Semakin bertambah bebanan, semakin kurang keupayaan
Tuluslah dengan TUHAN, teluslah sesama INSAN
Berhijrahlah kita ke arah kebaikan
Salam Maal Hijrah...perbanyakkan amalan, tinggalkan kemaksiatan
Rencah Hidup Sekeping Hati
zumalaaiey dr USIM yang turut hadir
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....." (An-Nur;26)
Apabila dua hati bertemu atas satu matlamat kerana Allah, itulah kebahagiaan..
A great marriage is not when the perfect couple comes together. It is when the imperfect couple learns to enjoy their differences
Jadi, yang mana satukah perjuangan anda?
Contoh yang paling senang dalam perjuangan adalah Rasulullah dan para sahabat.
Apakah contoh perjuangan baginda dan para sahabat?
Perjuangan Rasulullah SAW
Perjuangan Para Sahabat
Konklusinya, sentiasalah sanggup menghadapi sebarang risiko dan cabaran kerana ganjaran Allah itu pasti untuk hamba-hambaNya yang berkorban mencari keredhaanNya. Dan jangan lupa untuk meletakkan kepentingan agama lebih daripada kepentingan peribadi. Wallahualam.
Jika takut akan risiko, jangan bicara soal perjuangan
Surah Al-Mu'minun
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
[1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
[2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
[3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ
[4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
[5] Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
[6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
[7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
[8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ
[9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
أُوْلَئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ
[10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
[11] Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
Allah SWT telah menjanjikan kejayaan dan balasan syurga Firdaus kepada orang - orang beriman yang menunaikan solat dengan khusyuk, menjauhi perkara - perkara keji dan sia - sia, mengeluarkan zakat, menjaga kehormatan diri, melaksanakan amanah, menunaikan janji dan menjaga kesempurnaan solat. Mereka yang memiliki sifat - sifat ini akan memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah..
Ciri - ciri Mukmin yang Berjaya
Pada awal Surah Al-Mu'minun, Allah SWT telah menyenaraikan 6 sifat mukmin yang berjaya:-
1. Khusyuk dalam solat
Khusyuk ertinya menghadirkan kepatuhan dan rasa takut kepada Allah SWT di dalam hati. Orang yang khusyuk akan menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah ketika beribadah. Seluruh anggota badan mereka berada dalam keadaan tenang dan thama'ninah. Manakala hati mereka pula tidak terlintas sama sekali untuk mengingati sesuatu selain Allah.
Solat yang dilakukan dengan penuh khusyuk memberikan kesan yang sangat mendalam kepada peribadi seseorang mukmin dalam membentuk sifat - sifat mulia, berdisiplin dan bertanggung jawab.
Surah Al-'Ankabuut
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
[45] Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Untuk khusyuk dalam solat bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan usaha, latihan dan penghayatan yang sepenuhnya. Memahami dan menghayati setiap bacaan dalam solat mampu menghasilkan rasa khusyuk.
Cara – Cara Mendapatkan Khusyuk :-
1. Mengosongkan hati daripada semua perkara yang melalaikan
2. Memahami bacaan dalam solat dan menghayati maksudnya
3. Sentiasa mengingati dan merasai bahawa dia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung.
4. mengingati kebesaran Allah dan menginsafi diri sebagai makhluk yang kerdil dan lemah.
5. Memastikan tempat solat yang selesa, bersih dan terhindar daripada gangguan persekitaran
6. Mengerjakan solat dalam keadaan badan yang selesa, segar dan tidak mengantuk.
7. Memastikan tempat solat dan pakaian dibuat dan dibeli hasil pendapatan yang halal.
2. Menjauhi perkara sia – sia
Perkara sia – sia ialah yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada diri, keluarga dan masyarakat sama ada dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan seperti berbual kosong dan melepak.
Orang mukmin yang berjaya bukan sahaja tidak melakukan perkara yang sia – sia malahan mereka memastikan diri mereka tidak menghampiri perkara – perkara tersebut.
وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَاماً
[72] Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.
3. Mengeluarkan zakat
Zakat ialah Rukun Islam Ketiga yang diwajibkan kepada umat Islam yang cukup syarat – syaratnya mengikut kadar dan tempoh masa tertentu. Ia merupakan pengorbanan golongan berada untuk membantu umat Islam serta menyumbang ke arah pembangunan dan kemajuan negara. Disamping melambangkan sifat pemilik – pemilik harta, zakat juga dapat mengeratkan tali persaudaraan umat Islam dan menambahkan lagi keberkatan harta mereka.
خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
[103] Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
4. Menjaga kehormatan diri
Orang yang menjaga kehormatan diri dapat memelihara maruah diri, dapat mengawal hawa nafsu dan menjaga kemaluan daripada melakukan perkara yang dilarang oleh syarak. Islam melarang pergaulan bebas kerana ia boleh menimbulkan gejala sosial seperti zina. Perbuatan zina dan liwat boleh merosakkan zuriat manusia serta mendatangkan akibat buruk kepada diri dan masyarakat. Penyakit AIDS berpunca daripada pergaulan bebas dan hubungan haram yang dilaknat oleh Allah.
5. Memelihara amanah dan menunaikan janji
Menjaga dan menunaikan amanah suatu kewajipan yang mesti disempurnakan.
إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ سَمِيعاً بَصِيراً
[58] Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Umat Islam juga dilarang mengkhianati amanah yang dipertanggung jawabkan kepada mereka.
Daripada Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW, “Tunaikanlah amanah yang dipertanggung jawapkan ke atas kamu dan jangan sekali – kali kamu mengkhianati orang yang mengkhianati kamu.”
(Riwayat Abu Daud wa Tirmizi wa Ahmad wa Daramie)
Menepati janji juga termasuk dalam menjaga amanah. Manusia telah membuat perjanjian dengan Allah sejak di alam roh lagi.
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنفُسِهِمْ أَلَسْتَ بِرَبِّكُمْ قَالُواْ بَلَى شَهِدْنَا أَن تَقُولُواْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ
[172] Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Setiap janji wajib ditunaikan sama ada janji dengan Allah ataupun sesama manusia.
6. Menjaga waktu solat
Menjaga waktu solat bermaksud menunaikan solat dengan khusyuk pada waktunya serta sempurna segala rukun, syarat dan sunat – sunatnya.
Daripada Ummi Farwah RA telah berkata bahawa baginda Rasulullah SAW telah ditanya, “Apakah dia amalan yang paling baik?” Baginda menjawab, “Amalan yang paling baik ialah menunaikan solat pada awal waktunya.”
(Riwayat Abu Daud wa Tirmizi wa Ahmad)
Solat yang dilakukan pada awal waktu menandakan kepatuhan dan iltizam seseorang mukmin yang bertanggung jawab dalam menunaikan amanah.
حَافِظُواْ عَلَى الصَّلَوَاتِ والصَّلاَةِ الْوُسْطَى وَقُومُواْ لِلّهِ قَانِتِينَ
[238] Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
Oleh itu, sebagai umat Islam, kita perlulah berusaha meningkatkan kualiti iman supaya berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Mukmin yang berjaya akan mendapat ganjaran syurga Firdaus manakala mereka yang gagal akan dibalas dengan azab neraka jahannam.