06 June, 2009

Lunch Bersama Family


Alhamdulillah arini dapat makan bersama adik2 tercinta walaupun tanpa ummi n abi. Mulanya kenyang nak makan coz sebelum tu dah breakfast. Perutku tak mampu nak isi lagi tapi bila dah tengok adik2 ni berebut2 makan, jadi selera plak tetiba. Seronoknya..dah lama x makan macam ni!



Menu Hari Ini....



ikan bawal masak kicap





ikan bawal masak merah





sayur kobis air



Menu yang simple saje tp berebut tu memang seronok..memang laris la..tengokla sape masak (^_~)



Kanak-Kanak Riang Seronok Makan..











Hampir Selessai Makan...










Alhamdulillah..ni rezeki kita hari ini. Sedihnya, esok dah x dapat makan bersama dah. Sama2 kita mensyukuri nikmat ini wahai adik2ku!






05 June, 2009

Siapakah yang Zalim itu?



Bismillah wa Alhamdulillah..


Trase arini nak share something dengan sume.. Dah lama pikir nak share tapi akibat kekangan masa yang mendesak, ditambah pula dengan wireless usim yang block sesetengah site, terkandas seketika. 

Sebelum tu, buat ibu2 mengandung (shu, ana x kata kt nti ye! =p), yang alah untuk melihat perkara2 yang pelik, yang juga tak mampu untuk melihat kekejaman manusia, sukacita dan dukacitanya ana bitau sesiap BAIK JANGAN TENGOK!

Hanya untuk sesiapa yang merasakan diri mereka BERANI, KENTAL, dan MAHU BERFIKIR sahaja yang ana alu-alukan!



LIHAT dan FIKIR!


Ini merupakan antara kekejaman yang dilakukan oleh manusia. Makhluk Allah yang tidak berdosa pun sanggup dikejamkan oleh tangan2 manusia yang sememangnya kejam (btoikah ayat aku ni?) 





JOM KITA LIHAT!







Sudah beginikah perilaku 
manusia sekarang? (Japanese Speed Cooking)





Video ini ana kreditkan kepada k.ain (rumetku) yang sudi untuk sharing this video. (K.ain, dh upload dh setelah sekian lama dlm laptop! hee~) First time tgk, memang x sampai hati sangat. Nasib baikla tabah dan kental juga diri ini nak tengok video yang aku kire kejam! (ops..yeke?) 







Cuba antum tengok bagaimana binatang2 ini diseksa, dipotong, digoreng tanpa rasa belas kasihan dan ihsan sebagai manusia yang mempunyai perasaan. Ana kira mereka ini adalah orang - orang yang sememangnya TIDAK MEMPUNYAI PERASAAN. Sedihnya apabila melihat binatang2 ini diseksa. Kalo iye pun nak siang, nak goreng, matikanlah binatang tu dulu. Haih~ Kejamnya manusia sekarang. Cuba kita fikirkan dan kita letakkan diri kita sebagai ular ataupun ikan tu. Lalu kita disembelih (sembelihkah?), dipotong dan digoreng? Apa perasaan antum? Adakah antum akan akur? Ana baru suh antum pikir kalo antum jadi binatang. Cuba pikirkan plak realiti hidup sebagai seorang manusia. Antum dikambus ke dalam tanah secara hidup2. Relakah?


Astaghfirullah..macam mana ye mereka ini boleh menjadikan perkara2 seperti ini sebagai satu pertandingan. Apabila difikirkan, takut juga binatang2 tersebut meminta nyawa mereka kembali kepada manusia2 (manusia lagikah?) yang zalim ini di akhirat kelak..






LIHAT LAGI!









Agaknya dah habis ikan fresh kot sampaikan ikan hidup pun boleh jugak dijamah!






DAN LAGI!









Live Scorpion Kebabs


Yang ni takdela geli sangat tapi kejam jugak. Rasa macam tak lalu nak makan kebab dah.





Sharing is caring..


Malas nak elaborate pepanjang.. gunalah akal dengan sebaiknya untuk berfikir. Jangan jadikan nafsu sebagai alasan untuk kita mendapat apa yang kita mahukan.




Semua orang kan dah besar. Pepandaila pikir sendiri! (pinjam ayat k.miza)








p/s: check this out! (more cruel)




25 May, 2009

I got Award!


Bismillahirrahmanirrahim..

Syukur alhamdulillah masih lagi dipinjamkan nyawa dan diberi 2 nikmat utama oleh Allah untuk hidup sehari lagi pada hari ini..

Setelah sekian lama menyepi buat seketika, mencari idea yang masih lagi di awangan, molek benar sekiranya ku berikan jutaan terima kasih buat sahabat seperjuanganku, Ainul Salasiah aka ATEH (ni nm pggilan adik beradik) dan juga Kak Hidayah

Terima kasih kerana memberikan award buat diri ini yang tak seberapa. Apalah sangat isi kandungan yang ada dalam blog ini kalau nak dibandingkan dengan sahabat sahabiah yang lain. Buat diri ini, aku masih lagi mencari dan mengenali diri. Bahkan aku juga masih memperbaiki diriku dari semasa ke semasa. Kesudian kalian mewarnai diriku amatlah dihargai.

Back to the topic..




1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.

owh..syukran..double award!


2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini

-ATEH-
  • sangat baik hati (teringat masa bermalam kat UIA, tido ngan ateh, sahur bersama n memcm lg)
  • sahabat seperjuangan (sama2 berjuang kerana Allah)
  • matured (walaupun ada perangai keanakan, tapi masih ada gaya kepimpinan yang baik)
  • sorg student yang pandai bhsa arab (ingat ms skolah dulu, mmg xde org boleh challenge cik ateh ni,sbb tu gak skang amik kos bahasa arab di UIA)
  • suka berkongsi cerita (kalo dengan ateh ni memang rajin gayutla, cerita pasal diri memasing, kawan2 n family)


-KAK HIDAYAH-

  • peramah (rasanya br jumpe sekali dua je..tp alhamdulillah smpai skang masih contact..itulah ajaibnya ukhwah!)
  • orgnya kecil comel molek
  • lemah lembut
  • ex-irshadians
  • kawan pada k.munirah


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
  • anak sulung daripada 9 orang adik beradik
  • blogging and surfing internet
  • suka baca novel islamik
  • sensitif (kekdg bende kecik pun dah cepat trase)
  • sifat sangat tegas
  • agresif untuk mendapatkan sesuatu
  • tidak suka untuk mengulang percakapan (kalo dah ckp tu, kene dgr leklok, no turning back maa!)
  • suka memiliki daripada meminjam (buku, duit dan sbgnya)
  • independent person (lebih suka wat sendiri drpd mintak tolong orang)
  • suka buat idea jahat yang kekdg member pun tak sedar

4-anda perlu mencari sepuluh penerima award seterusnya and describe pasal mereka
  • muazzah (kelakar..dak 1 kos..sangat baik hati..kalo dia marah, mesti org tgk pun nak tergelak)
  • shuhada (comey..kuat makan sampaikan kalo sape x selera, sure terliur nak makan bile tgk dia ni mkn..baik hati..periang..cantik)
  • shaima (comey..ske blur ble org ckp smpaikan kekdg bengang ngn dia..ske tgk cr dia jln..sgt comey maa!)
  • ainul arina (sahabat yg bakal menjadi doktor.. insyaAllah..skang blaja kt jordan..dh lama knai dia ni..sejak skolah rendah lg)
  • syazana (sorg yg baik hati..sensitif..suka senyum dr jauh)

sorila wat pemberi award..x ckup 5 maa..ni pn half kire okla kn..bak kata ateh..mn leh bg award kt byk org..limited la!

06 May, 2009

Jom Jawab Tag!

Alhamdulillah..arini rasanya diberi kesempatan untuk jawap tag ATEH..
From this link, I got my result

Jom view resultnye kt bwh!

Personality Test-Get To Know Yourself Better


Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties
. (maybe..tmbh 1 lg..i'm a risk-taker=p)

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.
(opkos..luv my family very much..hihi)

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.
(Owh..serahkan urusan ini pd takdir..Dia Maha Mengetahui)

The seriousness of your love:

You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?
(ini bkn diriku ni..salah99!)

Your views on education:

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.
(Mestila..lautan ilmu Allah itukan luas..aku dahagakan ilmu..why not u too?)

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life. (
mestila tmpt yg nk keje tu slmt n gaji pn boleh tahankan as long as keje tu halal n diberkati Allah..insyaAllah)

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.
(success is achieved by an ordinary man who works extraordinary hard!)

What are you most afraid of:

You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.
(oit..i can take care myself la!)

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve. (maybe..as long as Allah helps me to solve the problem)




Maybe its true, maybe not because Allah knows better!


Malas dah nak tag org..ok..end of tag!


(^_~)

04 May, 2009

Ceritera Exam

Sebelum Exam

1. Macam-macam hal..diuji sekejap dgn kesihatan yg kurang baik..terpengsan plak..haih~cne leh pengsan ni! Abih lebam badan sebab rempuh locker dulu sblm jatuh ke depan(dahiku lebam gak..kureng comey dh=p)alhamdulillah nasib baik ada org tgkkn..syukran wat sahabat2 yang membantu termasuk rumetku..rs terharu sgt ms tu..mga Allah membalas jasa kalian!

2. Rasa macam robot gak..sume kene hadam ni sebelum exam..pulun jangan tak pulun!

3. Jom Jogging! Tingkatkan stamina anda sebelum exam! (jumpe seseorg..segan lak nk tego..er..sapekah?)



Semasa Exam

1. Aiseh! Cne leh lupe bwk ic ni..huhu..doa sgt supaya depa x nmpk(wat cool la plak ms tu=p)


2. Ya Allah, ape pnye soklan ni ! Apekah? Goreng jangan tak goreng!
(wat tau plak!)


3. Xde soklan spot ke? Mana sempat nak hadam sume ni! Aiseh~ Otak robot bermula..
(gagaga!)


4. Alhamdulillah..dpt gak wat yg terbaik utk subjek dakwah..bknnye yg len x terbaik tp subjek ni cuak gak coz dlm arab..almaklumla..arab ni kureng ckit kalo nak dibandingkan dgn sahabat2 len..jazakumullahu khairan jaza’ wat sahabat2 fsu sbb tlg ana fahamkan subjek tu..bersyukur sgt dpt jwp

5. Apsal la ada gangguan je ms exam..xleh ke mic tu diam jap..ganggu sih! Kekejap pembetulan..ni yg hilang concentration sgguh ms tu sbb aritu 2 paper nak kene hadam..huhu..sabau jelah~

6. Alhamdulillah pas exam arab trus ajak sahabat ke Book Fair di PWTC. Boleh tahan gak buku yg dibeli..brape buku ye? (pikir jap)

7. Gap exam seminggu..jd ana pulang ke home sweet home di Perak..buku x baca sangat..yg penting melepaskan rindu..ms ni dapat lihat abi semalaman je..sedihnya..lepas outstation kt Kl..soknya ke Langkawi plak..adus..semakin sebok abi skang..ms tu jugak luangkan masa yang terbaik buat usrati..entah masih ada lg x waktu utkku bsma fmly pasni..huhu..(sob..sob..sob)



Selepas Exam

1. Alhamdulillah..exam abih..xleh bgn pas last exam tu..kaki cramp..huhu..terhinjut2 gak kuor stadium..ni kes mlm stay up ngn sahabat smpai kul 5 lbh..trase kesengalan badan..trus blk qada’ tido(^_~)

2. Dh beli tiket utk balik melaka..tgk2 sok tu malas nk balik..apa nk jd la..dok baiti jannati nilam jela..

3. Janji ngn sahabat utk jenjalan di Masjid India..hehe..dr pg smpai ptg punye jalan..kaki mula lenguh..ktm trus sesak dgn manusia..mcm sardin dalam tin..kuatkan semangat supaya tak pengsan coz just amik brunch(breakfast+lunch) je..alhamdulillah selamat smpai ke baiti jannati nilam

4. Gastrik kul 3 pg..bgn n trus jerang air..cr susu n mkn ckit biskut..pastu telan ubat..huhu..ubat gastric yg hardcore pnye dh abih..waa..sakitnya! ubat yg x brape core tu x dpt menghilangkan sgt gastric..lalu perbanyakkan selawat dan entah ble tertido..(zzZzz)


5. Mula menghadamkan buku2 yang telah dibeli ms Book Fair..alhamdulillah..gap yang hanya beberapa hari sebelum short sem ni dapat diisi dgn perkara berfaedah disamping tgk citer korea (berfaedahkah?) 

6. Mula merempat dgn sahabat2 ke blok A..blok G x dpt wireless..dh lama plak x jenguk blog2 sahabat..memula ingat nk buat tent kt café..tp takut kang kene halau ngn pak guard. Pegi je terjah umah sorg sahabat ms tamhidi dulu..bawak toto..bantal..selimut sume..alhamdulillah berkampung juga dgn sahabat kt ruang tamu yg dingin ni..hehe=p (sp yg terlibat dlm misi merempat ni jgn tergelak bsr plak!)

7. Bersedia utk kemas2 barang..nk kene pindah ke acacia plak..kalo tamhidi dulu kt camelia..pastu pindah nilam..n insyaAllah bakal menetap di acacia plak..kisah desa anggerik x jd la..huhu..meh bg transportation dlu br leh dok anggerik!

8. Tak lupa juga untuk bersiap sedia dr segi mental dan fizikal untuk mulakan short sem yang kire wajib universiti ni. Subjek pun boleh tahan gakla..(akidah muslim dan fiqh ibadat n munakahat) Boleh kawen dh ni pas blaja short sem..(er..sapekah?) Btw, InsyaAllah start 5/5-29/6..jom kuatkan semangat untuk trus menimba ilmu! (Jangan ponteng tau!)


faiza azamta fatawakkal 'alallah! Moga result kita sume gempaq belaka..insyaAllah!

18 April, 2009

Oh Imtihan!

klik utk besarkan!

Imtihan nihaie ni membuatkan aku semakin down..

owh..apean sih kamu?

Aku x dpt tumpu!!






Lalu.................







aku kembali mencari spirit yang hilang..apelagi..SANG MURABBI!

Ampunkan aku Ya Allah! Jauhi aku dari sikap putus asa....................!






faiza azamta fatawakkal 'alallah!

09 April, 2009

Aku Tetap Bersamamu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Hmm..dah sehari suntuk siapkan assignment..wat research sume..fuh..bebetoi menguji kesabaran..alhamdulillah cuba tenangkan diri..minum air masak..tarik nafas..istighfar bebyk..kemudian boleh teruskan balik wat assignment. Alhamdulillah dah settlekan 1 assignment. Tinggal projek je nak selesaikan. Asalnya nak blk KKNC arini tp x jadi pulak coz nenek tak bagi balikla. InsyaAllah blk jumaat ni kalo xde aral melintang.


Lepas sakit belakang n sakit tengkuk coz sehari suntuk asik duduk je kat kerusi, malamnya aku rehatla kejap tengok tv. Sedang dok cari channel yg best utk tgk, tetiba terhenti kat 1 channel ni..TV3..rancangan Bersamamu ditayangkan. Dah brape kali tengok Bersamamu tapi tak pernah tengok full coz aku takut xleh tahan perasaan..huhu..tp hari ni kire kuat ckit untuk tengok. Almaklumla..hatiku cepat trase..hee~

Apa yang membuatkan aku sebak sekali apabila melihat sepasang suami isteri membesarkan 3 org anaknya dalam keadaan susah, kekurangan duit, apentah lagi untuk biaya yuran persekolahan anak mereka. Tambahan pula, si ayah merupakan seorang nelayan. Mereka diuji apabila si ayah ini terlibat dalam kemalangan pada 3 tahun lepas. Ketika itu si ayah mahu membeli mee udang buat isterinya yang mengidam kerana sudah 3 bulan isterinya mengandung. Ya Allah, masa ni lah aku tak tahan sangat melihat pengorbanan seorang suami untuk isterinya. Sewaktu kemalangan, si suami@ayah ini terus bergegas pulang ke rumah dalam keadaan parah semata-mata mahu menunaikan impian isterinya yang mengidamkan mee udang. Bermula saat itu jugalah, si suami kehilangan mata pencarian sebagai nelayan. Si isteri pulak semakin lama semakin sarat mengandung. Kemudian diuji lagi pasangan ini. Selepas kelahiran anak mereka yang bongsu, si isteri terpaksa berulang-alik ke hospital sewaktu pantang serta mencari nafkah. Keadaan si suami yang masih belum pulih itu menyebabkan dia tidak dapat bekerja. Jadinya, si suami pula yang menjaga anak. Disini kita dapat lihat bahawa tabahnya ibu dan ayah ini membesarkan anak – anak mereka supaya segala keperluan serba cukup. Si isteri juga menambah hasil pendapatannya melalui penjualan kerepek. Apa yang sedih terkadang hasil yang mereka dapat tidaklah secukup mana. Setakat cukup untuk mengalas perut sahaja. Si isteri pernah mengutip bahan – bahan buangan di tong – tong sampah untuk dijual. Memang tidak dinafikan adanya sekelumit malu dalam diri tapi biarlah malu itu diketepikan asalkan duit ada untuk menyara keluarga. Mungkin ada diantara kita yang memandang rendah akan status mereka ini tapi apakan daya hidup mesti diteruskan selagi mana nyawa dikandung badan. Aku suka cara keluarga ini. Lebih baik hidup susah, mengutip bahan buangan untuk mencari hasil yang halal daripada meminta – minta daripada orang lain. Sekarang, si ayah dengan kaki yang tempang lagi bertongkat berusaha mencari rezeki dengan membuat perkhidmatan memotong dan mencukur rambut hanya di rumahnya kerana kakinya yang tidak mampu untuk kuat berjalan. Pelanggannya hanyalah kawan – kawan kepada anaknya. 1 kepala hanyalah rm3. Apalah sangat rm3 tu. Hanya boleh dapat rm30 – rm50 sebulan sahaja. Tapi berkat usaha si ayah ini demi membesarkan anak – anak, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan hasil yang mereka dapat itu dari sumber yang halal.


Turut berkongsi kasih, krew Bersamamu TV3, siswa dan siswi dari USM sama – sama menghulurkan bantuan. Rumah keluarga yang bernasib malang ini dibersihkan, digantikan tikar lama dengan yang baru, diberi sedikit sumbangan dari segi kewangan, makanan asasi dan juga hadiah berupa hamper dan buku – buku buat anak – anak mereka yang sedang belajar. Pada mulanya aku tidak sedar bahawa anak sulung kepada pasangan suami isteri ini adalah juniorku hinggalah terlihat papan tanda SMKANT dan penghargaan buat sekolahku. Kesian kamu wahai adik! Diuji dengan ujian sebegini...

Aku harap semoga keluarga ini sentiasa bersyukur dan dapat berusaha menaikkan taraf hidup mereka..


Kesimpulannya, tidak dapat tidak untuk melindungi diri kita daripada sifat simpati. Adakah sekadar simpati sahaja cukup untuk membantu mereka. Hulurlah walau sedikit. Aku yang dhaif ini menyeru kepada kalian untuk menghulurkan bantuan tidak kiralah siapapun sama ada orang itu kita kenal atau tidak. Allah tidak melihat hasil atau sebanyak mana yang anda sedekahkan tetapi Allah melihat kepada usaha yang kita lakukan..


Selalu kita dengar ayat – ayat sebegini dan mungkin juga kita penah menuturkannya..


takpelah, tunggu aku kaya nanti pasti aku tolong orang punye


Ala..aku nak makan pun takde duit, inikan pulak nak bagi duit kat orang

Kita selalu menyempitkan pemikiran kita dengan pemikiran seperti ini. Kita ni dah dijamin ke untuk kaya pada masa akan datang? Adakah kita boleh jamin diri kita akan hidup lagi esok? Oleh sebab itu saya menyeru kepada semua sekali bersedekahlah kita walaupun hanya sedikit. Jangan ada timbul sifat berkira dalam diri. Rezeki itu milik Allah. Jika kumpul banyak harta sekalipun, ia tetap milik Allah. Bebila masa je harta tu boleh dicuri, boleh hilang dalam sekelip mata. Mungkin seseorang tu mengambil masa berpuluh tahun untuk menjadi kaya tapi Allah itu Maha Kaya. Dia bisa hilangkan harta yang dikumpul itu dengan sekelip mata sahaja. Kalau ada sifat bakhil dalam diri, hakiskanlah ia. Teruskanlah beramal ke arah kebaikan kerana apa yang kita laburkan itu akan mendapat keberkatan dalam rezeki kita. Lagipun kita tidak tahu amalan kita sudah cukup atau tidak untuk kita berjumpa dengan yang Maha Esa kelak dan kita tidak tahu bilakah Sang Pencabut Nyawa, Izrail akan datang menjemput kita. Jadi fikir – fikirkanlah sebelum terlambat. Jadikan amalan bersedekah sebagai suatu amalan yang diamalkan setiap minggu. Bukan hanya setiap ari jumaat sahaja kita memenuhkan duit di tabung masjid, tapi boleh juga di tepi – tepi jalan mahupun memberikan hadiah buat sahabat2.



Apabila telah mati anak adam terputuslah kesemua amalannya kecuali 3 iaitu Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh


Allah tidak memandang rupa paras, pangkat mahupun harta kita. Tapi yang Allah lihat adalah amalan kita. Kita semua adalah sama sahaja, yang berbeza hanyalah iman dan taqwa. Wallahualam (^_~)

03 April, 2009

Final Exam Semester 2

Bismillahirrahmanirrahim..



Ku panjatkan syukur pada Illahi kerana masih lagi diizinkan untuk hidup di muka bumi ini. Selawat dan salam buat junjungan baginda, Nabi Muhammad SAW..



Alhamdulillah, hari ni masih lagi dapat bernafas, masih lagi dapat menghirup udara yang segar dan masih lagi diberi 2 nikmat utama iaitu nikmat Iman dan Islam..(^_^)



Seperti yang dijanjikan, elok benarlah untuk meninggalkan sedikit nota kecil sebagai peringatan supaya tidak lupa.





14/4 PRINSIP DAN AMALAN PEMASARAN

17/4 KELAKUAN ORGANISASI

17/4 BUSINESS ENGLISH

20/4 PRINSIP DAN AMALAN KOMUNIKASI DAKWAH

22/4 BAHASA ARAB III (SAINS SOSIAL)

29/4 EKONOMI PERNIAGAAN

30/4 MATEMATIK PERNIAGAAN



Ini adalah jadual final exam untuk semester 2 kali ini. Sungguh, semester kali ini sangat mencabar! Tapi aku mesti buktikan bahawa aku juga boleh! Jangan mengalah sebelum berjuang! Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini..


Man Jadda wajada, wa man zara'a hasoda!


Buat semua first batch BCar (Bachelor of Corporate Administration and Relation), moga kita semua najah dan masih lagi terus bersama. Buat semua yang bakal menghadapi final exam tak kirela cepat atau lewat, buatla yang terbaik!


Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi mana mereka sendiri tidak mengubah nasib mereka..


Faiza azamta fatawakkal 'alallah(^_~)



Rasanya setakat itu buat kali ini. Moga Allah memberkati segala ilmu yang kita perolehi. Belajar bukan untuk exam tapi untuk menimba ilmu lillahi Taala. Moga hati-hati ini sentiasa dirabith kerana Allah..Ameen~

29 March, 2009

Muhasabah Cinta







Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu



28 March, 2009

Kesibukan Melanda


Bismillahirrahmanirrahim..


Hanya tinggalkan jejak saje..asif jiddan kepada semua pengunjung teratak yang tak seberapa ni.. ana x dpt nak menulis buat seketika akibat kekangan masa(quiz,asignment,project,survey,final xm..apelg?) Jadi sukacitanya ana pohon pada semua untuk mendoakan kejayaan ana dalam final exam lebih kurang 2 minggu lagi..pejam celik..pejam celik..makin lama makin dekat exam..dan makin berdebor hati ni..mohon doa juga supaya dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.Huhu..satu lagi..doakan kesihatan ana..takut juga diuji sewaktu minggu final nanti..k..jumpa next entry nanti utk jadual final exam..doa kalian amat diharapkan!




p/s: Dean List wa Deen List..insyaAllah! (^_~)



selingan~


Ya Allah, tsabatkanlah hatiku jika dia benar2 buat diriku. Sekiranya dia bukan milikku, hapuskanlah perasaan ini..ameen. Moga aku semakin kuat dalam mujahadah.


16 March, 2009

Salam Maulidurrasul

Untukmu Ya Rasululloh
Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com



Ya Rasulullah
Salam buat mu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai penghulu anbia
Ya Rasulullah
Kini tiba detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilang

Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahlah segala kezaliman

Ya Rasulullah ya habiballah (2x)

Sejarah perjuangan mu
Diingat dikenang kembali
Dijadikan contoh tauladan
Di dalam mengharungi kehidupan

Tabahnya dirimu ya Rasul
Menempuhi dugaan tuhan
Biar pun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya membawa kemenangan

Ya Rasulullah ya habibAllah (2x)

Mari perbanyyakan selawat dan salam kepada rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW!