30 March, 2011

Jom bersyukur!

Klas semalam..


Me: Ni surat mc sy. Maap lmbt bg

Dr: Sy perasan awk dh byk kali x dtg kelas. Sakit ke?

Me: Hehe (sambil buat muka comel)..saya..bla bla bla..

Dr: Owh..nanti effect kt anak awk. U have to discuss with ur future husband.

Tett!

Me: xpe..supplement ada! ubat sy mengelat (dalam hati)



3 minggu yang lepas..


Dr: Awk ni kene amik berat sakit awk. Sampai bila nak hidup camni. Jangan fikir nak cukup kelas 80% sebab tu awk sanggup ke kelas dengan keadaan awk mcm ni. bla bla bla (bebel dr ni)

Me: Huhu..cukuplah2 tu (dalam hati). Muka x berperasaan..

Dr: dengar baik2 apa yang saya cakap. Awk tu...setakat mc sy boleh bg bebila masa tp awk kene la amik kisah sakit awk ni. Bila next amik darah?

Me: Hehe..bulan lepas. Bulan ni x nak amik dah!

Dr: Jangan degil. Dengar cakap sy

Aku pun keluar dengan muka x puas hati kt Dr tu. Sabo jela.


Bukan nak bitau kat cni sakit yang aku alami tapi selagi mana aku mampu bertahan, aku masih bleh teruskan hidup ini. Memang mungkin itu suratan yang akan berlaku tapi selagi mana aku diberikan umur yang panjang, aku akan selalu optimis bahawa semua itu tiada di bawah kuasa manusia. Yang lebih tahu hanyalah DIA sahaja. Dia tahu apa akan jadi padaku akan datang. Dia lebih tahu episod hidup aku. Aku? Berserah dengan takdir? Tidak! Aku mencari jalan yang lain~ (Alasan)

'You will give effect to ur baby soon'

'This is about your future! You have to think it from now!"

"Takkan dah sakit teruk baru nak amik tau?"

Aku dah muak dengan ayat2 ni. Memang aku degil. Kepala keras. Takkan lembut kot. As soon as aku boleh berdiri seperti biasa, pergi ke kelas seperti orang normal, senyum macam takde pape berlaku. Itukan satu kegembiraan yang SANGAT BESAR utk aku! X percaya? Xnak caya sudah!~

Yang menyihatkan tubuh badanku itu Dia
Yang memberi kesakitan itu pun Dia
Yang mengembirakan aku itu Dia
dan yang menyedihkan aku juga adalah Dia

Dialah Allah Ya Rahman Ya Rahim!

Indahnya caturan Allah. Kita dihadiahkan kegembiraan dan kesedihan. Kita dikurniakan juga kesihatan dan kesakitan. Kita dapat merasai segala - galanya. Ucap alhamdulillah sume! Hidup kita ini sentiasa diwarnai susah dan senang. Daripada itu kita bisa menikmati air mata, gelak tawa, suka ria. Oh! manisnya hidup! Jom ucap syukur pada Allah (^_~)

Jadi, jangan putus asa dari rahmat Allah ye. Sebab rahmat Allah ni mengatasi kemurkaanNya. 

Teringat kata - kata seorang sahabat dalam perjumpaan yang singkat

Kita ni jangan asik menghitung ujian yang kita terima tapi kita hitunglah nikmat yang tidak terhingga

Contoh, assignment tak sempat siap. kene hantar sejam lagi. Dengan rushingnya kita menyiapkan. Tiba - tiba Allah permudahkan. Class cancel.

Kalau keadaan sebegini, kita selalu fikirkan masyaqqah atau ujian yang kita lalui tu lah yang terlalu besar. Tak sempat buat assigment sebab banyak sangat meeting, banyak sangat discussion, banyaaaaaakkk sangat komitmen. Tetiba laptop hang la, pendrive masalah la. Kita pun cepat merungut. Tapi sebenarnya yang BESAR itu adalah nikmat yang dikurniakan Dia kepada kita. Apakah itu? Class cancel la. Itulah nikmat yang Allah bagi.

Jadi, marilah kita muhasabah diri kita sejauh mana kita menghitung nikmat dan ujian dariNya. Hitunglah nikmatNya lebih daripada ujianNya

Nikmat..nikmat..nikmat

ูَุงุฐْูƒُุฑُูˆْู†ِูŠ ุฃَุฐْูƒُุฑْูƒُู…ْ ูˆَุงุดْูƒُุฑُูˆุง ู„ِูŠ ูˆَู„ุงَ ุชَูƒْูُุฑُูˆْู†ِ

“Maka ingatlah kalian kepada-Ku niscaya Aku akan mengingat kalian dan bersyukurlah kalian kepada-Ku dan jangan kalian kufur.”

Ucap lagi alhamdulillah!



ูˆَุงุดْูƒُุฑُูˆุง ู„ِู„ู‡ِ ุฅِู†ْ ูƒُู†ْุชُู…ْ ุฅِูŠَّุงู‡ُ ุชَุนْุจُุฏُูˆْู†َ

“Bersyukurlah kalian kepada Allah jika hanya kepada-Nya kalian menyembah.”

Ok. bukan hari ni saja kita bersyukur. Tapi tiap - tiap hari tau!

Syukur dipanjangkan usia.
Syukur diberi nikmat kesihatan.
Syukur dilahirkan sebagai seorang Muslim
Syukur kerana masih ada iman dalam hati.

Jom bersyukur!~

2 comments:

Macedonia said...

...^_^. assalamualaikum,

syafakumullah, ukth... tambat dulu tali kekang unta baru tawakal hehe, jgn marah.

tapi kalau kekasih Allah pula, macm Nabi Ayub dia cakap:
aku malu meminta kesembuhan dari Tuhanku, sedangkan sebelum ini masa sihat yang Tuhanku berikan sudah terlalu panjang, berbanding dengan masa sakit aku ini.
(sweetkan)

Rabiah pula: Kenapa aku perlu berjumpa tabib, sedangkan kekasihku yang memberikan ini padaku, dan Dia lebih tahu kemaslahatan diri ini

: Wahai fulan kenapa, kau mengikat dahi dengan kain putih, dan mengaduh sepanjang jalan.

:aku sakit

:kenapa kau lakukan sebegitu, seolah-olah kau mahu menceritakan kezaliman Tuhan keatas kamu, sedangkan sewaktu Dia berikan kesihatan, kenapa kau tidak perlakukan begitu, menyebarkan pada orang sekeliling...Tuhan yang Maha baik memberikan aku kesihatan.
(tak gitu ukht)

Bye Ukth, elok-elok ye jaga diri.Semoga Allah memberkati hidup kamu.

Mehmed Aimi said...

Hari ini kita bersyukur,
hari esok tambahkan kesyukuran,
dengan nikmat pemberian Allah,
itu sifat seorang hamba...

'Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan nikmatku kepada kamu dan jika kamu kufur / ingkar, sesungguhnya azab Ku amatlah pedih' - Ibrahim: ayat 7

teruskan bersyukur dan berbaik sangka dengan Tuhan....:)

Post a Comment