01 October, 2011

Memori Indah di Taska

Bismillah..

Fuh..lama benar tak update blog ni. Siyes ngaku..SANGAT MALAS! Hahaha. Takdela malas sangat pun. Just buat2 bz je. Cuti lagi bz dari hari biasa. Saje nak conteng - conteng tambah koleksi post je pn. Rindu tetiba kenangan lalu. Nanti kalau tua - tua boleh buat review balik citer2 lama aku dolu2. Banyak betul kenangan.

Keje kat taska

Alhamdulillah. Aku saje - saje gatai tangan mintak keje kat taska. Tapi seriously aku memang x boleh hidup kosong tanpa buat pape. Jadi saje cari pasal jaga budak - budak kejap. Sejambak terima kasih buat K.Qayah yang offer aku keje kat taska. Play school sgt best!~

Alang - alang aku x nak balik penang (ampun kt senior2 aku=p), aku pun duduk la nilai tercinta ni sepanjang ramadhan. Sambil2 cari duit utk family (family ke ms dpn ni). Dapat gakla setiap hari p solat terawih walaupun badan seharian letih jaga budak - budak yg hyperactive!

Tiap2 hari masuk keje b4 jam 7pg. Paling awal aku p 6.30pg. Paling lewat dalam rekod kul 11 (sbb aku pindah umah). Balik paling awal 5.30ptg. Paling lewat 7.30 ptg. Tapi mostly setiap hari balik pukul 6.30 ke atas la. Sebab ada parent baby tu keje KL. So terima jela. Seriously, aku tak penah rasa nak mengeluh pun. Even dah bagi mandi baby wangi2 sebelum mama dia datang amik, tetiba kul 6 dia berak plak. Aku tetap stay on track lagi. Basuh jela. Sebab banyak benda tau aku belajar. Tarbiyatul aulad (tarbiah anak - anak) Masa ni la kita belajar erti sabar. Belajar jadi ibu mithali. That's why ada budak - budak yg called me 'Mama'! =p

Serius sangat, masa tengah taip post ni terngiang - ngiang budak - budak comel tu panggil mama. T_T

Ble aku leh jumpa diorang ni? Huhu. Kalau orang yang nak masuk kampus pun boleh terkene homesick. Aku ni tataulah nak kata sick ape. Kidsick bole x? Memandai je buat istilah. Huhu. Dalam seminggu keje 5 hari je. Aku jadi kidsick tu bila datang hujung minggu. Hari sabtu & ahad confirm aku akan tengok picture2 diorang dalam hp! Siyes weh! Kanak - kanak sangat best! 

That's why they called me an expert! Hehe. Bangga ckit coz ada isteri lecturer usim yang keje as my partner pun puji aku kat orang lain. Ni aku dengar dari mulut orang lain ok. Takkan la nak puji depan2.

Saadah tu sangat cekap masak bubur. Dapat handle budak - budak dengan baik. Tak macam orang kekok pun.

Hehehe. Siyes malu weh~ 

Aku memang suka budak - budak. Bukan setakat suka nak dukung2 or main2. Tapi suka nak jaga. Ada setengah orang just suka main2, cubit2 camtu je. Jaga takmau. Baik tak payah. Tak retila apela. Ok. Me too. Aku pun tak reti jugak dulu. Tapi dah beradik 9. Bolela guna experience dulu2. Tapi kalau nak ikutkan, adik aku yang bongsu pun dah umur 8 tahun. Darjah 2 dah tu. Kiranya dah jauh beza la nak pegang - pegang baby ni. 

Tapi kan aku dah kata tadi. Saja nak test diri boleh ke tak dengan baby - baby yang byk ragam ni. Tu yg apply keje tu. Ada jugak mulut2 yang kata 'saadah ni boleh ke nak jaga budak2, garang dahla macam singa!' Hahaha. weh. Dont underestimate me ok?! I can do better than you la!  Err..bukan marah pun. Relax sudah.

dinding taska yg menarik!~

Jaga budak2 sangatlah best. Dahla comel. Pastu nak duduk atas pangkuan kita plak. Pastu nak mintak itu ini. Masa ni memangla aku rasa tak sanggup nak marah budak2. Kalau ada budak tu pergi buang air kat lantai taska. Takdenye aku nak marah. They still a kid. Ajar jela lepas ni nak buang air kat toilet tau. Ni tempat bersih. Takde lubang nak buang air. Dalam toilet ada lubang boleh buang air. See? Simple rite? Jaga budak2 kene ada pendekatan. Bukan main touch n go je. Tapi touch n hold la ckit. 

Sebenarnya aku tak tengok sangat pun brape byk gaji yang masuk. Tu bukan paling penting tapi memang penting la. Takkan la ummi n abi still nak sara hidup aku. Dah masuk umur 22 dah September baru ni. Dah keje pandai cari duit sendirila. Nak pulak aku ni memang PAMA (sume mak ayah tanggung). No scholarship at all. Sian aku. Yang best skali aku blaja kan..i still keep in touch dgn majikan aku. They still ask me 4 help kalau tetiba baby - sitter tak cukup or ada hal. Best weh. Berkebajikan! Tapi yang sedeynye aku masih belum ada masa nak penuhi permintaan tu. Tunggu cuti bolela. 

1 lagi..aku kenal family budak2 tu. Tahu cane nak urus budak2 meragam. Learn from kids la. They still young and need our attention. Ada tu budak2 yang hyperactive sampai paksa tidur pun taknak. Last skali, esok tu mak dia komplen anak dia semalaman tido kat umah takmau bangun. Nak buat cane. Aku dah suh tido. Suh qailullah lagi. Depa yang takmau. Tapi mostly kul 12 tengahari sume dah tido. Kul 3 nanti pakat bangunla. 

Eh..jangan ingat taska xde jadual tau. Ada masa budak - budak minum susu. Ada masa kene mandi. Masa tidur. Masa main. Masa makan. Masa belajar. Sebab tu kalau masuk 3 tahun yang duduk taska, dah boleh kenal ABC, no 1 - 10. Siap lagu2 kene nyanyi. Sebab tu aku tak tension jaga budak2. Seriously best! Daripada aku mengadap orang tua2 yg banyak masalah, baik aku ngadap budak2 ni lagi bagus. They always smile and smile. Wah! Dah jadi pengarang jantung ni!=p

Kisah mereka

Banyak plak citernye. Meh nak tunjuk gambar. Sorila entry aku kali ni memang santai. Penuh dengan cerita. Takmau baca, bolela out. Aku silakan.


Comel kn? Ni namanya Sheikh Thaqif. Panjang nama dia. Aku pun tak ingat. Salu panggil Thaqif je. Kiut kan? Sampai ada nak scan tengok hari2 tu. Hahaha. (Jangan marah=p) Budak ni ligat betul. Masa aku jaga dulu baru 18 bulan. Aku masuk keje bln 8. Dia pun masuk bulan tu jugak. Kata mama dia, orang gaji lari. So kene hantar taska. Ya Allah. Budak ni ligat amat! Takleh tengok bilik air n pintu utama terbuka. Mesti dia merangkak dengan laju nak terpa ke sana. Salu tak sempat nak kejar. Sebab budak ni hyperactive sangat. Tidur susah kalo budak bising2. Makan banyak plak tu. Kalau aku ada kat dapur, sure dia kejar. Geram btoi budak ni. Dahla comel. Tapi paling best bila sebut nama Thaqif banyak kali. Mesti dia datang punye kat aku sambil sengeh2. Comel weh! Comel dari korang! Hahaha. Mata dahla bulat, rambut ada ombak2 camtu, mata melentik cam pompuan. Geram betoi! Rasa nak amik bawak lari je.

air liur tu abaikan. bdk kecik comel je. kalo org dewasa keluar air liur cmni x comel k!

Saje nak taruk besar2 supaya korang boleh tengok kiut miut diorg dengan jelas!

baby madihah, 4 months

Baby madihah ni adalah yang paling banyak meragam. Tapi aku suka jaga dia. Geram. Pipi montel sangat. Hanya dia sorang - sorang jela yang sempat aku record masa time aku cakap ngan dia. Paham je ape aku cakap. Geram. Geram. Geram. Rindu!~ Dia ada sakit kulit ckit. Leher salu naik ruam2. Dah montel sangat sampai angin xleh nak lalu kat leher. Tu yang naik ruam2. Macam2 dh buat. Ada je pesanan ibu dia kat aku. Hari ni pakai ubat ni. Esok pakai ubat lain plak. Ikut jela. Madihah ni plak jenis minum susu ibu. Susah kalau susu yang ibu dia bekalkn tiap2 hari kalau habis, nak kene pakai susu tepung lak. Tu yang sakit tu. Nangis je manjang. Sampai aku bagi dia tidur pun, dia tak tidur2. Aku yang mengantuk. Penah sengguk tau jaga budak ni. 

Penah dalam sejarah sume budak2 ni demam. Aku je kekal sehat. Hari last puasa, madihah demam. Panas amat! Aku jagala dia. Melalak sampai aku jadi risau sangat. Pas kat orang lain yang dh status ibu la yang jaga. Sampaila dia tido. Sedih tau kalau budak sakit2. Menyentuh perasaan aku yang keras di luar, lembut di dalam ni. Sampaila malam tu aku rasa badan aku dah start panas2. Menggigil 1 badan. Jaga budak punye pasal aku pun kene demam skali. Takpe. Tadhiyah tinggi tu. Nak raya demam2 la plak. Then mak sedara kol tanya bila nak balik melaka. Aku dengan lemahnya 1 badan berbungkus (nasib dah berenti keje) tak larat nak balik. Last skali mak sedara aku malam tu jugak amik aku. Yela. Aku sorang2 kat nilai tau masa tu. Anak dara plak tu. Ist2. Allah kan ada (^_~)

Dzafrie, sebaya Thaqif
Dzafrie ni lagi manja. Suka gelak plak tu. Geram tau. Tapi kalo lepas minum susu, tak bagi dia sendawa. Siapla baju korang nanti. Habis dimuntahkan segala isi perutnya. Aku akan pastikan dia sendawa sebaik je dia habis minum susu. Tak terkawal budak ni muntah. Aku dah kene sebab tu aku berjaga2. Haha. Paling suka bila dia asik nak panjat dok atas riba kite je. Tapi bukan bermakna dzafrie takleh survive. Dia akan ralit kalau bagi mainan pape. So senang la nak tukar pampers ke or nak bg dia delay kejap apa yg dia nak. Hehe. Taktik tu. Kene belaja ok? Memang comel. Gambar atas tu masa dia demam. Aku nangis tau masa dia demam. Tak sanggup tengok budak2 ni nanges derita tahan kepanasan maksimum camtu. Cecepat mintak tolong sahabat belikan cool fever. Aku still pakai tau cool fever ni walau dah besar. Ummi salu tempek kat dahi aku kalau aku demam panas. 

So aku taula cane perasaan ibu2, mama2, ummi2 yang anak dia tengah sakit. Kalau aku yang xde anak ni pun boleh nangis tengok budak2 ni kesakitan, apetah lagi yang penah menumpang rahim si ibu selama 9 bulan. Hanya orang yang pernah rasa je tahu. Sayang tu lebih dari segalanya tau. Sanggup berkorban duit sume tu utk anak2. Tak pikir dah x cukup duit ke apeke. Janji anak sehat. Huhuhu. Tarbiah Allah lagi aku dapat. Cantikkan percaturan Allah. Kalau teringat camni, mesti aku cecepat pegang tepon call ummi. I miss u a lot Ummi! T_T Sebak kejap. Lama dah ni aku tak balik. Huhu. Halalkan segala2 perbuatan anakmu ini

Kalau nak cerita, sampai ke sudah tak habis cerita aku ni. Tapi banyak sangat tarbiah yang aku dapat jaga budak2. Aku dapat maximum tenaga. Emosi dah stabil. Banyak belajar untuk berlapang dada. Banyak tak terkira. Syukur sangat coz Allah mencampakkan aku kata dunia taska. Walaupun sebulan tapi sangat bermakna!

Aku rindu kat suma budak - budak comel. Nanti nak upload la yang lain. Tunggu!~

Fatini, Iman, Aqil, Nafiz, Nazif, Afif, Ahmas, Faqihah, Khadijah, Madihah, Dzafrie, Thaqif always be in my heart (^_~)

Sikit je budak tapi gaji lumayan ooo. Hehehe=p

Tetiba nak quote ayat2 bdk2 ni

'Cejuknye mama..cejukla mama..cejuk..'
'Mama, nak susu'
'Mama..mama..tuuu..'(sambil tunjuk kalo Ahmas tungging botol susu orang lain)

Hehe..Sekian coretan aku petang2 ni. Janji tak tidur pas asar (^_~)


ni la taskanya..awesome rite?


Persediaan itu penting


Pesanan kat sume yang baca blog aku ni. Sebelum nak ke alam lain, praktisla dari skang. Jangan tunggu sampai esok. Like me, walaupun aku tak kawen lagi. Anak lagi la xde (anak tekak ada la). Be prepare from now. Sebab persediaan tu kene sebelum. Bukannya dah ada anak baru nak praktis. Samala macam keadaan aku skang ni. Walaupun lambat lagi nak kawen. Calon pun takde. Bukan bermakna ada calon baru nak cari buku pasal rumahtangga, tarbiyatul aulad sume tu. Tapi isi ilmu di dada dari sekarang. Dah start learn perbezaan wanita dan lelaki. dah start belajar masak kat umah. Jangan dok bagi alasan takmau masak sebab lambat lagi nak kawen. Aku ketuk je orang camni. Takkan mak kau sakit, kau taknak masakkan. Takkan nak suh maid buat jugak! Haish~ (emo la plak)

baitul muslim


Sebab kita tatau ape akan jadi akan datang. Selalu bersedia dan redha apa juga terjadi k.

Ada buku - buku best tau yang aku baca. Buku yang islamic ada. Buku yang orang2 barat tulis pun ada gak. Ilmu tu perlu dikutip kat mana pun kita berada.

Takpela. Sebelum nak ke tangga baitul muslim, baik prepare jadi fardhul muslim dulu (individu muslim). Kalau hak Allah pun kita sambil lewa, jangan kau nak memandai2 nak naik tangga seterusnya (baitul muslim) plak. Selesaikan hak Allah dulu. InsyaAllah Allah sentiasa bagi ape hak hambaNya. Always keep your praying.

Ok. Mood hepi skang pas update blog.


Puas amat!~

0 comments:

Post a Comment