir beberapa kali..





Pastu kitorang divide tempat coz ada 2 rumah perkid kat kawasan tu. 1 utk lelaki dan 1 utk perempuan. FC muslimin dah tarik beg terus pergi rumah perkid lelaki a.k.a Rumah Riyadhus Solehin macam orang kene keluar AF (go back n practise=p). Fc muslimat pula dijemput utk makan tengah hari dulu sebelum solat zohor. Pastu dah selesai solat jamak berjemaah, sesi taaruf pun bermula. Setiap fc diminta utk memperkenalkan diri masing2. Senang je..just ckp nama diberi..blablabla..asal..blablabla..noktah. Cukup yg tu je. Terus membahagikan kumpulan kepada 6. Sorang fc amik satu group. Kire saya ni istimewa ckitla coz dapat group 1 yg tersangat baru masuk iaitu adik2 dari BKS (Bilik Kasih Sayang). Bila taaruf dalam group bermula, tanya asal usul diri adik2 ni. Cumanya memang tersangat berhati-hati supaya tidak menyentuh pasal kisah silam mereka. Sesi taaruf petang tu just simple as i can coz kene santaila ckit sebab dalam group BKS ni ada yg 2 3 hari br masuk. Ada yang dah sebulan lebih dan yang paling tua dalam BKS tu dah 5 bulan. Bilik Kasih Sayang ni hanya menempatkan adik2 yg br masuk saje. Diorang ada bilik sendiri macam penjara je tgk. Jadi mereka2 ini tak dicampurkan dengan orang lain. Solat, makan dan sebagainya dibuat dalam satu bilik secara berjemaah. Memang nampak macam kejam coz asik kurung je diorang dalam bilik tapi sebenarnya itulah cara tarbiah PERKID. Mereka bukannya dipenjara macam penjara yg ada skang ni tapi mereka dilatih utk berzikir, berwirid, puasa sunat dan sebagainya. Tak heranla masa datang memula dulu ke PERKID ni tak percaya adik2 ni bermasalah sbb cara tarbiah diorang yang saya kira amat mengagumkan itu membuatkan wajah adik2 di PERKID ni seolah-olah bercahaya disirami iman di dada. Kalo tak percaya, buatla lawatan ke PERKID. Anda akan tengok sendiri di kalangan mereka ini ada yang berjubah, bertudung labuh, hafizah, isteri orang, pelajar IPTA/IPTS dan bermacam - macam lagi. Umur mereka yang tinggal di PERKID adalah di antara 13-25 tahun. Jadinya, dalam group yg telah diamanahkan kepada saya ada yang berumur 13-20 tahun. Umur mereka ni terlalu kecil dan saya rasakan mereka ni tidak sepatutnya berada disini. Memang tidak percaya dan saya sendiri rasa nak tahu pasal kisah silam mereka tapi teringat kata2 Ust Najib, 'IT'S NOT A COMPULSARY TO KNOW ABOUT THEM'. Yep..betul. Bukan urusan kita untuk tahu pasal mereka. Biar mereka sendiri rasa nak bercerita tentang diri mereka kat kita.





11-14 Jun





Nak short cerita je coz kalo nak cerita pasal kat PERKID ni sampai bila pun tak habis sebab kagum sangat kot.hehe. Jadi bermacam ragam la berada di PERKID rumah taubat yang damai dan tenang ini. Ada slot suapan kasih sayang, regu, kuiz agama, siapa saya dan sebagainya. Bila dah buat slot ni, ada beberapa adik yang saya dapat detect masalahnya. Dia tak cerita pun tapi bila dah buat slot sketsa dan siapa saya, saya dah boleh tahu apa masalah dia. Ada 2 3 orang yang datang cerita masalah diorang. It's ok..boleh jadi pendengar setia dan bagi beberapa tips saje. Ni la first time datang ke rumah taubat ni. Tak pernah pun selama ni datang ke pusat-pusat pemulihan akhlak. Memang saya kire tempat ni sangat bagus untuk tarbiah dan saya rasakan diri saya lagi dhaif daripada adik2 ni. Mereka seharusnya bersyukur dapat makan setalam(makan kalo ada banyak tu, banyak tu je diorang makan), solat berjemaah, wirid, zikir, qiamullail, puasa sunat dan macam2 lagi tarbiah. Tarbiah yang diorang dapat tu menyebabkan mereka ini berubah dan menjadi orang yg alim (berilmu), bukan jahil macam dulu. Hari terakhir berada di PERKID membuatkan hati ini tak sanggup untuk tinggalkan mereka. Rasa nak lagi kenal mereka, rasa tak puas sangat. Sedih meninggalkan adik-adik terutama adik2 BKS. Mereka dipisahkan daripada adik2 yang lain. Mereka tak boleh bersalaman dengan semua fc kerana ada sebab2 tertentu tapi saya pergi jugak jumpe adik2 ni. Hanya saya sorang je diberi lepasan untuk berjumpa adik2 ni buat kali terakhir. Sedih tak terkira. Ada adik2 tu sampai tanak lepaskan pelukan saya. Sungguh, timbul rasa sebak masa tu tapi cuba untuk tidak merasa sedih dihadapan mereka. 4 hari ni membuatkan saya rasa ukhwah antara kami ni betul-betul terjalin. Hebatnya ukhwah!! Moga adik2 ni sentiasa ikhlas dan menjadi orang yang berguna di masa akan datang.





'KISAH SEMALAM BUKAN SUATU NOKTAH HIDUP TETAPI SUATU UJIAN DARI ALLAH UNTUK TARBIAH DIRI KITA DEMI MENGUKUHKAN LAGI KEKUATAN IMAN DAN SEMANGAT DALAM DIRI'





Sebelum pulang, bergambar beramai-ramai bersama adik2 ni tanpa adik2 BKS. Ada di antara mereka yang masih lagi meneka umur saya dan saya kira umur yang mereka teka itu adalah sangat tua bagi saya. Oh tidak!! Saya masih muda. Bak kata orang tak cukup umur lagi.





Kami bertolak pulang ke kampus USIM dengan bas kontotnya pada pukul 5++ptg. Alhamdulillah sampai di kampus terus solat asar dan makan malam. Kumpulan yang lain sibuk membuat persediaan presentation tapi kesukaran untuk mendapatkan laptop tidak menyukarkan kami untuk membentangkan laporan. Alhamdulillah usai solat maghrib presentation pun bermula. Setiap group akan menghantar wakil untuk membentangkan laporan yang telah mereka lakukan di destinasi masing2. Secara keseluruhannya mungkin presentation Dar As Saadah lebih hebat dengan slide mereka tapi saya kire slot yang mereka lakukan mungkin kurang memberangsangkan. Lepas dah dengar semua laporan yang setiap kumpulan bentangkan, saya rasakan PERKID adalah yang terbaik. Bukan sebab input program yang kami lakukan tetapi cara tarbiah PERKID sangat berkesan kepada anak muda sekarang. Jadi kepada peserta2 Program Pendakwah Muda yang tak berpuas hati dengan apa saya katakan, saya mohon maaf tapi itulah kebenarannya. Kalian pergilah ke PERKID, buat research kat sana dan kalian sendiri akan kagum dengan mereka. Kami yang pergi ke PERKID ini sangat bersetuju dengan Rumah Taubat ini. Dan buat penceramah2 yang hanya mencari populariti di kaca tv, anda harus mencontohi Ust Masridzi. Amalkanlah AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR. Jangan hanya bercakap 'pum pang pum pang' je tapi hasilnya 'ilek'.





Konklusinya, selagimana kita masih bernyawa, selagi itulah tugas setiap muslim itu adalah sebagai daie dan daieah. Tugas sebagai pendakwah bukan hanya di atas bahu orang-orang tertentu tetapi kepada semua orang. Jangan jadikan ia sebagai suatu alasan untuk tidak berdakwah.





"'WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN SAHUTILAH SERUAN ALLAH DAN SERUAN RASUL APABILA IA MENDAKWAH (MENYERU) KAMU SEKALIAN KEPADA APA YANG MENGHIDUPKAN KAMU SEKALIAN"





Saya rasa setakat ini jelah coretan buat kali ini sebelum pulang ke USIM. Jika ada tersalah kata, tersilap bicara, saya mohon beribu kemaafan. Ambillah segala teguran sebagai suatu yang membina diri bukan menghina. Akhir kalam, yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu juga datangnya daripada Allah tapi disabitkan ke atas dir yang hina ini.





"DAN HENDAKLAH ADA DI ANTARA KAMU SEGOLONGAN UMAT YANG MENYERU KEPADA KEBAJIKAN, MENYURUH KEPADA YANG MAKRUF DAN MENCEGAH KEPADA YANG MUNGKAR, MEREKALAH ORANG-ORANG YANG BERJAYA" (ALI IMRAN ; 104)





p/s : anda boleh melayari website PERKID





Di dalam menjalankan aktivitinya, PERKID memerlukan sumber kewangan yang berterusan. Oleh itu sumbangan daripada anda yang perihatin amatlah dialu-alukan, dengan ucapan ribuan terima kasih.




Antara kos yang PERKID tanggungi :




Rumah Kebajikan Perkid - RM10,000.00 sebulan (kos sara hidup anak bina yang sedang dirawat dan dipulihkan)




Rumah Sahabat Perkid - RM8,000.00 sebulan (kos sara hidup anak bina yang sedang dirawat dan dipulihkan)




Projek Kem Rawatan dan Latihan PERKID - RM 3 juta (kos pembinaan infrastruktur selain tanah, di atas tanah seluas 4 ekar di Hulu Langat)




Hanya Allah sahaja yang berupaya membalas segala sumbangan yang anda berikan kepada PERKID. Semuga segala sumbangan yang kita buat ini diterima Allah sebagai amalan daripada hamba yang soleh, yang akan menjadi sebahagian dari pelaburan kita untuk akhirat, insyaAllah.
Sumbangan kewangan berbentuk cek, kiriman wang ataupun wang pos berpalang boleh dibuat di atas nama PERKID Selangor, atau Rumah Kebajikan PERKID, atau Rumah Sahabat PERKID, atau Kem Rawatan Dan Latihan PERKID.








Bagi kemasukan terus ke akaun bank PERKID, butirannya ialah :

PERKID Selangor
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
No. Akaun : 12-065-01-002008-5

Rumah Kebajikan PERKID
Bank : Maybank
No. Akaun : 5622 4550 0145

Rumah Sahabat PERKID
Bank : Maybank
No. Akaun : 5122 4060 0506

Kem Rawatan Dan Latihan PERKID
Bank : Maybank
No. Akaun : 5122 4060 0543








05 June, 2008

memang Allah sengaja..





memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.




memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.



memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA. 



memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan... 



memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya. 



memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.



memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.




memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


02 June, 2008

Ajal maut tidak menunggu sesiapa



Setiap yang hidup itu pasti akan mati. Ajal maut itu berada di tangan Allah dan tidak menunggu sesiapa. Bila ajal seseorang telah sampai, tidak akan terawal atau terlambat sedikit pun malaikat untuk datang mencabut nyawa..walau seminit..sesaaat..atau sedetik. Apabila ajal seseorang telah sampai, mungkin kita sendiri tidak menyangka secepat itu seseorang itu pergi meninggalkan kita.Kita juga terkadang tidak menyangka saudara mara kita sendiri yang pergi meninggalkan kita.

Jadi, bagi sahabat sahabiah yang saudara-maranya yang telah dijemput oleh Allah dalam masa terdekat ini, harap dapat bersabar dengan ujian yang menimpa. Kita semua adalah pinjaman Allah. Setiap yang diberikan kepada kita itu adalah bersifat sementara. Selagi kalian masih memupunyai ibu dan ayah, berbaktilah kepada mereka selagi mana mereka masih hidup. Jangan apabila mereka dijemput Allah, barulah kita hendak tangisi dosa-dosa yang telah kita lakukan kepada mereka..

Marilah kita sedekahkan bacaan al-Fatihah dan Yaasin kepada saudara seIslam kita yang telah dulu dijemput Allah..Moga roh mereka dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang - orang yang beriman..ameen..

Ku ucapkan takziah buat sahabatku, Atikah Mohd (mami) dan sekeluarga atas pemergian bondanya akibat ketumbuhan dalam perut pada malam tadi sekitar jam 8 malam. Semoga pemergian allahyarhamah tidak melumpuhkan semangatmu wahai sahabatku..

dan juga..

buat ukhti raihan yang baru sahaja bertunang pada 31 Mei 2008, takziah buat ukhti sekeluarga atas pemergian abangmu pada pagi tadi..asif jiddan sebab tak dapat nak meraikan hari pertunanganmu dan juga pengebumian abangmu..asif..

semoga kita sentiasa mendoakan saudara seIslam kita supaya sentiasa dinaungi rahmat Allah..insyaAllah..