04 April, 2010

Pentingkah Berakhlak Mulia?

Salam 1 akidah.

Alhamdulillah, pada hari yang mulia ini masih lagi mengecapi 2 nikmat utama iaitu nikmat Iman dan Islam. Pena ini tergerak untuk berkongsi sedikit pendapat (mungkin) ataupun sedikit teguran yang bersarang dalam lubuk hati. Saya mulakan dengan sepotong hadis nabi yang bermaksud,

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”
Ya..itulah yang sudah dikatakan Nabi kita. Anda dapat mengagak apa yang akan saya khabarkan? Mungkin entry kali ini banyak menegur diri saya sendiri sebagai seorang daie yang kadang terlupa untuk berakhlak mulia.

Apa itu akhlak?

Akhlak boleh diklasifikasikan sebagai perangai atau kelakuan, yakni sebagaimana yang diungkapkan oleh para ulama' 'gambaran batin seseorang' kerana manusia itu mepunyai 2 gambaran, iaitu:
Saya ketengahkan dengan beberapa situasi akhlak yang seringkali terjadi terutama dikalangan mahasiswa/i ISLAM itu sendiri.

Situasi 1

Dalam bas

A: eh..lama x jumpa? nak pergi mana?
B: itulah..ko selalu je menghilang. aku nak balik hostel ni

(dalam masa yang sama)

C: (sambil mencuit bahu si A) apetu? nak tengok jap! (nada arahan sambil meminta surat khabar dari A)
A: er..(kelu lidah kerana disampuk oleh orang yang tidak dikenali)

Seusai kemudian, bas tiba ke destinasi yang dituju

A: boleh saya ambil surat khabar saya?
C: (tidak berkata apa - apa lalu memberikan surat khabar tanpa sedikit senyuman sekalipun)
A: huhu..(ada juga manusia sebegini)

Situasi 2

Dalam perjalanan ke Perpustakaan, tiba - tiba orang yang tidak dikenali, B telah memijak kaki si A tanpa sengaja.

A: Aduh..sakitnye (sambil memegang kaki)
B: sikit je pn kan (berkata dengan tidak rasa bersalah lalu terus pergi meninggalkan si A)
A: huhu (kn lebih baik minta maaf)

Situasi 3

Di kelas

A: Ops, kertas si C jatuhla. Boleh tolong amikkan x?
B: Alaa..amikla sendiri. Bukannye x sampai pun kan. Dia pun boleh bangun dan amik sendiri. Lagipun aku kan tengah buat keje ni.
A: Eh, xpela. Kau kan sibuk. Biar aku amikkan. (bangun dan ambil kertas kepunyaan C)
B: Buat apelah nak susah amikkan. Dia kan ada tangan. Allah belum tarik nikmat dia lagi la.
A: (x endahkan si B). Nah..ni kertas awak yang jatuh tadi. Mungkin awak x perasaan (menghulurkan kertas pada C)
C: Eh, terima kasih sangat. Saya x perasaan pun jatuh. Mujur awak nampak. Terima kasih ye! (sambil tersenyum)
A: (terubat juga hati aku)


Berdasarkan ketiga - tiga situasi ini, dapat dilihat bahawa nilai - nilai murni yang diterapkan selama ini semakin berkurangan. Ini beberapa contoh sahaja. Masih banyak lagi contoh - contoh akhlak yang kurang baik ditonjolkan oleh mahasiswa Islam. Sebagai mahasiswa yang mempunyai identiti Islam, moleklah sekiranya nikmat Islam yang anda ada itu diterapkan dalam diri masing - masing. Bukan sekadar Islam di atas kad pengenalan sahaja, bukan Islam avatar "Iluvislam' di facebook mahupun di friendster dan bukan juga Islam hanya di pakaian. Islam itu meliputi segala - galanya termasuklah sekecil - kecil perkara. Dan akhlak juga merupakan sebahagian daripada agama Islam.


Mari kita renung sejenak sikap kita sewaktu di zaman sekolah. Jika dulu kita seorang yang peramah, sentiasa memberi salam pada guru - guru juga rakan taulan. Tapi hari ini, kita sangat kedekut dan terasa berat untuk mengucapkan salam malah untuk menegur pun hanya pandang sebelah mata sahaja. Iyekan?

Jika dahulu kita seorang yang rajin membantu. Apabila guru keluar sahaja dari kereta, terus sahaja kita mendapatkan guru untuk mengangkat beg beliau. Alhamdulillah. Akhlak terpuji! Tapi hari ini, berada di menara gading, terasa janggal untuk mengangkat beg atau buku pensyarah. Hanya mampu melihat dari jauh walaupun seorang pensyarah itu menjinjit beg dan kertas - kertas kita yang perlu disemak. Pedulikah kita?

Jika dahulu kita seorang yang hormat pada guru sehinggakan takut untuk tidur di dalam kelas, takut untuk menipu dan sebagainya. Tapi hari ini kita tidak takut untuk tidak hormat pada guru atau pensyarah kita, malah kita menipu tugasan yang telah diberikan. Mana berkatnya seorang graduan siswazah nanti andai perkara sekecil ini pun dipandang enteng?

Jika dahulu sewaktu berada di tadika, kita diajar doa - doa seperti doa melihat cermin, doa masuk tandas, doa hendak belajar, dan pelbagai doa lagi kita hadamkan. Tapi hari ini, semua doa itu kita lupakan. Kita mulakan segalanya cukup sekadar membaca bismillah sahaja. Tidak perlu lagi doa - doa yang kita hafal sekian lama dahulu. Untuk apakah kita belajar? Bertambah zalim andai sekelumit bismillah pun tidak diucapkan. Cukup sekadar kita melakukan aktiviti seharian seperti biasa. Begitukah caranya kita berakhlak?

Akhlak..akhlak..akhlak..

Akhlak mulia sangat ditekankan oleh Islam. Ia bukan perkara remeh yang kita hanya pandang sebelah mata. Kemuliaan akhlak adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah buah dari keimanannya. Tidak dikira beriman seseorang yang tidak berakhlak. Penting x akhlak ni?

Sabda Rasulullah

Bukanlah iman itu hanya dengan cita - cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan
(Hadis Riwayat Al-Dailami)


Saya petik semula sabda di atas 'dibuktikan dengan amalan'. Maksudnya keimanan seseorang itu terpancar melalui akhlaknya daripada hatinya. Tambahan pula, akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang hamba merupakan amalan yang paling berat dalam timbangannya di hari kiamat kelak. Oleh itu, barangsiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya.


Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik.

(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

Setiap dari kita harus berusaha agar hati atau gambaran batin menjadi mulia sehingga ia mencintai sifat sabar, santun, apabila ketemu menampakkan wajah yang berseri - seri, hati yang lapang, jiwa yang tenang dan sebagainya.

Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya

Lantas, bagaimana untuk berakhlak mulia?

  1. Menelaah dan mengamati ayat - ayat cinta dari Allah. Lihatlah nas - nas Al- Quran yang menunjukkan tentang pujian terhadap akhlak yang agung. Maka sekiranya anda berbuat demikian, anda akan berusaha untuk menerapkan perilaku terpuji tersebut dalam diri.
  2. Bersahabat dengn orang yang telah dikenali kemuliaan akhlaknya. Sehinggakan menjadikan persahabatan tersebut ibarat sekolah untuk ditimba akhlak yang mulia darinya.
    Seseorang itu tergantung dengan agama sahabatnya, maka hendaklah kalian melihat orang yang akan kalian pergauli.(Riwayat At - Tirmidzi)
  3. Ambil iktibar dari akhlak yang tercela. Orang yang berakhlak buruk pasti dibenci, ditinggalkan dan dikenali dengan sebutan yang jelek. Jadi, sekiranya diketahui akibat yang buruk daripada akhlak tercela, nescaya dia akan segera menjauhinya.
  4. Selalu menggambarkan akhlak mulia Rasulullah SAW. Mari kita lihat bagaimana Rasulullah merendahkan dirinya, bersikap santun, memaafkan dan bersabar walaupun diganggu mahupun dicela.Seandainya seseorang mampu untuk menghadirkan gambaran akhlak mulia Rasulullah dalam dirinya, maka dia juga akan turut merasa rendah diri dan hilanglah perasaan bongkak yang ada dalam diri.
  5. Sentiasa berdoa dikurniakan akhlak yang mulia dan terhindar dari akhlak yang buruk. Rasulullah mengajarkan kepada kita doa untuk mendapatkan akhlak yang mulia.
    Diriwayatkan bahwa beliau berdoa, “Ya Allah, tunjukkanlah kepadaku keindahan akhlak yang tiada bisa menunjukkan keindahannya melainkan Engkau semata. Dan palingkanlah dariku keburukan akhlak yang tiada bisa memalingkan dari keburukannya, melainkan Engkau semata.(HR Muslim)

Dalam hadits yang lain diriwayatkan bahwa Rasulullah saw meminta perindungan dari keburukan akhlak, keburukan watak dan kerendahan adab. Baginda berdoa,

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kemungkaran akhlak, amal-amal perbuatan, hawa-hawa nafsu dan penyakit-penyakit (hati).”(HR At-Tirmidzi dan Ath-Thabrani)

Sudah menjadi tugas bagi setiap orang mukmin untuk memperbaiki akhlak dengan menampilkan akhlak yang mulia kerana akhlak mulia merupakan ciri - ciri seorang mukmin sejati. Jadi, marilah sama - sama kita mengislahkan diri dengan menjadikan akhlak Islam sebagai cerminan diri kita sebagai seorang muslim. Sudah semestinya seorang daie cerminan kepada mad'u. Jika akhlak daie hancur, bagaimana dakwah itu hendak sampai kepada mad'unya? Jom muhasabah kembali!

Saya Dapat Award!

Syukran jazilan kpd ukhti yang sudah lama ku kenali, Mawar Larangan di atas award yang diberi. 2 awards sekaligus. Dengan ini saya merelakan untuk mempamerkan award yang saya terima. Terima kasih ye!




Saya malas untuk mentagged sesiapa untuk menerima award ini. Cukupla saya seorang. Tidak perlu dianugerahkan pada orang lain. Hehe. Saya mahu keep in my heart je. Jangan marah ye Mawar Larangan! Sekian.

18 February, 2010

Pesta Buku Antarabangsa 2010


Salam buat semua pembaca. Terasa terpanggil untuk berkongsi 1 perkara yang paling disukai iaitu berkunjung ke Pesta Buku. Alhamdulillah setiap tahun tak pernah ku lepaskan. Jadi bagi semua manusia di luar sana yang 'giler buku' especially myself bolehlah sama - sama memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa 2010 di PWTC. Jangan ketinggalan ye!


Nota buat diri : tgh planning nk beli buku ape walaupun ada ms sebln lg (^_~)

Nota buat sahabat : Jom kte reramai p bookfair! Nnti kte plan g sesama, jgn lupe msg dlu especially shbt2 ex-smkant..kte wat reunion trus jela kt c2.hee~





11 February, 2010

Saat Rebah Menjadi Kaffarah

Tersentak aku saat rebah ke dunia

Bagaikan terjaga dari lena

Tika itu, tiada lagi ingatanku melainkan dosa-dosaku yang lalu

Oh Tuhan, saat air mataku mengalir

Bukan kerna jasadku yang sakit

Tetapi jiwaku telah Kau curi

Kau kembali menegurku

Atas dosa-dosaku yang lalu

Aku mula mengenang sahabat-sahabat

Hikmah tersembunyi aku singkapi

dan kini aku dapat

ibrah yang sangat besar untukku

Alhamdulillah

Aku masih lagi diberi peluang

Merasai nikmat yang ada ini

Saat itu ku panjatkan syukur

Dikala teguranMu itu meresap dalam jiwaku

Kesakitan yang ku alami ini

Biarlah menjadi kaffarah dosa - dosaku

Aku mula redha dengan ketentuan ini

Biarpun pahit

Inilah jalan tarbiyyahku

Allahu Akbar! Ampunkan dosa-dosaku

So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there ...


Syukran pada sahabat-sahabat yang membantu (k.ain, wahida dan azlin). Tidak ku lupakan juga Madam Shahidawati yang membantuku menghantar ke klinik dan hostel. Syukran jazilan dan maap menyusahkan kalian. Moga Allah membalas segala jasa baik kalian saat aku tersungkur ke bumi. Barakallahulakum..Allahu yubarik 'alaih..

Buat sahabat-sahabat seperjuanganku di SPMM, maap tidak dapat turun bersama di kempen Hazaf Virus Cinta. Malang sememangnya tidak berbau. Kita hanya merancang dan Allah mempunyai perancangan yang lebih baik buat kita. Rindu untuk berjuang bersama~ Mabruk 'alaikum!

Nota buat diri : Tarbiyyah 'cash' diterima. Tidak perlukan perantaraan. Cukup terkesan dalam diri. Redha atas kejadian menimpa diri. Allah masih sayangkanku. Dia hanya menegur sedikit sahaja tapi memberi kesan yang mendalam..pencarian demi pencerahan. InsyaAllah..terbaik selepas ini (^_~)

Nota buat sahabat : maapkan diri ini yang seringkali menyusahkan kalian, menyakiti hati dan perasaan, gurauan senda yang keterlaluan terutama buat sahabat-sahabat (sesiapa yang rapat) yang seringkali makan hati denganku. Maapkan diri ini. Aku bukanlah sahabat yang terbaik tetapi berusaha untuk menjadi yang terbaik. Diri ini bukan sempurna. Banyak cacat cela dan kelemahan. Mohon doa dari kalian untuk perubahan diri. Pencarian demi pencerahan (credit to Syu).

07 February, 2010

Who Care?

Hari ini sudah cukup memendungkan jiwaku.

Sudah cukup untuk berhujan di siang hari.

Cuba untuk menjadi kuat dan kental.

Tapi apakan daya, aku lemah dengan emosi.

Aku payah untuk menghadapi cubaan ini.

Aku cuba redha dengan ketentuan ini bahawa aku sentiasa kalah untuk mendapatkan sesuatu.

Aku cuba mengalah walaupun pahit.

Pahitnya kian terasa.

Tambahan apabila bersama insan istimewa.

Aku kalah dengan mereka.

Mendung diselangi hujan kembali.

Sahabat, jangan kau rasa bersalah untuk bersama denganku.

Jangan kau kasihan akan diriku ini yang acapkali kalah denganmu.

Aku redha jika ini adalah jalan tarbiyyah untukku.

Ya..aku sudah meluahkan.

Aku meluahkan di pena maya ini yang bakal disaksikan berjuta - juta manusia.

Inilah perasaan aku sekarang.

Who care?

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there

05 February, 2010

RIndu yang Redha

hanya ingin meluah sedikit rasa
yang tidak terungkap dek bicara
malah tidak mampu untuk dikongsi bersama
cukup sekadar singgahsana ini aku bertakhta
aku mahu ke sana
menemani mereka yang ada
berjuang bersama mereka
berada di medan yang sama
tapi apakan daya
tanggungjawabku melebihi segalanya
aku mahu ke sana
suka duka dikongsi bersama
tapi aku tidak alpa
diriku bukan disana
tapi menggalas takhta
di suatu masa
yang tidak mungkin aku lupa
oh Allah
aku rindu mereka
tika mana dapat berkumpul bersama
menyanyi lagu indah dan derita
ubatilah derap - derap cinta
yang bersemadi di dalam jiwa
moga ukhwah terbina
menjadi saksi di akhirat jua


salam sayang..salam perjuangan..salam rindu buat sahabat semua...



Ya Allah..ubatilah kerinduan ini..biarlah kerinduan ini hanya kepadaMu..aku rela dan redha dengan ketentuan ini.


p/s: tidak pernah mengalami perasaan sebegini rupa. sedih~

02 January, 2010

Checklist 2009


Salam 1 akidah..


Alhamdulillah, kini kita sudah melepasi tahun 2009 dan pada hari ini juga sudah 16 Muharram 1431H bersamaan 2 Januari 2010 kita memulakan lembaran hidup yang baru. Apa khabar iman anda? Masih seperti dulu atau lebih baik? Semestinya ramai di antara kita yang sudah membina azam yang baru ditambah pula dengan semester baru bagi pelajar USIM. Jika dilihat di ruangan maya, semua orang sibuk bercerita mengenai azam masing - masing tidak kiralah di facebook, friendster,blog dan sebagainya. Azam tahun ini jauh lebih baikkah ataupun ingin meneruskan azam tahun yang lepas? Mari sama - sama kita muhasabah diri kita, jom ber'checklist'!

Checklist 2009 :

1) Solat 5 waktu
- khusyukkah solat kita?
- sudah tertunaikah solat di awal waktu?
- pernah tertinggal solat?
- masjid sekadar solat jumaat dan solat hari raya?

2) Puasa sunat @ ganti
- puasa sunat isnin dan khamis buatkah?
- puasa ganti sudah habis @ belum?
- adakah puasa kita sekadar lapar dan dahaga?
- caknakah kita dengan puasa sunat?

3) Sedekah
- berapa banyak yang kita sudah sumbangkan?
- peminta sedekah ditepi jalan adakah kita sekadar melihat sahaja?
- sumbangan amal, buatkah kita?
- sedekah di masjid, bagaimana?
- belanja kawan - kawan, berkirakah kita?

4) Qiamullail
- bangunkah kita dikala orang lain sibuk berkelana di atas katil?
- seminggu sekali? sebulan sekali? atau setahun sekali?
- tidur lebih mengasyikkan?
- gayut di telefon sehingga pagi lebih penting dari qiamullail?
- menatap skrin laptop semalaman lebih penting?
- membaca buku ketika musim peperiksaan, wajarkah kita mengenepikan qiamullail?

5) Al-Quran
- masih berhabuk lagikah 'surat cinta' ini?
- beratkah hati kita untuk membaca ayat - ayatNya?
- adakah membacanya sewaktu musim peperiksaan sahaja?
- sebagai hiasan di meja tulis @ di almari?
- kerapkah kita membacanya setiap hari?
- baca majalah @ komik lagi best dari Al-Quran?

6) Dhuha
- buatkah?
- sambung tidur lagi best?
- alasan sibuk setiap hari? wajarkah begitu?

7) Zikir / Al - Mathurat
- sejauhmana pujian kita kepada Allah?
- tidak pernah?
- bila teringat je?
- rasa malas?
- panjang sangat?
- lagu - lagu yang lagha acapkali meniti di bibir kita?
- lagu - lagu lebih melekat di kepala berbanding mengingati Allah?

8) Majlis Ilmu
- acapkalikah kita pergi ke majlis - majlis yang dinaungi oleh para malaikat?
- seminggu sekali? sebulan sekali? Setahun sekali? Tidak pernah?
- ikut tajuk atau penceramah?
- malas?
- duduk rumah lagi best?
- chatting dan layan movie lagi bagus?

9) Akhlak
- salam menititikah di bibir kita?
- sahabat menjemput, terimakah jemputannya?
- sahabat meminta nasihat, hiraukah kita?
- ziarahkah kita ketika mana sahabat kita sakit?
- dimanakah kita sewaktu kita diajak untuk amal makruf nahi munkar?
- hormatkah kita kepada guru yang mengajar?
- beramalkah kita dengan akhlak Islam?

Duhai para du'at sekalian, kalianlah rantai - rantai yang menyambung perjuangan Rasulullah. Tidak terfikirkah kita sewaktu Kekasih Allah ini berada dihujung nyawa, baginda masih lagi menyebut 'ummati..ummati..ummati'. Begitu kasihnya baginda kepada ummatnya sedangkan kita pada hari ini sibuk melayan jiwa yang kosong, meniti hari - hari yang berbaki dalam hidup dengan perkara - perkara yang tidak berfaedah dan sebagainya.


'Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang - orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan - pesan dengan kebenaran serta berpesan - pesan dengan kesabaran.' (Surah Al-Asr: 1-3)

Saya mengingatkan pada kalian dan juga diri saya sendiri, marilah kita sama - sama meningkatkan amalan kita disamping menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang daie yang dipilih Allah. Memetik kata - kata Imam Syahid Hasan Al- Banna, tanggung jawab melebihi masa yang ada. Setiap manusia dikurniakan 24 jam setiap hari tetapi sejauh manakah kita memanfaatkan yang terbaik dalam jam - jam yang diberikan Allah. Apakah yang diperjuangkan untuk Islam? Bermanfaatkah kita untuk Islam? Koreksi diri kembali. Sempena tahun baru, azam baru, sem baru dan segala - galanya baru, jadikan tahun ini dan tahun - tahun seterusnya sebagai tapak kita mempertingkat diri kepada yang lebih baik.


24 jam kredit untuk ditempuh semester ini ditambah pula semakin banyak tanggung jawab yang harus digalas. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Rabbi Yassir Wa La Tua'ssir. Mohon dipermudahkan segala - galanya. Ameen Ya Rabb.

KodKeteranganKreditKumpulan








AAA2022AKHLAK DAN TASAWWUF2KAA
MAC3013PERAKAUNAN PENGURUSAN3KMD
MAE2013MALAYSIAN TAXATION AND ZAKAT ADMINISTRATION3KMB
MFA2013PRINSIP PENGURUSAN KEWANGAN3KMB
MGA2013FIQH MUAMALAT I3KMA
MGA4043PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH3KMA
MHB4033UNDANG-UNDANG KOMERSAN3KMA
UTA2072PEMIKIRAN KREATIF DAN PENYELESAIAN MASALAH2KMA
UTA2082PENGAJIAN HALAQAH2HMD1




Bangkit! Bangkit! Bangkit! Bangkit Mujahid Islam!

21 November, 2009

Salam Wehdah'09!

Salam..

Sudah lama tidak mencoret apa2 di sini. Rasanya dekat sebulan lebih agaknya. Maap sesangat atas kekurangan diri ini yang tidak mampu untuk memberi intipati yang baik sejak akhir - akhir ini. InsyaAllah selepas WEHDAH'09 berlangsung, saya akan mencuba memberikan yang terbaik. Maju Muslimat Maju!

Dikesempatan yang ada ini, saya dengan sukacitanya ingin memaklumkan satu program yang julung - julung kali diadakan oleh Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) yang bertempat di Kampus Induk USIM (tempat saya menimba ilmu skang!). Teringin sangat untuk berkumpul dengan semua IPT!





PENGISIAN UTAMA DI DALAM KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN (WEHDAH’09)

TARIKH : 23-25 NOVEMBER 2009

TEMPAT : KAMPUS USIM


TARIKH : 23 NOVEMBER 2009

MASA: 9.00 PAGI
SLOT : UCAPTAMA WEHDAH'09
TEMPAT : DKP 3 & 4
OLEH : DR. MOHD FARID B.MOHD SHAHRAN (TIMBALAN DEKAN, FAKULTI ILMU PENGETAHUAN BERTERASKAN WAHYU UIAM)

MASA: 11.00 PAGI
SLOT : WACANA 1
TEMA : SIKAP SOSIAL
TAJUK PERBINCANGAN :
1. KESEDARAN BERDAKWAH
2. CABARAN : MEHNAH & TRIBULASI BERDAKWAH
3. PERSIAPAN PARA PENDAKWAH MUDA

SIDANG PLENO 1
TEMPAT : DEWAN KULIAH PUSAT 3 (DKP3)
PEMBENTANG :
1. PROF. DR . KAMIL IBRAHIM - PENGARAH KAMPUS UITM SEGAMAT
2. UST HASNAN KASAN - PENSYARAH KANAN, PUSAT PENGAJIAN UMUM UKM
3. IR. DR. MUHAMAD FUAD – TIMBALAN PRESIDEN MALAYSIAN CHINESE MUSLIM ASSOCIATION (MACMA)

SIDANG PLENO 2
TEMPAT : DEWAN KULIAH PUSAT 4 (DKP4)
PEMBENTANG :
1. UST. KAMARUL ZAMAN NOOR MOHAMED - PANEL PENDAKWAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)
2. PN. ROSMAWATI ZAINAL - PENGARAH PUSAT BIMBINGAN RAUDHATUS SAKINAH, KUALA LUMPUR
3. UST. ABD HARIS BAIN - PENGARAH WORLD ASSEMBLY OF MUSLIM YOUTH (WAMY)

MASA : 2.30 PETANG
SLOT : WACANA 2
TEMA : STRATEGI DAKWAH
TAJUK PERBINCANGAN :
1. RASULULLAH SEBAGAI SURI TELADAN : MANHAJ & STRATEGI DAKWAH RASULULLAH - PERKAITAN DAKWAH DI MALAYSIA
2. DAKWAH KONTEMPORARI / DAKWAH BIL HAL - PENULISAN DAN MEDIA MASSA
3. KESATUAN DALAM USAHA GERAKAN DAKWAH

SIDANG PLENO 1
TEMPAT : DEWAN KULIAH PUSAT 3 (DKP3)
PEMBENTANG :
1. UST. ABDUL NASER ABDUL RAHMAN - PENSYARAH UIAM
2. UST. PAHROL MOHAMAD JUOI - KETUA EDITOR MAJALAH SOLUSI
3. DR. MUHD RUMAIZUDDIN GHAZALI - PENSYARAH USIM

SIDANG PLENO 2
TEMPAT : DEWAN KULIAH PUSAT 4 (DKP4)
PEMBENTANG :
1. UST. MOHD AJIB ISMAIL - PENOLONG PENGARAH KANAN BAHAGIAN DAKWAH JAKIM
2. SDR. MOHD FAIZAL MUSA (FAISAL TEHRANI) - PEMENANG ANUGERAH SENI NEGARA 2008
3. UST. NIK MOHD NIZAM NASIR

MASA: 8.30 MALAM
SLOT : FORUM
TAJUK : GENERASI MUDA MENJANA TRANSFORMASI UMMAH
TEMPAT : DEWAN KULIAH PUSAT 3 & 4
AHLI PANEL :
1. DATO’ HAJI MOHD NAKHAIE AHMAD - MANTAN PENGARAH YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM)
2. PROF MADYA DR. HARLINA HARLIZA HJ.SIRAJ - PERUNDING KANAN O&G, HOSPITAL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (HUKM)
3. UST. KALAM MAZAD - PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN DAKWAH JAKIM


TARIKH : 24 NOVEMBER 2009

MASA : 8.30 PAGI
SLOT : ESQ 165 (TOGETHER WE TRANSFORM: V2R THROUGH THE ESQ WAY 165 MODEL)
ESQ TRAINER :
1. ANDI MUHAMAD FAJAR (DEWAN KULIAH PUSAT 3)
2. MUHAMAD AKMAL MD ANAS (DEWAN KULIAH PUSAT 4)

MASA : 11.00 PAGI
SLOT : BENGKEL 1 (DISKUSI TOPIK WACANA 1 & 2)
TEMPAT : BILIK TUTORIAL & BILIK KULIYAH SEDERHANA FAKULTI SYARIAH UNDANG-UNDANG

MASA : 2.30 PETANG
SLOT : BENGKEL 2 (PEMBENTANGAN TOPIK WACANA 1 & 2)
TEMPAT : DEWAN KULIYAH SEDERHANA FSU

MASA : 5.00 PETANG
SLOT : MESYUARAT DAN PERBINCANGAN BERSAMA WAKIL IPT
KEHADIRAN : WAKIL SETIAP IPT YANG HADIR
TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA FAKULTI KEPIMPINAN & PENGURUSAN

MASA : 8.30 MALAM
SLOT : BENGKEL 3 (PERKONGSIAN PENGALAMAN AKTIVITI DAKWAH)
TEMPAT : DEWAN KULIAH PUSAT 3 & 4


TARIKH : 25 NOVEMBER 2009

MASA : 8.30 PAGI
SLOT : SESI RUMUSAN (PEMBENTANGAN RESOLUSI KESELURUHAN)
TEMPAT : DEWAN KULIAH PUSAT 3 & 4

MASA : 9.15 PAGI
SLOT : WACANA KHAS
TAJUK : CABARAN MISSIONARY KRISTIAN DI MALAYSIA
PENCERAMAH : BRO. SHAHKIRIT KALKULAL GOVINDJI - PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM)

MASA : 11.00 PAGI
SLOT : MAJLIS PERASMIAN PENUTUP WEHDAH'09
OLEH : YB DATO' SERI MOHAMED KHALID NORDIN - MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

maklumat lanjut : WEHDAH'09