18 April, 2009

Oh Imtihan!

klik utk besarkan!

Imtihan nihaie ni membuatkan aku semakin down..

owh..apean sih kamu?

Aku x dpt tumpu!!






Lalu.................







aku kembali mencari spirit yang hilang..apelagi..SANG MURABBI!

Ampunkan aku Ya Allah! Jauhi aku dari sikap putus asa....................!






faiza azamta fatawakkal 'alallah!

09 April, 2009

Aku Tetap Bersamamu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Hmm..dah sehari suntuk siapkan assignment..wat research sume..fuh..bebetoi menguji kesabaran..alhamdulillah cuba tenangkan diri..minum air masak..tarik nafas..istighfar bebyk..kemudian boleh teruskan balik wat assignment. Alhamdulillah dah settlekan 1 assignment. Tinggal projek je nak selesaikan. Asalnya nak blk KKNC arini tp x jadi pulak coz nenek tak bagi balikla. InsyaAllah blk jumaat ni kalo xde aral melintang.


Lepas sakit belakang n sakit tengkuk coz sehari suntuk asik duduk je kat kerusi, malamnya aku rehatla kejap tengok tv. Sedang dok cari channel yg best utk tgk, tetiba terhenti kat 1 channel ni..TV3..rancangan Bersamamu ditayangkan. Dah brape kali tengok Bersamamu tapi tak pernah tengok full coz aku takut xleh tahan perasaan..huhu..tp hari ni kire kuat ckit untuk tengok. Almaklumla..hatiku cepat trase..hee~

Apa yang membuatkan aku sebak sekali apabila melihat sepasang suami isteri membesarkan 3 org anaknya dalam keadaan susah, kekurangan duit, apentah lagi untuk biaya yuran persekolahan anak mereka. Tambahan pula, si ayah merupakan seorang nelayan. Mereka diuji apabila si ayah ini terlibat dalam kemalangan pada 3 tahun lepas. Ketika itu si ayah mahu membeli mee udang buat isterinya yang mengidam kerana sudah 3 bulan isterinya mengandung. Ya Allah, masa ni lah aku tak tahan sangat melihat pengorbanan seorang suami untuk isterinya. Sewaktu kemalangan, si suami@ayah ini terus bergegas pulang ke rumah dalam keadaan parah semata-mata mahu menunaikan impian isterinya yang mengidamkan mee udang. Bermula saat itu jugalah, si suami kehilangan mata pencarian sebagai nelayan. Si isteri pulak semakin lama semakin sarat mengandung. Kemudian diuji lagi pasangan ini. Selepas kelahiran anak mereka yang bongsu, si isteri terpaksa berulang-alik ke hospital sewaktu pantang serta mencari nafkah. Keadaan si suami yang masih belum pulih itu menyebabkan dia tidak dapat bekerja. Jadinya, si suami pula yang menjaga anak. Disini kita dapat lihat bahawa tabahnya ibu dan ayah ini membesarkan anak – anak mereka supaya segala keperluan serba cukup. Si isteri juga menambah hasil pendapatannya melalui penjualan kerepek. Apa yang sedih terkadang hasil yang mereka dapat tidaklah secukup mana. Setakat cukup untuk mengalas perut sahaja. Si isteri pernah mengutip bahan – bahan buangan di tong – tong sampah untuk dijual. Memang tidak dinafikan adanya sekelumit malu dalam diri tapi biarlah malu itu diketepikan asalkan duit ada untuk menyara keluarga. Mungkin ada diantara kita yang memandang rendah akan status mereka ini tapi apakan daya hidup mesti diteruskan selagi mana nyawa dikandung badan. Aku suka cara keluarga ini. Lebih baik hidup susah, mengutip bahan buangan untuk mencari hasil yang halal daripada meminta – minta daripada orang lain. Sekarang, si ayah dengan kaki yang tempang lagi bertongkat berusaha mencari rezeki dengan membuat perkhidmatan memotong dan mencukur rambut hanya di rumahnya kerana kakinya yang tidak mampu untuk kuat berjalan. Pelanggannya hanyalah kawan – kawan kepada anaknya. 1 kepala hanyalah rm3. Apalah sangat rm3 tu. Hanya boleh dapat rm30 – rm50 sebulan sahaja. Tapi berkat usaha si ayah ini demi membesarkan anak – anak, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan hasil yang mereka dapat itu dari sumber yang halal.


Turut berkongsi kasih, krew Bersamamu TV3, siswa dan siswi dari USM sama – sama menghulurkan bantuan. Rumah keluarga yang bernasib malang ini dibersihkan, digantikan tikar lama dengan yang baru, diberi sedikit sumbangan dari segi kewangan, makanan asasi dan juga hadiah berupa hamper dan buku – buku buat anak – anak mereka yang sedang belajar. Pada mulanya aku tidak sedar bahawa anak sulung kepada pasangan suami isteri ini adalah juniorku hinggalah terlihat papan tanda SMKANT dan penghargaan buat sekolahku. Kesian kamu wahai adik! Diuji dengan ujian sebegini...

Aku harap semoga keluarga ini sentiasa bersyukur dan dapat berusaha menaikkan taraf hidup mereka..


Kesimpulannya, tidak dapat tidak untuk melindungi diri kita daripada sifat simpati. Adakah sekadar simpati sahaja cukup untuk membantu mereka. Hulurlah walau sedikit. Aku yang dhaif ini menyeru kepada kalian untuk menghulurkan bantuan tidak kiralah siapapun sama ada orang itu kita kenal atau tidak. Allah tidak melihat hasil atau sebanyak mana yang anda sedekahkan tetapi Allah melihat kepada usaha yang kita lakukan..


Selalu kita dengar ayat – ayat sebegini dan mungkin juga kita penah menuturkannya..


takpelah, tunggu aku kaya nanti pasti aku tolong orang punye


Ala..aku nak makan pun takde duit, inikan pulak nak bagi duit kat orang

Kita selalu menyempitkan pemikiran kita dengan pemikiran seperti ini. Kita ni dah dijamin ke untuk kaya pada masa akan datang? Adakah kita boleh jamin diri kita akan hidup lagi esok? Oleh sebab itu saya menyeru kepada semua sekali bersedekahlah kita walaupun hanya sedikit. Jangan ada timbul sifat berkira dalam diri. Rezeki itu milik Allah. Jika kumpul banyak harta sekalipun, ia tetap milik Allah. Bebila masa je harta tu boleh dicuri, boleh hilang dalam sekelip mata. Mungkin seseorang tu mengambil masa berpuluh tahun untuk menjadi kaya tapi Allah itu Maha Kaya. Dia bisa hilangkan harta yang dikumpul itu dengan sekelip mata sahaja. Kalau ada sifat bakhil dalam diri, hakiskanlah ia. Teruskanlah beramal ke arah kebaikan kerana apa yang kita laburkan itu akan mendapat keberkatan dalam rezeki kita. Lagipun kita tidak tahu amalan kita sudah cukup atau tidak untuk kita berjumpa dengan yang Maha Esa kelak dan kita tidak tahu bilakah Sang Pencabut Nyawa, Izrail akan datang menjemput kita. Jadi fikir – fikirkanlah sebelum terlambat. Jadikan amalan bersedekah sebagai suatu amalan yang diamalkan setiap minggu. Bukan hanya setiap ari jumaat sahaja kita memenuhkan duit di tabung masjid, tapi boleh juga di tepi – tepi jalan mahupun memberikan hadiah buat sahabat2.



Apabila telah mati anak adam terputuslah kesemua amalannya kecuali 3 iaitu Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh


Allah tidak memandang rupa paras, pangkat mahupun harta kita. Tapi yang Allah lihat adalah amalan kita. Kita semua adalah sama sahaja, yang berbeza hanyalah iman dan taqwa. Wallahualam (^_~)

03 April, 2009

Final Exam Semester 2

Bismillahirrahmanirrahim..



Ku panjatkan syukur pada Illahi kerana masih lagi diizinkan untuk hidup di muka bumi ini. Selawat dan salam buat junjungan baginda, Nabi Muhammad SAW..



Alhamdulillah, hari ni masih lagi dapat bernafas, masih lagi dapat menghirup udara yang segar dan masih lagi diberi 2 nikmat utama iaitu nikmat Iman dan Islam..(^_^)



Seperti yang dijanjikan, elok benarlah untuk meninggalkan sedikit nota kecil sebagai peringatan supaya tidak lupa.





14/4 PRINSIP DAN AMALAN PEMASARAN

17/4 KELAKUAN ORGANISASI

17/4 BUSINESS ENGLISH

20/4 PRINSIP DAN AMALAN KOMUNIKASI DAKWAH

22/4 BAHASA ARAB III (SAINS SOSIAL)

29/4 EKONOMI PERNIAGAAN

30/4 MATEMATIK PERNIAGAAN



Ini adalah jadual final exam untuk semester 2 kali ini. Sungguh, semester kali ini sangat mencabar! Tapi aku mesti buktikan bahawa aku juga boleh! Jangan mengalah sebelum berjuang! Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini..


Man Jadda wajada, wa man zara'a hasoda!


Buat semua first batch BCar (Bachelor of Corporate Administration and Relation), moga kita semua najah dan masih lagi terus bersama. Buat semua yang bakal menghadapi final exam tak kirela cepat atau lewat, buatla yang terbaik!


Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi mana mereka sendiri tidak mengubah nasib mereka..


Faiza azamta fatawakkal 'alallah(^_~)



Rasanya setakat itu buat kali ini. Moga Allah memberkati segala ilmu yang kita perolehi. Belajar bukan untuk exam tapi untuk menimba ilmu lillahi Taala. Moga hati-hati ini sentiasa dirabith kerana Allah..Ameen~