05 February, 2010

RIndu yang Redha

hanya ingin meluah sedikit rasa
yang tidak terungkap dek bicara
malah tidak mampu untuk dikongsi bersama
cukup sekadar singgahsana ini aku bertakhta
aku mahu ke sana
menemani mereka yang ada
berjuang bersama mereka
berada di medan yang sama
tapi apakan daya
tanggungjawabku melebihi segalanya
aku mahu ke sana
suka duka dikongsi bersama
tapi aku tidak alpa
diriku bukan disana
tapi menggalas takhta
di suatu masa
yang tidak mungkin aku lupa
oh Allah
aku rindu mereka
tika mana dapat berkumpul bersama
menyanyi lagu indah dan derita
ubatilah derap - derap cinta
yang bersemadi di dalam jiwa
moga ukhwah terbina
menjadi saksi di akhirat jua


salam sayang..salam perjuangan..salam rindu buat sahabat semua...



Ya Allah..ubatilah kerinduan ini..biarlah kerinduan ini hanya kepadaMu..aku rela dan redha dengan ketentuan ini.


p/s: tidak pernah mengalami perasaan sebegini rupa. sedih~

3 comments:

Khazinatul_Asrar said...

moga kerinduan enti terlerai kelak ;)
semoga trus kuat ukhti~ take ur time ^_^

Sebutir Permata Yang Berharga said...

salam,
walaupun akk tak tau ape yg berlaku,tp akk pnh rasa perasaan ni dik.akk andaikan je eh...
awk pnh tau kn akk mglami hal ini dulu.awk pun tau betapa rindunya pada shbt2 tika kita mengalami mslh spt ini.tp kita kene tahan dik.utk slamatkan yg lebih besar.sabar dik.
akk fhm sgt2 perasaan ini.airmata sentiasa mengalir menunjukkan kerinduan pd shbt2.mereka pn begitu juga.itulah ukhuwah dik.Allah nk uji betapa utuhnya ukhuwah kita.apabila berjumpa pun tak mampu nk berjabat tgn,berpeluk mesra,bergelak ketawa,makan bersama.lenyap skelip mata.indahnya ukhuwah itu apabila menghargai apabila bersama.
di kejauhan hanya mampu berdoa smoga mereka dlm kedamaian,keselamatan,naungan Allah.teruskan bersabar,ia akn berlalu nnti.sabar utk cipta kekuatan.
akk doakan semua ini cepat berlalu.smoga awk terus tabah harungi dugaan ini ye.Allah nk uji adakah kita syg shbt melebihi diri kita.dan yg paling penting,adkh kita syg shbt melebihi syg kpd Allah?semoga Allah tetap yg paling utama ye.
barakallahufik...

Dx said...

dugaan adalah ujian......
selaamat berjuang

Post a Comment