25 September, 2009

Eid Mubarak 1430H

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, 'ala kulli hal br je abih mood beraya sakan umah orang. Tak sabar sebenarnya nak upload gambo2 ms 1st n 2nd day raya. Sebelum tu, ingin sekali diri ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada ummi wa abi, famili di Perak, Penang dan Melaka, guru-guruku sejak tadika sehinggalah ke universiti, sahabat handai sama ada pernah mengenali diri ini (SKJE,SKPTM,SMKANT,USIM), kawan2 di Penang (maap, x blk ry sn) dan juga kawan - kawan di alam maya. Salam aidifitri, maap zahir dan batin. Kullu 'am wa antum bikhair.

First Day Raya

Mulakan hari dengan solat subuh secara berjemaah. Kemudian breakfast dan bersiap sedia untuk ke surau menunaikan solat sunat aidilfitri. Suraunya tidak sesempit dulu lagi kerana kebanyakan pendatang asing ramai yang telah pulang ke negara masing - masing. Usai solat, terus menziarahi jiran terdekat. Petangnya bersiap sedia untuk ke rumah paksu di Lendu. Ada mesyuarat keluarga malam tu.

Bacaan tahlil sebagai permulaan mesyuarat

Sebelum terlupa, inilah raya pertama buat kami sekeluarga tanpa datuk di sisi. Pemergiannya pada 21 syawal yang lepas sangat dirasai terutamanya buat nenek. Pada tahun ini juga nenek tidak lagi membuat kuih raya. Katanya rindukan atok. Sayu hatiku mendengar rintihan nenek. Seakan anak2 dan cucu2nya dapat merasai, lantaran itu ada saja kuih2 raya yang dibekalkan buat nenek. Aku juga tidak lupa untuk membelikan nenek 2 bekas kuih raya dan 1 bekas serunding yang diimport khas dari Kelantan. Memang menjadi tradisi buatku untuk mengirimkan kuih raya kepada bonda dan nenda tercinta pada setiap tahun.


tengah berbincang ni..serius je sume

Perbincangan ini lebih kepada kepentingan keluarga. Antaranya Hari Keluarga yang akan dibuat pada 25 Disember 2009 di Port Dickson. Hari tu aku dah book untuk Family Day. So program len aku tanak join (hehe=p). Selain itu, tak lupa juga untuk mengkhabarkan berita setiap anak masing - masing. Kalau elok akhlaknya, maka eloklah responnya. Sudah tentu famili aku yang paling ramai untuk ummi bercerita tapi 5 minit tu pun belum cukup abis sebenarnya.


apabila playstation di mata..beginilah keadaan mereka


makan malam @ jamuan raya @ sambut besday


Menu raya khas dari air tangan Terengganu


Kek perisa cappucino menjadi pilihan hati


Along, Hannan, Ana n Alang

Raya kali ini sangat bermakna kerana kami sambut hari lahir bersama terutamanya Ana coz besday dia 1 Syawal. Of course setiap kali raya akan sambut hari lahir dia. Tiga beradik yang lain sebab masing - masing bulan September : Along (13 September 1989), Alang (23 September 1993) dan Hannan (26 September 2003). Kek ni sempat je cari kat Masjid Tanah. Nasib baik bakery tu bukak!


yeye..dpt duit raya!

Alhamdulillah, tradisi pemberian duit raya masih belum ditelan zaman. Setiap tahun kedatangannya sangat dinantikan terutamanya bagi kanak - kanak. Ada juga dikalangan kanak - kanak yang datang ke rumah bukan atas niat untuk berziarah tetapi nak dapat duit raya punye pasal. Adakah aku juga seperti itu?


Kanak - Kanak Riang 1 (najmi hakim)

Kanak - Kanak Riang 2 (luqman)

Kanak - Kanak Riang 3 (al-hadi)

2nd Day Raya

Berkonvoi 6 buah kereta dari Melaka ke Salak Tinggi. Sampai di rumah Tokteh & Nekteh, trus serbu makan tengahari kat cni. Meriah sungguh. 2 famili menjadi 1.


Famili Tokteh & Famili Hjh Normah


Famili Hjh Normah


Ar-rijal qawwamuna 'alan nisa'

dr kiri-paklang (anak tokteh), abg mael (my kazen), ust rozali (my dad), tokteh, mr jaafar (paklong), dr mazlan (paklang), dr nazri (pak uda) n mr mohd noor (pakteh)


guess what?

model raya 2009

Pengembaraan kami diteruskan ke Kajang, Batu 10 dan Batu 9, Cheras. Ada yang tak kenal gak tapi raya ni la baru nak berkenalan. Kebanyakannya sedara atok dan nenek. Berjalan sakan kami sekeluarga aritu. Kalau x silap, 7 buah rumah dari tengahari sampai ke malam. Banyak sungguh destinasi nak dituju. Pada waktu maghrib, kami singgah solat di rumah moyang (Toknyang & Neknyang) di batu 10. Lepas solat maghrib berjemaah, adakan sedikit tahlil dan bacaan doa selamat. Setiap rumah yang kami kunjungi, tidak kami lupakan upacara doa selamat kerana kebanyakannya sudah uzur. Mudah - mudahan setiap kunjungan kami ke sana diberkati Allah dan doa dimakbulkan. Ameen!


solat maghrib berjemaah

seronoknya dia makan sate!

Kami sampai di Melaka pada pukul 11++ mlm. Penatnya sungguh terasa. Bestnya raya kali ni. Moga dapat lagi menziarahi sanak saudara bukan hanya pada setiap kali raya saje tapi di waktu2 senggang. InsyaAllah. Semoga tirai Ramadhan lepas yang telah berlabuh menjadi titik tolak perubahan kita pada bulan - bulan akan datang. Ameen.

Kullu 'Amin Wa Antum Bikhair (^_~)


17 September, 2009

Pelajar UIA Mati Dibunuh: Dia Mewarisi Syahid. Kita?

Seorang pelajar UIA Gombak mati dibunuh oleh tentera Israel.أعلنت عائلة القدسي الدويك صباح اليوم، عن استشهاد ابنها الجريح عبيدة ماهر عبد المعطي القدسي الدويك ( 25 عاماً)، في أحد المستشفيات الإسرائيلية. Keluarga al-Qudsi ad-Duwaik telah mengumumkan pada pagi ini tentang kesyahidan anak mereka Ubaidah Mahir Abdul Mu'ti al-Qudsi ad-Duwaik yang berumur 25 tahun yang telah tercedera dan meninggal di salah satu hospital Israel.




وكانت سلطات الاحتلال أطلقت الرصاص على عبيدة على مدخل شارع الشهداء وسط مدينة الخل
بتاريخ 26/8/2009، وتمت إصابته بعدة عيارات نارية، نقل على إثرها لأحد المستشفيات الإسرائيلية وهو في حالة حرجة.Kerajaan penceroboh Israel telah menembak Ubaidah ketika di pintu jalan asy-Syuhada di tengah-tengah bandar al-Khalil (Hebron) pada 26/8/2009.

Dia telah ditembak dengan beberapa das tembakan, dan dia telah dibawa ke salah satu hospital Israel dan beliau ditahan di sana.وتتهم سلطات الاحتلال الشهيد عبيدة بمحاولة طعن جندي إسرائيلي على حاجز شارع الشهداء.Pihak penceroboh Israel telah menuduh asy-Syahid Ubaidah dengan cubaan menikam salah seorang tentera Israel yang sedang menjaga sekatan di jalan asy-Syuhada'.

More Info



Maklumat tambahan (daripada rakan rapat Ubaidah di UIA):

* Ubaidah memang terkenal sejak kecil aktif dengan program-program Islami di masjid, dan popular dengan nasyid dan syair-syair Arab berkaitan pembebasan Palestin.

* Ketika di jalan Syuhada, beliau dalam perjalanan ke tempat kerja, dan jalan itu memang terkenal sebagai tempat ramai orang dibunuh oleh tentera Israel kerana pihak Israel menguasai jalan tersebut dan sering mengadakan sekatan jalan raya.

* Pihak Israel tiada bukti menyatakan penglibatan Ubaidah di dalam kumpulan militan atau aktiviti keganasan, jadi pihak Israel mengada-adakan tuduhan kononnya beliau cuba menikam pihak Israel, supaya menghalalkan pembunuhan tentera Israel ke atas Ubaidah.

* Selepas ditembak, beliau masih hidup dan dibiarkan selama lebih kurang 30 minit, dan beliau dibelasah.

* Di hospital, pihak Israel menghalang orang Palestin daripada melawat Ubaidah.

* Beliau koma selama 19 hari.

* Beliau merupakan tahanan yang ke 1167 atau 1168 yang mati di dalam tahanan Israel.

Sumber


**Lihatlah dunia, betapa kejamnya mereka Israel Laknatullah. Namun begitu, syahid ini Ubaidah Mahir Abdul Mu'ti al-Qudsi ad-Duwaik telah dijanjikan syurga baginya. bagaimana pula nasib kita yg msih didunia ini??**


Teruskan memboikot barangan yahudi laknatullah. Tidak rugi anda memboikotnya. Percayalah! Janji Allah itu pasti pada mereka yang ikhlas berjuang di jalanNya.Ubaidah sudah mewarisi syahid. Kita ni apakah kesudahan kehidupan kita? Wallahualam. Koreksi diri di penghujung Ramadhan ini..

Bahagia bersama mereka!

Tanggal 13 September 2009..bermulanya suatu kisah. Hari itu merupakan hari kelahiranku yang ke -20. Sedar tak sedar, rupanya sudah 20 tahun hidup di dunia ini. Sememangnya semakin ditelan usia, semakin matanglah seseorang, maka semakin pendek usianya untuk mengadapi kematian.

Sebelum tu, ingin ku dedikasikan lagu ini buat diriku supaya menjadi suatu peringatan selalu


Ke Dalam Diri
Album : Pelita Hidup III
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Kusandarkan lelah
Di sayap malam merebahkan minda
Membius keharuman dunia
Nan bersleirat di relung jiwa

Kucuba lelapkan semua indera
Namun tak berdaya
Sejuta keresahan melanda
Tak membenarkan sepicing lena

Diriku bak cericau
Terpenjara di sangkar dosa
Daun pintunya sentiasa terbuka
Melunak kebebasan

Ya Rabbal Izzati
Kembalikan aku ke dalam diriku semula
Agar sempat untuk bersuara
Lafaz taubat nasuha

Ku bimbang seandainya tiada lagi buatku
Suatu hari menjelma bernama esok
Kuragui seandainya tidak sempat untukku
Menghirupi bayu walau sehela Cuma

Kuhanyutkan sisa
Dengan tadahan tangan penuh luka
Mengharap keredupan pawana
Langit akhirat terbentang megah

Lagu: Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik: Itolara (Gurindam Entertainment)



Sambut besday bersama warga SPMM

Tidak seperti dahulu, tahun ini dikira berbeza sedikit dedication yang diterima. Syukran pada semua yang sentiasa mendoakan diri ini. Moga kalian juga mendapat rahmat dan keberkatan dariNya. Kali ini sangat menarik. Ahli - ahli SPMM (k.janah, syu n kinah) telah bertungkus lumus untuk menyediakan suatu santapan menarik untuk kami sama - sama berbuka. Kirenye sambut trus la. 'Besday girl' kene buli. Tapi takpe, tak kesah pun. Janji ada orang masakkan!


ni k.janah tgh tumis bawang..nak masak udang..udang masak ape ye kak?


tadaa! ni la masakan k.janah...sedap oo tp aku x mkn pn=p

Masa k.janah masak ni..Ya Allah..harum semerbak..menyengat masuk lubang hidung sesapa yang bau. Sabo jela..nasib baik nak bukak posa dah. Kak Janah baik hati lg kiut (ada mcm ayat mengampu x? haha=p) turut membelikan udang dan ayam yang diimport khas dari Giant berdekatan. Terima Kasih kak! Jasamu akan ku kenang!

Meh kita tengok plak ape syu buat..

ni dari air tangan syu..masak lemak cili api

Syu pun apa kurangnya berkungfu di dapur. Memang padatla dapur tu dengan kami berempat. Ops! Lupe plak! Tertinggal sorang lagi. Kinah plak tugas dia potong bawang..potong ape lagi..sume keje dia la.. Aku just wat bende2 teknikal je..basuh ayam..buang sampah..basuh pinggan. Tu la pasal 'besday girl' kene buli. Takpe2...x sabo plak nak tggu besday 3 gadis comey ni. hehe (naik tanduk tetiba).

Nak dijadikan cerita, sekitar jam 645 petang, aku baru tersedar yang nasi belum dimasak lagi. Memang kalutla masa tu. Lauk dah siap tapi nasi tak masak. Geli hati aku. Terus segera menanak nasi. Alhamdulillah sempat juga nasi tu masak. Tak dilupakan, koktel kegemaran k.janah pun ada. Sedapnye!


jemput makan ye!

Masa iftor jamaie ni ada k.nana, k.shahira, k.yus, k.mar(ske pggl aku PA), kinah, k.janah, syu n k.maryam. Bertuahla dapat makan masakan 'orang ternama'. Bukan senang nak jumpa. Masing - masing ada komitmen lain. Jadi syukur alhamdulillah kerana diberi peluang untuk iftor jamaie. Kemudian kami solat maghrib berjemaah. Sape ye imam masa tu? Tak ingatla pulak. Huhu..

Tak banyak pun aku nak bercerita..cuma sekadar suatu peristiwa yang boleh dijadikan kenangan. Sem ni je nak bersama dengan k.janah. Apa salahnya bermanja sekejap. Rempit pun ok gak. Hehe=p Papepun syukran 'ala kulli hal. Ukhwah fillah abadan abada. Trase kuatnye ikatan ukhwah kita seolah - olah kita ni seakan adik - beradik.

To syu : bole jd isteri dh nti ni! masaknya pun sedap. kelakar tgk masa nti lupe besday ana

To k.janah : thanx kak. even org cop sy PA akk pn..sy x kesah coz dpt akk hepi go lucky ni mmg bestla..sakit perut tahan gelak..huhu..napela cepat sangat akk nak meninggalkan kami =(

To kinah : syukran kinah. sayang kinah. walaupun kinah tak masak (dapo x ckup), kire okla tu dapat iftor sekali kan. bestnye!

To my bestfriend : sedih sebenarnya nti lupe kt ana..huhu..terpinggir sekejap

Moga masih ada sisa-sisa hidup ini untuk mengecapi lagi nikmat seperti ini..

09 September, 2009

Ramadhan Oh Ramadhan!

Bismillahirrahmanirrahim..

Pertamanya, selawat dan salam kepada baginda Nabi Muhammad SAW, junjungan besar kita fil awwalin wal akhirin. Tak lupa buat Ramadhan Al-Mubarak yang kita lalui hampir 19 hari..masih lagi berbaki fasa yang terakhir. Moga masih ada kesempatan merasai fasa yang terakhir di mana terkandungnya Malam Lailatul Qadar (malam yang lebih baik daripada seribu bulan) juga tidak ku lupakan sahabat handai dan pelawat blog ini.

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna

Alhamdulillah..kini kita di fasa kedua ramadhan dimana fasa maghfirah (keampunan) dan rasanya masih belum lewat lagi untuk mengucapkan selamat berpuasa buat semua muslimin dan muslimat. Syukur ku panjatkan kerana Ramadan kali ini aku masih berpeluang merasainya. Sungguh, aku takut seandainya tiada lagi ramadan buatku..

Di fasa kedua ini, marilah kita sama-sama mempertingkatkan amalan-amalan soleh yang berlipat ganda. Bukan mudah untuk kita dapat bulan mulia sebegini. Setahun hanya sekali. Pulak tu 30 hari je. Jadi, janganlah kita sia-siakan bulan mulia penuh barakah ini. Mumkin disinilah bermulanya perubahan dalam diri kita untuk lebih mendekati Dia yang Maha Esa. Jadikanlah bulan ramadhan ini sebagai wadah untuk kita istiqamah pada bulan – bulan akan datang.

Disini ingin saya kongsikan amalan – amalan yang boleh diamalkan sepanjang bulan Ramadhan.


1)Membaca Al-Quran/Tadarus
Al-Quran, jadikan ia sebagai teman rapat kita. Sememangnya kita mempunyai banyak taklifat yang perlu diselesaikan tapi bijaklah mengatur waktu dan mengambil kesempatan untuk bertadarrus bersama teman – teman ataupun membacanya seorang diri. Jangan lupa untuk mentadabbur Al-Quran!

2) Berzikir
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, Astaghfirullah.. basahkan bibir kita dengan kalimah – kalimah ini yang menambahkan lagi mahabbah kita kepada Allah. Moga sentiasa menjadi amalan kita!

3) Melambatkan sahur
Ini bukan saya suruh tapi sememangnya merupakan sunnah. Sahur itu sekiranya tidak mampu untuk makan makanan berat, cukuplah sekadar segelas air masak atau susu bersama kurma sebagai pengalas perut. Hindarkan perut kosong sewaktu berpuasa. Utamakan kesihatan untuk kemantapan ibadah kita!

4) Mempercepatkan berbuka
Ramai dari kita banyak membazir sewaktu berbuka puasa. Hindarkan perkara – perkara sebegini. Masuk sahaja azan, cepatkanlah berbuka. Kurma elok dijadikan manisan mulut sebagai muqadimah berbuka. Hindarkan makan berlebihan dan mengikut nafsu. Benda halal pun boleh jadi haram tau!

5) Sedekah
Perbanyakkanlah sedekah kita di bulan Ramadhan kerana Allah melipat gandakan amalan kita serta meninggikan darjat kita. Di bulan puasa ini kita sebenarnya berkongsi rasa dengan orang – orang yang serba kekurangan, yang susah untuk mendapatkan makanan dan sebagainya. Moleklah kiranya andai kita dapat berkongsi rasa itu serta memperbanyakkan sedekah walaupun hanya seposen dua.

6) Terawih
Teringat kisah di mana para sahabat mahu mengetahui apa yang dilakukan Rasulullah sewaktu bulan Ramadhan. Para sahabat berlumba- lumba untuk mengikuti apa yang dilakukan Rasulullah iaitu solat terawih. Kalau sahabat sendiri berlumba untuk melakukan seperti yang dilakukan Rasulullah, bagaimanakah kita? Cukuplah dengan 8 rakaat andai tidak mampu untuk melakukan 20 rakaat. Tepuk dada, tanya iman!

7) Iftor jama’ie
Iftor jama’ie menjadi suatu adat kebiasaan bagi kita. Kemana sahaja iftar diadakan tidak kiralah di masjid, rumah, kampus dan sebagainya. Hikmah di sebalik iftor jama’ie ini mengeratkan ukhwah kita sesama muslim disamping kita dapat berkongsi makanan bersama. Oh! Indahnya Ramadhan!

8) Perbanyakkan amalan-amalan sunat
Jika buat, dapat pahala. Jika taknak buat, tak dapat dosa. Mudahkan! Andai Allah berikan kita pahala terus di depan kita, pasti kita berebut dan berlumba – lumba untuk mendapatkannya. Tetapi kenapakah Allah tidak melakukan sebegitu rupa? Fikir – fikirkanlah!



9) Qiamullail
Teringat sewaktu belajar di sekolah dulu sehinggakan berfikir kenapalah mudahnya kita melakukan terawih sedangkan qiamullail yang lebih sikit rakaatnya pun kita tidak mampu. Andai terawih kita mampu melaksanakan 20 rakaat, kenapa tidak tahajud, taubat, hajat dan witir kita laksanakan? Moga qiamullail menjadi malam ’berdating’ kita dengan Allah tanpa gangguan manusia yang enak dibuai mimpi - mimpi indah


10) Solat dhuha
Jadikan solat dhuha sebagai rutin harian kita di mana murahnya rezeki kita bergantung kepada solat dhuha. Amalkan ia supaya rezeki kita tidak disekat atau terhijab. Wallahualam

11) Mathurat 2x sehari
Amalan yang dikumpulkan oleh Sheikh Imam Hassan Al- Banna ini sangat bermanfaat kerana ia bukan sahaja sebagai pelindung diri malahan zikir – zikir ini sebagai doa untuk kehidupan kita.

12) Saling bermaafan
Hindarkan perselisihan faham, pergaduhan, bersangka buruk kita sesama muslim. Pohonlah kemaafan andai ada kesilapan pernah dilakukan. Takutilah andai doa kita terhijab!

13) Menambah ilmu pengetahuan (duniawi & ukhrawi) dan sebagainya
Ambillah masa yang ada dengan membaca perkara - perkara yang boleh meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah. Membaca pun juga dikira sebagai ibadah. Orang yang mengaku dirinya daie tetapi tidak mengambil masa untuk mempertingkatan ilmu, jahillah dia.


Dan tidak lupa amalan-amalan yang perlu dihindarkan

1) Mengumpat
Seandainya umpatan merupakan makanan kepada hati kita, maka hindarkanlah. Jadikan Ramadhan ini sebagai titik tolak perubahan kita untuk menjadi lebih baik daripada Ramadhan sebelum ini.

2) Suuzhon (bersangka buruk pada orang lain)
Tidak dinafikan terkadang kita bersangka buruk pada orang lain berdasarkan apa yang kita lihat. Sempadan Ramadhan ini kita jadikan sebagai medan tarbiyyah untuk berhusnuzhon dengan orang lain. Husnuzhon kan amalan mulia

3) Puasa sekadar lapar dan dahaga
Bukankah puasa sekadar lapar dan dahaga itu sebagai suatu yang rugi? Hanya mengikut adat sahaja, kita bersahur, dia pun bersahur. Kita berbuka, dia pun berbuka. Tapi sejauh mana amalan yang dilakukan? Adakah sekadar lapar dan dahaga? Inikan bulan penuh barakah dan maghfirah. Ambil kesempatan Ramadhan yang berbaki ini untuk mempertingkatkan lagi amal ibadah kita!

4) Maksiat
Hati ini tidak dimasuki cahaya andai ada titik – titik kemaksiatan. Apabila titik noda ini berkumpul, maka terhijablah hati kita untuk menerima ilmu. Begitulah bulan Ramadhan. Seandainya tiada perubahan dalam bulan mulia ini dan masih lagi meneruskan kemaksiatan, rugilah kita andai kita berjuta – juta memohon keampunan Allah tetapi kemaksiatan itu tidak kita hindarkan. Kita inginkan Allah mengampuni dosa tetapi kita tidak menjaga hubungan kita dengan Allah. Masih lagi ingkar dengan kemaksiatan yang dilakukan.Apa kes?

5) Tidur berpanjangan
Soal penat dan sebagainya sewaktu berpuasa bukanlah suatu alasan untuk kita terus tidur sepanjang masa. Jika orang lain mampu melakukan tugas – tugas berat seperti buruh sewaktu di bulan puasa ini, malulah andai kita ini hanya bekerja di bawah penghawa dingin yang nyaman.

6) Mendengar lagu – lagu yang melalaikan
Ramadhan sebagai medan tarbiyyah untuk meningkatkan amalan kita. Andai telinga dan hati kita setiap hari disajikan dengan lagu – lagu yang melalaikan terutama lagu – lagu cinta, rugilah kita kerana kita masih belum merasai nikmat ’university of tarbiyyah’ sebenar. Kan elok sekiranya ’Love Letters From Allah’ disajikan setiap masa. Allah dah bagi jalan, hanya kita je yang lalai!

7) Perkara – perkara yang makruh dan membatalkan puasa
Hindarkan perkara – perkara yang membatalkan puasa seperti tidur berpanjangan, memasukkan sesuatu ke dalam rongga dan sebagainya. Tidak lupa perkara – perkara yang makruh kerana perkara makruh itu amatlah mendekati kepada yang haram. Inilah cabaran kita menerima tarbiyyah dari Allah di ’university of tarbiyyah’ Tak gitu?


Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja...

Oleh itu, sama- samalah kita mempertingkatkan ibadah kita di bulan mulia ini kerana bulan ini merupakan bulan yang dimakbulkan doa, dihapuskan dosa dan diselamatkan dari azab api neraka.

Ayuh sahabat! Mari kita pasakkan niat, letakkan tekad. Jadikan Ramadhan sebagai medan mengutip mutiara maghfirah dari Allah..sama-sama mujahadah meniti mardhatillah..

Kencangkan tarbiyyah, tingkatkan ibadah!