Alhamdulillah, kita hanya merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik. Jutaan terima kasih kepada jawatankuasa Eksplorasi Pemerkasaan Pimpinan BADAR (EKSPIDAR) kerana bersungguh - sungguh untuk melaksanakan program walaupun banyak mehnah dan tribulasi yang perlu ditempuhi. Niat yang baik, insyaAllah Allah akan dibalas dengan natijah yang baik. Syukur kerana dipertemukan dengan adik - adik pimpinan BADAR yang baru seramai 21 orang walaupun sebenarnya ada perkara yang perlu diselesaikan di Nilai tetapi Allah mempermudahkan segalanya.
Sebelum ke program, sempat bermuhasabah diri andai perjalanan yang ku kira sangat penat dan lelah ini tidak mampu mentarbiah adik - adik, cukuplah sekadar aku ditarbiah. Alhamdulillah, tiada yang lebih agung untuk dipuji melainkan Dia. Meletakkan diri dan adik - adik supaya sentiasa bersedia mentarbiah dan ditarbiah. Feedback daripada adik - adik sangat memberangsangkan. Alhamdulillah. Moga program pertama ini menjadi titik tolak kepada ukhwah dan biah solehah di SMKANT. Jazakumullahu khairan jaza' buat warga SMKANT terutama Ust Dzulfakor kerana memberi peluang kepada kami (JAST) untuk membantu adik - adik. InsyaAllah dengan kepercayaan yang telah diberi ini dapat kami teruskan usaha untuk membantu sekolah.
Program sepenuhnya dilaksanakan dengan jayanya di Sedim Theme Eco Park. Debaran sentiasa terukir di hati. Setiap langkah aku berdoa supaya Allah izinkan aku serta sahabat - sahabat untuk menyentuh hati - hati mereka. Terasa kepenatan yang amat tapi dirasakan berbaloi dengan usaha yang telah dilakukan. Sehingga kini, masih terpancar foto - foto kenangan di lukisan mindaku. Seminggu selepas program, aku masih lagi teringatkan mereka. Ada yang lucu, ada yang sedih dan pelbagai perasaan lagi. Indahnya nikmat ukhwah! Walaupun fesi datang dari jauh, alhamdulillah masing - masing sanggup berkorban demi adik - adik tercinta.
Sehingga kini, adik - adik masih lagi menghubungiku bertanyakan pendapat dan sebagainya demi kelangsungan dakwah di sekolah. Aku tidak menolak. Gembira, riang dan bahagia. Terasa setiap saatku diisi. Moga semangat ini tidak terhenti disini. Sekarang, aku sudah mula merangka gerak kerja yang seterusnya. Ada peluang lagi, sampailah aku ke sana. Moga Allah permudahkan segalanya.
Adik - adikku,
Kalian adalah rantai - rantai dakwah perjuangan Rasulullah
Andai kalian rebah,
bagaimana Islam itu dapat ditegakkan?
mungkin di jalan ini
sudah kita persembahkan
jiwa, raga, harta
dan juga air mata
hingga terkadang
penat lelah perit
menjadi teman akrab kita
dalam meniti perjuangan ini
Adik2,
perjuangan ini bukan semudah disangka
perit, lelah, penat
semua itu asam garam dalam perjuangan
kadang - kadang kita diasingkan
dipulau jauh dari orang lain
tapi ingatlah
Allah sentiasa bersama orang yang sabar
Apabila jalan yang dilalui ini semakin sukar
Yakinlah
Allah sentiasa bersama kita
walau dimana sahaja
Andai esok pun kita lihat
penuh duri dan ranjau
Ingatlah pertolongan Allah itu amatlah dekat
Jangan putus asa
Allah sentiasa bersama
Adik-adikku,
Jangan sesekali kalian gentar memilih jalan ini
Jalan ini sudah Allah titipkan
buat para syuhada' yang terdahulu
Jalan kalian di dunia ini amat susah
amat payah
tetapi ingatlah
setiap apa yang kalian lakukan
ada ganjarannya di sisi Allah
Adik - adikku,
bangunlah dari tidur yang lena
kita punya misi
misi dakwah kita harus disuburkan kembali
biarlah kita menangis hari ini
saat rebah
saat kecewa
ingatlah
mengapa berjuang itu pahit?
kerana syurga itu manis
Perjuangan ini tiada kerehatan
Rehat kita adalah di sana..
Syurga nan abadi
Nikmat yang tiada penghujungnya
Pilihlah sama ada kalian mahu bahagia di dunia sahaja
atau kalian mahu mengecapi kedua - duanya
Pilihan anda di tangan anda
Anda yang menentukannya!
Ya Allah
Aku pohon agar Kau tetapkan hati kami
dalam menyelusuri jalan dakwah ini..
p/s: asifi kpd adik2 yang menunggu entry ini. akak dah simpan jadi pekasam dlm blogger. ni br nk publish..sori sgt~
Sehingga kini, adik - adik masih lagi menghubungiku bertanyakan pendapat dan sebagainya demi kelangsungan dakwah di sekolah. Aku tidak menolak. Gembira, riang dan bahagia. Terasa setiap saatku diisi. Moga semangat ini tidak terhenti disini. Sekarang, aku sudah mula merangka gerak kerja yang seterusnya. Ada peluang lagi, sampailah aku ke sana. Moga Allah permudahkan segalanya.
BADAR - MUSLIMIN |
Adik - adikku,
Kalian adalah rantai - rantai dakwah perjuangan Rasulullah
Andai kalian rebah,
bagaimana Islam itu dapat ditegakkan?
mungkin di jalan ini
sudah kita persembahkan
jiwa, raga, harta
dan juga air mata
hingga terkadang
penat lelah perit
menjadi teman akrab kita
dalam meniti perjuangan ini
Adik2,
perjuangan ini bukan semudah disangka
perit, lelah, penat
semua itu asam garam dalam perjuangan
kadang - kadang kita diasingkan
dipulau jauh dari orang lain
tapi ingatlah
Allah sentiasa bersama orang yang sabar
Perjuangan ini bukan perjuangan yang singkat
Kita diuji tenaga, masa, pengorbanan dan sebagainya
Kerana kita tahu
itu masih belum cukup
untuk membeli syurga Allah
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang - orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh .... Dan siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang paling besar' (At-Taubah; 111)
Apabila jalan yang dilalui ini semakin sukar
Yakinlah
Allah sentiasa bersama kita
walau dimana sahaja
Andai esok pun kita lihat
penuh duri dan ranjau
Ingatlah pertolongan Allah itu amatlah dekat
Jangan putus asa
Allah sentiasa bersama
Adik-adikku,
Jangan sesekali kalian gentar memilih jalan ini
Jalan ini sudah Allah titipkan
buat para syuhada' yang terdahulu
Jalan kalian di dunia ini amat susah
amat payah
tetapi ingatlah
setiap apa yang kalian lakukan
ada ganjarannya di sisi Allah
Adik - adikku,
bangunlah dari tidur yang lena
kita punya misi
misi dakwah kita harus disuburkan kembali
biarlah kita menangis hari ini
saat rebah
saat kecewa
ingatlah
mengapa berjuang itu pahit?
kerana syurga itu manis
Perjuangan ini tiada kerehatan
Rehat kita adalah di sana..
Syurga nan abadi
Nikmat yang tiada penghujungnya
Pilihlah sama ada kalian mahu bahagia di dunia sahaja
atau kalian mahu mengecapi kedua - duanya
Pilihan anda di tangan anda
Anda yang menentukannya!
Ya Allah
Aku pohon agar Kau tetapkan hati kami
dalam menyelusuri jalan dakwah ini..
BADAR - MUSLIMAT |
3 comments:
syukran kak saadah...ukhwah fillah abadan abada..
Alhamdulillah kerna dipertemukan Allah dengan abg2 serta kakak2 JAST serta rakan2 yang telah membantu ana.Insyaallah kesungguhan akan ana beri bagi merealisasikan apa yang kita inginkan.Syukron ya kak saadah...=)
la syukra 'ala wajib adik2..
bertahanlah dlm perjuangan ini. nasihat utk diri sndiri juga (^_~)
Post a Comment