10 April, 2007

Nafsu

Dalam membicarakan soal diri,kita tidak dapat lari dari perbicaraan mengenai nafsu.Sebelum kita pergi lebih jauh lagi adalah baik kita mengenal apa itu nafsu dan jenis2nya terlebih dahulu.Nafsu dibahagi kepada tujuh dan setiap jenis nafsu tersebut mempunyai ahlinya.

1. Nafsu Ammarah
Tabiat ahli yang memiliki nafsu ini adalah seorang yang terdedah kepada godaan syaitan dan tuntutan dunia yang tidak mendatangkan faedah kepda diri malah memudaratkan lagi.Orang yang memiliki nafsu ini tidak dapat membezakan baik mahupun tidak malahan baginya sama sahaja.Kadangkala berlakuan jahat lebih membuatkannya selesa atau gembira berbanding dengan kebaikan.Sebagai contoh apabila seseorang menang dalam perjudian nombor ekor,dia merasa puas dan gembira setelah sekian lama ia bermain nombor baru kali ini dia mengena hadiah walaupun hadiah yang ditawarkan tidak seberapa berbanding kekalahan yang telah dia alami.

Biasanya ahli yang memiliki nafsu seperti ini akan bersikap bakhil,pemarah,panjang angan2,sombong dan bermacam lagi dan nafsu ini adalah serendah-rendah darjat dan Allah berfirman "Sesungguhnya nafsu Ammarah itu sangat menyuruh berbuat jahat"

2. Nafsu Lawammah.
nafsu ini baik sedikit dari nafsu yang pertama tadi kerana ahli yang memiliki nafsu ini selalu menyesal tentang kelakuan buruknya seperti firman Allah "Aku bersumpah dengan nafsu lawammah (pengkritik diri dan pencerca)"

Tetapi Ahli yang memiliki nafsu ini tidak pernah bertaubat malah jika bertaubat dia akan mengulanginya kembali sebagai contoh apabila sesorang itu menipu tentang sesuatu perkara dan kemudian menyesal tetapi beliau tetap mengulangi kelakuan menipunya itu.Antara sifat lain yang dimiliki oleh ahli nafsu ini juga memiliki sikap buruk seperti riak, ujub, suma'ah dan seumpamanya tetapi ia juga mempunyai kebaikan antaranya suka berfikir, selalu muhasabah dan beribadat namun ibadatnya hanyalah untuk menunjuk-nunjuk ataupun riak.

3. Nafsu Mulhamah
ialah nafsu yang lebih baik dari yang pertama dan kedua tadi.Untuk mencapai nafsu ini,sesorang mestilah bersungguh-sungguh dalam mujahadah kerana Allah berfirman "Orang yang bernujahadah dijalan Kami,akan Kami tunjukkan mereka jalan Kami".

Nafsu mulhamah ini ialah nafsu yang sudah menerima proses kesucian dari sifat2 yang tercemar melalui kaedah2 yang ditunjukkan oleh guru samada berzikir, suluk, membaca Al-Quran, puasa atau seumpamanya tanpa meninggalkan yang wajib.Pada peringkat ini juga,ahlinya biasa dapat membezakan samada lintasan2 dihatinya adalah dari syaitan ataupun sebaliknya.Kebanyakkan Arifbillah mengelarkannya ilham sebagaiman Allah berfirman " Demi nafsu(manusia) dan yang menjadikannya(Allah) lalu diilhamkan Allah mana yang buruk dan mana yang baik kepadanya, sesungguhnya beroleh kemenanganlah orang yang menyucikan nafsunya dan rugilah orang2 yang mengotorkannya"

Biasanya ahli nafsu ini memiliki sifat2 seperti tidak sayangkan harta, qanaah, tawaduk, sabar dan seumpamanya.Ahli nafsu ini kerapkali merasa zauq terhadap Allah(syuhud) tetapi masih belum mesra kerana kejap datang dan kejap hilang.Ini kerana Ahli yang berada dinafsu ini perlu bermujahadah lagi agar naik ke nafsu seterusnya iaitu nafsu yang kukuh kedudukannya lagi dari nafsu mulhamah ini agar tidak tergelincir ke nafsu sebelumnya iaitu lawammah.

4. Nafsu mutmainah
nafsu mulhamah tadi sudah bersih dan suci tetapi belum kepada kesucian yang teguh.Apabila nafsu tersebut sudah teguh dan tetap maka sifat2 terkeji akan disingkirkan dari hati dan digantikan dengan sifat2 yang terpuji.Dimasa ini nafsu digelar mutmainah.

Sifat2 yang timbul dari ahli yang berjaya memperolehi nafsu mutmainah ini antaranya ialah tawakal yang benar,arif lagi bijaksana, beribadat dengan kuat,sabar dengan benar,redha dengan segala ketentuan Allah, duit tidak lekat ditangan dan seumpamanya yang baik2.Syurga bagi golongan ini terjamin seperti firman Allah "Wahai nafsu mutmainah,kembalilah kepada tuhan engkau sambil hati bersuka-ria dan diredhai tuhan maka masuklah engkau kedalam golongan hamba2Ku yang solih dan masuklah ke syurgaKu."

5. Nafsu Radhiah
Tingkatan nafsu yang lebih tinggi dari mutmainah digelar Radhiah.Ia digelar radhiah kerana ahli nafsu ini berjaya mencapai kejernihan hati yang utuh lagi gah dan didalamnya terdapat kekuatan keredhaan yang sangat tinggi kepada hukuman atau takdir Illahi.Bukan senang hendak mencapai tingkatan ini jika tidak disertakan dengan semangat juang yang tinggi lagi berhemah.

Ahli yang berada di tingkatan nafsu ini adalah ahli yang luar biasa kerana ia tidak takut kepada bala Allah dan tidak tahu apa itu nikmat Allah.Yang ia tahu hanya redha dengan apa yang telah ditentukan Allah kepada dirinya bahkan gentar atau gembira sama sahaja bagi dirinya seperti firman Allah "Sesungguhnya orang2 wali Allah itu tidak pernah rasa ketakutan atau kerunsingan di atas mereka itu".

Antara sifat2 ahli nafsu ini ialah warak, zahid, ikhlas, meninggalkan apa yang tidak perlu baginya,tunai dan tepat dalam menjalankan hukum Allah dan seumpamanya.Ahli didalam tingkatan nafsu ini sentiasa berakhlak dengan akhlak mulia setiap masa dan waktu.

6.Nafsu Mardiyyah
tentunya nafsu yang lebik baik dari Radhiah kerana ahli nafsu Radhiah menuntut keredhaan Allah atas apa yang Allah lakukan atas dirinya tetapi bagi Ahli nafsu Mardiyyah pula Allah redha atas apa yang dilakukan oleh ahli tingkatan ini.Segala gerak geri kelakuannya direstui Allah dan menjadi ibadat walaupun tidur.Allah berfirman didalam hadis Qudsi yang bermaksud "Sentiasalah hambaKu berdamping dengan Ku dengan mengerjakan ibadat sunat hingga Aku kasihkan dia.Maka bila Aku kasihkannya nescaya Aku adalah pendengarannya yang ia mendengar dengan dia, aku penglihatannya yang ia melihat dengan dia, pertuturan lidahnya yang ia bertutur denganya, penampar tangannya yang ia menampar dengannya, jalan kakinya yang ia berjalan dengan dia dan fikiran hatinya yang ia fikir dengan dia".

Ahli dimakam nafsu ini dikatakan telah 'bersama-sama' Allah didalam segala hal seperti firman Allah didalam Al-Quran "hendaklah kamu mengingati Aku samada berdiri, duduk mahupun baring".

Antara contoh perlakuan yang diredhai Allah yang telah Allah perlihatkan kepada makhluknya seperti mengurniakan karamah2 seperti boleh berjalan diatas air, terbang, ulang alik ketempat yang jauh dalam sekelip mata dan berbagai-bagai lagi seperti yang terjadi kepada wali allah Tok Kenali yang menghadiri majlis berbuka puasa ke beberapa tempat dalam masa yang sama.Begitu juga hal seperti Syaikh Abdul Qadir Jailani yang menghidupkan ayam yang telah mati, Saidina Umar memberi amaran kepada tentera Islam di suatu tempat ketika beliau berkutbah diatas mimbar masjid dan banyak lagi yang kita telah dengar.

Antara sifat ahli nafsu ini ialah berakhlak dengan Akhlak nabi seperti sabdanya "Jika kamu ingin melihat aku,lihatlah Abu Bakar".Antara lain sabdanya ialah " Jika ada nabi selepasku pastinya Umar".

7.Nafsu Kamil 
maqam nafsu kamil ini adalah makam yang teristimewa sekali dan paling tinggi.Seseorang mestilah melalui dari satu maqam nafsu ke satu maqam nafsu terdahulu sebelum sampai ke puncak nafsu ini iaitu nafsu kamil.Ia juga dikenali sebagai maqam baqa'billah atau al-insan al-kamil yang mana ruh atau hatinya kekal bersama Allah tetapi jasadnya bersama2 dalam pergaulan orang ramai.Biasanya orang sebegini menjadi pembimbing didalam sebuah masyarakat atau kaum untuk menuju kejalan yang diredhai Allah.

Maqam ini tentulah maqam para2 Rasul dan Nabi dan tidak perlulah kita berbicara lagi tentang sifat mereka yang kita semua sudah sedia maklum.

0 comments:

Post a Comment