Ampunkan kekhilafanku
Sedar tak sedar, terkadang, mesej yang dihantar bakal memberikan impak yang besar dalam ukhwah. Niat di hati bukan untuk mengguriskan hati sesiapa. Cuma mungkin ingin memperbetulkan keadaan. Mesej yang diterima tidak mempunyai perasaan. Yang membacanya mungkin 'terlebih' perasaan. Andai mesej itu dapat menghantar perasaan seseorang itu, mungkin kita tidak tersalah faham kan? Tapi, itu hanya alat bantuan perhubungan kita. Tiada perasaan. Yang berperasaan itu manusia. Bukan alat! Daripada mesej, terkadang timbul perselisihan faham. Mungkin itu hanya satu pernyataan tetapi dianggap sebagai nada kemarahan. Allahu Akbar! Semestinya perkara ini sering terjadi di kalangan kita kan? Sudah tidak dinafikan lagi kerana empunya diri pun pernah berselisih faham dengan sahabat handai.
Sempena bulan baik penuh barakah ini, sudi sekali diri ini untuk memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua yang mengenali secara langsung atau hanya sekadar di alam maya. Marilah kita bermaaf - maafan supaya ukhwah kita sentiasa berkekalan. Ukhwah lillahi Taala! InsyaAllah! Andai pernah mengguriskan hati kalian, ku pohon agar tidak disimpan dalam hati. Jika perlukan penjelasan, kenapa tidak berjumpa secara peribadi? Itukan lebih baik. Ya. Manusia itu semuanya pernah melakukan kesilapan. Sebaik mana seseorang pun pasti pernah melakukan dosa walau sekecil zarah sekalipun. Ampun maaf ya!
Ramadhan Kareem
Alhamdulillah, hampir seminggu kita sudah menjalani ibadah di bulan Ramadhan. Mari kita koreksi diri kita adakah puasa kita hnaya sekadar menahan lapar dan dahaga? Puasa bukan hanya terhenti pada skop lapar dan dahaga sahaja tetapi puasa mulut, puasa hati dan segala jenis puasa harus kita amalkan di bulan mulia ini. Moga tarbiah yang kita titipkan selama 30 hari ini menjadi amalan kita pada bulan - bulan akan datang. Ambillah peluang ini sebaiknya kerana kita tidak tahu Ramadhan akan datang pasti tiba untuk kita atau tidak. Mari kencangkan tarbiah, tingkatkan ibadah!
Nota untuk diri
- Tingkatkan iman dan taqwamu di bulan mulia ini
- Jangan sedih - sedih. Ingatlah Allah sentiasa bersamaMu. Cukuplah Allah bagiku~
- Jaga diri, jaga iman, jaga hati. Didik diri sedikit demi sedikit untuk tinggalkan perkara - perkara mazmumah yang seringkali menodai hati.
- Setiap apa yang dilakukan itu ada nilaiannya di sisi Allah. Nilaian manusia yang dilihat atau nilaian Allah?
- Senyum selalu walaupun kadang - kadang terluka. Ingat! Salamatussodri! (^_~)
1 comments:
salam ramadhan sahabat=)
Post a Comment