Alhamdulillah, aku dapat beraya bersama keluarga tercinta di teratak nenekku di Melaka. Cuma mungkin tahun ini agak kurang meriah memandangkan raya kedua keluargaku sudah pulang ke Parit Buntar. Lagi pula keluarga yang lain tidak dapat bersama pada raya pertama. Sedihnya. Tapi xpe. Ingat, aturan Allah itu adalah yang terbaik! Raya kedua kami sangat sibuk. Kunjungan tidak henti - henti dari sanak saudara di Salak Tinggi mahupun Kajang. Crowded sangat! Sampai ais batu pun tanak mengeras. Gamak btoi tuan rumah bagi air tak sejuk. Hehe. Thanx a lot to adik kesayangan, Husna sebab sudi untuk balik awal tolong nenek buat kuih raya plus buat ais ketul bebanyak dalam peti ais sampai padat. Last skali ais pun dah majuk tanak mengeras. Nak buat macam mana. Peti ais full kot!
Thanx to my angah sebab belikan baju raya tahun ni. Hmm..pikir jap~ Rasanya last 2 years pun dia belikan gak (^_~) Bukan setakat dapat baju raya angah bagi tapi dapat 2 pasang lagi baju yang angah bagi. Angah memang suka bagi baju kat anak buah dia. Suke3! Tapi macam mana la boleh tetinggal kat umah nenek. Nantila balik. Hmm..bile nak balik plak?
Nak ucap terima kasih gak kat nenek tersayang walau sakit - sakit camtu pun masih boleh masak untuk kami semua. Sedap sangat. Tetiap tahun rindu kat nenek punya nasi impit, kuah kacang, ayam masak lemak. Pergh..sedap! Makanan wajib kat umah nenek. Tahun ni cam biasa la, wajib beli 2 bekas kuih raya (usaha gak beli walaupun kering). 1 untuk nenek dan 1 untuk ummi. Fair and square! Walaupun belum keje lagi, kene beli juga sebab takut tak sempat nak berbakti plak nanti. Hehe=p
Tak lupa juga jumpe sume cousins..cousins from JB, KL, Subang dan Gombak. Sume 28 orang cucu Haji Jamaan. Alahai, takde gambar nak letak kat sini sebab raya pertama tinggal 3 famili je. Sedih btoi~
Raya di Parit Buntar, Perak
Pulang ke Parit Buntar menaiki Tren Senandung Malam (rasanyala~) dengan Husna dan seorang lagi adik di Maktab Mahmud, Farhana. Bermusafir dari jam 10.30 malam sehinggalah tiba ke destinasi tepat jam 5.30 pagi. Alhamdulillah. Banyak barang diangkut dari umah nenek ke baiti jannati. Yang best skali bila seat yang aku duduk tu sebelahnya kosong. Wah! Selesanya! Alhamdulillah, setakatku bermusafir seorang diri menaiki tren ktmb ni berulang untuk pulang ke kampung sentiasa bernasib baik dapat duduk sebelah kaum hawa juga (^_~)..Tapi dah banyak kali dapat 2 seat sorang2..suke3..(^_~)
Nak citer pasal raya di Parit Buntar. Sesampainya di baiti jannati, terus mesej Adilah dan Anis tentang perancangan kami untuk konvoi raya. Tak pikir dah penat masa tu. Kat kepala ni dok pikir tak sabarnya nak jumpe sahabat2. Dengan keadaan yang agak kalut, konvoi raya adhoc diteruskan. Terus calling2 Fathen, Izyani dan Anis untuk naik 'untaku' made in perodua. Unta putih ini memang berjasa. Thanx to my abi coz bg permission nak guna (^_~) Cuba tengok mereka yang naik ni. Sangat girangkan? Konon~
zoom tgk kt 2 org tu..siap peace lg!~ |
Berjanji dengan mereka jam 10pg tapi akhirnya dalam 1130 baru nak gerak keluar rumah. Banyak hal betul tak diduga. Adilah dan Ain datang rumah beraya. Pastu terus plan untuk raya rumah sape. Nak ingat jalan lagi. Almaklumla, kalau jalan yang tak pernah pergi ni, memang otak jadi blank kejap. Kejap jela, bukan lama pun=p Terima kasih buat Adilah coz susah payah buat peta untuk aku. Hehe. Last2 aku x mau tengok peta tu. Sombong btoi~ Haha. Gamak btoi Saadah~
Plan pertama, kami ke rumah Nana. Tatau nak cakap taman apa, yang pastinya dekat Bank Islam Parit Buntar tu laa~
Pilot 1 : Adilah
Passenger : Ain, dan Salihah
Pilot 2 : Saadah
Passengers : Fathen, Anis dan Izyani
Selepas aku meronda 1 Nibong Tebal untuk mengangkut passengers, terus mencari umah Nana di Parit Buntar. Dah janji dengan Adilah untuk sampai ke rumah Nana tepat jam 12.30tghri. Puas ku cepatkan untaku, menekan gear ikut suka suki. Tiba dengan selamat hampit pukul 1245. Ingatkan Adilah dah sampai. Rupanya kami lagi awal! Hehe. Haa..lupe plak. Nak mintak maap kat sume passengers yang menaiki unta kenariku kerana lambat sampai. Tapi korang muka puaskan dapat makan laksa umah nana. Sedap plak tu!
Agenda seterusnya ke rumah Fatin Fauzi. Sempat kami solat zohor kat sini plus dapat makan kek lapis sarawak dan kek cadbury. Best3! Fatin kata untuk org sambut besday arini. hehe. Terasa dihargai! Siap dapat makan laksa kemboja lagi. Ni la kali pertama merasainya. Enak sekali! Sampai boleh tambah lagi. Kalau sapa yang tak pernah rasa, kalau ada kawan2 original dari kemboja tu, try mintak diorang buatkan. Makan mesti nak lagi! Percayalah kalau tanak percaya pun =p
Meh nak tunjuk laksa kemboja. Cuba tengok. Kuah dia bukan melimpah cam laksa lain. Sikit je!~
Kemudian kami bergerak untuk ziarah Usth Aishah, ustazah yang sangat dirindui, mengajar kami bahasa arab masa SPM. Kali ini kami konvoi 3 buah kereta.
Pilot 1 : Saadah
Passengers: Anis, Fathen dan Izyani
Pilot 2 : Adilah
Passengers : Nana dan Ain
Pilot 3: Fatin
Passengers : Adibah, Solehah dan Salihah
Sampai umah ustazah, dah ada tetamu dari Batch 2000. La baksa. Kami masuk jugak. Lagipun diorang dah nak balik. Ustazah x henti2 layan tetamu. Memang x putus2 anak muridnya datang. Ustazah jamu makan mee. Sedap! Makan share2 sebab usth dok masak yang baru. Takleh la nak tunggu lama2. Masa pun mencemburui kami. Kami tak borak lama dengan ustazah. Lagi pulak ustazah borak dengan sahabat2 yang 4 tahun dah x jmpe usth. Bagi line kt depa~ Nx time nak mai lagi umah usth. Sebab mmg syok pun borak ngan usth ni. Banyak nasihat dan taujihat dapat. Sebab tu suka nak mai. Weeeee (^_~) Kalau dah mai konvoi ramai2 macam ni, alamatnya usth dah x nampakla aku. huhu. (usth kalo baca jgn amik ati naa..sj bg peluang usth smbg ngn depa) Tapi takpe, asma' kan ada. Asma' ni antara peserta badar yang kene train aritu. Dah pulak anak usth. Dah anggap usth n her family tu macam keluarga sendiri. So, dah x malu nak cerita kat ustazah (^_~). Mesti usth bangga kalo baca ni..hehe =p
bergambar dgn usth - credit to adilah belakang dari kiri - saadah, adilah, nana, usth aisyah, solehah, fatin dan ain depan dari kiri - adibah, fathen, izyani, salihah dan anis |
Seterusnya, kami berhenti solat asar di Masjid Jawi. Raya..raya jugak! Solat jangan tinggal! Sempat pulak depa pekena dadih kat depan taman jawi jaya tu. Tak aci btoi~ Dapat solat jemaah dengan Izyani. Best2. Teringat masa zaman sekolah dulu cuma mungkin suasananya agak berlainan. Solat bersama kawan - kawan yang sama. Syukur2. Tautan ukhwah kami bukan hanya sampai sini (^_~)
Kemudian, kami terus ke rumah Nina. Dah lama x jumpe Nina sejak keluar sekolah. Dok sekejap je. Bual2. Amik gambar. Then trus mintak izin untuk pulang. Umi pun dah warning suh balik sebelum maghrib. Tapi nak buat macam mana. Jam sangat kat situ. Jadinya sampai rumah dekat pukul 9 malam. Bersolat maghrib plus raya sekali kat rumah Anis. Lama x jumpe mak dia. Siap dapat makan bihun lagi. Best btoi.
dkt umah nina |
Tu la sedikit sebanyak raya sakan kami batch SPM 2006. Bila la nak ada reunion ni? Rindu nak jumpa kawan - kawan lama. dah hampir 4 tahun x jumpe dan inilah tahun bermakna buat aku. Dapat raya kat Parit Buntar. Tahun lepas x sempat nak balik n ziarah kawan2. Miss them so much (^_~)
13 September 2010
Tarikh bermakna buatku.
Satunya sebab aku balik Parit Buntar.
Keduanya sebab Konvoi Raya Adhoc.
Ketiganya sebab AKU DAH MENINGKAT UMOR!
Selamat Hari Lahir Saadah aka Durratul Akhyar. Anda sudah tua sekarang! Jadi perbanyakkanlah amal tu. Umur semakin pendek untuk mendekati mati. Beringat2. Tanam azam baru yok! Asik tanam je, kene lunaskan. Kalau tanam anggur pun, mesti dah siap buah. Ni tanam azam, x terlangsai2 lagi. Ist2. Ok2. Fokus! Sempena meraikan kelahiranku, banyak perkara nak buat
- Jadi anak solehah
- Pejuang Islam aka Pendokong Islam (bukan penyokong je)
- Cemerlang akademik dan sahsiah
- 10 Muwasafat Tarbiah..laksanakan!
- Kumpul duit nak ziarah Baitullah (insyaAllah ke sana nx year!)
- Tambah mujahadah lagi (Hehe=p)
- Nak selesaikan habis 30 juzuk (banyak maen tu x abih2)
- Quran jadi pendamping setiap masa
- Zikir sentiasa meniti di bibir
- Sedekah (jangan lokek nak menyumbang walau seposen..nanti nak citer bab sedekah plakla~)
- Solat dhuha setiap hari (wajib buat!)
- Solat Istikharah setiap malam sebelum tidur (wajib!)
- Qiam (modalku untuk bersama denganNya..bina kekuatan dalam diri)
ape lagi eh? ni je terkeluar..ada lg..hanya Allah je yg tau..hehe (^_~)
Buat mereka yang terlupa, xpela..biasalah tu..manusia nasiya~ Kirimkan untukku secebis doa moga apa yang dicitakan tercapai, diberikan kesihatan yang baik, diberikan umur yang panjang untuk meneruskan agenda dakwah walau di mana berada, diberkati hidup dunia akhirat. Ameen Ya Rabb. Syukran buat mereka yang wish.