3 Julai 2009, Jumaat
Bismillahirrahmanirrahim..
Pagi lagi aku telah bangun. Bersiap, kekemas apa yang patut dan tepat jam 10.30 pagi aku segera ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal (SMKANT) yang merupakan tempat dimana aku menimba ilmu disitu. Pagi itu merupakan hari pengambilan rekod pelajar. Aku sekali lagi ditaklifkan untuk mengambil rekod 2 orang adikku dari Form 4 dan Form 5. Hanya ini generasiku yang masih lagi berada di sekolah itu. Aku bersama Kak Ummu seperti rusa masuk kampung. Yelah kan. Junior yang kenal aku pun hanya Form 4 dan Form 5 je. Sebenarnya adik2ku ni tataupun yang akak dia yang amik buku rekod. Hehe. Dapat taklifan malam tadi. Heeeee~
Sesampainya aku di kantin (wat tau je sbnrnya) adikku yg F5 menjerit memanggil dari jauh. Bertanyakan kenapa ummi tidak hadir. Lalu aku menjawap ummi ada keje di skolah. Tiba2 aku ternampak kelibat seorang guruku yang sangat rapat denganku. Teacher Ashikin! Ni la guru librarian aku merangkap guru Bahasa Inggeris ku masa aku F2. Memang saat ini yang sangat ditunggu2 oleh beliau. Dah brape kali asik tanya pada ummi bila aku nak balik. Hehe. Teacher rindu saya ye? Senyum je Teacher Ashikin. Lalu bertanyakan khabar beliau yang kini sarat mengandung. Wah! Murah rezeki lepas ni. Teacher Ashikin juga masih mengharapkan aku untuk update blog library skolah. InsyaAllah. Nak balik skang sudah jarang. Jadinya teacher hanya attachkan emel kepadaku tentang berita2 terbaru library dan aku sebagai admin kepada blog library akan mengupdatekan blog itu selepas ini. Tunggu ye..masih blum update lg!
Kemudian aku terus ke Dewan Al-Ghazali untuk mengambil rekod adikku yang F5. Berjumpa dengan Cikgu Munirah. Beliau ni dulu mengajarku Matematik masa F3. Best dia ajar tapi aku ni lambat tangkap ckit. Hehe. Berborak seketika dengan cikgu sesambil bertanyakan masalah adikku. Susah benar mantan pengawas sorang ni. Kalo dah sebok..abihla result dia jatuh. Haih~ SPM semakin hampir. Aku semakin risau melihat result adikku ni. Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan adikku ini.
Selesai sudah..aku terus ke kelas 4 Ihsan. Huhu. Tingginya..tingkat paling atas plak tu. Dari jauh ada juniorku yang hanya tersenyum. Suasana persekitaran dan tarbiyyah semakin berubah. Aku dapat melihat melalui kaca mata seorang ex-student. Disitulah aku mengorak langkah menuju kejayaan dan disitu jugalah aku mencipta nama. Kenangan dulu sangat indah bersama sahabat2 tersayang. Dapat makan bertalam sesama F5, solat jemaah, qiam, usrah dan memacam lagi. Aku rindu sangat saat itu! Saat dimana kita menerima tarbiyyah sama2. Masih ada lagikah tarbiyyah itu seperti sekarang? Huhu..........(no answer).
Sampai di kelas 4 Ihsan, aku menunggu giliran. Ramai pula waris disitu. Aku kembali mengimbau kenangan lalu. Melihat pemandangan dari atas. Lalu aku mengambil beberapa foto sebagai kenangan. Memang sudah lama aku tidak ke sini. Kalo aku datang pun, hanya untuk jumpa adikku di asrama saja. Sebenarnya aku rindu untuk berprogram dengan junior. Aku ingin kembali melihat biah solehah wujud di bumi SMKANT ini. Huhu............(no answer).
surau yang telah dicat semula dan ditambah dgn atap baru
skolah kini berwajah oren
pemandangan dr atas
tempat lalu lalang
Giliran aku tiba. Aku berjumpa pula dengan Cikgu Azlina Baharom. Salam lalu aku pun duduk. Berborak bukan main panjang. Haih. Rindula katakan. Cikgu Azlina ni penah ajar aku sekejap je. Subjek Matematik jugak. Cikgu sangkakan aku hanya punye seorang adik je di SMKANT. Baru aritu dia tahu yang aku juga ada adik F5. Hehe. Ntahla. Ada yang kata Adibah tu macam muka aku dan ada gak yang cakap Husna tu macam muka aku. Aku slalu cakap muka pun fotostat je (bole ke gitu?). Hehe..layan je=p
Selesai sudah, aku trus mencari Kak Ummu. Ku sangkakan sudah selesai, rupanya tidak. Sesambil menunggu Kak Ummu settle, aku nampak dari jauh kelibat Guru Kimia ku sewaktu F4 dan F5 merangkap Guru Sains aku sewaktu F1 dan F2 serta selaku mentorku sewaktu Program Mentor-Mentee, Cikgu Hasniza. Rupanya cikgu ni dah lama ajar aku tapi aku dulu asik fail je paper kimia. Hehe. Bertuah btoi punye anak murid! Alhamdulillah nasib baik aku lulus paper kimia masa SPM. Tak sia – sia belajar walaupun masa exam dulu aku kire subjek ni memang susah giler! Berborak lama jugak. Cerita pasal aku..pasal cikgu kemudian sampaila masuk bab kawen. Ni yang aku lemah ni. Cikgu dah sesiap ingatkan aku kalo nak kawen nanti..jangan lupe jemput cikgu. Yelah. Umah dah satu taman..opkosla saya jemput nanti. Hehe..macam nak kawen dah=p
Alhamdulillah..selesai saje trus ke asrama untuk ambil adik2ku. Memang padatla kereta masa tu. Dahla naik Iswara je. Mulanya nak bawak Kenari tapi ummi kata tak muat kang nak angkut bebudak tu. Hehe. 2 kat depan..4 lagi kat belakang. Sabo jelah. Nasib baik xde polis. Terus pulang ke rumah.............................
Habis cerita dah!
5 comments:
salam ziarah..
such a nice blog~
hmm... baru ni py sesi bertemu waris ek... x sempat nak jupe, klu x leh jupe super senior ni yg penah ngaja kat sna... wakaka... len kali klu jupe ust aishah smpi kan salam sy yer.
to nasevh :
syukran atas ziarah
to de FiZLe :
yep..yg da latest..owh..insyaAllah!
salam adik..
waa..bestnyer g sekolah..
adik dah berlatih jadi waris ni. baguih2..
btw, skolah dah lawa sangat..thanks uploadkan gambar.=)
wsalam ateh..
hehe..waris jari hantu je=p
hehe..oren je tgk..hostel pn sm..
wokeh..ble nk mai sggh skolah?
lm x jmpe ateh..rnduuuu(^_~)
Post a Comment