16 December, 2006

hati yang hidup

Adakah hati kita masih hidup dan berfungsi??

Sesungguhnya antara hati-hati yang hidup itu adalah yang masih terkesan dengan zikrullah,Al-Quran dan ibadah. Ia juga kuat berpegang pada agama dan berani menyatakan yang hak..tidak takut kecuali kepada Allah.

Dari Utbah Al-Khaulani r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Sesungguhnya Allah mempunyai bejana di bumi dan bejananya itu ialah hati. Maka bejana yang disukai Allah ialah yang paling bersih,paling kukuh,paling halus dan paling lembut"

(HR At-Tabrani)

Kesimpulannya, hati yang paling Allah suka ialah yang paling bersih daripada dosa, paling kukuh dalam berpegang kepada ad-deen dan paling halus serta lemah-lembut pada saudaranya..mari sama2 renungkan!

0 comments:

Post a Comment