26 November, 2010

Cecahkan Dahimu ke Sejadah

Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan.
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan



Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih.
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah ,Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup ?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput ?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad



Menjadi makanan cacing dan ulat.
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara.Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'.

Sucikanlan dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan.
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi.Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan



Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak di bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan.

Justeru bila Dia menyeru , sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk , itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat.

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat.
Sambutlah seruan "Hayya 'alas Solaah"



Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan "Hayya 'alal Falaah"
Jalan kemenangan akhirat dan dunia.
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri , kad kredit dan kereta
Kondominium ,saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia...


Puisi ini menggetarkan jiwaku saat pertama kali mendengarnya di corong radio IKIM.  Thanks to Encik Google kerana telah membantu saya mencari puisi ini setelah sekian lama. Semoga kita semua mengambil iktibar. Terus bermuhasarawak (^_~)

23 November, 2010

Selamat Berimtihan (^_~)

Bismillah..

Sekadar nak bagitahu jadual peperiksaan kali ini. Doakan semoga Allah mempermudahkan urusanku di dunia dan akhirat. Ameen Ya Rabb





Nama KursusTarikh













PEMBANGUNAN MODAL INSAN
22/11/2010



KELAKUAN PENGGUNA
23/11/2010



PASARAN WANG DAN MODAL
25/11/2010




PERCUKAIAN KORPORAT DAN ZAKAT
27/11/2010




SISTEM MAKLUMAT PERNIAGAAN
29/11/2010



PENGURUSAN KEWANGAN KORPORAT01/12/2010







Selamat berimtihan buat semua ye (^_~)

2 papers dh lepas, 4 lagi..doakan ye!~

09 November, 2010

Serikandi Berjiwa Pejuang!!

Wahai Para Mujahid

Album : Antara 2 Cinta
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


Wahai para mujahid maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah harta sekalipun jiwa raga
Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan

Wahai para mujahid janganlah terpengaruh
Ujian nikmat hidup duniawi
Biarpun ianya begitu indah
Namun hanya sementara

Memang berjuang itu terkorban
Kerana kita berjuang untuk berkorban
Itulah asam garam perjuangan
Syarat mendapat cinta Allah

Wahai para pejuang kebenaran
Suburkanlah semangat juangmu

Setiap masa sepanjang hayatmu
Dengan irama hiburan ini

Tempuhilah penderitaan
Di dalam perjuangan
Kerana itu adalah penghapus dosamu
Berjuang kerana Ilahi
Walaupun sedikit tetap kan dinilai
Sebagai amalanmu yang soleh


Ditujukan khas buat diri dan sahabat2 yang masih lagi istiqamah dalam perjuangan Islam. Semoga kita kuat dan terus tsabat. Kadang - kadang kita jatuh, kadang kita rasa derita, kadang - kadang kita berseorangan. Jangan lupa bahawa Allah sentiasa dekat dengan kita walau dimana sahaja. Teruskan perjuangan. Setiap apa yang dilakukan walau sekecil kuman sekalipun, ada ganjarannya disisi Allah..



Inginku titipkan kata - kata dari seorang sahabat..


Ukhtiku..
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan..
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian..

Ukhti,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan..
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan..
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran..
Dari hidup dalam kesesatan..
Kerana jangan lupa ya ukhti..

Muliamu bukan pada PANGKAT dan HARTA
TAPI KERANA ISLAM!

Syukran sahabat atas kata2 ini. Ana terasa diri bersemangat kembali kerana adanya sahabat - sahabat disisi. Kalianlah sumber kekuatanku. Jadi, marilah sama - sama kita melengkapi antara satu sama lain supaya hamasah kita tidak bermusim. Kejap ada, kejap tiada. Macam chipsmore. Heh!~

Doa Rabithah Jom! (^_~)