27 May, 2010

Planning untuk masak

Alhamdulillah..sudah tiba di bumi Perak. Syukur. Walaupun balik secara tiba2 tanpa dirancang, alhamdulillah Allah permudahkan segalanya walaupun sebenarnya agak berdebar - debar juga. Bukan tak biasa balik tapi bila dah on the spot ni macam2 la. Terlupe pakai helmet la. Tertinggal handsetla. Ni mesti shoe x bagi balik. Hehe=p


Tiba di rumah tadi jam 3.30 pagi. Umi n una ambil di stesen bas. Alhamdulillah. Syukurku panjatkan lagi. Aku masih diberi peluang melihat keluargaku. Adik lelaki yang sekolah pondok pun balik. Tersipu - sipu malu jumpa aku. Yelah. Dulu nakal - nakal masa kecik. Sekarang dah besar, jadi hafiz belaka. InsyaAllah. Familiku tidak cukup seorang. Adik di Maktab Mahmud tidak pulang. Takpe. Cuti banyak lagikan. Nanti leh jumpe (^_~)


Di rumah, perkara paling best skali adalah dapat memasak di dapur untuk ahli keluargaku. Paling best skali bila dapat pujian 'sedap'. hehe. Bukan yang tu sebenarnya. Paling best kalau dapat tengok seisi keluarga menjamah makanan yang telah aku masak. Malam ni masakkan nasi goreng blackpeppers plus ikan sweet sour. Memula ingat nak buat puding karamel tapi xde susula pulak. Takpe2. Esok pas abih meeting kat Seberang Jaya ingat nak pergi Tesco Extra. Leh beli barang2 nak masak.


Barang yang perlu dibeli esok:
  1. Susu Cair
  2. Butter
  3. Serbuk Koko
  4. Santan (kene geledah dapur dulu cari)
  5. Sagu
  6. Tepung Caca
  7. Biskut Marie
  8. Esen Vanilla

Apa lagi ye?


Ada 3 benda nak masak esok. Hehe. Prepare for trouble!


Yok! Jom! Sape nak meh datang umah!


To K.ainul, K.Janah, Kinah, Shoe..kalo tingin..mehla cni..hehe..rasa air tanganku..haha


Adoyai~


k..jom makan!

18 May, 2010

Tawakal Itu Indah

Bismillahirrahmanirrahim...


Sudah lama tidak mencoret walau sekelumit kata. Sungguh, si tuan blog ini sangat merindukan untuk menyatakan sesuatu tapi apakan daya seringkali berada di luar maya. Mahu saja menyuruh pakar it membuat sesuatu idea baru supaya tidak perlu lagi menulis, hanya sekadar detection daripada apa yang diperkatakan dan terus publish dalam blog. Itu yang diimpikan sejak dulu. Nampaknya macam mencabar pakar it ni. Lagipun untuk kemaslahatan jugakan? hehe~


Sekadar ingin berkongsikan sesuatu. Mari kita lihat ayat ini..

Apabila engkau telah berazam maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
(Ali Imran : 159)

Ayat ini seringkali meniti di bibir. Kadang - kadang tanpa disuruh, rupanya sedang melafazkan ayat ini berulang kali. Paling terkesan apabila suatu malam, diulang - ulang ayat ini. Ya! Aku faham! Allah sedang mengingatkan aku yang lalai! Usai solat berjemaah, tiba - tiba terdengar seorang sahabat melafazkan ayat yang sama sewaktu dia mentadabbur Al - Quran. Allahu Akbar! Terasa sebak di jiwa. Fikir dan zikir.


Alhamdulillah, sudah hampir sebulan melepasi fatrah imtihan dan semua pelajar ada yang sudah kembali ke kampung halaman meneruskan agenda masing - masing dan ada juga yang masih berada di bumi Nilai. Walau dimana pun anda berada, tegakkanlah Islam . Fatrah imtihan dahulunya membuatkan kita semakin dekat pada Allah. Kita punya Dia setiap waktu. Setiap kesusahan dan kesenangan yang kita hadapi, Dialah tempat mengadu. Kita sudah berjuang sehingga ke titisan pena yang terakhir tapi adakah perjuangan kita sehingga itu sahaja. Nah! Inilah ayat yang ingin dikongsikan. Bab tawakal kadang - kadang kita sebagaimana insan ini seringkali terlupa.


Faiza 'azamta fatawakkal 'ala Allah. Innallaha yuhibbul mutawakkilin..


Allah mencintai orang yang bertawakkal. Maka, usaha kita bukan sahaja di medan peperiksaan bahkan juga sejak mula lagi dan selepas itu. Usai peperiksaan, kita tambahkan lagi doa dan tawakal kita kepada Allah. Biarlah natijah apa sekalipun yang kita dapat nanti, kita redha dengan ketentuannya. Kita memohon kepada Allah supaya mengurniakan natijah yang terbaik buat diri kita. Kita sudah usaha, lepaskan segala natijah itu pada Dia. Redha. Dia lebih berhak menilai.


Ya Allah, Kau berikanlah kejayaan yang mendekatkan kami kepadaMu. Jangan Kau berikan kejayaan yang menjauhkan kami daripadaMu. Ameen.


Berbalik semula pada konsep tawakal. Seseorang yang bertawakkal kepada Allah hendaklah sedar bahawa tidak ada seorangpun yang pantas ditawakali selain Allah. Tidak akan ada satu kesulitan pun yang menimpa seorang mukmin selama dia berdoa dan bertawakal kepada Allah.


Dan bertawakkallah kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai Pelindung.
(Al-Ahzab : 3)
Di dalam ayat lain diceritakan sebagai berikut:

...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(At-Talaq:2-3)


Teringat satu peristiwa di mana Allah turunkan ujian ke atas saya dan sahabat. Pelbagai mehnah ditempuh sepanjang perjalanan kami ke destinasi yang dituju. Allah uji kami erti kesabaran, ukhwah dan redha atas ketentuan. 'Azim! Ujian inilah tarbiyyah direct dari Allah dan kerana ujian inilah mendekatkan kita kepadaNya. Ini menyebabkan kami memerlukan Dia setiap masa. Kami berusaha dan kepada Dia jugalah kami bertawakkal. Apapun terjadi, kami redha kerana kami hanya punya Dia ketika itu. Alhamdulillah dapat mengawal keadaan tanpa rasa marah dan kami selamat tiba ke destinasi. Sewaktu perjalanan, sahabat saya ada berkata, even bonggol sekecil - kecil begini yang menyusahkan lagi melembabkan kita inipun tarbiyah. Apetah lagi tayar yang pecah. Proses tarbiyyah diperolehi sangat indah dan jangan kita lupa bahawa setiap kelemahan yang kita ada itu Allah sentiasa uji untuk lebih menguatkan kita. Ya! Tarbiyah, ujian, usaha dan tawakal itu berkaitan!

Konsep tawakal yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita;

"Ertinya : Amr bin Umayah Radhiyallahu 'anhu berkata, 'Aku bertanya, 'Wahai Rasulullah !!, Apakah aku ikat dahulu unta (tunggangan) ku lalu aku bertawakkal kepada Allah, atau aku lepaskan begitu saja lalu aku bertawakkal ? 'Beliau menjawab, 'Ikatlah kendaraan (unta) mu lalu bertawakkallah". (Musnad Asy-Syihab, Qayyidha wa Tawakkal, no. 633, 1/368)


Lakukan setiap perkara bukan hanya sekadar tawakal tetapi seiringlah dengan usaha. Usaha tanpa tawakal, anda sendiri yang binasa. Berserahlah..hanya kepada Dia tempat kita berserah (^_~)

20 April, 2010

Imtihan Semester 4

Salam Imtihan buat semua yang menduduki peperiksaan akhir. Moga kalian semua najah. Disini ingin ku kepilkan slip peperiksaanku walaupun sebenarnya peperiksaan sudah bermula. Alhamdulillah. Allah mempermudahkan segala urusan. Moga esok dan hari - hari seterusnya, ditambahkan lagi rahmat dan kasih sayang Allah (^_~)..

No Matrik:1080***No Sem:4
Nama:NUR SAADAH BINTI ROZALINo KP:890913******
Program:SARJANA MUDA PENTADBIRAN KORPORAT DAN HUBUNGAN DENGAN KEPUJIAN
Fakulti:FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

KodNama KursusSetTarikhMasaTempohTempatNo Meja








UTA2082PENGAJIAN HALAQAHHMD1Tiada Peperiksaan Akhir
MAC3013PERAKAUNAN PENGURUSANKMD19/04/20109:00AM3 jamSTADIUM848
MGA2013FIQH MUAMALAT IKMA20/04/20109:00AM3 jamSTADIUM634
AAA2022AKHLAK DAN TASAWWUFKAA22/04/20109:00AM2 jam 30 minitSTADIUM045
MGA4043PENGURUSAN HAJI DAN UMRAHKMA22/04/20102:30PM3 jamSTADIUM569
UTA2072PEMIKIRAN KREATIF DAN PENYELESAIAN MASALAHKMA27/04/20109:00AM2 jamDP 1-FSU032
MHB4033UNDANG-UNDANG KOMERSANKMA30/04/20109:00AM3 jamSTADIUM629
MAE2013MALAYSIAN TAXATION AND ZAKAT ADMINISTRATIONKMB05/05/20109:00AM3 jamSTADIUM454
MFA2013PRINSIP PENGURUSAN KEWANGANKMB06/05/20102:30PM3 jamSTADIUM522

Nota kaki 1 : Selamat Hari Lahir buat sahabatku, Muazzah. Moga Allah mempermudahkan lagi urusan sepanjang imtihan ni walaupun besday selalu jatuh pada waktu exam (^_~)

Nota kaki 2 : Mohon doa dari kalian semua semoga saya terus berjuang dalam jihad ilmu

Nota kaki 3 : Diuji hati sewaktu bertarung dengan imtihan. Huh~ Masih belum bersedia~

04 April, 2010

Pentingkah Berakhlak Mulia?

Salam 1 akidah.

Alhamdulillah, pada hari yang mulia ini masih lagi mengecapi 2 nikmat utama iaitu nikmat Iman dan Islam. Pena ini tergerak untuk berkongsi sedikit pendapat (mungkin) ataupun sedikit teguran yang bersarang dalam lubuk hati. Saya mulakan dengan sepotong hadis nabi yang bermaksud,

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”
Ya..itulah yang sudah dikatakan Nabi kita. Anda dapat mengagak apa yang akan saya khabarkan? Mungkin entry kali ini banyak menegur diri saya sendiri sebagai seorang daie yang kadang terlupa untuk berakhlak mulia.

Apa itu akhlak?

Akhlak boleh diklasifikasikan sebagai perangai atau kelakuan, yakni sebagaimana yang diungkapkan oleh para ulama' 'gambaran batin seseorang' kerana manusia itu mepunyai 2 gambaran, iaitu:
Saya ketengahkan dengan beberapa situasi akhlak yang seringkali terjadi terutama dikalangan mahasiswa/i ISLAM itu sendiri.

Situasi 1

Dalam bas

A: eh..lama x jumpa? nak pergi mana?
B: itulah..ko selalu je menghilang. aku nak balik hostel ni

(dalam masa yang sama)

C: (sambil mencuit bahu si A) apetu? nak tengok jap! (nada arahan sambil meminta surat khabar dari A)
A: er..(kelu lidah kerana disampuk oleh orang yang tidak dikenali)

Seusai kemudian, bas tiba ke destinasi yang dituju

A: boleh saya ambil surat khabar saya?
C: (tidak berkata apa - apa lalu memberikan surat khabar tanpa sedikit senyuman sekalipun)
A: huhu..(ada juga manusia sebegini)

Situasi 2

Dalam perjalanan ke Perpustakaan, tiba - tiba orang yang tidak dikenali, B telah memijak kaki si A tanpa sengaja.

A: Aduh..sakitnye (sambil memegang kaki)
B: sikit je pn kan (berkata dengan tidak rasa bersalah lalu terus pergi meninggalkan si A)
A: huhu (kn lebih baik minta maaf)

Situasi 3

Di kelas

A: Ops, kertas si C jatuhla. Boleh tolong amikkan x?
B: Alaa..amikla sendiri. Bukannye x sampai pun kan. Dia pun boleh bangun dan amik sendiri. Lagipun aku kan tengah buat keje ni.
A: Eh, xpela. Kau kan sibuk. Biar aku amikkan. (bangun dan ambil kertas kepunyaan C)
B: Buat apelah nak susah amikkan. Dia kan ada tangan. Allah belum tarik nikmat dia lagi la.
A: (x endahkan si B). Nah..ni kertas awak yang jatuh tadi. Mungkin awak x perasaan (menghulurkan kertas pada C)
C: Eh, terima kasih sangat. Saya x perasaan pun jatuh. Mujur awak nampak. Terima kasih ye! (sambil tersenyum)
A: (terubat juga hati aku)


Berdasarkan ketiga - tiga situasi ini, dapat dilihat bahawa nilai - nilai murni yang diterapkan selama ini semakin berkurangan. Ini beberapa contoh sahaja. Masih banyak lagi contoh - contoh akhlak yang kurang baik ditonjolkan oleh mahasiswa Islam. Sebagai mahasiswa yang mempunyai identiti Islam, moleklah sekiranya nikmat Islam yang anda ada itu diterapkan dalam diri masing - masing. Bukan sekadar Islam di atas kad pengenalan sahaja, bukan Islam avatar "Iluvislam' di facebook mahupun di friendster dan bukan juga Islam hanya di pakaian. Islam itu meliputi segala - galanya termasuklah sekecil - kecil perkara. Dan akhlak juga merupakan sebahagian daripada agama Islam.


Mari kita renung sejenak sikap kita sewaktu di zaman sekolah. Jika dulu kita seorang yang peramah, sentiasa memberi salam pada guru - guru juga rakan taulan. Tapi hari ini, kita sangat kedekut dan terasa berat untuk mengucapkan salam malah untuk menegur pun hanya pandang sebelah mata sahaja. Iyekan?

Jika dahulu kita seorang yang rajin membantu. Apabila guru keluar sahaja dari kereta, terus sahaja kita mendapatkan guru untuk mengangkat beg beliau. Alhamdulillah. Akhlak terpuji! Tapi hari ini, berada di menara gading, terasa janggal untuk mengangkat beg atau buku pensyarah. Hanya mampu melihat dari jauh walaupun seorang pensyarah itu menjinjit beg dan kertas - kertas kita yang perlu disemak. Pedulikah kita?

Jika dahulu kita seorang yang hormat pada guru sehinggakan takut untuk tidur di dalam kelas, takut untuk menipu dan sebagainya. Tapi hari ini kita tidak takut untuk tidak hormat pada guru atau pensyarah kita, malah kita menipu tugasan yang telah diberikan. Mana berkatnya seorang graduan siswazah nanti andai perkara sekecil ini pun dipandang enteng?

Jika dahulu sewaktu berada di tadika, kita diajar doa - doa seperti doa melihat cermin, doa masuk tandas, doa hendak belajar, dan pelbagai doa lagi kita hadamkan. Tapi hari ini, semua doa itu kita lupakan. Kita mulakan segalanya cukup sekadar membaca bismillah sahaja. Tidak perlu lagi doa - doa yang kita hafal sekian lama dahulu. Untuk apakah kita belajar? Bertambah zalim andai sekelumit bismillah pun tidak diucapkan. Cukup sekadar kita melakukan aktiviti seharian seperti biasa. Begitukah caranya kita berakhlak?

Akhlak..akhlak..akhlak..

Akhlak mulia sangat ditekankan oleh Islam. Ia bukan perkara remeh yang kita hanya pandang sebelah mata. Kemuliaan akhlak adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah buah dari keimanannya. Tidak dikira beriman seseorang yang tidak berakhlak. Penting x akhlak ni?

Sabda Rasulullah

Bukanlah iman itu hanya dengan cita - cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan
(Hadis Riwayat Al-Dailami)


Saya petik semula sabda di atas 'dibuktikan dengan amalan'. Maksudnya keimanan seseorang itu terpancar melalui akhlaknya daripada hatinya. Tambahan pula, akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang hamba merupakan amalan yang paling berat dalam timbangannya di hari kiamat kelak. Oleh itu, barangsiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya.


Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik.

(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

Setiap dari kita harus berusaha agar hati atau gambaran batin menjadi mulia sehingga ia mencintai sifat sabar, santun, apabila ketemu menampakkan wajah yang berseri - seri, hati yang lapang, jiwa yang tenang dan sebagainya.

Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya

Lantas, bagaimana untuk berakhlak mulia?

  1. Menelaah dan mengamati ayat - ayat cinta dari Allah. Lihatlah nas - nas Al- Quran yang menunjukkan tentang pujian terhadap akhlak yang agung. Maka sekiranya anda berbuat demikian, anda akan berusaha untuk menerapkan perilaku terpuji tersebut dalam diri.
  2. Bersahabat dengn orang yang telah dikenali kemuliaan akhlaknya. Sehinggakan menjadikan persahabatan tersebut ibarat sekolah untuk ditimba akhlak yang mulia darinya.
    Seseorang itu tergantung dengan agama sahabatnya, maka hendaklah kalian melihat orang yang akan kalian pergauli.(Riwayat At - Tirmidzi)
  3. Ambil iktibar dari akhlak yang tercela. Orang yang berakhlak buruk pasti dibenci, ditinggalkan dan dikenali dengan sebutan yang jelek. Jadi, sekiranya diketahui akibat yang buruk daripada akhlak tercela, nescaya dia akan segera menjauhinya.
  4. Selalu menggambarkan akhlak mulia Rasulullah SAW. Mari kita lihat bagaimana Rasulullah merendahkan dirinya, bersikap santun, memaafkan dan bersabar walaupun diganggu mahupun dicela.Seandainya seseorang mampu untuk menghadirkan gambaran akhlak mulia Rasulullah dalam dirinya, maka dia juga akan turut merasa rendah diri dan hilanglah perasaan bongkak yang ada dalam diri.
  5. Sentiasa berdoa dikurniakan akhlak yang mulia dan terhindar dari akhlak yang buruk. Rasulullah mengajarkan kepada kita doa untuk mendapatkan akhlak yang mulia.
    Diriwayatkan bahwa beliau berdoa, “Ya Allah, tunjukkanlah kepadaku keindahan akhlak yang tiada bisa menunjukkan keindahannya melainkan Engkau semata. Dan palingkanlah dariku keburukan akhlak yang tiada bisa memalingkan dari keburukannya, melainkan Engkau semata.(HR Muslim)

Dalam hadits yang lain diriwayatkan bahwa Rasulullah saw meminta perindungan dari keburukan akhlak, keburukan watak dan kerendahan adab. Baginda berdoa,

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kemungkaran akhlak, amal-amal perbuatan, hawa-hawa nafsu dan penyakit-penyakit (hati).”(HR At-Tirmidzi dan Ath-Thabrani)

Sudah menjadi tugas bagi setiap orang mukmin untuk memperbaiki akhlak dengan menampilkan akhlak yang mulia kerana akhlak mulia merupakan ciri - ciri seorang mukmin sejati. Jadi, marilah sama - sama kita mengislahkan diri dengan menjadikan akhlak Islam sebagai cerminan diri kita sebagai seorang muslim. Sudah semestinya seorang daie cerminan kepada mad'u. Jika akhlak daie hancur, bagaimana dakwah itu hendak sampai kepada mad'unya? Jom muhasabah kembali!

Saya Dapat Award!

Syukran jazilan kpd ukhti yang sudah lama ku kenali, Mawar Larangan di atas award yang diberi. 2 awards sekaligus. Dengan ini saya merelakan untuk mempamerkan award yang saya terima. Terima kasih ye!




Saya malas untuk mentagged sesiapa untuk menerima award ini. Cukupla saya seorang. Tidak perlu dianugerahkan pada orang lain. Hehe. Saya mahu keep in my heart je. Jangan marah ye Mawar Larangan! Sekian.