21 January, 2012

Rindunya mereka

Alhamdulillah. Dah habis mengharungi pelayaran paper finalku di bumi USIM. Rasa rindu tetiba. Rindu kt kerusi meja exam. Stadium tempat aku exam selama 4 tahun. Rindu kawan - kawan sekelas. Rindu kawan - kawan serumah. Rindu kawan - kawan seperjuangan. Semua tu akan jadi kenangan lepas ni. Tak sanggupnya nak lepaskan semua kenangan tu T_T

Hadiah termahal buatku adalah menerima tarbiah di bumi Usim. Punya kawan yang memahami, sanggup membantu. Ketawa sama - sama. Sedih sama - sama. Ada yang mengingatkan. Ada yang pernah "berperang". Dah mula terbit perasaan sayu. Bakal berpisah dengan mereka yang pernah menghulurkan kasih pada diri ini. Tak sanggupnya....=(

Dan sekarang...

Aku dah mula rasa rindukan kampung halaman. Rindu nak bertemu umi dan abi. Rindukan adik - adik kesayangan. Rindu ayam belakang umah yang suka memekak tu. Rindu kat durian yang abi salu bawa balik dari kebun. Rindu ni. Rasa macam putus cinta kejap.

Teramatlah rindu!~

Sabar..sabar..minggu depan dah nak balik. 

Tapi lamanya nak sampai minggu depan T_T


usrati kabirah


Rindu sangat ni. Nak kuar jalan - jalan ngan adik yang banyak cakap.

"Along, bila kita nak keluar jalan - jalan ni?"

"Along selalu balik masak sedap - sedap. Along masak ape hari ni?"

"Along, nanti belikanlah hannan punya buku. Dah habis. Ummi bukan nak belikan pun"

Huhu. Aku semakin rindu dengan celoteh adik - adikku. Tak terkata dah. 

Kalau dengan ummi pulak..

"Alhamdulillah, anak ummi balik. Kurang beban ummi hari ini. Ada jugaklah orang nak tengok - tengokkan adik masa ummi takde nanti".

"Nanti along tolong buatkan 1 artikel untuk ummi ye. Ummi kene hantar dah esok. Along je boleh tolong ummi skang ni. Ummi x sempat nak buat".

Ok. Semakin menyayat hati. Ya. Memang aku sedang melayang perasaan rinduku. Lebih baik merindui yang halalkan ?

Aku tahu tugas anak sulung ni berat. Galas tanggungjawab kedua selepas ayah. Kalau ummi n abi takde, aku la ummi. Aku la abi.  Aku la yang akan jaga adik - adik. Pastikan mereka makan, solat, tido. Siapkan alatan sekolah, pakaian. Ya. Aku galas tanggungjawab mereka yang aku sayang. 

Bila nak kuor outing dengan kawan, kene pastikan adik - adik dah mandi. Makanan dah dimasak. Pakaian dah disidai. Cuci apa yang patut. Pastu baru boleh jumpe kawan. Sebab aku rasa itu tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Kalau bukan aku, siapa yang nak buat? Bibik? Aku takde bibik kat rumah. Aku bahagia dengan apa yang aku buat. Aku bahagia ada mereka disisiku. Mungkin itulah kebahagiaan sebenar yang aku kecapi. Tak perlu rumah yang terlalu mewah untuk menginap. Tak perlu juga makanan yang entah siapa yang memasaknya. Cukupla aku sebagai pemudah cara. Menjadi salah seorang pendidik buat keluarga. Bakti itu bukan hanya kepada khidmat. Tetapi juga tarbiah!

"Along, tolong tengokkan pelajaran adik - adik". Kata ummi.

"Hannan, Iffah, Raudhah! Cepat amik buku. Along nak tengok keje sekolah!" Bertempik aku macam guna speaker surau. 

"Along janji nak bagi hadiah kalau Hannan dapat no 1!" Ngomel Hannan.

"Aahla. Along dah janji. Nak aiskrim". Menyampuk Raudhah sambil buat muka comel.

Kenangan. Nostalgia. Memori. Sememangnya tak mampu dipisahkan atas dasar kasih sayang yang terbina. 

"Along janji! Tapi kenela belajar rajin - rajin. Jangan malas - malas pergi tahfiz."


"Adik pergi solat cepat! Tengok dah pukul berapa tu? Nanti report kat ustazah adik malas semayang!"

Aku sememangnya dah terkenal dengan kegarangan seorang "Kak Long". Tegas. Tapi dalam hati ada taman. 

Pentarbiahan keluarga memang sangat penting. Bukan hanya diri kita sahaja perlu kepada tarbiah. Tetapi orang sekeliling kita juga perlu untuk ditarbiah. Kita bukan nak masuk syurga sorang - sorang kan? Mesti nak bawa keluarga bersama. 

Melihat dari mata yang kasar, sememangnya ummi dan abi dah menjalankan tanggungjawab sebagai pentarbiah yang hebat. Dulu, penah dalam hati nak ke MRSM. Siap isi borang lagi. Tapi abi tak bagi. Abi nak anak - anaknya semua dapat pendidikan agama. Baginya, penerapan agama tu sangat - sangat penting sebelum menjadi dewasa. Sebab tu kami dihantar ke SMKA, Maktab Mahmud dan Sekolah Tahfiz. Tiada lagi adikku yang bersekolah sains atau MRSM. Mungkin ramai fikir, abi nak anaknya jadi ustaz dan ustazah. Abi nak kami faham agama. Kami kenal Allah. Dapat bezakan yang baik dan buruk. Abi tak pernah halang anaknya nak ambil jurusan apepun. Tapi, yang penting mesti masuk sekolah agama. Tak kesah apa jenis sekolah pun. Sanggup bayar mahal untuk sekolah swasta adikku yang lelaki. Janji mereka dapat ilmu dunia akhirat.

Sesibuk mana pun, abi tak pernah lupa soal tarbiah. Bangga punya abi sebegini!


Hebatkan Allah kirim mereka buatku? Menjadi seorang ayah, seorang ibu, pendidik, pejuang Islam. Tapi semua tu tak pernah mengurangkan sedikit pun kasih sayang buat kami adik beradik. T_T

Ya benar! Tarbiah itu bermula dari rumah. Saat kita berada dalam kandungan ibu sehinggalah kita menjadi dewasa. Tidak ada kita tanpa mereka. Air tangan ibu mampu melembutkan hati kita. Mendengar kata. Menjadi anak soleh solehah. Sejuk perut ibu kalau tengok anaknya berjaya. Jadi orang berguna pada agama dan negara. Siapa tak nak? 

Anak ibarat kain putih. Bersih. Tiada dosa. Ibu bapa merekalah yang mencorakkannya. 

Jom jadi anak soleh solehah ye. Selagi mana kita ada mak ayah, jagalah mereka sebaiknya. Aku pernah berazam walau sesibuk mana aku sekalipun, walau hanya pulang 2 hari, aku akan manfaatkan yang terbaik buat keluarga. Biar penat. Asal dapat lihat mereka gembira. Indahkan perasaan tu? Tak tergambar. Mereka anugerah yang sangat bernilai yang dipinjamkan oleh Dia.

Ok. Aku semakin sebak T_T

_________________________________________________________________

Masa dapat tau mungkin akan dapat berpraktikal di Johor, tiada perasaan. Cecepat call ummi. 

"Ummi, along mungkin akan berpraktikal di Johor. Paklang dah confirmkan tempat".

"Takpela kalau along dapat kat situ. Nak buat macam mana. Mungkin itu yang terbaik. Along akan merantau lagi pasni."

Ada nada sedih pada suara itu.

Ya. Aku merasai kesedihan itu. Oh Tuhan, adakah ini pilihanku yang terbaik?

Aku masih berharap untuk pulang ke kampung halaman. Masih ada peluangkah untukku berbakti kepada mereka? Diam. Mengharap.


Ummi sentiasa mendoakan anak - anaknya


Selang seminggu..

"Ummi, along dapat offer interview kat Perai"

"Oh yeke? Bagusla. Bila nak balik?"

Gembiranya pengarang jantung ini! Anaknya akan pulang tinggal bersamanya. 

"Baru interview la. Belum tentu dapat lagi".

"Along usaha la dulu. Ada la rezeki kat mana - mana".

Senyum. Membuak - buak perasaan. 

Ada support dari ummi. Doakan anakmu ini ye walau dimana berada. Dimana bumi dipijak, disitu Islam dijunjung. Along takkan lupe semua tu.

Aku percaya Allah akan jaga mereka untuk aku. Tunggu ye. Along akan balik juga. Rindu sangat. Tapi aku malu nak tunjuk perasaan ni!~

Ya. Aku memang pemalu. Terimalah hakikat =p

p/s: nak tido dah. sebak den dibueknye. 

Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil lagi. 

Ameen.

Abi n Hannan (adik bongsuku). Sama - sama buat gaya serupa. Bapak borek, anak rintik!~










13 January, 2012

Kau punya Dia

Salam.

Buat jiwa - jiwa yang gelisah, resah dan tidak tentu arah..

Carilah DIA di segenap sudut. Walau segalanya terasa pahit. Sakit. Jiwa kacau. Berusahalah mencariNya. Dia ada untuk kita di mana sahaja.

Al - Quran, penenang jiwa, pengubat duka.

Boleh layari video ini. Kata - katanya manis sekali. Mungkin bisa menjatuhkan egomu duhai si pengembala dosa ------> Motivasi Al-Quran


Sekiranya kita menghadapi kesusahan, kesukaran, kekecewaan.

Cepat - cepatlah istighfar.

Dia sedang mengajarmu di kala ujian melanda.

Dia sedang bersamamu dan kau tidak keseorangan.

Dia ada. Kau tak nampak. Tapi kau akan dapat rasa.


Betul. Aku tak tipu.

Carilah Dia. Cepat cari. Ngadu padaNya.

Kerana Dia lebih berhak untuk kau adukan masalahmu berbanding manusia.

Manusia sememangnya ada untuk mendengar.

Tapi alangkah baiknya sekiranya kau ceritakan buat yang Maha Mendengar.

Dia lebih mengerti kegusaranmu sekarang.


Biar air mata kau mencurah - curah.

Biar egomu tatkala ini lemah.

Asal kau masih punya Dia.


Kau tak pernah keseorangan.

Kerana apa?

Kerana Dia sentiasa ada saat kau lupa. Alpa. Fanatik dengan dunia.

Kau buang Dia atas keseronokan dunia yang kau miliki.

Kau buang Dia ketika kejayaan kau kecapi.

Kau lupa Dia saat kau punya pangkat yang tinggi.


Saat ini kau rasa dosamu menggunung tinggi.

Ingatlah!

Tinggi lagi rahmatNya mengatasi kemurkaan.


Saat ini kau punya Dia sahaja

Bentangkanlah sejadahmu

Sujudlah menghadap Dia yang Satu

Pohonlah maghrifah di setiap doamu

Dia ada bersama kamu

Duhai Si Pengembala Dosa yang lalu





Oh Tuhan

Sudilah terima taubatku

Merintih memohon keampunan

PadaNya ku persembahkan

Selautan doa ku harapkan

Agar Kau masih bersama denganku

Hingga akhir waktu



Duduk keseorangan, mencari ketenangan

Siapakah yang layak meminjamkan ketenangan ini

Kalau bukan Dia yang kau akui cintaNya

Ar - Rahman, Ar - Rahim


Saat kau rindukan kata - kataNya

Selaklah helaian surat cinta dariNya

Terkandung 1001 hikmah tersirat

Yang bisa mengubat dukamu

Malah menenangkan jiwamu


Biarlah saat ini kau tidak punya siapa - siapa

Asalkan kau masih ada Dia yang setia

Menongkah arus kehidupan yang fana

Demi mencapai kehidupan yang sejahtera


Mungkin dulu kau hilang pedoman

Terlalu asyik mencari dunia

Sehingga lupa pada Si Dia

Tuan empunya kehidupan


Ampunkan aku andai aku tersilap bicara, tersalah kata, terulit dosa. Tiada yang lebih hebat daripada Dia. Kerana Dia lah kita menjadi hebat pada hari ini. Dan kerana Dia lah kita masih hidup sekali lagi.

Andai coretan ini masih belum mampu mendamaikan jiwamu, ambillah sedikit petua ini. Mungkin tidak seberapa. Tapi memadai andai kau berusaha.

Jika kau rasa hatimu tidak tenang. Ambil Al - Quran. Bacalah!

Jika hatimu masih berkeras. Putarlah ayatNya di radio, internet, dan mana - mana teknologi.

Bukalah Surat Cinta DariNya. Setiap ayat itu kau bacalah terjemahannya.

Mudah untuk kau fahami. Setiap patah yang terhimpun dalam satu surah.

Bacalah dan hayatilah. Sehingga mampu kau leburkan egomu.

Kelak kau akan rasa bahawa Allah sedang berdialog denganmu.

Mengertilah. Setiap kata - kata dariNya punya makna yang tersendiri yang harus kita singkapi.

Berusahalah mencari Dia bukan hanya saat kau susah. Lelah menjalani hidup.

Tapi carilah Dia di segenap waktu yang kau miliki. Baik di atas kenderaan mahupun sedang makan.

Moga usahamu yang sedikit itu mampu menatijahkan keinsafan di jiwa.

Teruskanlah langkahmu. Kerana kau tidak pernah berseorangan.

Durratul Akhyar,
Baiti Jannati Nilai,
13 Januari 2012
2.58am







11 January, 2012

Doakan

Salam.

Disebabkan dah 'terlalu banyak' membaca, jadi saja gatai tangan nak update blog!~

Berdebar..macam tak penah exam. Padahal dah 5 tahun exam kat Usim ni.

Tolong doakan ye.

Orang lain dah tinggal 1 paper je lagi, aku baru first paper. Untungkan aku? Sebab minggu depan 4 papers straight! Oh Tahniah untuk aku!





Ok. Sudahla. Entry ni just nak mintak doa dari semua je. Doakan yang terbaik je tau. InsyaAllah akan ku doakan kembali buat kalian. Ameen Ya Rabb

Jom kita berusaha!~

Najah fi dunia wal akhirah..(^_~)

03 January, 2012

Redha Dengan KetentuanNya

Salam sume.

Alhamdulillah hari ini kita masih dihidupkan di dunia fana. 

Penah seorang sahabat pesan,

Bersyukurlah kerana dihidupkan sehari lagi untuk melunaskan hutang - hutang dosa pada Dia

Totally agree dengan statement dia. Buat aku terpikir jauh. Banyak ye dosa yg aku buat. Yang sedar tu memang perasan la. Yang tak sedar? Wallahua'lam. Moga Allah ampunkan segala dosa - dosaku baik dalam keadaan sedar atau tidak. 

Sekarang dah tahun baru. Macam - macam berlaku. Dan aku semakin matang menilai keadaan sekeliling. Alhamdulillah tahun ni dah masuk umur 23 tahun. Tahun baru ni dah kene planning untuk masa depan. Apa yang nak dicapai. Apa yang nak dihindarkan. Semua orang kene ada target hidup. Kalau tak, kita jadila macam  orang yang ditiup lalang. Ikut je arus. Jadila apa nak jadi pun. Dan kita mesti ingat setiap perancangan yang kita buat, ada Perancang yang LEBIH HEBAT, Allah SWT. Kita kene redha atas apa yang berlaku. Barulah kita mencapai salah satu rukun iman, percaya kepada qada' dan qadar.

Bercakap tentang redha, hari ni saja nak tulih tentang kisah hidup. Yelah. Masing - masing ada ujian yang Allah bagi kn? 


Ada seorang manusia ni. Dia yang Allah hantarkan ni baik sangat. Tak perlu tanya sapa dia. Kepercayaan aku tinggi untuknya.

Tapi masalahnya, setiap kali ibadah ku terganggu. Baik solat atau baca quran. Saat aku mahu berdating dengan Dia, pasti wajah dia akan muncul. Apela syaitan ni. Menyucuk - nyucuk aku. Sakit tau nak hilang. Syuhh. Pergi jauh perasaan. Kau menganggu ibadahku. Baru nak cari khusyuk, ada je yang masuk jarum. Puas aku merintih seorang diri. Berusaha untuk membuang perasaan. Pergi ke masjid. Dekatkan diri dengan sahabat - sahabat. Usaha dan terus berusaha.

Dan akhirnya...

Takdir memberitahu sesuatu. Hoho. Aku dah kering air mata. Kelu. Gamam. Bisu. Mungkin itu yang terbaik boleh diklasifikasikan saat itu. Saat menulis ni pun, takde air mata dah nak turun coz dah redha dengan ketentuan Allah.

Terluka memang sakit. Pedihnya hanya Tuhan yang tahu. Tambah - tambah aku sangat pantang orang tipu aku. Huhu. Tapi takpe. Tidak sedikit pun ku pinta untuk dibalas. Malah mensyukuri ujian yang datang menimpa. Alhamdulillah, dengan sekejap cuma hatiku cepat dirawat. Terus kembali mengabdikan diri kepadaNya. Menyelusuri setiap bait - bait kalamNya. Indah sekali ujian ini. Istighfar akan dosa - dosa yang telah dilakukan. Adalah lebih baik ditimpa lebih banyak ujian supaya aku tidak jauh denganNya. Bersyukur sangat. 

Dan apa yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan, disebabkan oleh perbuatan kamu dan Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa - dosa kamu. (Surah Asy-Syu'arak; ayat 30)

Kesalahan terjadi supaya kita dapat renungkan hikmahnya dan mohon kesabaran diberikan oleh Allah bagi menghadapi pelbagai ujian dan cabaran. (Hadis direkodkan oleh al-Bazar)

Dan untuk si dia, aku ucapkan terima kasih kerana kau hadir sebagai wasilah yang Allah hantarkan kepadaku. Berbahagialah dengan kehidupan yang Allah telah beri. Dan aku pasti kebahagiaan jua akan ku miliki kelak. 

Kalau kita meletakkan redha Allah sebagai matlamat, insyaAllah segala kepayahan yang kita lalui itu akan dipermudahkan olehNya dan ada hikmahNya. Hikmah tu kita kene cari. Alhamdulillah. Aku sudah menemui hikmah atas apa yang berlaku. Hidayah itu milik Allah dan kita kene sentiasa mencari hidayahNya. Sebab Allah hanya bagi kat orang yang berusaha saja. Dan jangan sesekali bertangguh untuk bertaubat. Takut kita jadi senang dan redha dengan dosa yang kita buat.






Ok. Untuk tahun baru ini aku akan jadi orang yang baru. Lebih baik dari tahun - tahun sebelum ini. Doakan moga aku kuat dalam mujahadah dan istiqamah dalam amalan. Dhuha yok! Salah satu tanda untuk kita bersyukur (^_~)


Apabila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, Yang Maha Mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakitnya hatimu, membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu..pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi ketahuilah. Itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu bahawa hati yang begini selalunya lebih lunak, mudah untuk dekat & akrab padaNya.