25 July, 2010

Ini Langkahku

Bismillahirrahmanirrahim..

Ku untaikan selaut kesyukuran kepada Allah atas nikmat yang telah diberikan sehingga ke hari ini. Alhamdulillah. Selesai sudah program Slaughtering Course 2010 (SlaCos'10) buat kali pertama yang dianjurkan oleh Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia. Terima Kasih tidak terhingga buat semua sahabat - sahabat SPMM terutamanya Cik Pengarah atas usahanya serta ahli jawatankuasa yang bersungguh - sungguh memerah keringat demi program ini. Seinfiniti syukur ku panjatkan buat Yang Maha Esa kerana mempermudahkan program kami buat kali pertamanya setelah bernaung di bawah HEP. Syukur dan gembira sangat tidak terucap.

Itu hanya mukadimah, bukan tujuan asal untuk menulis blog. Heh~

Kembali kepada tajuk asal, aku mula mengorak langkah mencari spirit yang hilang dalam diri. Kemanakah ia pergi? Di mana harus ku cari diri ini yang dulunya gagah bersuara tetapi hari ini hilang taringnya? Di mana harus ku cari diri ini yang dulunya tidak henti - henti semangatnya tetapi hari ini hilang bagai ditiup angin kononnya mengikut mood. Ya. Aku hilang arah. Serba serbi tidak kena. Yang dibuat, hilang rencahnya. Hanya sekadar cukup untuk menghabiskan sesuatu kerja dengan segera asalkan matlamat tercapai tanpa sebarang penghayatan. Mahu sekali aku menjerit 'Kembalikan semangatku!!'. Ada sesiapa yang boleh tolong cari? Nanti jumpa tolong pass kat my number k =p

Sekarang aku kehilangan fokus dalam setiap apa yang aku lakukan. Aku terlalai sehinggakan aku tidak faham apa yang aku lakukan ini. Sakitnya hati apabila diri tidak lagi seperti dulu. Teringat kata - kata seorang ukhti sewaktu kami sama - sama makan kebab, akak ada seorang kawan, hidupnya sentiasa fokus. Bukan sekadar belajar saje bahkan makan pun fokus! Amazing rite? Aku makan pun tak fokus camtu. Asal kenyang di perut..alhamdulillah. Kata akak tu lagi, biarlah apa pun pekerjaan yang kita nak lakukan, buatlah dengan fokus dan bersungguh - sungguh. Apabila kita buat sesuatu pekerjaan dengan fokus dan bersungguh -sungguh, kita akan dapat suatu kepuasan dalam diri. Hmm..tetiba terfikir..nampaknya kerja yang aku buat ni tak memuaskan hati aku ke? (soalan kembali kepada diri)

Sudah 2 minggu kuliah bermula. Pelbagai subjek telah diperkenalkan sejak minggu pertama kuliah lagi. Aku? Masih terasa untuk bercuti lagi~ Assignment sudah diberi. Nota? baru nak download. Buku? tak beli lagi. Terasa ketinggalan keretapi sekejap. Sistem fail pula harus segera diselesaikan. Tidak lama lagi aku akan meletakkan jawatan. Haish~ Serabut~ 10 Muwasafat Tarbiyah harus segera diterapkan dalam diri. Tarbiyyah ruhiyah harus sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Aku harus segera menopupkan diriku. Daie harus tersusun urusannya! Ingat tu..jangan banyak maen wahai diri!


Semester ini aku harus bangun kembali. Topup deen! Topup akademik! Tak lama dah nak berbakti pada masyarakat. Sekarang ni pun dah kene hantar senarai Latihan Industri pada Ketua Program. huhu. rasa baru tersedar dari mimpi. Ada lagi 3 semester di USIM! Tak lama dah! Sekarang dah sem 5. 2 sem lagi untuk berada di USIM. 1 sem lagi praktikal. Aku harus bersedia dari sekarang. Bangun dan topup!


No Matrik:108****No Sem:5
Nama:NUR SAADAH BINTI ROZALINo KP:890913******
Program:SARJANA MUDA PENTADBIRAN KORPORAT DAN HUBUNGAN DENGAN KEPUJIAN
Fakulti:FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

KodKeteranganKreditKumpulan








AAM3123PEMBANGUNAN MODAL INSAN3KMA
MAE3013CORPORATE TAXATION AND ZAKAT3KMB
MCB3013KELAKUAN PENGGUNA3KMA
MDD3013SISTEM MAKLUMAT PERNIAGAAN3KMD
MFA3023PASARAN WANG DAN MODAL3KMA
MFA3033PENGURUSAN KEWANGAN KORPORAT3KMB
UTA2082PENGAJIAN HALAQAH2HMD2


Sem ni agak kurang sedikit jam kreditnya berbanding sem lepas. Sem ni harus berjuang untuk 6 subjek darab 3 jadi 18 jam kredit. Hehe. Nak senyum pun tak boleh sangat, sebab subjek - subjek ni lebih mencabar dan ada kaitan dengan subjek - subjek yang lepas. So, kalau subjek lepas pun susah nak score, kene bukak balikla bukunya~

Apapun, atur jadual dengan baik. Jadual sebagai seorang pelajar dan tak lupa juga jadual sebagai seorang daie. Tugas daie sentiasa bergerak. Non-stop! Kalau tak pandai nak agih masa dengan baik, cuba susun jadual, aplikasikan fiqh aulawiyat (pentingkan yang lebih penting) dan tanya mereka yang sukses di kedua - dua bidang. Jom! Semarakkan hamasah dalam diri. Teruskan berjihad! Allah itu dekat!


Ini langkahku~

(^_~)

04 July, 2010

Pengorbanan yang tidak ternilai

Allahu Akbar..

Beratnya taklifat ini..

Bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah atau ibu. Terasa kepenatan yang amat..

Semenjak ketiadaan keluargaku kali ini, terasa beratnya beban di pundakku. Semalam, sebelum keluargaku bertolak ke Terengganu, aku sempat menyalami mereka sebelum ke mesyuarat di permatang pauh. Usai mesyuarat, terus menziarahi seorang sahabat yang sudah hampir 4 tahun tidak berjumpa. Aku menjemputnya di Maktab Tunku Bainun. Kami menghabiskan masa bersama hampir 2 jam walaupun hanya berjalan - jalan di Jusco. Kemudian, mendapat panggilan dari umi tercinta, mohon untuk ambilkan adik di SMART. Katanya sudah dapat keizinan untuk pulang kerana mahu kemaskan pakaian untuk ke Kuala Lumpur khamis ini untuk pertandingan debat. Dengan kepenatan masih lagi bersisa, terus aku meluncur laju ke SMART. Pulang sahaja sudah hampir jam 7 malam. Allahu Akbar. Tidak sempat untuk bertemu Ust Dzulfakor petang tu. Maaf buat kalian yang menunggu jawapan kertas keje. Sudah tidak mampu mengisi jam2 yang aku kira sudah padat.

Pulang ke rumah, terus merebahkan diri. Sudah berjanji dengan seseorang untuk mendengar luahan hatinya. Asifi enti mahbubah! Sudah mengonlinekan diri tapi rohnya sudah berada di alam lain. Menerima panggilan dan sms dari sahabat handai. Hanya tersedar buat seketika dan mampu membalas beberapa mesej sahaja. Subhanallah. Nikmatnya suatu kerehatan!

Hari ini aku kembali berjalan, melihat dan mentafsir.

Ditemani 2 orang adik di rumah, masing - masing dengan kerja yang sedia ada. Aku mengadap laptop menyiapkan kertas kerja yang harus diselesaikan hari ini juga. Sesambil itu, mengatur jadual seharian, fiqh aulawiyat diaplikasikan. Jam 2 petang, terus meluncur laju ke SMART tanpa mengisi sedikit pun perutku. Menghantar adikku pulang ke sana. Dalam hati ku panjatkan moga Allah mempermudahkan urusanku hari ini. Sampai di SMART, menunggu adik yang seorang lagi untuk membawanya keluar outing. Pelbagai kerenah terpaksa dipenuhi memandangkan tiada ibu ayah disisi. Melayan mereka cukup membahagiakan ditambah pula tugas seorang anak sulung apabila tiada mereka disisi. Usai outing, menghantar mereka pulang ke SMART semula. Jam sudah menunjukkan jam 5 petang. Aku harus segera pulang ke rumah kerana perlu menghantar 2 orang adik lagi ke SMKANT. Masya Allah. Kelenguhan mula terasa. Perut belum diisi. Allahu Akbar! Moga aku terus kuat.

Sampai di rumah tepat jam 5.30 petang. Bayangkan aku memecut laju dari Tasek Gelugor ke Parit Buntar dengan hanya memakan masa 30 minit! Alhamdulillah. Allah mempermudahkan segalanya. Adik masih belum siap untuk pulang. Aku segera mengisi perut yang sudah menggelegak. Sempat juga online buat seketika. Tiada khabar baru. Tepat jam 6.15 petang, terus ke SMKANT. Pulang semula ke rumah sudah jam 7 malam. Dah hampir waktu maghrib. Kunci semua pintu rumah memandangkan hari ini aku keseorangan. Angkat pakaian di jemuran, sidai semula yang sudah dibasuh. Allahu Akbar. Aku masih belum rehat lagi. Hemat diri. Laptopku dibiar terbuka sambil melayan ikim online. Sehingga sekarang, aku mencari ruang dan peluang untuk berehat seketika kerana badan sudah tidak mampu lagi.


Ya Allah, indahnya hidup pada setiap saat. Ada benarnya hadis mengenai 2 nikmat yang jarang disyukuri iaitu nikmat sihat dan lapang. Pabila kesibukan melanda, baru kita nak kan kelapangan walaupun seminit dua tapi apabila saat kita penuh dengan masa - masa yang lapang, kita bazirkan nikmat itu dengan kebosanan dan perkara - perkara tidak berfaedah.

Nikmatnya masih punya kudrat lagi. Bisa melakukan apa sahaja sewaktu tidak sakit. 2 nikmat ini kita jarang syukuri. Ampunkan aku Ya Allah.

2 hari tanpa ibu dan ayah disisi sangat - sangat dirasai. Pemergian mereka ke Terengganu untuk menghantar adik ke salah sebuah institusi pengajian di sana. Sebenarnya, aku juga sepatutnya ke sana tapi disebabkan adikku pulang minggu ini dan aku perlu menghadiri mesyuarat, jadi ku tangguh percutian ke sana atas dasar taklifat.

Ya Rabb, 2 hari ini cukup membuatku mengerti pengorbanan ayah dan ibuku selama ini. Tanggung jawab mereka aku galas sekarang. Penat dan lelahnya. Mencabar kudratku. Bagaimana ibu bapaku bisa menyelesaikan rutin seharian mereka. Bekerja, memasak, hantar adik ke sekolah dan sebagainya, semua itu memerlukan tanggungjawab yang besar. 'Azim! Tidak ternilai jerit perih kedua orang tuaku mendidik kami adik beradik. Tiada keluhan melintas di bibir mereka saat kami perlukan sesuatu. Syukur Ya Allah. Kau pinjamkan mereka untuk kami.

Sedang aku menyidai pakaian sebentar tadi, dengan rehat pun belum dipenuhi, aku bermuhasabah seketika. Andai pinjaman ibu dan ayahku ditarik semula, apakah aku mungkin bisa menggalas tanggungjawab ini seorang diri? Apakah aku sanggup membesarkan adik - adikku? Memberi mereka nafkah, menggantikan tanggungjawab sebagai ibu dan ayah? Allahu Akbar. Terasa beratnya. Hanya Engkau yang tahu kemampuanku Ya Allah. Aku tidak sanggup menerima ujian seberat itu buat masa sekarang.

Seringkali aku bermuhasabah setiap kali pulang ke kampung halaman. Adakah aku mampu mengisi cutiku ini bersama keluargaku? Membuatkan mereka gembira? Andai inilah peluang terakhirku bersama mereka, maka akan aku isi setiap masa untuk menjadi anak solehah. Akan ku isi setiap waktuku dengan memberikan kegembiraan kepada mereka. Membantu ibu dan bapaku ketika mereka kesibukan. Mengurangkan beban hidup mereka, berbakti semasa mereka masih dipinjamkan kepada kita, mengapa tidak kita isikan waktu yang masih berbaki ini bersama? Gembira sekali menatap wajah mereka. Wajah yang kian kedut dek dimakan usia. Wajah orang tua yang membesarkan kami bak kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Sungguh Ya Allah. Perjalanan hidup ini memberi satu makna yang bererti. Hanya Engkau yang dapat membalas jasa baik mereka. Apalah sangat pertolonganku selaku anak. Mungkin sehabuk cuma tapi aku mengharapkan ada nilaiannya disisiMu Ya Allah..

(Laa yukallifullaahu nafsan illaa wus’ahaa lahaa maa kasabat wa’alaihaa maktasabat. Rabbanaa laa tu aakhiznaa in nasiinaa au akhtha-naa, rabbanaa walaa tahmil ‘alainaa ishran kamaa hamal tahuu ‘alal ladziina min qablinaa. Rabbanaa walaa tuhammilnaa maa laa thaaqata lanaa bih. Wa’fu ‘annaa waghfir lanaa warhamnaa, anta maulanaa fanshurnaa alal qaumil kaafiriin.)

    286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo’a dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan ma’afkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

    Surah Al-Baqarah (Ayat 286)


    (sudah mengalirkan air mata saat menulis)

    Umi, along sudah penat sekarang. Pulanglah segera.......huhu

    Nampaknya aku masih belum sesuai untuk membina rumah tangga lagi~

    Fullstop.

    Keletihan sangat. Esok punya taklifan lain pula perlu diselesaikan segera sebelum berangkat pulang ke Nilai.

    Ya Allah, ubatilah kerinduan ini~

    16 June, 2010

    Life Without Allah Is Nothing

    Ku Damba RedhaMu

    Album : Alternatif Hiburan Bermotivasi
    Munsyid : Devotees
    http://liriknasyid.com


    Bagaikan hausnya.. bumi gersang
    Yang kering lantaran tidak disirami hujan
    Begitu sepinya dan rindu hatiku
    Bila cintamu tidak bersemi

    Berjalan aku.. bagai kesesatan
    Di tanah tuhan.. diriku ditinggalkan
    Tiada teman untukku mengadukan
    Resah hidupku... ditimpa sesalan

    Aku dambakan.. dambakan cinta
    Cinta sejati yang kekal selamanya
    Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
    Demi redhamu.. kuharungi jua

    Kerana cinta lahir dari sanubari
    Biarpun perit menuju cintamu
    Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku
    Biar diracun dunia
    Tidakku gentar tempuhnya...

    Rap:
    Ya Allah tidakku sedari
    Selama ini cintamu tak pernah menyepi
    Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi
    Setiap hambamu tetap kau sayangi
    Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
    Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri
    Maafkanlah... redhailah....

    Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya
    Tuhan yang Agung pencipta segalanya
    Tempatku bermohon dan berlindung
    Dari kehinaan dan kemusnahan

    Mahu lagu ini ?

    Hidup ini tanpa Allah tidak memberikan erti apa - apa. Siapalah kita di hadapanNya. Kita seorang yang hebat, banyak pangkat, harta berlambak dikaut setiap hari. Tapi tanpa redha dariNya tidak bermakna apa - apapun bagi kita. Dalam hidup ini kita perlu Dia. Kerana Dialah kita masih hidup dan kerana Dialah kita masih lagi bernafas. Dan kerana Dia jugalah kita masih melihat dunia walaupun kita masih lagi melakukan dosa - dosa. Allah tidak melupakan kita walau sedikit pun tetapi kita sering lupa pada Dia. Astaghfirulllah..kita hanya seorang hamba yang menagih cinta dariNya. Tiada daya dan upaya melainkan Dia..

    Ya Allah, ampunkan dosa - dosaku yang lepas. Dosa - dosa yang nyata dan sebaliknya. Aku lemah tanpaMu. Hanya Engkau sebaik - baik pelindung dan tempat memohon pertolongan..



    RedhaMu padaku amat mahal skali~ (credit to k.janah)

    08 June, 2010

    Puisi Untuk Ukhti Tersayang


    Love,

    Dear Ukhti………

    apa khabar imanmu hari ini?

    semoga selalu menampakkah kemajuan di sisi Allah S.W.T..

    apa khabar hatimu hari ini?

    semoga selalu bersih dari debu juga kelabu...

    apa khabar cintamu hari ini?

    semoga selalu berpeluh rindu pada-Nya…



    Ukhti..

    sungguh indah hidup setelah menikah..

    apa yang sebelumnya haram menjadi halal..

    semua perbuatannya mendapat pahala yang berlimpah di sisi-Nya..

    suka duka dilalui berdua..

    senang sedih ada yang menemani..

    tawa tangis pun bersama..




    Ukhti..

    menikah adalah setengah dien..

    dan ia menggenapkan dien menjadi satu…

    sungguh, menikah seperti melihat dunia lain..

    yang tiada pernah dikunjungi sebelumnya…

    apa yang tidak bisa dilihat sebelum menikah..

    kini tidak lagi..

    seakan membuka mata kanan..

    yang sebelumnya belum pernah dibuka..

    begitu luas, begitu indah..

    hingga Rasul pun menyunnahkan suatu pernikahan ini:

    "bukan termasuk ummatku, jika ia berkeinginan tidak menikah…"



    Ukhti..

    menikah adalah keputusan besar dari suatu perjanjian berat..

    pernah ada yang berkata..

    "saat akad diucapkan Arsy tertinggi bergoncang kerana suatu perjanjian

    berat diucapkan, kerana itu saat akad terjadi ada tangis disana..tangis

    suka, tangis duka…"

    Allah menjadi saksi kerana Dia Yang Maha Melihat lagi Menatap

    dan setiap undangan yang datang akan mendoakan pernikahan ini..




    Ukhti..yang sedang menanti ''kekasih''..

    nantilah dengan sabar…

    sungguh, Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk dirimu..

    siapkan dirimu, hatimu..

    sangat mudah bagi-Nya memberikan ''kekasih'' untukmu..

    ataupun tidak berharap..

    dan mintalah pada-Nya..

    pemilik alam raya dan pencipta ''kekasih''mu..



    Ukhti..yang sedang menjelang akad..

    berdoalah selalu pada-Nya..

    penentu segalaNya…

    mohon petunjuk-Nya jika ''kekasih'' yang hadir itu adalah yang terbaik untukmu..

    kemudahan, juga kelancaran dalam peristiwa besar nanti..

    sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk dirimu..

    siapkan dirimu, hatimu..



    Ukhti..yang telah menikah..

    jagalah nikmat-Nya yang besar ini..

    hanya dengan izin-Nya dirimu dan ''kekasih''mu bersatu..

    tiada yang lain…

    jadilah penyejuk hati dan pandangannya..

    menjadi isteri solehah dambaan..



    Ukhti..

    bahagiamu adalah bahagiaku..

    sedihmu juga sedihku..

    tawamu, tawaku juga..

    tangismu adalah tangisku..

    semoga Allah Yang Maha Indah..

    memudahkan langkah ini..

    memberikan yang terbaik menurut-Nya..

    dan menjadikan ia wanita solehah dan isteri solehah dan..

    kemudian ibu mithali utk anak-anak bersama…


    Amin ya Allah..amin ya Rahman..amin ya Rahim..



    indah puisi diukir jari..

    ni'mat yang agung dari Ilahi..

    berputik cinta tersemai di hati..

    mengharapkan keredhaan dari Ilahi..


    tiada "isteri" sebelum pernikahan..

    mengikat nafsu dengan amaran...

    begitulah nilai satu pengorbanan..

    untuk mendapat Isteri diimpikan..


    andai bercinta sebelum nikah..

    maka dirimu memilih kesusahan..

    jangan marah pada Allah..

    andai pernikahan tidak aman..


    Suami soleh isteri solehah..

    kehidupan bahagia janji Ilahi..

    begitulah janji keadilan Allah..

    andai kembali pada ilahi..




    amin ya rabbi...wallahua'lam..


    *************************************************************************************
    Indahnya puisi ini! dapat dr fb seseorang. mohon copy paste dlm laman sesawang ini. tidak salahkan untuk menyulam impian? mengimpikan baitul muslim. insyaAllah. sekadar pesanan dan ingatan kepada diri dan semua akhowat di luar sana. At - toiyyibun littoiyyibat. Ameen Ya Rabb (^_~)

    Kepada mereka yang melangsungkan pertunangan dan pernikahan, moga segalanya selamat dan dipermudahkan. Moga dapat melahirkan generasi ummat Nabi Muhammad SAW dan generasi Al- Quran. InsyaAllah..

    27 May, 2010

    Planning untuk masak

    Alhamdulillah..sudah tiba di bumi Perak. Syukur. Walaupun balik secara tiba2 tanpa dirancang, alhamdulillah Allah permudahkan segalanya walaupun sebenarnya agak berdebar - debar juga. Bukan tak biasa balik tapi bila dah on the spot ni macam2 la. Terlupe pakai helmet la. Tertinggal handsetla. Ni mesti shoe x bagi balik. Hehe=p


    Tiba di rumah tadi jam 3.30 pagi. Umi n una ambil di stesen bas. Alhamdulillah. Syukurku panjatkan lagi. Aku masih diberi peluang melihat keluargaku. Adik lelaki yang sekolah pondok pun balik. Tersipu - sipu malu jumpa aku. Yelah. Dulu nakal - nakal masa kecik. Sekarang dah besar, jadi hafiz belaka. InsyaAllah. Familiku tidak cukup seorang. Adik di Maktab Mahmud tidak pulang. Takpe. Cuti banyak lagikan. Nanti leh jumpe (^_~)


    Di rumah, perkara paling best skali adalah dapat memasak di dapur untuk ahli keluargaku. Paling best skali bila dapat pujian 'sedap'. hehe. Bukan yang tu sebenarnya. Paling best kalau dapat tengok seisi keluarga menjamah makanan yang telah aku masak. Malam ni masakkan nasi goreng blackpeppers plus ikan sweet sour. Memula ingat nak buat puding karamel tapi xde susula pulak. Takpe2. Esok pas abih meeting kat Seberang Jaya ingat nak pergi Tesco Extra. Leh beli barang2 nak masak.


    Barang yang perlu dibeli esok:
    1. Susu Cair
    2. Butter
    3. Serbuk Koko
    4. Santan (kene geledah dapur dulu cari)
    5. Sagu
    6. Tepung Caca
    7. Biskut Marie
    8. Esen Vanilla

    Apa lagi ye?


    Ada 3 benda nak masak esok. Hehe. Prepare for trouble!


    Yok! Jom! Sape nak meh datang umah!


    To K.ainul, K.Janah, Kinah, Shoe..kalo tingin..mehla cni..hehe..rasa air tanganku..haha


    Adoyai~


    k..jom makan!

    18 May, 2010

    Tawakal Itu Indah

    Bismillahirrahmanirrahim...


    Sudah lama tidak mencoret walau sekelumit kata. Sungguh, si tuan blog ini sangat merindukan untuk menyatakan sesuatu tapi apakan daya seringkali berada di luar maya. Mahu saja menyuruh pakar it membuat sesuatu idea baru supaya tidak perlu lagi menulis, hanya sekadar detection daripada apa yang diperkatakan dan terus publish dalam blog. Itu yang diimpikan sejak dulu. Nampaknya macam mencabar pakar it ni. Lagipun untuk kemaslahatan jugakan? hehe~


    Sekadar ingin berkongsikan sesuatu. Mari kita lihat ayat ini..

    Apabila engkau telah berazam maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
    (Ali Imran : 159)

    Ayat ini seringkali meniti di bibir. Kadang - kadang tanpa disuruh, rupanya sedang melafazkan ayat ini berulang kali. Paling terkesan apabila suatu malam, diulang - ulang ayat ini. Ya! Aku faham! Allah sedang mengingatkan aku yang lalai! Usai solat berjemaah, tiba - tiba terdengar seorang sahabat melafazkan ayat yang sama sewaktu dia mentadabbur Al - Quran. Allahu Akbar! Terasa sebak di jiwa. Fikir dan zikir.


    Alhamdulillah, sudah hampir sebulan melepasi fatrah imtihan dan semua pelajar ada yang sudah kembali ke kampung halaman meneruskan agenda masing - masing dan ada juga yang masih berada di bumi Nilai. Walau dimana pun anda berada, tegakkanlah Islam . Fatrah imtihan dahulunya membuatkan kita semakin dekat pada Allah. Kita punya Dia setiap waktu. Setiap kesusahan dan kesenangan yang kita hadapi, Dialah tempat mengadu. Kita sudah berjuang sehingga ke titisan pena yang terakhir tapi adakah perjuangan kita sehingga itu sahaja. Nah! Inilah ayat yang ingin dikongsikan. Bab tawakal kadang - kadang kita sebagaimana insan ini seringkali terlupa.


    Faiza 'azamta fatawakkal 'ala Allah. Innallaha yuhibbul mutawakkilin..


    Allah mencintai orang yang bertawakkal. Maka, usaha kita bukan sahaja di medan peperiksaan bahkan juga sejak mula lagi dan selepas itu. Usai peperiksaan, kita tambahkan lagi doa dan tawakal kita kepada Allah. Biarlah natijah apa sekalipun yang kita dapat nanti, kita redha dengan ketentuannya. Kita memohon kepada Allah supaya mengurniakan natijah yang terbaik buat diri kita. Kita sudah usaha, lepaskan segala natijah itu pada Dia. Redha. Dia lebih berhak menilai.


    Ya Allah, Kau berikanlah kejayaan yang mendekatkan kami kepadaMu. Jangan Kau berikan kejayaan yang menjauhkan kami daripadaMu. Ameen.


    Berbalik semula pada konsep tawakal. Seseorang yang bertawakkal kepada Allah hendaklah sedar bahawa tidak ada seorangpun yang pantas ditawakali selain Allah. Tidak akan ada satu kesulitan pun yang menimpa seorang mukmin selama dia berdoa dan bertawakal kepada Allah.


    Dan bertawakkallah kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai Pelindung.
    (Al-Ahzab : 3)
    Di dalam ayat lain diceritakan sebagai berikut:

    ...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

    (At-Talaq:2-3)


    Teringat satu peristiwa di mana Allah turunkan ujian ke atas saya dan sahabat. Pelbagai mehnah ditempuh sepanjang perjalanan kami ke destinasi yang dituju. Allah uji kami erti kesabaran, ukhwah dan redha atas ketentuan. 'Azim! Ujian inilah tarbiyyah direct dari Allah dan kerana ujian inilah mendekatkan kita kepadaNya. Ini menyebabkan kami memerlukan Dia setiap masa. Kami berusaha dan kepada Dia jugalah kami bertawakkal. Apapun terjadi, kami redha kerana kami hanya punya Dia ketika itu. Alhamdulillah dapat mengawal keadaan tanpa rasa marah dan kami selamat tiba ke destinasi. Sewaktu perjalanan, sahabat saya ada berkata, even bonggol sekecil - kecil begini yang menyusahkan lagi melembabkan kita inipun tarbiyah. Apetah lagi tayar yang pecah. Proses tarbiyyah diperolehi sangat indah dan jangan kita lupa bahawa setiap kelemahan yang kita ada itu Allah sentiasa uji untuk lebih menguatkan kita. Ya! Tarbiyah, ujian, usaha dan tawakal itu berkaitan!

    Konsep tawakal yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita;

    "Ertinya : Amr bin Umayah Radhiyallahu 'anhu berkata, 'Aku bertanya, 'Wahai Rasulullah !!, Apakah aku ikat dahulu unta (tunggangan) ku lalu aku bertawakkal kepada Allah, atau aku lepaskan begitu saja lalu aku bertawakkal ? 'Beliau menjawab, 'Ikatlah kendaraan (unta) mu lalu bertawakkallah". (Musnad Asy-Syihab, Qayyidha wa Tawakkal, no. 633, 1/368)


    Lakukan setiap perkara bukan hanya sekadar tawakal tetapi seiringlah dengan usaha. Usaha tanpa tawakal, anda sendiri yang binasa. Berserahlah..hanya kepada Dia tempat kita berserah (^_~)