Semakin bertambah bebanan, semakin kurang keupayaan
Tuluslah dengan TUHAN, teluslah sesama INSAN
Berhijrahlah kita ke arah kebaikan
Salam Maal Hijrah...perbanyakkan amalan, tinggalkan kemaksiatan
Rencah Hidup Sekeping Hati
zumalaaiey dr USIM yang turut hadir
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....." (An-Nur;26)
Apabila dua hati bertemu atas satu matlamat kerana Allah, itulah kebahagiaan..
A great marriage is not when the perfect couple comes together. It is when the imperfect couple learns to enjoy their differences
Jadi, yang mana satukah perjuangan anda?
Contoh yang paling senang dalam perjuangan adalah Rasulullah dan para sahabat.
Apakah contoh perjuangan baginda dan para sahabat?
Perjuangan Rasulullah SAW
Perjuangan Para Sahabat
Konklusinya, sentiasalah sanggup menghadapi sebarang risiko dan cabaran kerana ganjaran Allah itu pasti untuk hamba-hambaNya yang berkorban mencari keredhaanNya. Dan jangan lupa untuk meletakkan kepentingan agama lebih daripada kepentingan peribadi. Wallahualam.
Jika takut akan risiko, jangan bicara soal perjuangan
Surah Al-Mu'minun
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
[1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
[2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
[3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ
[4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
[5] Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
[6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
[7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
[8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ
[9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
أُوْلَئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ
[10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
[11] Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
Allah SWT telah menjanjikan kejayaan dan balasan syurga Firdaus kepada orang - orang beriman yang menunaikan solat dengan khusyuk, menjauhi perkara - perkara keji dan sia - sia, mengeluarkan zakat, menjaga kehormatan diri, melaksanakan amanah, menunaikan janji dan menjaga kesempurnaan solat. Mereka yang memiliki sifat - sifat ini akan memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah..
Ciri - ciri Mukmin yang Berjaya
Pada awal Surah Al-Mu'minun, Allah SWT telah menyenaraikan 6 sifat mukmin yang berjaya:-
1. Khusyuk dalam solat
Khusyuk ertinya menghadirkan kepatuhan dan rasa takut kepada Allah SWT di dalam hati. Orang yang khusyuk akan menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah ketika beribadah. Seluruh anggota badan mereka berada dalam keadaan tenang dan thama'ninah. Manakala hati mereka pula tidak terlintas sama sekali untuk mengingati sesuatu selain Allah.
Solat yang dilakukan dengan penuh khusyuk memberikan kesan yang sangat mendalam kepada peribadi seseorang mukmin dalam membentuk sifat - sifat mulia, berdisiplin dan bertanggung jawab.
Surah Al-'Ankabuut
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
[45] Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Untuk khusyuk dalam solat bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan usaha, latihan dan penghayatan yang sepenuhnya. Memahami dan menghayati setiap bacaan dalam solat mampu menghasilkan rasa khusyuk.
Cara – Cara Mendapatkan Khusyuk :-
1. Mengosongkan hati daripada semua perkara yang melalaikan
2. Memahami bacaan dalam solat dan menghayati maksudnya
3. Sentiasa mengingati dan merasai bahawa dia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung.
4. mengingati kebesaran Allah dan menginsafi diri sebagai makhluk yang kerdil dan lemah.
5. Memastikan tempat solat yang selesa, bersih dan terhindar daripada gangguan persekitaran
6. Mengerjakan solat dalam keadaan badan yang selesa, segar dan tidak mengantuk.
7. Memastikan tempat solat dan pakaian dibuat dan dibeli hasil pendapatan yang halal.
2. Menjauhi perkara sia – sia
Perkara sia – sia ialah yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada diri, keluarga dan masyarakat sama ada dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan seperti berbual kosong dan melepak.
Orang mukmin yang berjaya bukan sahaja tidak melakukan perkara yang sia – sia malahan mereka memastikan diri mereka tidak menghampiri perkara – perkara tersebut.
وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَاماً
[72] Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.
3. Mengeluarkan zakat
Zakat ialah Rukun Islam Ketiga yang diwajibkan kepada umat Islam yang cukup syarat – syaratnya mengikut kadar dan tempoh masa tertentu. Ia merupakan pengorbanan golongan berada untuk membantu umat Islam serta menyumbang ke arah pembangunan dan kemajuan negara. Disamping melambangkan sifat pemilik – pemilik harta, zakat juga dapat mengeratkan tali persaudaraan umat Islam dan menambahkan lagi keberkatan harta mereka.
خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
[103] Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
4. Menjaga kehormatan diri
Orang yang menjaga kehormatan diri dapat memelihara maruah diri, dapat mengawal hawa nafsu dan menjaga kemaluan daripada melakukan perkara yang dilarang oleh syarak. Islam melarang pergaulan bebas kerana ia boleh menimbulkan gejala sosial seperti zina. Perbuatan zina dan liwat boleh merosakkan zuriat manusia serta mendatangkan akibat buruk kepada diri dan masyarakat. Penyakit AIDS berpunca daripada pergaulan bebas dan hubungan haram yang dilaknat oleh Allah.
5. Memelihara amanah dan menunaikan janji
Menjaga dan menunaikan amanah suatu kewajipan yang mesti disempurnakan.
إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ سَمِيعاً بَصِيراً
[58] Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Umat Islam juga dilarang mengkhianati amanah yang dipertanggung jawabkan kepada mereka.
Daripada Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW, “Tunaikanlah amanah yang dipertanggung jawapkan ke atas kamu dan jangan sekali – kali kamu mengkhianati orang yang mengkhianati kamu.”
(Riwayat Abu Daud wa Tirmizi wa Ahmad wa Daramie)
Menepati janji juga termasuk dalam menjaga amanah. Manusia telah membuat perjanjian dengan Allah sejak di alam roh lagi.
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنفُسِهِمْ أَلَسْتَ بِرَبِّكُمْ قَالُواْ بَلَى شَهِدْنَا أَن تَقُولُواْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ
[172] Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Setiap janji wajib ditunaikan sama ada janji dengan Allah ataupun sesama manusia.
6. Menjaga waktu solat
Menjaga waktu solat bermaksud menunaikan solat dengan khusyuk pada waktunya serta sempurna segala rukun, syarat dan sunat – sunatnya.
Daripada Ummi Farwah RA telah berkata bahawa baginda Rasulullah SAW telah ditanya, “Apakah dia amalan yang paling baik?” Baginda menjawab, “Amalan yang paling baik ialah menunaikan solat pada awal waktunya.”
(Riwayat Abu Daud wa Tirmizi wa Ahmad)
Solat yang dilakukan pada awal waktu menandakan kepatuhan dan iltizam seseorang mukmin yang bertanggung jawab dalam menunaikan amanah.
حَافِظُواْ عَلَى الصَّلَوَاتِ والصَّلاَةِ الْوُسْطَى وَقُومُواْ لِلّهِ قَانِتِينَ
[238] Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
Oleh itu, sebagai umat Islam, kita perlulah berusaha meningkatkan kualiti iman supaya berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Mukmin yang berjaya akan mendapat ganjaran syurga Firdaus manakala mereka yang gagal akan dibalas dengan azab neraka jahannam.
Inilah serba sedikit daripada pengajaran yang saya dapat sewaktu 3 minggu menghadapi peperiksaan. Usaha dah sudah..yang tinggal adalah doa dan tawakal. Teruskan berdoa selagi mana result belum kuar!! Moga kita semua najah fil imtihan. InsyaAllah. Lupakan segala kekusutan di dada..dekatkanlah diri dengan Allah. Semoga kita diberi kesempatan untuk menikmati hari - hari seterusnya dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan.
Ini adalah hasil kerja saya semasa presentation business 31/10/2008..
bergambar sebelum menunggu Mr Adli
Semalam, saya ke seremban. Selepas habis aktiviti KEMAS, saya terus berjalan-jalan sekitar Seremban Prade dan Terminal One. Sungguh menyedihkan. Apa yang saya kesal sangat adalah suatu program ICT di Seremban Prade diadakan. Memang bagus dia buat kununnya kesedaran ICT tapi dalam masa yang sama, mereka mengadakan suatu competition ala – ala geng skinhead, grunge dan sebagainya. Sakitnya hati dengan keadaan hingar bingar sebegitu. Saya lihat semuanya di kalangan orang Melayu sahaja. Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Penuh dengan hiburan semata sehingga membuatkan manusia hanyut dengan arus kemodenan. Salah siapakah mereka ini?
Selepas mencari apa yang patut, saya cuba memekakkan telinga, mengelak daripada melihat dan terus keluar daripada tempat syaitan itu. Kemudian destinasi saya dan kawan-kawan ke Terminal One. Aduih..bertambah benak hati ini. Bingitnya bukan main. Singing Competition plak dah. Bersorak ntah pape je. Fikiran saya hanya untuk mencari baju untuk special kenduri je. Susahnya nak cari baju gold. Merata tempat saya redah. Semuanya tidak memuaskan hati. Sakit mata melihat manusia yang pelbagai ragam. Saya berpecah dengan kawan – kawan kerana tidak mahu membazirkan masa. Selepas solat asar, saya terus beritahu kawan, saya akan tunggu di komuter sahaja. Apabila dapat keluar sahaja daripada shopping complex tu, bagaikan keluar daripada zaman kegelapan je.
Sementara menunggu di komuter, saya belikan tiket untuk kawan-kawan. Dengan tidak sengajanya terserempak geng- geng ukhwah.com. Alhamdulillah saya terus mendapatkan mereka. Rindunya sudah lama tidak berjumpa. Lalu menceritakan perihal masing – masing sehinggalah sampai di KTM Nilai. Beratnya rasa berpisah dengan kak wani dan kak atikah. Semoga kita ketemu lagi. Indahnya ukhwah apabila segala – galanya kerana Allah. Turun di stesen bersama kawan – kawan. Kawan – kawan ingin menyinggah lagi di Mydin. Hari makin senja. Jadi, saya mintak diri untuk pulang dulu. Alhamdulillah sesampainya saya di hostel, saya dapat solat maghrib di awal waktu. Kemudian isi perut sedikit dan buat sedikit revision dan terus tidur.
Ya Allah, aku masih lagi berfikir tentang penyakit manusia..............adus..sakitnya hatiku..............!!
bismilllahirrahmanirrahim
alhamdulillah arini masih lagi merasai 2 nikmat utama iaitu nikmat Iman & Islam
sedang saya meronda - ronda menziarahi blog sahabat sahabiah, tetiba terjumpa satu tugasan utk saya. Sungguh, tidak perasan pada mulanya. InsyaAllah arini saya akan menyelesaikan tugasan tersebut dengan sebaiknya. Thanx to Ainul Arina (sohibati) coz bagi tugasan secara senyap - senyap.hehe=p
1. nama-nama timangan oleh org tersayang.
em..kalo parent sy, dia akan panggil along. adik2 saya panggil akak @ along. Kawan2 usim sy panggil adah. Kalo junior and kawan2 rapat sy panggil saya ad or saad or saadah tp sume tu atas kebiasaan diri sendiri. Ada sorang ust sy ni ms kt tamhidi dulu panggil saya maa qiimatud dunia biduunis saadah (tidak ternilai di dunia ini tanpa kebahagiaan). haih~..nama timangankah itu? adakah saya menjawap soalan?=p
2. anda seorang yang...
agak keras kepala, sensitip, suka menolong orang lain, suka buat hal sendiri, leadership,garang pun bole tahan la, serius ikut KTM (keadaan, tempat dan masa) n sentiasa concentrate dalam sesuatu kerja. Ni dari pandangan saya sendirila, kalo antum nak tambah lagi pun boleh. Kalo yg baru first time jumpa saya, jangan judge terlalu cepat siapa diri ini tapi dalami dulu diri saya sebelum anda judge saya
3. insan teristimewa. describe apa yg membuatkan die terlalu istimewa di mata anda.
sahabat sahabiah saya yang sentiasa mendorong saya ke jalan amal makruf dan nahi munkar, yang membantu saya di dalam kesusahan, yang menyedarkan diri saya dari kesilapan..mereka inilah yang bertakhta di hati saya. Saya perlukan dorongan, teguran dan nasihat daripada mereka ini kerana saya tahu saya tidak mampu untuk melalui liku - liku kehidupan ini berseorangan. Juga, tidak dilupakan ummi wa abi yg byk berkorban utk saya serta keluarga..anda juga adalah insan teristimewa yg bertakhta di hati saya bukan di mata sahaja.
4. makanan favourite anda
Koey Teow Kungfu, Koey Teow Sup, Char Koey Teow, murtabak, nasi goreng pattaya dan semua makanan yg ada sup dan tidak terlalu pedas sebab saya tak tahan pedas
5. favourite color
Ungu, biru laut dan hijau muda
6. favourite song
of coursela nasyid tapi depend pada mesej yang disampaikan. saya suka lagu yang banyak mengingati akan dosa2 lalu dan yang meningkatkan motivasi diri seperti nasuha (mestica), mentari hidup (haikal), taubat seorang hamba (irsyadee & hafiz), azab Illahi (irsyadee), tafakur (diwani) dan banyak lagi. Walaupun banyak lagu2 yang lama tapi yg itulah yg menepati citarasa saya. Saya kurang mendengar lagu2 yg banyak kepada cinta manusia coz lagu tu tak dapat nak menjiwai diri saya dan saya rasakan mcm xde yg menarik pun pada lagu yg mcm tu. ini pada pandangan saya la.
7. sikap yg membuatkan anda stress
menangguh kerja dan stadi.huhu..i'm going to improve myself..
8. 3 bende yg mesti ade dalam handbag anda
Telefon bimbit, handsfree dan dompet saya
9. kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa??
takdela menangis beriya - iya sangat tapi saya dah berjanji pada diri saya sendiri saya hanya akan menangis apabila mengingati dosa - dosa saya yg lalu. Bukan semurah air mata utk menangis kerana kekecewaan atau sebagainya..
10. tag 5 org yg len
syaima, ukhti miza, fisha, syazana and ukhti ain
Alhamdulillah pada hari ini masih lagi mengecapi 2 nikmat utama iaitu nikmat Iman dan Islam
Maapkan saya andai entry kali ini tidak memuaskan hati semua orang. Nampaknya saya terpaksa mengabaikan blog ini buat sementara waktu akibat ketidakstabilan kesihatan. Diharap kalian dapat mendoakan kesihatan saya supaya kembali kepada sedia kala. Doa kalian amatlah diharapkan supaya saya kembali berjuang di dunia realiti mahupun di alam maya. Sebenarnya saya nak ceritakan tentang charity yang saya lalui 3 hari yang lepas tapi akibat kesihatan dan waktu yang tidak mengizinkan, nampaknya saya tidak dapat meneruskan niat tersebut. dan saya harapkan semoga diri saya ini dapat meneruskan kehidupan dengan sihat walafiat. Akhirul kalam, kalau ada silap dan salah, saya mohon maaf seribu kemaafan.
Doa kalian akan sentiasa mengiringi hidupku. INSYAALLAH
Untuk kelas memanah, asik postpone je. Jadi insyaAllah kelas akan bermula next week.
Kelas pengantar perniagaan dikendalikan oleh Mr Adli (lecturer USIM). Boleh tahan juga kelas ni. Mungkin kelas ni banyak kepada business. Kami diminta untuk memakai kot setiap kali kelas pengantar perniagaan. Memang sengaja Mr Adli suruh pakai sebab nampak lebih professional. Nama pun korporat, mestilah kene professional kan? hehe
Kelas Bahasa Arab 1 pula diajar oleh Ust Mahmud dari Sudan. Lahjah dia memang arab betul sampaikan dia cakap HARAAM cakap bahasa melayu dalam kelas dia.hehe.best ust ni sebab mudah faham kalo dia ajar. Kalo kitorang susah sangat nak cakap or tanya soalan kt ust, lastly speaking english jelah. Tu pun kalo terdesak. Selagi boleh cakap arab, cakapla bahasa arab. Hayya bil Arabiah =)
Kelas Bahasa Arab 2 plak dikendalika oleh Usth Rabiah. Usth ni dari Kedah. Orangnya comel sangat. Dahtu ex-student USIM. Senang nak berkomunikasi ngan usth ni. Bila usth ni ajar je, mesti teringat kat usth Mina dari Maghribi. Usth Mina dulu ajar bahasa arab sem 1 tamhidi. Cara usth Mina n usth Rabiah lebih kurang sama je. Bahasa Arab 2 ni pun best sebab dia ada listening, speaking n also nasyid. Bagus betul modul dia. Ada improvement ni dalam arab..
Kelas seterusnya iaitu kelas Bahasa Inggeris 1. Yang ni..lecterur part-timer yang ajar. Namanya Madam Sivagangga. Sporting jugak orangnya. Bende yang selalu gemuruh sikit dalam kelas bila madam ni asik tanya saya dulu je.huhu.Ada satu seminar hari ni kat Fakulti Syariah dan Undang-Undang(FSU) pasal english. Madam mintak sorang wakil pegi dan nama yang dicalonkan untuk pegi itu adalah SAADAH. Owh tidak..dah agak dah..mesti madam tu akan sebut nama saya dulu. Nasib baik ada meeting ckit, so digantikan dengan orang lain. Tapi bagus jugak sebenarnya madam ingat nama ni, boleh menjalinkan hubungan yang baik dengan madam. Iye kan?
Kelas Bahasa Inggeris 2 plak dikendalikan oleh Madam Azimah. Sama nama ngan mak saya ni. Yang ni lagi interesting punye citer. Masa 1st time masuk kelas madam ni, kene taaruf dulu. Of course la diri ini kene dulu.huhu.Sebelum tu, lecturer ni pun part-timer gak. Madam mengajar dekat Limkokwing n MIFI. Memang interesting la madam ni. Masa taaruf..macam biasala..nama,asal mana, siblings sume. Pastu madam mintak taaruf lagi skali tapi bukan jadi orang Malaysia. Kene jadi wakil dari negara lain. Ades. Masa tu dah pilih dalam kepala nak cakap dari egypt tapi dah ada membe yang cakap dulu. So terpaksa tukar amik Morocco. Bila dah jadi wakil negara masing-masing, xleh cakap langsung Malay. Bagi negara-negara Arab, pun xleh cakap arab. Sekarang kami semua kire international la. so sume must speak in English la..huhu. Tu citer kelas minggu lepas.
Kelas minggu ni yang tak tahan. Kelas start pukul 5 ptg. Jadinya saya dan kawan2 bersolat asar dulu. Masa tu asar pukul 4.44ptg. Dalam keadaan kelam kabut terus lari masuk kelas tanpa ketuk pintu. Time tu dah tau dah kata lewat. Lewat 2 minit je pun. Kene keluar kelas balik ketuk pintu 10 times. Ades. Baru teringat, last week madam ada kasi classroom rules. So tidak akan tidak denda akan dikenakan pada pelajar yang tak ikut peraturan madam. Oleh sebab saya terlewat 2 minit sahaja, saya juga tidak dikecualikan untuk didenda. Denda lewat masuk kelas ialah belanja satu kelas minum air tapi bukan plain water. Kene standard air soya ke apeke. Ades..kan dah kene denda.Semua pelajar group saya pakat kene denda except for fisha, haziq n fazren. Hanya 3 orang ni je yg punctual. Yang tak puas ati skali sebab haziq n fazren datang kelas dulu pastu diorang mintak izin kat madam utk kuar pegi solat. Mana adil camni. Sy punyela merayu kat madam supaya rules haritu dikecualikan tapi madam tetap nak buat gak rules tu. Ades..xpelah..saya jadikan ia suatu pengalan 1st year yang saya takkan lupakan sampai bila2. Banyak lagi rules madam ni antaranya hp sape yg berbunyi masa kelas, a free call utk madam dlm ms 5 min je. Sape yg tak participate or x aktif dalam kelas, kene acting kt depan sorang diri. Sape yg tercakap melayu or saje je ckp melayu, kene nyanyi 1 english song (full) dan juga beberapa rules yang lain.
Kelas tamadun, etnik dan ict ni kire kuliah coz kat lecture hall yang besar tu kat Dewan Kuliah Pusat 1(DKP1). Bebudak korporat ni terpisah dengan budak accounting n muamalat. Jadinya lecture dengan bdk marketing, sume budak fakulti kepimpinan dan pengurusan(FKP) termasuk bebdk dakwah, kaunseling dan komunikasi. Takdela ramai sangat..mungkin dalam 200 lebih rasanya. Bila dah duduk dalam lecture hall ni mula la nak ngantuk sume. Tapi jangan cepat mengalah, ni kan ilmu. Bagi yang cepat mengantuk, bawakla air pegi kelas.hehe=p
Rasanya tu jelah kot buat kali ini. Nak kene stop dah ni..asar prayer plak. Doakan kejayaan saya di dunia dan akhirat. Doakan juga semoga saya dipermudahkan segala urusan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Moga saya Dean's List untuk semester ini. Ameen=)