17 June, 2012

Indahnya hidup bersyariat

Bismillah..

Maha Suci Allah yang telah membangkitkan kita sehari lagi pada hari ini. Alhamdulillah.

Sekarang saya sudah hampir tamat ke garisan penamat bagi semester terakhir saya (Sem 8) sebelum bergelar graduan USIM. Hanya tinggal 3 minggu lagi untuk menghabiskan sisa - sisa terakhir di bumi Johor yang penuh barakah.

Pejam celik. Pejam celik. Rupenye final year. Rasa nak flashback balik semua kenangan yang dilalui. Teringat masa mula - mula lapor diri dekat KPJ. Kekok pun ada. Yelah. Kat tempat baru. Tak kenal sape2. Dah pulak sorang2 je kat Johor yang permai ni. Memang lawak kalo nak diingat. First time jumpa bos, nama bos pun tak tahu. Nampak sangat tak kaji dulu sebelum datang. Bos masih muda. Still single. Bos memang meletakkan expectation tinggi dekat staf dia terutama practical student. Sebabnye practical student ni kan sume high level education. Belajar tinggi2. Ilmu tu mestilah lebih dari staf biasa masuk pakai spm je. Oh. Takde niat eh nak merendahkan sesiapa. Bagi aku, experience is the best teacher. Tak kisahlah level education tu tahap mana sekalipun. Tapi keep on learning la.

Masa memula masuk, memang macam - macam yang ditanya. Daripada nama sampailah ke tempat belajar. Rasa terhibur pun ada bila dapat berkongsi pengalaman kita di kampus dengan staf di sana. Nak mengenali manusia tu bukan dalam masa sehari tapi berhari2 atau mungkin berbulan2. Orang yang bercinta bertahun - tahun pun belum tentu dapat memahami antara satu sama lain. Apentah lagi orang yang baru nak mengenali alam pekerjaan. Aiwah!~

Dekat KPJ ni, sempatlah mengenali seseorang. Masa kat sinilah kenal seorang kawan. Tu pun setelah beberapa minggu dapat menyesuaikan diri di sana. Walaupun kami tidaklah sebaya. Tapi kami serasi bersama.Tak pernah tahu latar belakang hidupnya sehinggalah dia menceritakan segala - galanya. Mula - mula tak percaya juga. Dengar jelah kisah hidup dia.

Dia pun pandai korek rahsia aku. Tanya macam - macam. Sampai penah tergelak sakan bila dia penah tanya,

'Macam mana ye orang macam Adah ni bercinta? Teringin sangat nak tahu'

Comel kan soalan camtu.

Dia selalu cakap dunia kami berbeza. Kawan berbeza. Cara berpakaian berbeza. Pandangan pun berbeza. Tapi, kami serasi =)

Aku bersyukur punya kawan sebegitu. Tak pernah sedikit pun nak ungkit atau nak usir dia dari hidup aku walaupun kami berbeza.

Baru - baru ni penah dia cakap,

'Adah tau tak, kalau akak tak kawan dengan Adah, akak mesti takde kawan macam Adah.'

Aku tersenyum.

Bila pikir - pikir balik, mungkin dia memang rasa camtu. Tak pernah berkawan dengan orang macam aku. Aku bukannye baik sangat pun tapi bagi dia, di matanya sume baik - baik walaupun tahu aku ni jenis gila - gila remaja jugak. Hehe :p

Gila - gila remaja, takpe! Janji syar'ie!

Bagi aku, ini bukanlah kali pertama aku berkawan dengan orang sepertinya. Manusia ada berbagai - bagai jenis manusia. Mungkin dia anggap kawan aku semua yang baik - baik sahaja. Eh, silap tau. Tapi yang paling rapat, awaklah orangnye!~

Walaupun tahu dia selalu cerita pasal aku dekat famili dia. Aku senyum je. Berdoa semoga keikhlasan ukhwah ini sentiasa diberikan ganjaran oleh Allah.

Aku tak kawan dengan dia sebab cantik. Aku tak kawan dengan dia sebab dia bergaya. Aku tak kawan ngan dia sebab dia kurus. Ops!~ hehe. Aku kawan dengan dia kerana Allah.

Allah menitipkan perasaan kasih dan sayang terhadap saudaranya. Kalau sudah Allah mencampakkan perasaan itu, hargailah nilai ukhwah yang ada. Mungkin hari ini dia tersungkur, memohon pertolongan dari aku. Mana tahu suatu hari nanti, aku pula yang tesungkur meminta bantuan dan sokongan darinya? Who knows?

Hidup ini memang untuk memberi. Bukan untuk menerima. Bagaimana untuk menerima kalau kita tidak memberi? Seteruk mana pun dia, dia tetap kawan aku dunia akhirat. Tak perlu diucap dengan kata - kata. Cukuplah hanya doa dititipkan buatnye semoga dia istiqamah.

Sejak mula masuk di KPJ, melihat, memerhati orang sekeliling, aku niatkan dalam diri.. mereka ini mad'u ku dan inilah lapangan dan medan dakwah yang aku harus tempuhi.

Bermuhasabah sejauh mana dakwah yang telah ku usahakan walaupun tak mampu menarik semua sekali untuk kembali padaNya. Tapi cukuplah aku masih berusaha supaya tidak melepaskan 'mereka - mereka' yang ada di genggaman. Moga Allah meredhaiku dalam setiap perjalanan dakwah ini.

Macam - macam perasaan ada. Suka. Duka. Ketawa. Menangis. hehe. Tak nak cerita la yang sedih tu. Redha jelah ape yang berlaku. Tak perlu nak memusuhi dan tak perlu untuk dimusuhi. People do mistakes. Dah nak buat macam mana. Takde yang sempurna (^_~)

Pernah ada sorang staf duduk dekat2 n cakap,

'Adah, kita nak pakaila tudung macam Adah. Labuh melepasi bahu. Kekadang rasa insaf jugak. Kita tengok Adah pakai kemas je. Kita pakai gelembung - gelembung. Sebab tu tak pakai'

Aku sengeh je. Comel kot. Lalu aku pun bagilah tips2 sikit. Hidup ni kan kene memberi =)

Pernah jugak ada sorang staf Chinese lady tegur,

'Kenapa ye you pakai tudung labuh2 camni. Selalu I tengok orang pakai camni orang tua je. I dah lama nak tanya you masa memula you masuk'.

Lucu kan soalan dia. Aku pun explain la. Sepanjang aku duduk di KPJ. Inilah kali pertama staf tegur macam tu. Yang paling penting itu chinese tau. Bukan melayu. Orang melayu lain tak berani nak komen or tanya bende2 camtu direct dekat aku. Maybe takut aku sound agaknye. Hehe.

Tapi kawan aku yang aku citer kat atas tu. Dia cuba la nak jaga aurat dia. Dia pulak yang kene sound dengan staf2 lain kononnye pelikla apela. Keep strong my dear. Hidup ni bukan untuk kita dengar celaan orang. Apelah sangat kutukan manusia tu daripada kutukan Allah. Selagi mana Allah meredhai kita, teruskanlah dengan prinsip hidup kita. Berpegang dengan Al - Quran dan Sunnah.

Macam - macam kan. Itulah cabaran dalam dunia yang biahnye bukanlah Islamik walaupun diterajui oleh orang - orang Islam. Yang penting, kita jadilah seperti benih yang memberi hasil. Walau dicampak ke mana pun, mampu memberikan hasil dan manfaat kepada orang lain.

Entry ni bukanlah untuk berlagak atau seumpama dengannya. Tapi just nak share kehidupan seorang muslimah yang dulunya hidup dalam biah solehah di sekolah dan kampus, kemudiannya berada di dunia yang berbeza dari dunianya yang asal.

Mungkin akan ada persoalan seperti,

'Mesti culture shock kan?'

'Tak rasa pelik ke lain dari yang lain?'

dan mungkin macam - macam soalan lagi orang akan tanya.


Hasbuna Allah wa nikmal wakil, nikmal maula wanikma an-nasir

Cukuplah Allah bagiku. Islam itu sudah syumul. Meliputi seluruh kehidupan kita. Bukan hanya pada ibadah semata - mata. Kalau meletakkan keredhaan Allah di hadapan, pasti kita akan usir segala kata - kata yang tidak baik dari manusia.

To be honest, yang menguatkan kita itu adalah Allah. Campaklah ke mana - mana sekalipun. Andai Allah sentiasa di hati, kita pasti boleh melakukannya. Janji kita ada prinsip yang syar'ie. Bergaul dengan sesiapa sahaja tapi masih ada limit.

Indahnya hidup bersyariat. Bunyi macam tajuk buku dah. Tapi itulah hakikatnya. Bukannya kita mengejar dunia semata - mata tapi kita turut mengejar akhirat. Biarkan apa orang kata. Asalkan kita tidak terus menerus buat dosa yang sama.

Sampaikanlah walau satu ayat. Itu pesan Nabi. Mudah kan? Selamat beramal =)

0 comments:

Post a Comment