15 April, 2007
Cara Menghadapi Tension
11 April, 2007
Tidak Menjaga Pandangan Punca Hati Sakit dan Mati
Ada Tak Azab KUBUR?
Satu hari seorang majikan menyuruh pekerjanya bertolak ke luar negara selama setahun, atas urusan kerja, dan mesti bertolak segera besok pagi….
pekerja itu meminta ditangguhkan untuk bertolak selama beberapa hari bagi membolehkan ianya membuat persiapan…
majikan itu membenarkan pekerja itu balik dan membuat persiapan selama beberapa hari…
Malaikat maut diperintahkan untuk menjadikan korang mayat selama-lamanya,…tapi korang mintak ditangguhkan selama beberapa hari bagi membuat persiapan…
Nota: malaikat maut tak layan ‘surat menyurat’….
Kerana itu ada mayat yg ditemui dalam berbagai2 keadaan.
Ada Mayat yg nasi penuh nasi kat mulut..
Ada Mayat tg tengah mandi
Ada Mayat yg baru nak berserapan
Ada Mayat yg sedang memasak
Ada Mayat yg sedang baca artikel ni..
Macam2mayat ada - sila rujuk bilik mayat
Untuk pengetahuan korang semua:
- Korang akan rasa best menyambut hari raya apabila korang dah buat persiapan sebulan sebelum raya dengan berpuasa, buat kuih, tempah baju dll.
- Korang akan rasa best giler menjadi ‘raja sehari’ bila korang buat persedian berbulan2 dengan tempah baju, hias rumah, itu ini bla bla bla..
- Korang akan menjawab soalan peperiksaan dengan girang dan gembira seperti ‘injin yg baru di servis’ apabila korang dah buat persedian sejak hari pertama pembelajaran…
- Korang akan rasa best giler menjadi mayat bila korang buat persedian seumur hidup untuk menjadi mayat yg soleh….
Adakah korang bersedia menjadi mayat besok pagi?
Dah buat persiapan?
Alhamdulillah…
Hari ini, aku nak bercerita mengenai persedian…
Biasa kita tengok org buat persediaan yg hebat2 just nak sambut hari raya, kahwin, bertunang, bla bla bla…tapi ada korang tengok org buat persedian besar-besaran untuk menyambut hari menjadi mayat? Kenapa takde?
Sebab semua org fikir lambat lagi jadi mayat…
cubalah kalau dengan izin Allah, korang boleh interview mayat, apa yg mayat akan jawab?
Oh..saya baru habis belajar PHD, tak sempat kerja lagi dah jadi mayat…
Oh..saya baru kahwin, tak sempat buat ‘itu’ lagi dah jadi mayat…
Oh..saya baru beli kereta, tak sempat naik lagi dah jadi mayat…
Oh..loan saya baru lulus, tak sempat guna lagi dah jadi mayat…
Oh..saya baru di lahirkan ke dunia ini, tak sempat baligh lagi dah jadi mayat...
Oh..oh….macam citer “True Calling”
Baru? dah lama dahhhhh..
Tempat pertama yg korang dan aku akan pergi lepas jadi mayat adalah KUBUR., selamat kat sini maka selamatlah akhirat kelak insyaAllah!
Cerita benar:
Mamat : ada tak azab kubur?
Aku : Takde, kalau kau org yg beriman dan beramal soleh serta berpesan2 dgn kebaikan dan kesabaran.
Mamat : tapi, ada pendapat mengatakan, bukankan org yg jahat akan di azab kat akhirat, mengapa perlu di azab dlm kubur…
Aku : Engkau tak pernah tengok rancangan bersamu tv3 tak? Bukankah ada org kapir yg susah kat dunia ni, sedangkan mereka mati masuk neraka? Kenapa? Kerana langsung tak susah bagi Allah untuk buat apa2pun! Langsung!
Mamat: tapi…
Aku : dah2 cukup mamat, senang macam ginilah, kau tutup lubang hidung dan mulut kau selama beberapa minit sehingga kau jadi mayat…dah jadi mayat nanti kau pergilah tanya malaikat Mungkar dan Nakir: ada tak azab kubur?
Sekian sebuah cerita kisah benar, sambung balik..
Aku nak bagi korang 3 perkara,:
Soalan, jawapan, dan cara nak menjawab..
kalau tak ‘lulus’ jugak tak tahulah..nauzubillah..
apa2 pun aku tuju nasihat ni kat diri aku sendiri sebanyak 99 peratus dan 1 peratus kat korang semua yg aku kasihi…
Nota: aku bukan pengajar ugama dan tidak bertauliah, segala maklumat yg tidak betul boleh di kesampingkan dan yg baik harap dapat di guna pakai. Sesiapa yg tak suka baca artikel yg berunsur ‘mengajar’ boleh pergi baca mende lain…cth:website menggosip artis...ha ha ha .
SOALAN SATU:
SIAPA TUHAN KAMU?
Semua org islam boleh jawab: Allah.
Tapi bolehkan menjawab yg benar bila di tanya oleh malaikat Mungkar nanti?
Aku nak soal korang,
Apabila berlaku ‘kejutan’ apakah perkataan yg keluar dari mulut korang?
Mencarut?
Mencela?
Memaki?
Aku hairan sungguh, bila lelaki melatah disebutnya: ‘alat kelamin wanita’, sedangkan dia lelaki…wanita pulak bila melatah disebutnya : ‘alat kelamin wanita’juga… ni byk terjadi kat tempat aku, negeri lain aku tak tahu-dan aku tak nak buat kajian kerana menyahut kempen budi bahasa ha ha ha
Satu lagi aku nak soal korang, sebelum ‘jatuh’ tidur…apakah perkara yg terakhir sekali korang fikir/ingat? : Allah?awek? kereta? Rumah?, makhluk lain?..
Sekiranya korang fikir makhluk lain…maka itulah hakikat sebenar hati korang…apa yg ada dlm hati korang isk…
Tanya lagi: apakah perkara pertama yg korang ingat bila bangkit dari tidur? Allah, awek? Final exam? Isk..itulah apa yg bertakhta di hati korang..
Dan bimbang2 bila malaikat maut datang ambil nyawa korang…bukan perkataan Allah yg terpancul dari mulut korang..isk..org yg menyebut selain Allah ketika nak mati, maka tiada jaminan syurga untuknya…ya Allah peliharakanlah kami..isk..
Satu cerita: seorang tok guru ada bela pelihara seekor burung cakmalakuba gembala kerbau..guru ni ajar burung lafaz: Allah! Allah!
Maka pandailah burung ni sebut : Allah! Allah!
Satu hari burung ni mampus di makan kucing, tok guru menangis…anak murid nasihat tok guru tak payah menangis, kita orang boleh cari burung lain yg lebih ‘best’…
Tok guru kata: aku menangis bukan kerana meratapi kematiannya…tadi ketika si kucing menerkam/membahamnya, aku dapati dia menjerit, “kuakkkk!, Kuakkk!” suara burung…lafaz yg datang dari hatinya..bukan lafaz: Allah! Allah…aku takut, kalimah Allah yg aku lafazkan hari2 ini hanya meniti dibibir sahaja…dan bila malaikat maut datang kelak..aku takut lafaz lain yg terpancul di mulutku..oh…uhuk!..uhuk…hingus berleluasa di hidungnya..
Moral: korang dan aku kena banyak sebut nama Allah, puji Allah, fikir kehebatan Allah, lihat kebesaran Allah agar Kehebatan Allah meresap ke dalam hati dan mengalir dalam setiap gerak darah….urat saraf…mudah2an di akhir kalam dapat ucap:
LA ILA HAA ILLALLAH..atau…ALLAH! amin
SOALAN KEDUA
SIAPA NABI KAMU?
Apa2 pun korang semua dah tahu jawapanya adalah: NABI MUHAMMAD S.A.W.
Nanti dlm kubur, malaikat akan gambarkan Nabi kat depan kita dan tanya :“siapakah lelaki ini yg di utuskan kepadamu?”.. Aku dengar sajak ‘sakaratul maut’ cakap macam ni
Kata ustaz: org yg tak amal sunnah Nabi ,tak dapat kenal Nabi dan Nabipun tak kenal ummat dia yg tak amal sunnah Nabi…
Jadi aku soal balik: berapa banyakkah antara kita yg dah amal sunnah Nabi?
Satu peristiwa di padang masyar, Nabi akan bagi minum air yg mana sesiapa minum ini air tidak akan
dahaga buat selama2nya, Nabi bagi dengan tapak tangannya yang mulia kepada umatnya air dari telaga kauthar, tiba2 satu golongan ditahan oleh malaikat walaupun tangan dan mukanya bercahaya2 kesan wudhu yg sempurna, bila nabi tanya malaikat kenapa tahan,? mereka kan umat aku?, malaikat jawab mereka menolak sunnahmu…maka Nabi pun halau mereka sebanyak 3 kali dan sekali Nabi halau mereka malaikat heret *sajauh mata memandang dan kalau nabi dah tak ngaku umat syaitan lah pulak akan mengaku mereka tu umat dia na’uzubillah…
*sejauh mata memandang= bintang yg 4 thn cahaya pun nampak..oh betapa jauhnya..
SunnaT: buat dapat pahala banyak, tak buat rugi…
SunnaH: buat dapat pahala banyak, tak nak buat Nabi tak mengaku ummat…
Satu lagi cerita:
Zaman Nabi Musa as. Ada satu org pelawak ‘yoyo’ namanya, kerjanya buat lawak, bila firaun sedih dengan kehebatan nabi Musa a.s maka pelawak ni telah buat lawak dengan mamakai pakaian macam nabi musa, bertongkat macam nabi musa, dan pakai janggut palsu tiru nabi Musa a.s. Kemudian ajuk percakapan nabi Musa nabi Musa bercakap agak gagap kerana waktu kecil makan bara api, satu istana gelak dengan ‘lawak mayat’ mamat nih, sampai firaun pun ketawa sama…..pendek cerita bila firaun dan tenteranya musnah dalam laut, Allah telah selamat kan pelawak ‘yoyo’ ni?, tanya nabi Musa pada Allah, kenapa selamatkan dia, dia bukan pengikutku? Allah berfirman lebih kurang ”Aku tak akan menghancurkan org yg mengikut sunnah mu”, akhirnya pelawak ‘yoyo’ dapat hidayat…
Tengok, org yang amal sunnah nabi walaupun dengan niat mempersendakan Allah bagi jugak hidayat…bayangkan macamana kalau korang buat betul2…
Biar betul, biar betul2
Nanti tak payah nak di perbetul…
Dah memang betul
Baru betul…!
Cerita bab sunnaH:
Sunnah terbahagi kepada 3:
1- surah(penampilan)cth: janggut, serban, celak, minyak wangi dll.
2- Sirrah (perjanan@cara hidup)cth: solat jemaah, kahwin, masuk tandas, makan, tidur dll.
3- Sarirrah (pemikiran) cth: nabi menangis kenangkan umat...rungsing, risau, bimbang umat...
apa fikir nabi?
Nabi fikir macammana semua org dapat masuk syurga dan selamat dr azab api neraka, kita kena belajar benda2 nih, kita kena fikir macamana semua org lelaki dpt solat jemaah 5 waktu, semua wanita tutup aurat sempurna, semua kanak2 taat perintah ibu bapa, semua isteri taat perintah suami, semua perempuan solat awal waktu,
wujud suasana ugama yg mana lelaki jumpa lelaki cakap kebesaran Allah, wanita jumpa wanita cakap kebesaran Allah, kanak2 jumpa kanak2 cakap kebesaran Allah
Fikir macamana bayi yg paling akhir zamanpun dapat ucap kalimah Tauhid.
boleh buat, insyaAllah?
Sekarang cuba kita fikir2kan… Berapa ramai dari kita yang merasa jijik dengan ciri-ciri wajah nabi di wajah kita? Berapa ramai yang dipagi hari mencukur janggut dengan anggapan dengan tidak berjanggut adalah lebih hensem dari berjanggut? Berapa ramai yang memperleceh solat berjemaah sedangkan itu sunnah Nabi yang sangat besar? Bolehkah jawab soalan malaikat Mungkar nanti?siapa nabi kamu? Oh…
Oh..oh…
lagu latar
“Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela”
SOALAN KETIGA
DIMANA KIBLAT KAMU?
Selamba korang jawab, kaabah kiblatku…
Aku nak tanya, bila org Azan mana dada korang menghadap?
Kaabah?
TV?
Awek?
Ha! Itulah sebenarnya ‘kiblat’ korang!
Bila time azan korang pun pergi kedai makan…itulah ‘kiblat’ korang walaupun kedai itu menghadap kiblat!
Ingat! salah jawab, kena azab kat malaikat Nakir, satu jurus serangan akan menenggelamkan korang sedalam tujuh hasta ..argh..aduh, sakitnyerr..isk…
Lepas tu tumbuh balik anggota korang yg rosak tu..sakit…
Cuba korang tengok org yg jatuh motor dan patah kaki kanannya..prak!!! sakit bukan?, pergi jumpa tok mudim, dan tok mudim betulkan balik, prakkkkk!!!! sakit jugakkan?
Begitulah kat dalam kubur..
Kena pukul : sakit,
Sembuh balik: pun sakit!
lagu latar
“Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Kami sembahyang limalah waktu
Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup dikubur yatim piatu
Tinggalah seorang dipukul dipalu
Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah dia sedarkan diri
Hidup didunia tiada berarti
Akhirat disana sangatlah rugi”
ya Allah selamatkanlah aku dari azab kubur…
SOALAN KE EMPAT
APAKAH PETUNJUK KAMU?
Korang nak tahu apa jawapannya; Nabi tinggalkan dua petunjuk, iaitu al quran dan ‘mayat’maut
Selamba je korang jawab: AL Quran petunjukku…!
Bagus!, aku nak soal: seharí berapa kali baca Al-Quran?
Oh..aku cakap kat aku sendiri nie..oh….isk…
Sangat bagus kita org islam nih macam mak nenek aku ni, nasihat korang panjang berjela ha ha ha baca Yassin di pagi hari dan surah sejadah, Al-Mulk di malam hari sekurang2nya!
ya Allah pilihlah aku baca Al-quran setiap hari
Dan korang tahu tak apakah hak Al-Quran?
Korang dan aku kena habiskan baca Al-Quran 2 kali setahun sekurang2nya!
Baca akhbar, novel,komik hari2 boleh, Al-quran?…oh..aku dah dua kali khatam buku komik dragonball ..oh!...isk..umat menderita membuang masa
ya Allah pilihlah aku dan korang baca Al-quran habis! 2 kali setahun sekurang2nya-amin
SOALAN KELIMA
SIAPAKAH SAUDARA KAMU?
Argh..dah panjang sangat nie….
Senang cakap: jiran 40 kiri, kanan, 40 atas, bawah(jika rumah flat) korang kena ziarah dan ajak mereka yg tak ke masjid dengan hikmahnya..Semua org islam adalah saudaraku…semua kena jumpa!
Soalan cepu emas: siapakah nama jiran anda?
Kalau tak dpt jawab soalan ni…tak tahulah apa aku nak kata, mengeluh
Antara tanda akhir zaman, jiran saling tidak kenal mengenal….
Atau paling kurang: BAGILAH SALAM BILA BERJUMPA DENGAN ORG ISLAM WALAUPUN KORANG TAK KENAL…
CTH: ASSALLAMUALAIKUM….aku tak kenal korangpun, tapi selalu bagi salam, amacam?beriman tak aku? Ha ha , Bukankah korang semua saudaraku?
Mamat kata: tapi, betulke ada azab kubur? Cuba bagi dalil dan nas sikit!
Aku kata: Oiitt! Aku bukan orang bertauliah nak ajar ugama, pergilah rujuk ustaz bertauliah..sekian..hahaha...
Sebenarnya aku nak kata:
kau ni manusia ke badak?
Kalau kau manusia, kau tak dpt dengar azab kubur sebab Allah hanya benarkan binatang sahaja yg dengar azab kubur!, tapi jika kau badak, kau memang tak dapat dengar sebab kau adalah PEKAK BADAK! tapi aku cakap dlm hati je nie..
Ps: sesungguhnya berdebat akan menggelapkan hati….hanya mayat yg mengerti tentang kehidupan kubur….
10 April, 2007
Nafsu
panduan memilih isteri buat seorang lelaki
Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?
Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan gadis juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar ‘sudah tiada gadis atau sudah tiada dara. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.
Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil bergetah jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang boleh tahan dan ada gadis yang tak boleh tahan. Gadis yang boleh tahan biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang tak boleh tahan pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis tak boleh tahan ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.
Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.
Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari
dari Ibnu Abbas r.a.
Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah ternoda. Walaupun mata yang belum berisi pengalaman itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini. Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi lsteri anda:
Elakkan Dari Berkawan Dengannya Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya baik, sopan dan elok apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa Yang bercahaya tidak semestinya emas dan Yang cantik tidaklah semestinya permata. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.
Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).
Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada
bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama.
-Goethe
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil merisik ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan menyelidik dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.
Cari Yang Duduk Bersama lbubapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.
Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan Cina
Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi wanita dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.
Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. - Bidalan Jerman
Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah lupa masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.
Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.
Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan
Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. - Bidalan Servia
Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang tak boleh tahan. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!
Bertunang Jangan Lama
Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.
Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan tali
Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi la merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.
Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suamiyang baik serta bertanggungjawab.
Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman
Elakkan Dari Terlalu Cemburu
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.
Layan Dia Dengan Baik
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.
Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil
Bertanggungjawab
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.
aku cinta Malaysia.....tapi lebih cintakan ALLAH........... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah......DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....