apa yang sedang kita alami
terkadang kita cuba berkongsi perasaan sedih kita
tapi tetap tiada juga yang memahami
hidup ini dipenuhi dengan rakan taulan sekeliling
tetapi sebenarnya kita keseorangan
hidup bersendirian
jatuh bangun semuanya atas diri masing - masing
derita ini
sedih ini
hanya aku yang memahami
sehingga tidak mampu lagi untuk dikongsi
punya sahabat..
tapi ada di kala gembira
saat duka
hilang entah ke mana
hati ini
tidak sanggup lagi terguris
air mata ini
seringkali menitis
tapi tiada siapa yang tahu
aku punya Dia sekarang
sangat memahami
sangat menyayangiku
sehingga sedikit masa pun
tidak mahu menjarakkan diri dariNya
Allah..cukuplah Engkau bagiku
setiap saat
setiap masa
aku lemah
aku tiada daya
biarlah Ramadhan ini
hatiku disucikan kembali
mencari identiti yang semakin pudar
entah hilang ke mana
aku perlukan kerehatan
yang mungkin mengambil masa yang lama
untuk sembuh seperti sedia kala
sakit
terlalu sakit
terlalu perit
tak mampu mengolah dengan kata - kata
hanya Allah saja yang tahu
perasaan aku kini
mungkin ini sajalah cara
yang dapatku luahkan
kerana aku tahu
aku tidak sehebat mereka
aku tidak punya apa - apa
melainkan Dia yang menganugerahkannya
Allahu Akbar
pujuk hati kembali
untuk mencari jalan yang diredhai
rehatkan diri sempena medan tarbiah ramadhan ini
dekatkan diri padaNya semampu mungkin
kerana aku takut
aku dipaling jauh dariNya
0 comments:
Post a Comment