06 February, 2009

Pengalaman sebagai Suatu Muhasabah

Ana ni sebenarnya tak pandai nak bermadah-madah..jiwang lagila tak pernah kan..hehe..menusuk kalbu sungguh ayat tapi cara ana suka straight to the point..don't belok2 dah..kekadang nak kata terlepas cakap, maybe tak kot. Ana suka bercakap jujur. Kalau kata tak puas hati, tak puas hatila jawapnya. Kalau ana kata setuju, jawapannya tetap setuju. takde nak wat turning back ke apeke. So, jangan tanya lagi kalau ana dah bitau jawapan ana. Ana jenis tak berapa suka cakap banyak kali ni. Sebab ummi penah cakap, ana tak boleh ajar budak2 coz cepat hangin..means kurang sabarla..hehe..alaa..ana ok jelah..

ok..back to the topic..ana nak share la something interesting yang jadi kat ana baru2 ni..ana diberi taklifat sebagai urusetia dan fasilitator untuk program pengkaderan pendakwah muda 2. Ana paling suka masa slot bersama Mr Lim Jooi Soon. Masa ni tatau nak cakap..menyayat hati pun ada. Ana sedikit tersentak dan rasa bagaikan baru tersedar dengan beberapa ayatnya yang agak menusuk sanubari..

Dah berapa tahun kamu hidup kat dunia ni? Dah berapa ramai non-muslim yang kamu ajarkan mereka tentang Islam? Selama berjiran dengan mereka, pernah tak kamu berkata tentang Islam walaupun hanya satu ayat? Di akhirat kelak, kami(non-muslim) akan menuntut dihadapan Allah bahawa orang2 Islam inilah yang tak pernah sekalipun mengajari kami walau satu ayat tentang Islam.

fuh..sangat menusuk kalbu. Mari kita muhasabah diri kita kembali. Adakah kita mempunyai jawapan2 daripada persoalan-persoalan di atas. Apakah akan terjawap setiap persoalan yang akan Allah kemukakan kepada kita kelak?

Kita selalu mengadakan program-program pengislahan tapi kita abaikan program-program dakwah (non-muslim). Ana rasa macam baru tersedar dari lena yang panjang. Sangat menyayat hati. Ana ingat kat seorang muslimat ni yang asalnya dari Malaysia Timur. Kebanyakan keluarga dia dari kristian. Dia sangat sedih dan marah terhadap orang Islam. Mana pergi orang Islam sekarang, kenapa tidak menyampaikan dakwah kepada mereka2 yang memerlukan ini? Fuh..ana tersentak lagi..terlalu emosi kata2nya..dari situ terbitnya keinsafan yang menggunung tinggi dalam diri. Masa tu ana rasa macam nak panggil satu USIM untuk datang program tu..dengar sendiri kata2 dari sahabat2 yang mempunyai keluarga non-muslim, bersahabat baik dengan non-muslim dan bekas2 protestan yang sangat aktif. huhu..tapi apakan daya..andai ana menjerit satu USIM sekalipun, belum tentu akan ada yang mendengar..

Ya Allah..ampunkan dosaku atas kelalaian ku sendiri..

dan

Ya Allah, aku sangat bersyukur kerana Engkau gerakkan hati ini untuk mendengar rintihan para mad'u kami..

Satu lagi yang ana nak share, my experience masa amali dakwah kt KL Sentral. Semua peserta pengkaderan kene membuat survey kepada para mad'u tentang isu palestin, Islam, gejala sosial, konsep menutup aurat, bercouple dan sebagainya. Walaupun ana sebagai fasilitator untuk my group, tapi ana amik kesempatan ini untuk mencuba sekali. Yang paling ana tak lupa sangat masa nak approach. Pusing kanan..pusing kiri..berfikir jap..sapelah nak kene approach ngan aku ni.. Sedang asyik berpusing-pusing di sekitar food court, terjumpalah seorang uncle sedang melihat gelagat ana dan sahabat. Lalu ana pun mengajak sahabat kepada bakal respondan. Speaking macam nak hancus sekejap pastu trus proceed bila uncle ni jawap dia boleh paham sesekit bahasa Melayu. Apelagi..ana teruskan peluang yang ada dengan sebaiknya sambil merojakkan english and malay.

Apa yang sangat terkesan dihati ana, uncle ni terus-terusan melemparkan pelbagai tohmahan terhadap Islam. Dia kata Islam itu agama paksaan. Orang Arab ni bodoh. Kalau kamu kata agama kamu adalah yang terbaik, tunjukkan bukti pada saya. Kenapa nabi2 kamu selain Isa dan Muhammad adalah dari kalangan yahudi? Sepatutnya kamu mengikut agama kami! dan pelbagai lagi persoalan.

Responden kami ini bertindak semakin agresif dan kami dilanyak berhabis-habisan dengan pelbagai soalan. Timbul kegeraman yang amat sangat sambil cuba menenangkan hati dengan istighfar. Ana rasa macam nak menangis pun ada. Tak sempat untuk menjawap semua soalannya akibat kekangan masa dan kekurangan ilmu. Akhirnya responden kami meminta izin untuk beredar atas urusannya yang lebih penting. Yang pastinya, responden ini telah mengajakku untuk berbicara tentang Islam pada suatu masa yang lain. Dia memberikan no fon dan terus beredar. Ana rasakan seolah-olah dihempap suatu benda yang sangat berat di atas kepala. Ya Allah, beratnya tanggung jawap ini. Apakah Engkau memilihku untuk membawanya mencari sinar kebenaran?

Daripada pengalaman itulah ana berazam untuk mencari lebih banyak ilmu dan ana juga berazam agar dipertemukan respondan itu sekali lagi dalam keadaan benar2 diberi kekuatan. Memang ana akui, ana sangat lemah ketika itu. Dihempap pula dengan pelbagai hujah yang ana rasa sangat sukar untuk menjelaskan jawapan. Ya Allah, Kau lembutkanlah hati mad'u ini..

Pengalaman itu sangat bermakna dan mengajar ana bahawa Islam itu bukanlah hanya sekadar nama di atas kad pengenalan atau agama keturunan. Semuanya perlu difikir, dikaji, dianalisis dan sebagainya sehingga kita benar2 mengakui bahawa Allah sajalah yang Maha Pencipta, Maha berkuasa lagi Maha Mengetahui.

Ana rasa cukup setakat ini sedikit pengalaman yang dapat dikongsi di teratak yang tidak seberapa ini. Fikir-fikirkanlah andai antum juga berada di tempat ana. Mumkin antum juga akan merasai setiap apa yang ana rasa. Jadi, sama-samalah kita bermuhasabah kembali..apakah ghayat or matlamat kita sebenar di dunia ini.. wallahualam=)

04 February, 2009

Dihambat Rindu..

Bismillahirrahmanirrahim..


Ya Allah..agak lama juga membiarkan blog ni berhabuk. Apa dah jadi ni? Ana kekangan masa untuk ini..iaitu suatu perkara yang ana fikir agak penting dalam hidup ana iaitu dakwah bil kitabah. Ya Allah..ampunkan hambaMu ini..jangan jadikan alasan yang lain sebagai suatu fitnah untuk aku tidak meneruskan dakwah..



hmm..(berfikir sejenak)


Sungguh, sekarang ana sangat rindukan untuk pulang ke kampung tapi masih belum ada masa untuk pulang..Ummi..Abi..adik2ku..akak rindu sama kalian..tapi akibat komitmen dan amanah yang berat ini, kalian mesti faham keadaan akak sekarang. Akak mengharapkan doa kalian dari kejauhan terutama dari ummi tercinta..along sangat rindukan ummi(^_~) Ummi slalu cakap, kalau tak dapat balik sekalipun, jenguklah nenek di kampung. Along tahu perasaan ummi..ummi perlukan seseorang untuk tolong di rumah dan along kira tanggung jawab ummi semakin berat membesarkan adik2. Ditambah lagi abi sekarang bekerja di pulau. Maafkan along ummi andai along tak dapat meluangkan masa bersama keluarga..dan along tahu tanggung jawab along sangat besar selepas ummi dan abi.


Terkadang rasa bersalah menyelinap segenap perasaan. Ditambah pula dengan ujian membuatkan hatiku tidak tenang. Ya Allah, hanya padaMu tempatku mengadu. Jangan Engkau bolak-balikkan hatiku setelah Kau berikan hidayah. Seandainya aku tidak dapat menjaga orang2 yang disayangi ini, aku mohon agar Kau jagakanlah untukku akan keselamatan mereka, kesihatan mereka, kehidupan mereka di dunia dan akhirat.


Yang pasti along takkan hampakan harapan ummi dan abi, harapan keluarga kita kerana along adalah contoh kepada adik2. Tunggulah nanti..along akan buktikan yang along mampu membantu ummi dan abi membesarkan adik2..Uhibbukum jami'an fillah..=)


Oleh itu, perjuangan mesti diteruskan walau apa sekalipun. Doakan semoga along disini masih berada di atas jalan dakwah..yang penting tanam dalam diri untuk buat yang terbaik dalam sesuatu pekerjaan dan selalu tajdidkan niat kerana Allah serta letakkan matlamat mencari mardhatillah..


Along sangat rindukan kalian........


16 January, 2009

Khas Buat Saudaraku di Palestin

Bilakah Damai
Album : Hafiz Hamidun
Munsyid : Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com



Mentari menangis di senja memerah
Bumi anbia menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Hanyir darah menyesak dada

Tubuh layu gugur bergelimpangan
Bertindih dalam kubur tanpa bernisan
Di hujung sana berjuta kelaparan
Di dera wabak yang menyiksakan

Anak kecil bertanyakan bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang
Diwajahnya mencerminkan kedukaan
Bilakah pula ayah kan pulang

Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu menghiris kalbu
Bilakan berhenti kekejaman
Anak kecil bertanya bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang?
Wajahnya mencerminkan kedukaan
Bilakah pula ayah kan pulang?
Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu menghiris kalbu
Bilakan terhapus penindasan?

Kemana hilangnya kemanusiaan?
Sampai bila bersilih penderitaan?
Bila pula kan muncul kedamaian
Soalan yang masih tiada jawapan

03 January, 2009

Save Palestine!

31 Disember 2008; 0737am

Trit..tit..tit..

ONE MESSAGE RECEIVED

Lalu ku baca isinya. Owh, dari sodiqati!

Salam kepada seluruh aktivis dakwah kampus. Lakukan solat hajat (rakaat ke-2 qunut nazilah), solat ghaib dan bacaan al-Quran berjemaah (al-Mulk@Taubah@Anfal) khas memohon kemenangan bagi mujahidin, kesabaran pada umat Islam dan kehancuran Israel serta golongan murtaddin dan munafiqin yang bersama mereka. Lakukan bermula malam ini dan berterusan. Wajibkan pada diri aktivis dulu, dan ajak teman – teman yang lain. Angka terkini syahid 380 + cedera 1750. Berdoalah untuk mereka saat ini adalah fardhu ain. Segera laksanakan. Send pada sahabat-sahabat di kampus lain ASAP.

Lalu mesej tersebut di forwadkan kepada semua.

Trit..tit..tit..

ONE MESSAGE RECEIVED

Salam kak. Solat ghaib tu camne?Maap, adik tak pernah wat slame ni.

Trit..tit..tit..

ONE MESSAGE RECEIVED

‘Lakukan solat hajat (rakaat ke-2 qunut nazilah), solat ghaib.-saadah, qunut nazilah n solat ghaib 2 cne ?

Syukran buat yang bertanya. Mumkin apa yang saya reply tidaklah sesempurna mana. Jawapan penuh akan saya terangkan di bawah.

Solat ghaib itu adalah solat jenazah. Bagi mayat yang telah dikuburkan walaupun sudah seminggu atau lebih, baik di tempat yang dekat atau yang jauh boleh dilaksanakan solat ke atasnya. Pelaksanaannya juga boleh di atas kubur, solat ini dinamakan SOLAT GHAIB. Cara melaksanakannya sama dengan solat jenazah biasa, hanya berbeza niatnya.

Lafaz niat solat Ghaib:

أصلي على ميت (فلان) الغاءب أربع تكبيرات فرض الكفاية لله تعالى

“Aku solat atas mayat yang ghaib empat takbir, fardu kifayah kerana Allah Taala”

Solat ghaib pada mayat itu adalah sah, sebagaimana solat jenazah biasa.

Doa Qunut Nazilah







Ya Allah, hancurkanlah orang-orang kafir dan musyrik itu. Berilah rasa takut kepada musuh-musuh kami, musuh-musuhMu, dan musuh-musuh agamaMu. Ya Allah, muliakanlah agama Islam dan kaum muslimin. Rapatkanlah tali kasih sayang dalam sanubari mereka dan perbaikilah hubungan kekeluargaan diantara mereka serta berilah pertolongan kepada mereka dalam melawan musuh-musuhMu dan musuh-musuh kaum muslim.

Apa yang kita tak tahu, cepat-cepatlah bertanya. Biarlah kita bodoh sebentar, jangan kita bodoh selama-lamanya. Moga dengan perkongsian ini menjadi manfaat kepada semua!





Kadangkala hidup ini akan membuatkan kita lemah untuk berjuang sebagai pejuang Allah di muka bumi, namun Allah itu terlalu penyayang kerana masih mahu terus kita ingat bahawa kita dibawah pandangan dan tarbiyahNya. Berbesar hatilah wahai saudaraku, sesungguhnya kita berada dalam rahmat ujianNya. Ayuh! Bangkit dan teruskan perjuangan. Dugaan ini mematangkan perjalanan seorang JUNDULLAH CEMERLANG DUNIA AKHIRAT!

Ilmu Itu Cahaya

Alhamdulillah, Allah masih lagi membenarkan kita untuk hidup sehari lagi di muka bumi ini. Syukur alhamdulillah juga dipanjatkan kerana sudah beberapa hari terpaksa menangguhkan untuk menulis blog kerana kekangan masa yang tidak dapat dielakkan. Sebelum itu, marilah kita berkongsi sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud :-

“Allah memberikan Hikmah kebijaksanaan (ilmu) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang – orang yang menggunakan akal fikirannya. (Al-Baqarah; 269).

Pengetahuan yang kita pelajari ini adalah salah satu nikmat yang tidak terhingga. Daripada ilmu jugalah kita telah dikeluarkan daripada kegelapan kepada cahaya. Benarlah apa yang selalu kita dengar bahawa ilmu itu adalah suatu cahaya. Cahaya yang menerangi di sepanjang jalan berliku. Kerana cahaya itu juga membawa kita ke jalan kebenaran, jua mendekatkan kita kepada yang Esa, Rabbul Izzati.

Dengan ilmu, kita dipandang mulia. Juga dengan ilmu, menjadikan kita seorang yang bijaksana. Orang yang sentiasa dahagakan ilmu, akan dipermudahkan segalanya oleh Allah termasuklah jalan ke syurga. Sesungguhnya para malaikat juga makhluk yang ada di darat mahupun di laut akan turut berzikir dan mendoakan golongan ini. Jadi, adakah kita masih tunggu lagi untuk menjadi seorang alim yang kaya dengan ilmu pengetahuan?

Pepatah Arab ada mengatakan bahawa ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah. Semakin melimpah ilmu yang kita pelajari, hendaknya mestilah semakin banyak yang diamalkan. Semakin banyak ilmu yang diamalkan, maka semakin banyaklah taqarrub kita kepada Allah. Oleh itu, barulah hati kita akan menggapai mutmainnah.


Menuntut ILMU adalah taqwa
Menyampaikan ILMU adalah ibadah
Mengulang-ulang ILMU adalah zikir
Dan Mencari ILMU adalah JIHAD!!


Semester kedua kini menjelma. Dengan berbekalkan azam yang baru, misi yang baru, cita – cita dan perjuagan yang baru, tahun yang baru, segalanya bermula dengan semangat dan jihad yang baru. Alhamdulillah, dengan keputusan najah yang telah dimiliki, melayakkan daku seorang mahasiswi meneruskan pengajian di universiti tercinta. Berikut adalah madah yang diambil untuk semester ini..

Kod Keterangan Kredit

AAA1043 PRINSIP DAN AMALAN KOMUNIKASI DA'WAH 3
MCA2013 PRINSIP DAN AMALAN PEMASARAN 3
MDB2023 MATEMATIK PERNIAGAAN 3
MEA2013 EKONOMI PERNIAGAAN 3
MGA3013 KELAKUAN ORGANISASI 3
UBA1062 BAHASA ARAB III (SAINS SOSIAL) 2
UBE2032 BUSINESS ENGLISH 2

Jumlah jam kredit yang diambil bagi semester ini adalah 19. Minggu lepas, saya memohon untuk menambah 2 subjek 3 jam kredit iaitu subjek Business Math dan Business Statistic. Sepatutnya jam kredit saya hanyalah 13 tapi alhamdulillah subjek Business Math diluluskan. pastu mohon lagi skali untuk subjek Ekonomi Perniagaan dan Kelakuan Organisasi tapi subjek kelakuan organisasi diluluskan. Alhamdulillah..Trimas~


Semalam adalah sejarah, hari ini adalah anugerah dan esok adalah misteri.

Sedar tidak sedar, rupanya bukan tahun sahaja yang bertambah, umur juga kini bertambah. Oh, umurku juga sudah ke angka dua di hadapan. Tetiba rasa diri semakin tua.huhu.

Goodbye 19, welcome 20!

Tapi, adakah amalan yang dilakukan kian bertambah? Cuba kita koreksi dan muhasabah diri kita sebentar. Ambil seminit untuk kita renungi sebiji cawan. Jika tidak dituang air ke dalammnya, maka molekul udara akan memenuhinya. Begitu juga diri kita. Jika tidak diisi dengan iman, maka masuklah syaitan bermaharajalela. Bersempena dengan 1430H ini, marilah kita tingkatkan amalan dan tinggalkan kemaksiatan. Berhijrahlah kita ke daerah kebaikan..wallahualam.



~You have to paddle your own canoe~American Proverb

29 December, 2008

Salam Maal Hijrah


Ibn Mas'ud berkata, "Perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah"

Semoga tahun baru 1430H ini menjadi satu titik tolak kepada kita untuk berubah dengan azam baru. Azam yang lepas sekiranya tidak dilunaskan lagi, bolehla sambung untuk tahun ini plak. Kepada sahabat2 semua, sem baru dan tahun baru ini kita laksanakan azam baru dan semangat yang berkobar-kobar dalam pelajaran. Alhamdulillah semester yang lepas kita berada dalam lingkungan najah2 belaka. Pasni kita kene teruskan usaha kita mencari mardhatillah. Selamat berjuang buat sahabat-sahabatku. Strive For Excellence!!

Semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian.

Semakin bertambah bebanan, semakin kurang keupayaan
Hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan

Tuluslah dengan TUHAN, teluslah sesama INSAN

Berhijrahlah kita ke arah kebaikan


Salam Maal Hijrah...perbanyakkan amalan, tinggalkan kemaksiatan

16 December, 2008

Khas : Walimah Kak Raudhah

sewaktu akad nikah


Di kesempatan saya masih lagi berada di rumah, sejuta kemaafan dipohon buat Kak Raudhah Arshad kerana tidak dapat menghadiri walimah. Saya ada perkara yang lebih aula' masa tu. So, untuk entry kali ini saya khaskan untuk walimah Kak Raudhah je. Alhamdulillah, beliau selamat diijabkabulkan bersama zaujnya, Dr Azri pada 13 Disember 2008 bertempat di Temerloh, Pahang. Selamat Pengantin Baru!! Semoga ukhti bahagia bersama zauj tersayang dan semoga cinta kalian mekar hingga ke syurga. Ameen..

masa walimah

Saya dah cuba sedaya upaya untuk upload dalam slide tapi connection arini tak berapa elok. Jadinya, saya hanya akan tunjukkan beberapa gambar sahaja yang saya ambil dari sohibati tersayang, Syuhada. Syukran jazilan coz sudi jadi wakil untuk pergi ke walimah kak raudhah.


Alhamdulillah bulan ni saja saya terima 2 kad jemputan walimah. InsyaAllah walimah Kak Raihan saya akan pergi. Harap sangat masa tu takde halangan dan perkara yang lebih aula'. InsyaAllah.
Seronok pula apabila tengok semua dah pakat kawen..huhu..bile plak la diri ini=p (haih~ ayat poyo sungguh). Tapi takpe, skang ni masih belum bersedia lagi. Banyak bende lagi nak uruskan. Sesambil tu, meng"upgrade"kan diri menjadi lebih baik. InsyaAllah. Salute kepada semua yang sudah mendirikan 'masjid' kerana kalian telah berada dalam lingkungan bersedia dari segi rohani dan jasmani. Semoga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah yang akan menjadi pewaris kepada perjuangan Islam.
Ya ukhti, pasni kami takleh nak manja2 n buli akak dah..kang takut kene fire=p..huhu~..(sedih plak dh..sob99)

zumalaaiey dr USIM yang turut hadir

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....." (An-Nur;26)

Apabila dua hati bertemu atas satu matlamat kerana Allah, itulah kebahagiaan..

A great marriage is not when the perfect couple comes together. It is when the imperfect couple learns to enjoy their differences

13 December, 2008

Perjuangan Belum Selesai




InsyaAllah esok pagi aku akan keluar untuk berjuang. Berjuang di mana? owh..itu rahsia coz bende tu x perlu kot untuk bagitau. Apapun doakan semoga daku selamat pergi dan pulang. Ya Allah, aku pergi keranaMu dan aku pulang jua keranaMu. Selamatkanlah aku sewaktu, semasa dan selepas perjuangan ini demi mencari keredhaanMu.


Apakah itu berjuang?


Berjuang ialah melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh - sungguh untuk mencapai kecemerlangan menurut syariat Islam.


Perjuangan memerlukan pengorbanan dalam bentuk harta, masa, tenaga dan jiwa. Perjuangan juga memerlukan kesungguhan dan kemampuan yang maksimum bagi mencapai sesuatu matlamat. Islam menggariskan bahawa matlamat akhir sesuatu perjuangan lillahi Taala.



وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

(69) Al-Ankabuut

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.


Jenis - jenis Perjuangan



  • Agama - untuk mendaulatkan syariat Islam dalam semua aspek kehidupan.


  • Ekonomi - untuk meningkatkan taraf ekonomi umat Islam di seluruh dunia.


  • Pendidikan - untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, maju dan berdaya saing.


  • Siasah@politik - untuk menjamin kedaulatan pemerintahan Islam.


  • Sosial - untuk menegakkan keadilan sosial melalui amar makruf dan nahi mungkar.


  • Melawan hawa nafsu - pra-syarat kepada perjuangan yang lain.

Jadi, yang mana satukah perjuangan anda?


Contoh yang paling senang dalam perjuangan adalah Rasulullah dan para sahabat.


Apakah contoh perjuangan baginda dan para sahabat?


Perjuangan Rasulullah SAW


  • Gigih berdakwah walaupun dilontar dengan batu di Thaif


  • Sabar walaupun dituduh ahli sihir dan gila ketika berdakwah di Makkah


  • Mempunyai perancangan dan strategi yang kemas dalam peristiwa hijrah ke Madinah


  • Tabah menghadapi fitnah dalam peristiwa Hadisul Ifki


  • Berperang mempertahankan Islam dalam perang Badar, Uhud, Khandak dan sebagainya.

Perjuangan Para Sahabat


  • Keberanian Saidina Ali Karamallaha Wajha sanggup tidur di katil Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah


  • Kesediaan Abu Bakar menemani Rasulullah SAW ketika peristiwa hijrah


  • Kesanggupan Khadijah memberi sumbangan kewangan dalam membantu dakwah Rasulullah SAW di Makkah


  • Pengorbanan harta untuk Perak Tabuk oleh para sahabat seperti Saidina Umar, Abdul Rahman bin Auf, Uthman bin Affan dan lain - lain lagi.

Konklusinya, sentiasalah sanggup menghadapi sebarang risiko dan cabaran kerana ganjaran Allah itu pasti untuk hamba-hambaNya yang berkorban mencari keredhaanNya. Dan jangan lupa untuk meletakkan kepentingan agama lebih daripada kepentingan peribadi. Wallahualam.

Jika takut akan risiko, jangan bicara soal perjuangan



Kecemerlangan Iman Asas Kejayaan

Surah Al-Mu'minun

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ

[1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

[2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

[3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ

[4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ

[5] Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -

إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ

[6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -

فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

[7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ

[8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ

[9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

أُوْلَئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ

[10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -

الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

[11] Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Allah SWT telah menjanjikan kejayaan dan balasan syurga Firdaus kepada orang - orang beriman yang menunaikan solat dengan khusyuk, menjauhi perkara - perkara keji dan sia - sia, mengeluarkan zakat, menjaga kehormatan diri, melaksanakan amanah, menunaikan janji dan menjaga kesempurnaan solat. Mereka yang memiliki sifat - sifat ini akan memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah..

Ciri - ciri Mukmin yang Berjaya

Pada awal Surah Al-Mu'minun, Allah SWT telah menyenaraikan 6 sifat mukmin yang berjaya:-

1. Khusyuk dalam solat

Khusyuk ertinya menghadirkan kepatuhan dan rasa takut kepada Allah SWT di dalam hati. Orang yang khusyuk akan menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah ketika beribadah. Seluruh anggota badan mereka berada dalam keadaan tenang dan thama'ninah. Manakala hati mereka pula tidak terlintas sama sekali untuk mengingati sesuatu selain Allah.

Solat yang dilakukan dengan penuh khusyuk memberikan kesan yang sangat mendalam kepada peribadi seseorang mukmin dalam membentuk sifat - sifat mulia, berdisiplin dan bertanggung jawab.

Surah Al-'Ankabuut

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

[45] Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Untuk khusyuk dalam solat bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan usaha, latihan dan penghayatan yang sepenuhnya. Memahami dan menghayati setiap bacaan dalam solat mampu menghasilkan rasa khusyuk.


Cara – Cara Mendapatkan Khusyuk :-

1. Mengosongkan hati daripada semua perkara yang melalaikan

2. Memahami bacaan dalam solat dan menghayati maksudnya

3. Sentiasa mengingati dan merasai bahawa dia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung.

4. mengingati kebesaran Allah dan menginsafi diri sebagai makhluk yang kerdil dan lemah.

5. Memastikan tempat solat yang selesa, bersih dan terhindar daripada gangguan persekitaran

6. Mengerjakan solat dalam keadaan badan yang selesa, segar dan tidak mengantuk.

7. Memastikan tempat solat dan pakaian dibuat dan dibeli hasil pendapatan yang halal.

2. Menjauhi perkara sia – sia

Perkara sia – sia ialah yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada diri, keluarga dan masyarakat sama ada dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan seperti berbual kosong dan melepak.

Orang mukmin yang berjaya bukan sahaja tidak melakukan perkara yang sia – sia malahan mereka memastikan diri mereka tidak menghampiri perkara – perkara tersebut.

وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَاماً
[72] Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.

3. Mengeluarkan zakat

Zakat ialah Rukun Islam Ketiga yang diwajibkan kepada umat Islam yang cukup syarat – syaratnya mengikut kadar dan tempoh masa tertentu. Ia merupakan pengorbanan golongan berada untuk membantu umat Islam serta menyumbang ke arah pembangunan dan kemajuan negara. Disamping melambangkan sifat pemilik – pemilik harta, zakat juga dapat mengeratkan tali persaudaraan umat Islam dan menambahkan lagi keberkatan harta mereka.

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
[103] Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

4. Menjaga kehormatan diri

Orang yang menjaga kehormatan diri dapat memelihara maruah diri, dapat mengawal hawa nafsu dan menjaga kemaluan daripada melakukan perkara yang dilarang oleh syarak. Islam melarang pergaulan bebas kerana ia boleh menimbulkan gejala sosial seperti zina. Perbuatan zina dan liwat boleh merosakkan zuriat manusia serta mendatangkan akibat buruk kepada diri dan masyarakat. Penyakit AIDS berpunca daripada pergaulan bebas dan hubungan haram yang dilaknat oleh Allah.

5. Memelihara amanah dan menunaikan janji

Menjaga dan menunaikan amanah suatu kewajipan yang mesti disempurnakan.

إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ سَمِيعاً بَصِيراً
[58] Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Umat Islam juga dilarang mengkhianati amanah yang dipertanggung jawabkan kepada mereka.

Daripada Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW, “Tunaikanlah amanah yang dipertanggung jawapkan ke atas kamu dan jangan sekali – kali kamu mengkhianati orang yang mengkhianati kamu.”

(Riwayat Abu Daud wa Tirmizi wa Ahmad wa Daramie)

Menepati janji juga termasuk dalam menjaga amanah. Manusia telah membuat perjanjian dengan Allah sejak di alam roh lagi.

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنفُسِهِمْ أَلَسْتَ بِرَبِّكُمْ قَالُواْ بَلَى شَهِدْنَا أَن تَقُولُواْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ
[172] Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Setiap janji wajib ditunaikan sama ada janji dengan Allah ataupun sesama manusia.

6. Menjaga waktu solat

Menjaga waktu solat bermaksud menunaikan solat dengan khusyuk pada waktunya serta sempurna segala rukun, syarat dan sunat – sunatnya.

Daripada Ummi Farwah RA telah berkata bahawa baginda Rasulullah SAW telah ditanya, “Apakah dia amalan yang paling baik?” Baginda menjawab, “Amalan yang paling baik ialah menunaikan solat pada awal waktunya.”

(Riwayat Abu Daud wa Tirmizi wa Ahmad)

Solat yang dilakukan pada awal waktu menandakan kepatuhan dan iltizam seseorang mukmin yang bertanggung jawab dalam menunaikan amanah.

حَافِظُواْ عَلَى الصَّلَوَاتِ والصَّلاَةِ الْوُسْطَى وَقُومُواْ لِلّهِ قَانِتِينَ
[238] Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

Oleh itu, sebagai umat Islam, kita perlulah berusaha meningkatkan kualiti iman supaya berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Mukmin yang berjaya akan mendapat ganjaran syurga Firdaus manakala mereka yang gagal akan dibalas dengan azab neraka jahannam.

21 November, 2008

Coretan Selepas Exam


Alhamdulillah, setelah 3 minggu berhempas pulas dengan final exam, terasa hari ini bagaikan suatu kepuasan buat sementara waktu. Apakah? Hmm..penat lelah yang telah dilalui bersama teman - teman seperjuangan dalam menghadapi peperiksaan kali ini terasa benar - benar dihargai. Terima kasih tak terhingga buat semua yang telah bagi tunjuk ajar kepada diri ini yang serba kekurangan. Moga Allah sajalah yang membalas budi baik kalian.




Ada beberapa yang dapat saya belajar daripada final exam




  1. Jangan stadi last minute (mmg stadi last minit..terkontang - kanting cari buku..jgn tiru sy deh=p)


  2. Banyakkan rujukan bukan sekadar text book sahaja (asik tgk text book je..kn padan muka banyak kuor soalan KBKK)


  3. Banyakkan menjawap soalan - soalan tahun lepas (ada soalan tp tanak jawap..bagus tak=p)


  4. Belajar dalam suasana yang tenang dan mendamaikan (ni mmg bagus sebab skali je baca trus masuk tp ada beberapa subjek bc buku smbil tgk movie..excellent btoi..sp la tu=p)


  5. Jangan stadi atas katil (sure tido awal punye)


  6. Buat study group untuk menguatkan lagi daya ingatan (sangat bagus..sebab kalo kita x paham..kita leh tanya direct kat orang yang ajar kita)

  7. Kalo tak faham, jangan tangguh sehingga membebankan kepala sewaktu exam (jgn jadi bodoh sombong deh=p)


Inilah serba sedikit daripada pengajaran yang saya dapat sewaktu 3 minggu menghadapi peperiksaan. Usaha dah sudah..yang tinggal adalah doa dan tawakal. Teruskan berdoa selagi mana result belum kuar!! Moga kita semua najah fil imtihan. InsyaAllah. Lupakan segala kekusutan di dada..dekatkanlah diri dengan Allah. Semoga kita diberi kesempatan untuk menikmati hari - hari seterusnya dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan.

03 November, 2008

Musim Final Exam







Bermulanya minggu ini, saya akan menghadapi final exam bagi semester kali ini. Sungguh, debaran kian terasa. Saya sebenarnya agak takut. Ya Allah, semoga Engkau permudahkan perjalanan hidupku, urusanku, jodohku, perjuanganku, cita-citaku demi mencari keredhaanMu. Disini saya sertakan jadual final exam yang saya ambil bagi semester kali ini.

Khamis (6/11/2008)
2.30–5.30pm
UBA 1032
BAHASA ARAB 1





Isnin
(10/11/2008)
2.30-5.00pm
UTA 1012
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA





Selasa
(11/11/2008)
2.30-5.00pm
UBE 1022
BAHASA INGGERIS 2





Khamis (13/11/2008)
2.30-5.30pm
UBA 1042
BAHASA ARAB 2





Isnin
(17/11/2008)
2.30-5.00pm
UTA 1062
HUBUNGAN ETNIK





Rabu (19/11/2008)
2.30-5.00pm
UTA 1082
ICT





Jumaat (21/11/2008)
9.00-12.00pm
MGA 1013
INTRODUCTION TO BUSINESS






Ampun maap dipinta kepada semua. Semoga kalian meredhai perjuangan saya especially keluarga tercinta. Moga restu kalian mengiringi setiap perjuanganku.




TIADA RAHSIA UNTUK BERJAYA. IA ADALAH HASIL DARIPADA PERSIAPAN, KERJA KERAS DAN BELAJAR DARIPADA KEGAGALAN (COLLIN POWELL).

Persediaan Akhir sebelum menduduki peperiksaan (Prof Izzi)



-tidur awal
-solat subuh dan berdoa
-pastikan urusan bilik air selesai dengan sempurna sebelum memasuki dewan peperiksaan
-tenangkan fikiran dan lupakan seketika masalah yang tiada kaitan dengan peperiksaan
-ambil sarapan pagi yang berkhasiat dan berpatutan
-datang awal ke dewan peperiksaan
-semak dan bawa semua pengenalan diri dan peralatan ke dewan peperiksaan
-pastikan anda tidak membawa barangan terlarang ketika memasuki dewan peperiksaan
-masuklah dengan tenang ke dewan peperiksaan. Jangan lupa untuk melangkah dengan kaki kanan ketika memasukinya sambil membaca Bismillah
-tenangkan diri, lakukan pernafasan alfa dan berdoa ketika di meja peperiksaan
-dengar dan ikut arahan pengawas peperiksaan. Isikan dengan lengkap maklumat yang dikehendaki.





Dan setelah kamu membulatkan tekad, maka hendaklah kamu bertawakal kepada Allah (Ali Imran:159)










Bittaufiq wan najah fil imtihan!
Gambatee!
Trust in Allah and you will not regret!

3/11/2008
2.45pm
Hostel KKNC






celebrated with my usrah





Perihal minggu ini

Saya tidak bersemangat untuk menulis..biarlah gambar sahaja menggambarkan perasaan ini..







Perginya seorang datuk menghadap Illahi pada 22 Oktober 2008 pada pukul 6 pagi. Al-Fatihah..semoga beliau tergolong dalam golongan orang - orang yang beriman. Ameen..








Ini adalah hasil kerja saya semasa presentation business 31/10/2008..


bergambar sebelum menunggu Mr Adli

Semalam, saya ke seremban. Selepas habis aktiviti KEMAS, saya terus berjalan-jalan sekitar Seremban Prade dan Terminal One. Sungguh menyedihkan. Apa yang saya kesal sangat adalah suatu program ICT di Seremban Prade diadakan. Memang bagus dia buat kununnya kesedaran ICT tapi dalam masa yang sama, mereka mengadakan suatu competition ala – ala geng skinhead, grunge dan sebagainya. Sakitnya hati dengan keadaan hingar bingar sebegitu. Saya lihat semuanya di kalangan orang Melayu sahaja. Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Penuh dengan hiburan semata sehingga membuatkan manusia hanyut dengan arus kemodenan. Salah siapakah mereka ini?

Selepas mencari apa yang patut, saya cuba memekakkan telinga, mengelak daripada melihat dan terus keluar daripada tempat syaitan itu. Kemudian destinasi saya dan kawan-kawan ke Terminal One. Aduih..bertambah benak hati ini. Bingitnya bukan main. Singing Competition plak dah. Bersorak ntah pape je. Fikiran saya hanya untuk mencari baju untuk special kenduri je. Susahnya nak cari baju gold. Merata tempat saya redah. Semuanya tidak memuaskan hati. Sakit mata melihat manusia yang pelbagai ragam. Saya berpecah dengan kawan – kawan kerana tidak mahu membazirkan masa. Selepas solat asar, saya terus beritahu kawan, saya akan tunggu di komuter sahaja. Apabila dapat keluar sahaja daripada shopping complex tu, bagaikan keluar daripada zaman kegelapan je.

Sementara menunggu di komuter, saya belikan tiket untuk kawan-kawan. Dengan tidak sengajanya terserempak geng- geng ukhwah.com. Alhamdulillah saya terus mendapatkan mereka. Rindunya sudah lama tidak berjumpa. Lalu menceritakan perihal masing – masing sehinggalah sampai di KTM Nilai. Beratnya rasa berpisah dengan kak wani dan kak atikah. Semoga kita ketemu lagi. Indahnya ukhwah apabila segala – galanya kerana Allah. Turun di stesen bersama kawan – kawan. Kawan – kawan ingin menyinggah lagi di Mydin. Hari makin senja. Jadi, saya mintak diri untuk pulang dulu. Alhamdulillah sesampainya saya di hostel, saya dapat solat maghrib di awal waktu. Kemudian isi perut sedikit dan buat sedikit revision dan terus tidur.

Ya Allah, aku masih lagi berfikir tentang penyakit manusia..............adus..sakitnya hatiku..............!!

09 October, 2008

Raya 2008


alhamdulillah..hari ini dah masuk hari yang ke-9 Syawal. Masih ada banyak hari lagi untuk kita sama - sama berpuasa sunat di bulan mulia ini. Jangan lupa puasa enam ye. Saya dengan sukacitanya ingin berkongsi cerita mengenai hari raya tahun ini..insyaAllah gambar2 yang telah diupload itu menggambarkan kemeriahan keluarga besar kami.


1 Syawal

Di pagi hari, bersiap di dapur..tolong apa yg patot..hari ni rumah sangat penuh dengan sedara mara. Jadinya kene berebut toilet. Cepat! Dah nak solat raya dah kat masjid. Sapa lambat kene tinggal. Kata ummiku dari dapur. Ades..tak gosok baju lagi ni! Haa..sasaran tiba (adikku sbg sasaran). Tolong gosok baju along boleh? (wat muka seposen..kunun mntk simpati). Alhamdulillah, adik yg sangat mendengar kata. Satu masalah pula datang. Ramai orang beratur nak masuk toilet. Queue! Queue!

Balik dari solat aidilfitri, semua dah bersiap sedia nak bergambar. Memacam gaya ada. Tahun ni, famili saya bertemakan warna warni Malaysia sebab tu ada yang pakai baju memacam kaler. Semua bergambar dengan famili masing-masing. Sedihnya tahun ini tak semua yang ada. Famili pak uda, pakteh and paksu beraya di sebelah mertua. Jadinya, keluarga Hj Jamaan hanyalah banyak ni saja yang tinggal. Hj Jamaan (my grandpa) berkahwin dengan Hjh Normah(my grandma) dan mempunyai 7 orang anak. Daripada 7 orang ini mereka telah dikurniakan 22 orang cucu tapi yang hanya pulang beraya pada hari pertama 4 daripada 7. Alhamdulillah 3 lagi famili pulang pada raya ke-2 dan ke-4. Buat masa ni, Hj Jamaan masih lagi belum mempunyai cicit kerana cucunya masih belum kahwin. Paling tua sekarang ini berada di Jordan menyambung 4 bulan pengajian sebelum pulang ke tanah air kelak. Rasanya cukupla tu pasal salah silah keluarga.

Kemudian, sesi potong kek pula. Bulan puasa ni ada 3 orang yang sambut besday. Saya, Adibah(adik) dan Hannan(adik). Selamat Hari Lahir buat kami bertiga. Tak lupa juga buat Farhana(adik) yang lahir pada 1 Syawal. Makna kata setiap 1 Syawal, kami akan sambut besday dia. Kek Hari Raya pun ada. Sedapnya kek. Jangan gelojoh. Syaitan dah terlepas ni. Kang sakit perut lak.. Nenek masak sedap sangat masa 1 Syawal tu. Ada lontong, mee goreng, bihun goreng, rendang dan memacam la. Ni baru rumah nenek, belum lagi rumah yang lain. Selalunya raya pertama ni kami semua akan pergi ziarah sanak saudara di Kajang dan Cheras tapi tahun ni raya pertama banyak layan movie kat rumah. Best sangat..jadinya raya pertama di rumah nenek di Melaka jelah..

eh..terlupa plak..seperti biasa setiap 1 Syawal diwajibkan ke atas kami untuk bermaafan antara satu sama lain. Paling best skali masa dapat duit raya la..hehe..sapala yang tanak duit raya kn? Kalo sapa tanak, meh kasi kat cni. Beta sangat mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang teringin nak bagi duit raya..hehe=p


2 Syawal

Dalam pukul 11 lebih, kami sudah bersiap sedia untuk beraya ke tempat lain justeru untuk pulang terus. Sebelum tu, kami terpaksa menunggu famili pakteh dari gombak kerana isterinya tengah pregnant. So ada masalah kesihatan sedikit. Nampaknya luqman (anak pakteh) tak lama lagi akan dapat adik baru..yeye..saya dapat kazen baru. Tahun ni sangat meriah kerana bakal menerima 2 lagi kazen baru yang masih lagi belum tahu bila akan keluar melihat dunia. Wah3..pasni makin besarla keluarga Hj Jamaan sampaikan paklang suggest pasni sorang satu cucu kene ikat tali yang ada nama kat tangan tapi bukan nama sendiri. Kene tulih nama mak ayah. Kelakar pun ada tapi nak buat macam mana. Keluarga Hj Jamaan makin bertambah biak. Macam mana la cicit dia plak nanti..aik..kesitu plak..mana kawin lagi kazen2 yg len..ades..kene osom dulu kalo sape nak kawen..hehe

Kami bertolak ke Kajang bersama keluarga paklong selepas menunaikan solat zohor. Sebelum tu, destinasi pertama kami adalah ke Salak Tinggi menziarahi Tokteh dan Nekteh(kakak nenek). Pergi sana kene komplen plak. Ades. Mana budak USIM tu? Bukan nak datang ziarah umah nekteh!(kata nekteh).huhu.nasibla..dengar ceramah sekejap. InsyaAllah pasni saya datang ziarah kalo tak sibuk. Nak balik rumah nenek dekat Melaka pun dah susah skang ni coz ari jumaat ada kelas sampai malam. Kalo nak balik ari sabtu pun tak berbaloi sebab ari ahad dah nak kene balik hostel. Habis duit, masa dan tenaga je. Kene bajet masa yang betul kalo nak pegi memana.

Seterusnya kami menziarahi Ust Shaari di Sg Ramal. Tempat ni dah sangat familiar ngan saya sebab masa kecik dulu selalu pergi sini tengok tanah ayah. Skang pun boleh ingat lagi kalo suh tunjuk jalan ke Kajang dan Bangi. Pastu ziarah moyang di batu 9 Cheras. Tak lupa juga pada neklong (kakak atok). Ziarah ke rumah dia sampai pukul 11lebih malam. Malam tu kami tidak pulang ke rumah nenek coz kami akan menetap di rumah paklong di TTDI,damansara. Kami melepaskan penat lelah sehari suntuk di rumah paklong. Bilik anak dara ni meriah sungguh. Makan2 masa orang semua dah tido pastu pakat on9 sampai ke subuh. Almaklumla rumah paklong ni pakai wireless so semua pakat kuarkan sorang satu laptop. Ades. Memang tak tido. Ingat nak qada' tido masa dalam kete je nanti.


3 Syawal

Bangun solat subuh!(maklong)Dah subuh rupanya. Kejut adik2 solat dan teruskan bersihkan diri untuk solat subuh. Selepas tu, terus qada' tido sesambil tunggu turn nak masuk bilik air utk mandi pula. Maklong panggil breakfast la plak. Saya la orang terakhir skali breakfast. Bukan breakfast dah ni. Dah jadi BRANCH (breakfast + lunch). Ayah dah start enjin dahtu. Tandanya dah nak berangkat balik utara. Ades. Sabo2..kang gastrik plak kalo tak makan. Pelan2 dan alhamduliilah dapat alas perut. Perjalanan kami pulang ke utara bermula pada jam 1215tghri menaiki serena silver...

Alhamdulillah sampai di Parit Buntar pada pukul 5 lebih dan terus ke open house ust dzulfakor. Dapat makan lagi..alhamdulillah dapat jumpa ust ishak dan ust hamizul. Kemudian terus mintak izin pulang ke rumah sebab saya dah janji ngan kawan untuk beraya. Apelagi..enjin trus start..panaskan ape yg patot dan terus memecut laju ke Nibong Tebal. Alhamdulillah walaupun kepenatan bermusafir tapi masih lagi ada semangat untuk beraya kerana hanya hari itu sahaja yang mampu nak ziarah sahabat handai sebab kawan2 yang lain akan pulang pada hari ahad. Budak usim takpelah coz kami cuti 2 minggu. Tak jadi masalah untuk raya banyak hari pun tapi jangan lupa asignment yang belambak dan juga persediaan untuk final exam walaupun sebulan lagi.
Dapat ziarah shahira dan fathen sehinggalah pulang ke rumah pada pukul 10mlm.fuh..penatnya..hanya Allah saja yang tahu. biarpun penat tapi uhibbukum fillah!


Itulah serba sedikit raya yang saya kira sangat meriah tahun ini. Dapat jumpa sahabat handai dan saudara mara yang jauh dan dekat. InsyaAllah semoga ukhwah di antara kita akan berkekalan. Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.


p/s : maaf buat sahabat handai yang tidak sempat untuk berjumpa

06 October, 2008

Salam Aidifitri buat semua



bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah pada tahun ini masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut hari kemenangan yang dinantikan oleh setiap muslim..


dikesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri ini tak kiralah secara sengaja atau tidak..kot2 yang terkadang tak perasan tengah jalan ke or terbuat tak nampak ke..ampun maaf dipinta..tersilap kata, tersalah bicara, terganggu kerja..mintak maap ye..bulan Syawal yang mulia ini marilah kita memuhasabahkan diri kita supaya ada sedikit anjakan paradigma untuk saling bermaafan antara satu sama lain.


kepada yang pernah sengaja atau tidak sengaja menyinggah ke blog yang tak seberapa ini, mohon maaf andai ada tidak bertegur sapa atau tidak sempat untuk mengenali anda atau pernah menyinggung perasaan menerusi kata2 or tulisan ini..mohon seribu kemaafan..


Minal Eid Wal Faizin..kullu 'amin wa antum bikhair..insyaAllah


Moga tirai madrasah Ramadhan yang berlabuh tidak turut menutup berkat Syawal yang menyinar ini..kekalkan tarbiah Ramadhan..moga hari ini lebih baik daripada sebelumnya dan hari esok lebih baik daripada hari ini..barakallahu fikum=)

02 September, 2008

Ramadhan Kareem


Ramadhan tiba lagi..adakah kita benar - benar bersedia menghadapi ramadhan kali ini? Apakah ramadhan kali ini dihadapi dengan penuh penghayatan umpama kita tidak akan berjumpa lagi ramadhan seterusnya? Bagaimana untuk kita benar - benar menghayatinya? Apakah sekadar lapar dan dahaga sahaja? Atau mengambil bulan yg barakah ini sebagai bulan untuk tido sepenuhnya? Cuba koreksi diri kembali? Sudahkah sempurna ramadhan kita yang lepas? Adakah kita konsisten dalam ibadah?

Banyak sungguh persoalan tapi kaitkanlah dengan sanubari kita. Saya tinggalkan segala persoalan ini untuk dijawab dan dimuhasabah oleh diri saya sendiri dan juga kalian.

Bulan ramadhan..
bulan yang berkat..
bulan rahmat..dan bulan utama
pahala digandakan..
doa diterima..
bulan lailatul qadar yang istimewa..

Ramadhan Kareem buat semua muslimin dan muslimat..

Sesiapa yang bergembira dengan kedatangan RAMADHAN maka diharamkan tubuhnya daripada disentuh api neraka. Setiap detik sepanjang RAMADHAN adalah semulia - mulia waktu.

Wahai tetamu Ramadhan..
Untukmu rahmat dan maghfirah
Airmata taubat
Dendangan tadarus
Selimut tarawih dan bantal tahajud
Moga mewarisi AL-JANNAH
Jadikan Ramadhan ini yang terbaik kerana kita tidak pasti adakah lagi ramadhan untuk kita selepas ini..

R indu akan kedatangan
A ntara bulan yang penuh keberkatan
M unajat doa dikabulkan
A l-Quran, solat jadi amalan
D ahaga & lapar jadi ujian
H adirnya menjadi pentarbiyyahan
A gar bertambah keimanan
N anti perginya meninggalkan KETAQWAAN !!

The beautiful Ramadhan is coming. In my most noble honour please forgive anything in the past. May Allah SWT give us the best Ramadhan ever. Ameen

Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu - pintu syurga dibuka, pintu - pintu neraka ditutup dan syaitan - syaitan diikat; terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, sesiapa tidak memperolehi kebaikannya, maka dia tidak memperolehi apa - apa


Umat Islam akan sentiasa diserang sama ada serangan fizikal, ekonomi mahupun akal. Pertahankanlah kemerdekaan ini, hayati dengan sebenar - benar pengertian, berlandaskan syariat Illahi. Merdekakan diri dari belenggu syaitan dan nafsu dengan kedatangan Ramadhan


May this coming Fasting Month brings joy & Nur into our life, upgrade our 'AMALAN', 'IBADAH' and receive ALLAH forgiveness..


When the month of Ramadhan starts, the gates of the heaven are opened and the gates of hell are closed and the devils are chained.


Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka

Seperti ketibaan orang yang kita cinta

Dengan ucapan AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN YA RAMADHAN

Hati gembira pintu terbuka

Rahmat Allah yang Maha Besar



Selamat menyambut bulan RAMADHAn 1429H..Moga RAMADHAN kali ini lebih bermakna dan lebih baik bagi kita


Salam Ramadhan Al-Mubarak