Tinggal beberapa jam lagi Ramadhan akan meninggalkan kita
Perasaanku?
Tentulah sedih, hiba, sayu sangat~
Oh Allah, masih adakah Ramadhan buatku akan datang?
Sebulan Ramadhan menemani kita
berbulan madu dengan kita
Keindahannya..
Nikmatnya..
cukup terasa
Adakah aku bisa berdiri di atas kaki sendiri selepas ini?
Apakah perisaiku sudah cukup ampuh mendatangi bulan - bulan selepas ini?
Oh Ramadhan..
Kau pergi apabila cukup pada masanya
30 hari terasa begitu sekejap
Aku harapkan andai inilah Ramadhan terakhir buatku
Allah menerima semua amal ibadahku
lantas mengampuni dosa - dosaku yang lepas
Madrasah Ramadhan kali ini banyak mengajarku
Terutama pada makna kesabaran
Moga giannya aku pada Al-Quran, solat - solat sunat, qiamullail, zikir
akan sentiasa berterusan
Tak sanggup untukku melepaskanmu Ramadhan..
Engkau sangat bermakna buatku....
0 comments:
Post a Comment