Showing posts with label Untukmu Palestin. Show all posts
Showing posts with label Untukmu Palestin. Show all posts

16 January, 2009

Khas Buat Saudaraku di Palestin

Bilakah Damai
Album : Hafiz Hamidun
Munsyid : Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com



Mentari menangis di senja memerah
Bumi anbia menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Hanyir darah menyesak dada

Tubuh layu gugur bergelimpangan
Bertindih dalam kubur tanpa bernisan
Di hujung sana berjuta kelaparan
Di dera wabak yang menyiksakan

Anak kecil bertanyakan bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang
Diwajahnya mencerminkan kedukaan
Bilakah pula ayah kan pulang

Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu menghiris kalbu
Bilakan berhenti kekejaman
Anak kecil bertanya bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang?
Wajahnya mencerminkan kedukaan
Bilakah pula ayah kan pulang?
Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu menghiris kalbu
Bilakan terhapus penindasan?

Kemana hilangnya kemanusiaan?
Sampai bila bersilih penderitaan?
Bila pula kan muncul kedamaian
Soalan yang masih tiada jawapan

03 January, 2009

Save Palestine!

31 Disember 2008; 0737am

Trit..tit..tit..

ONE MESSAGE RECEIVED

Lalu ku baca isinya. Owh, dari sodiqati!

Salam kepada seluruh aktivis dakwah kampus. Lakukan solat hajat (rakaat ke-2 qunut nazilah), solat ghaib dan bacaan al-Quran berjemaah (al-Mulk@Taubah@Anfal) khas memohon kemenangan bagi mujahidin, kesabaran pada umat Islam dan kehancuran Israel serta golongan murtaddin dan munafiqin yang bersama mereka. Lakukan bermula malam ini dan berterusan. Wajibkan pada diri aktivis dulu, dan ajak teman – teman yang lain. Angka terkini syahid 380 + cedera 1750. Berdoalah untuk mereka saat ini adalah fardhu ain. Segera laksanakan. Send pada sahabat-sahabat di kampus lain ASAP.

Lalu mesej tersebut di forwadkan kepada semua.

Trit..tit..tit..

ONE MESSAGE RECEIVED

Salam kak. Solat ghaib tu camne?Maap, adik tak pernah wat slame ni.

Trit..tit..tit..

ONE MESSAGE RECEIVED

‘Lakukan solat hajat (rakaat ke-2 qunut nazilah), solat ghaib.-saadah, qunut nazilah n solat ghaib 2 cne ?

Syukran buat yang bertanya. Mumkin apa yang saya reply tidaklah sesempurna mana. Jawapan penuh akan saya terangkan di bawah.

Solat ghaib itu adalah solat jenazah. Bagi mayat yang telah dikuburkan walaupun sudah seminggu atau lebih, baik di tempat yang dekat atau yang jauh boleh dilaksanakan solat ke atasnya. Pelaksanaannya juga boleh di atas kubur, solat ini dinamakan SOLAT GHAIB. Cara melaksanakannya sama dengan solat jenazah biasa, hanya berbeza niatnya.

Lafaz niat solat Ghaib:

أصلي على ميت (فلان) الغاءب أربع تكبيرات فرض الكفاية لله تعالى

“Aku solat atas mayat yang ghaib empat takbir, fardu kifayah kerana Allah Taala”

Solat ghaib pada mayat itu adalah sah, sebagaimana solat jenazah biasa.

Doa Qunut Nazilah







Ya Allah, hancurkanlah orang-orang kafir dan musyrik itu. Berilah rasa takut kepada musuh-musuh kami, musuh-musuhMu, dan musuh-musuh agamaMu. Ya Allah, muliakanlah agama Islam dan kaum muslimin. Rapatkanlah tali kasih sayang dalam sanubari mereka dan perbaikilah hubungan kekeluargaan diantara mereka serta berilah pertolongan kepada mereka dalam melawan musuh-musuhMu dan musuh-musuh kaum muslim.

Apa yang kita tak tahu, cepat-cepatlah bertanya. Biarlah kita bodoh sebentar, jangan kita bodoh selama-lamanya. Moga dengan perkongsian ini menjadi manfaat kepada semua!





Kadangkala hidup ini akan membuatkan kita lemah untuk berjuang sebagai pejuang Allah di muka bumi, namun Allah itu terlalu penyayang kerana masih mahu terus kita ingat bahawa kita dibawah pandangan dan tarbiyahNya. Berbesar hatilah wahai saudaraku, sesungguhnya kita berada dalam rahmat ujianNya. Ayuh! Bangkit dan teruskan perjuangan. Dugaan ini mematangkan perjalanan seorang JUNDULLAH CEMERLANG DUNIA AKHIRAT!