20 December, 2011

Danbo Lover

Jom baca yang tersirat melalui gambar..

Malas nak menulis..

Biar gambar yang memberitahu segala - galanya.. 

























































ok..the end 

i love danbo very much

(^_~)

01 October, 2011

Memori Indah di Taska

Bismillah..

Fuh..lama benar tak update blog ni. Siyes ngaku..SANGAT MALAS! Hahaha. Takdela malas sangat pun. Just buat2 bz je. Cuti lagi bz dari hari biasa. Saje nak conteng - conteng tambah koleksi post je pn. Rindu tetiba kenangan lalu. Nanti kalau tua - tua boleh buat review balik citer2 lama aku dolu2. Banyak betul kenangan.

Keje kat taska

Alhamdulillah. Aku saje - saje gatai tangan mintak keje kat taska. Tapi seriously aku memang x boleh hidup kosong tanpa buat pape. Jadi saje cari pasal jaga budak - budak kejap. Sejambak terima kasih buat K.Qayah yang offer aku keje kat taska. Play school sgt best!~

Alang - alang aku x nak balik penang (ampun kt senior2 aku=p), aku pun duduk la nilai tercinta ni sepanjang ramadhan. Sambil2 cari duit utk family (family ke ms dpn ni). Dapat gakla setiap hari p solat terawih walaupun badan seharian letih jaga budak - budak yg hyperactive!

Tiap2 hari masuk keje b4 jam 7pg. Paling awal aku p 6.30pg. Paling lewat dalam rekod kul 11 (sbb aku pindah umah). Balik paling awal 5.30ptg. Paling lewat 7.30 ptg. Tapi mostly setiap hari balik pukul 6.30 ke atas la. Sebab ada parent baby tu keje KL. So terima jela. Seriously, aku tak penah rasa nak mengeluh pun. Even dah bagi mandi baby wangi2 sebelum mama dia datang amik, tetiba kul 6 dia berak plak. Aku tetap stay on track lagi. Basuh jela. Sebab banyak benda tau aku belajar. Tarbiyatul aulad (tarbiah anak - anak) Masa ni la kita belajar erti sabar. Belajar jadi ibu mithali. That's why ada budak - budak yg called me 'Mama'! =p

Serius sangat, masa tengah taip post ni terngiang - ngiang budak - budak comel tu panggil mama. T_T

Ble aku leh jumpa diorang ni? Huhu. Kalau orang yang nak masuk kampus pun boleh terkene homesick. Aku ni tataulah nak kata sick ape. Kidsick bole x? Memandai je buat istilah. Huhu. Dalam seminggu keje 5 hari je. Aku jadi kidsick tu bila datang hujung minggu. Hari sabtu & ahad confirm aku akan tengok picture2 diorang dalam hp! Siyes weh! Kanak - kanak sangat best! 

That's why they called me an expert! Hehe. Bangga ckit coz ada isteri lecturer usim yang keje as my partner pun puji aku kat orang lain. Ni aku dengar dari mulut orang lain ok. Takkan la nak puji depan2.

Saadah tu sangat cekap masak bubur. Dapat handle budak - budak dengan baik. Tak macam orang kekok pun.

Hehehe. Siyes malu weh~ 

Aku memang suka budak - budak. Bukan setakat suka nak dukung2 or main2. Tapi suka nak jaga. Ada setengah orang just suka main2, cubit2 camtu je. Jaga takmau. Baik tak payah. Tak retila apela. Ok. Me too. Aku pun tak reti jugak dulu. Tapi dah beradik 9. Bolela guna experience dulu2. Tapi kalau nak ikutkan, adik aku yang bongsu pun dah umur 8 tahun. Darjah 2 dah tu. Kiranya dah jauh beza la nak pegang - pegang baby ni. 

Tapi kan aku dah kata tadi. Saja nak test diri boleh ke tak dengan baby - baby yang byk ragam ni. Tu yg apply keje tu. Ada jugak mulut2 yang kata 'saadah ni boleh ke nak jaga budak2, garang dahla macam singa!' Hahaha. weh. Dont underestimate me ok?! I can do better than you la!  Err..bukan marah pun. Relax sudah.

dinding taska yg menarik!~

Jaga budak2 sangatlah best. Dahla comel. Pastu nak duduk atas pangkuan kita plak. Pastu nak mintak itu ini. Masa ni memangla aku rasa tak sanggup nak marah budak2. Kalau ada budak tu pergi buang air kat lantai taska. Takdenye aku nak marah. They still a kid. Ajar jela lepas ni nak buang air kat toilet tau. Ni tempat bersih. Takde lubang nak buang air. Dalam toilet ada lubang boleh buang air. See? Simple rite? Jaga budak2 kene ada pendekatan. Bukan main touch n go je. Tapi touch n hold la ckit. 

Sebenarnya aku tak tengok sangat pun brape byk gaji yang masuk. Tu bukan paling penting tapi memang penting la. Takkan la ummi n abi still nak sara hidup aku. Dah masuk umur 22 dah September baru ni. Dah keje pandai cari duit sendirila. Nak pulak aku ni memang PAMA (sume mak ayah tanggung). No scholarship at all. Sian aku. Yang best skali aku blaja kan..i still keep in touch dgn majikan aku. They still ask me 4 help kalau tetiba baby - sitter tak cukup or ada hal. Best weh. Berkebajikan! Tapi yang sedeynye aku masih belum ada masa nak penuhi permintaan tu. Tunggu cuti bolela. 

1 lagi..aku kenal family budak2 tu. Tahu cane nak urus budak2 meragam. Learn from kids la. They still young and need our attention. Ada tu budak2 yang hyperactive sampai paksa tidur pun taknak. Last skali, esok tu mak dia komplen anak dia semalaman tido kat umah takmau bangun. Nak buat cane. Aku dah suh tido. Suh qailullah lagi. Depa yang takmau. Tapi mostly kul 12 tengahari sume dah tido. Kul 3 nanti pakat bangunla. 

Eh..jangan ingat taska xde jadual tau. Ada masa budak - budak minum susu. Ada masa kene mandi. Masa tidur. Masa main. Masa makan. Masa belajar. Sebab tu kalau masuk 3 tahun yang duduk taska, dah boleh kenal ABC, no 1 - 10. Siap lagu2 kene nyanyi. Sebab tu aku tak tension jaga budak2. Seriously best! Daripada aku mengadap orang tua2 yg banyak masalah, baik aku ngadap budak2 ni lagi bagus. They always smile and smile. Wah! Dah jadi pengarang jantung ni!=p

Kisah mereka

Banyak plak citernye. Meh nak tunjuk gambar. Sorila entry aku kali ni memang santai. Penuh dengan cerita. Takmau baca, bolela out. Aku silakan.


Comel kn? Ni namanya Sheikh Thaqif. Panjang nama dia. Aku pun tak ingat. Salu panggil Thaqif je. Kiut kan? Sampai ada nak scan tengok hari2 tu. Hahaha. (Jangan marah=p) Budak ni ligat betul. Masa aku jaga dulu baru 18 bulan. Aku masuk keje bln 8. Dia pun masuk bulan tu jugak. Kata mama dia, orang gaji lari. So kene hantar taska. Ya Allah. Budak ni ligat amat! Takleh tengok bilik air n pintu utama terbuka. Mesti dia merangkak dengan laju nak terpa ke sana. Salu tak sempat nak kejar. Sebab budak ni hyperactive sangat. Tidur susah kalo budak bising2. Makan banyak plak tu. Kalau aku ada kat dapur, sure dia kejar. Geram btoi budak ni. Dahla comel. Tapi paling best bila sebut nama Thaqif banyak kali. Mesti dia datang punye kat aku sambil sengeh2. Comel weh! Comel dari korang! Hahaha. Mata dahla bulat, rambut ada ombak2 camtu, mata melentik cam pompuan. Geram betoi! Rasa nak amik bawak lari je.

air liur tu abaikan. bdk kecik comel je. kalo org dewasa keluar air liur cmni x comel k!

Saje nak taruk besar2 supaya korang boleh tengok kiut miut diorg dengan jelas!

baby madihah, 4 months

Baby madihah ni adalah yang paling banyak meragam. Tapi aku suka jaga dia. Geram. Pipi montel sangat. Hanya dia sorang - sorang jela yang sempat aku record masa time aku cakap ngan dia. Paham je ape aku cakap. Geram. Geram. Geram. Rindu!~ Dia ada sakit kulit ckit. Leher salu naik ruam2. Dah montel sangat sampai angin xleh nak lalu kat leher. Tu yang naik ruam2. Macam2 dh buat. Ada je pesanan ibu dia kat aku. Hari ni pakai ubat ni. Esok pakai ubat lain plak. Ikut jela. Madihah ni plak jenis minum susu ibu. Susah kalau susu yang ibu dia bekalkn tiap2 hari kalau habis, nak kene pakai susu tepung lak. Tu yang sakit tu. Nangis je manjang. Sampai aku bagi dia tidur pun, dia tak tidur2. Aku yang mengantuk. Penah sengguk tau jaga budak ni. 

Penah dalam sejarah sume budak2 ni demam. Aku je kekal sehat. Hari last puasa, madihah demam. Panas amat! Aku jagala dia. Melalak sampai aku jadi risau sangat. Pas kat orang lain yang dh status ibu la yang jaga. Sampaila dia tido. Sedih tau kalau budak sakit2. Menyentuh perasaan aku yang keras di luar, lembut di dalam ni. Sampaila malam tu aku rasa badan aku dah start panas2. Menggigil 1 badan. Jaga budak punye pasal aku pun kene demam skali. Takpe. Tadhiyah tinggi tu. Nak raya demam2 la plak. Then mak sedara kol tanya bila nak balik melaka. Aku dengan lemahnya 1 badan berbungkus (nasib dah berenti keje) tak larat nak balik. Last skali mak sedara aku malam tu jugak amik aku. Yela. Aku sorang2 kat nilai tau masa tu. Anak dara plak tu. Ist2. Allah kan ada (^_~)

Dzafrie, sebaya Thaqif
Dzafrie ni lagi manja. Suka gelak plak tu. Geram tau. Tapi kalo lepas minum susu, tak bagi dia sendawa. Siapla baju korang nanti. Habis dimuntahkan segala isi perutnya. Aku akan pastikan dia sendawa sebaik je dia habis minum susu. Tak terkawal budak ni muntah. Aku dah kene sebab tu aku berjaga2. Haha. Paling suka bila dia asik nak panjat dok atas riba kite je. Tapi bukan bermakna dzafrie takleh survive. Dia akan ralit kalau bagi mainan pape. So senang la nak tukar pampers ke or nak bg dia delay kejap apa yg dia nak. Hehe. Taktik tu. Kene belaja ok? Memang comel. Gambar atas tu masa dia demam. Aku nangis tau masa dia demam. Tak sanggup tengok budak2 ni nanges derita tahan kepanasan maksimum camtu. Cecepat mintak tolong sahabat belikan cool fever. Aku still pakai tau cool fever ni walau dah besar. Ummi salu tempek kat dahi aku kalau aku demam panas. 

So aku taula cane perasaan ibu2, mama2, ummi2 yang anak dia tengah sakit. Kalau aku yang xde anak ni pun boleh nangis tengok budak2 ni kesakitan, apetah lagi yang penah menumpang rahim si ibu selama 9 bulan. Hanya orang yang pernah rasa je tahu. Sayang tu lebih dari segalanya tau. Sanggup berkorban duit sume tu utk anak2. Tak pikir dah x cukup duit ke apeke. Janji anak sehat. Huhuhu. Tarbiah Allah lagi aku dapat. Cantikkan percaturan Allah. Kalau teringat camni, mesti aku cecepat pegang tepon call ummi. I miss u a lot Ummi! T_T Sebak kejap. Lama dah ni aku tak balik. Huhu. Halalkan segala2 perbuatan anakmu ini

Kalau nak cerita, sampai ke sudah tak habis cerita aku ni. Tapi banyak sangat tarbiah yang aku dapat jaga budak2. Aku dapat maximum tenaga. Emosi dah stabil. Banyak belajar untuk berlapang dada. Banyak tak terkira. Syukur sangat coz Allah mencampakkan aku kata dunia taska. Walaupun sebulan tapi sangat bermakna!

Aku rindu kat suma budak - budak comel. Nanti nak upload la yang lain. Tunggu!~

Fatini, Iman, Aqil, Nafiz, Nazif, Afif, Ahmas, Faqihah, Khadijah, Madihah, Dzafrie, Thaqif always be in my heart (^_~)

Sikit je budak tapi gaji lumayan ooo. Hehehe=p

Tetiba nak quote ayat2 bdk2 ni

'Cejuknye mama..cejukla mama..cejuk..'
'Mama, nak susu'
'Mama..mama..tuuu..'(sambil tunjuk kalo Ahmas tungging botol susu orang lain)

Hehe..Sekian coretan aku petang2 ni. Janji tak tidur pas asar (^_~)


ni la taskanya..awesome rite?


Persediaan itu penting


Pesanan kat sume yang baca blog aku ni. Sebelum nak ke alam lain, praktisla dari skang. Jangan tunggu sampai esok. Like me, walaupun aku tak kawen lagi. Anak lagi la xde (anak tekak ada la). Be prepare from now. Sebab persediaan tu kene sebelum. Bukannya dah ada anak baru nak praktis. Samala macam keadaan aku skang ni. Walaupun lambat lagi nak kawen. Calon pun takde. Bukan bermakna ada calon baru nak cari buku pasal rumahtangga, tarbiyatul aulad sume tu. Tapi isi ilmu di dada dari sekarang. Dah start learn perbezaan wanita dan lelaki. dah start belajar masak kat umah. Jangan dok bagi alasan takmau masak sebab lambat lagi nak kawen. Aku ketuk je orang camni. Takkan mak kau sakit, kau taknak masakkan. Takkan nak suh maid buat jugak! Haish~ (emo la plak)

baitul muslim


Sebab kita tatau ape akan jadi akan datang. Selalu bersedia dan redha apa juga terjadi k.

Ada buku - buku best tau yang aku baca. Buku yang islamic ada. Buku yang orang2 barat tulis pun ada gak. Ilmu tu perlu dikutip kat mana pun kita berada.

Takpela. Sebelum nak ke tangga baitul muslim, baik prepare jadi fardhul muslim dulu (individu muslim). Kalau hak Allah pun kita sambil lewa, jangan kau nak memandai2 nak naik tangga seterusnya (baitul muslim) plak. Selesaikan hak Allah dulu. InsyaAllah Allah sentiasa bagi ape hak hambaNya. Always keep your praying.

Ok. Mood hepi skang pas update blog.


Puas amat!~

26 July, 2011

Ahlan Ya Ramadhan

Wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
Andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu
Sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Biarpun anak tekak kering kehausan air
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan sekelian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
Berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
Mengadu...merintih...meminta belas kasih
"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
Oleh itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MU ini

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
Ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru...kita cari...suatu malam idaman
Yang lebih berkat dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
Mempersiap diri...rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi...
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
Menerangi kegelapan hati-hati kami
Menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun saudara...
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
Hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
Berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

Andai benar ini Ramadhan terakhir buatku
Maafkanlah segala dosa-dosaku
Daku hanyalah seorang insan biasa
Mencari kasih Illahi yang abadi
Duhai Ilahi....kasihanilah daku, kekallah diri ini dalam iman yang abadi
Dan hanya kepada-Mu, daku berharap...

Ahlan Ya Ramadhan..tidak sabar aku menantinya..

23 June, 2011

Penyakit Putus Asa

Salam semua!


Kali ni nak bawakan satu tajuk khas yang saya pikir dah semakin melarat dan berpenyakit. Nak tahu ape?


PUTUS ASA!~


Anda dah tahu sebab baca tajuk kat atas tu kan? Hehe


Ok.


Kehidupan kita ni sememangnya tak terlepas daripada ujian, dugaan, cabaran, pancaroba, buntu, resah gelisah dan sebagainya. Bukan manusia la kalau tak rasa semua tu kan? Lain orang, lain ujiannya.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabut ; 2)

Segala ujian yang kita hadapi tu semua ikut kemampuan kita. Bear in ur mind, Allah takkan uji makhlukNya sekiranya makhlukNya itu tak mampu. Ini bukan saya yang cakap. Tapi dah termaktub dalam surat cinta Dia buat kita. Bila Allah uji kita, kita akan semakin dekat pada Allah. Dialah segala - galanya buat kita. Sebab apa kita diuji? Semakin banyak ujian, semakin kuat pergantungan kita pada Allah. Percaya tak? Siapa lagi nak tolong kita kalau bukan Dia. Alhamdulillah. Mari kita bersyukur!


Tapi, ini yang paling saya tak suka ni!


Pernah dengar tak orang mengeluh?


Pernah dengar tak orang yang terima je apa yang nak jadi?


Pernah kan?


Janganlah putus asa. Rahmat Allah itu sangat luas mengatasi kemurkaanNya. Lebih luas dari bendang (baca: sawah) kat belakang umah (kalau sape yang ada la~). Lebih luas dari lautan yang ada kat permukaan bumi ni!  Allah never forget us even a minute. Kita je selalu sangat lupa kat Allah. Bila ada masalah baru nak cari Dia. Kan? Kan? Baik mengaku cepat!


Ok. Back to our topic.


Putus asa ni umpama racun yang membunuh jiwa. Seolah - olah kita meragui perjalanan dan kehidupan yang kita sedang lalui. Kesan racun ini jika tidak menyekatnya, akan menyerang iman kita sehingga kita mula meragui qadar Allah SWT dan akhirnya meragui kebesaran, keagungan, penciptaan, kebijaksanaan, keadilan Allah SWT. Nauzubillahi min zalik. Moga kita tidak tergolong di kalangan orang yang putus asa. 

Tahu tak macam mana muka orang putus asa?



Orang yang putus asa macam ni kah ghopenye? (baca: rupenye)


Ist..ist..ist..


Penah dengar tak kata - kata orang putus asa?

"kenapa mesti aku?",
"kenapa aku tak macam orang lain?",
"mana silap aku?",
"kenapa aku diduga sebegini rupa?"


Kenapa itu dan kenapa ini. Persoalan demi persoalan dilontarkan.



Lagi sedih bila ada orang cakap.."kalau dah sakit camni, mati gakla jawapnya. Dah nak mati kan!"


Fuh!~ Sabar..sabar..sabar..innallaha ma'as sobirin..


Anda perlu redha atas apa yang Allah berikan. Ujian dalam kewangan, pelajaran, kesihatan dan sebagainya. Natijahnya Allah lebih tahu. Tapi Allah tak kata suh putus asa ok?


“Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir" (QS. 12 : 87).

Saya hanya membantu manusia untuk jadi sehat. Tujuan utama bukan untuk jual produk. Bantu orang jadi sehat tu saham akhirat saya nanti. Seek for mardhatillah tu matlamat saya. Kalau anda masih lagi nak bersikap putus asa dan menyerah tanpa ada apa - apa usaha, you should think deeply la. Dah penat saya nak berceloteh panjang - panjang. Sekadar peringatan untuk kita bersama juga. Kalau orang jadi sehat, mesti saya bangga dan suka. Anda tak suka ke tengok anda dan keluarga semua sehat - sehat?


Saat kekalahan itu bermula bila kamu merasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula bila kamu melawan rasa lemah itu!

Please la. Jangan putus asa macam ni. Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum tu kalau dia sendiri tak nak ubah. Jom bangkit dari kelemahan!

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."

Allah dah janji kat kita. Tak percaya sila buka surat cinta Dia (baca: Al -Quran). Setiap kesulitan yang kita hadapi tu ada kemudahannya. Dan setiap penyakit yang Allah timpakan buat kita tu ada penawarnya kecuali mati. Kalau kita tak nak berusaha keluar dari kesempitan dan kesulitan yang kita hadapi, hanya mengharap pada doa saja, takkan ubah segala - galanya. Usaha la! 

Jadi, jangan patah semangat dah! Yakin, usaha dan teruskan berdoa. Semua tu adalah tarbiah. Anda sedang menjalani proses tarbiah. Walaupun orang lain tak dapat nak mendalami perasaan anda, sakit anda tapi Allah ada. Dia selalu dengar rintihan hambaNya. Allah lebih memahami. Trust me ok?


Manusia tu banyak dah Allah bagi nikmat. Nikmat tu lagi banyak pada ujian. Ujian tu la yang  menguatkan kita. Memuhasabahkan diri kita yang sering alpa. Cuba kita bandingkan ujian yang kita terima dengan orang lain yang lebih berat ujiannya. Apalah sangat ujian yang kita terima ni. Sebab kita mampu sebenarnya untuk atasi. Renungkan kembali kalau kita pernah melalui ujian yang lebih - lebih hebat lagi mencabar sebelum ini, kenapa kita nak terus down n putus asa dengan ujian yang sekelumit ni? 


Buat diri dan sahabat - sahabat yang masih lagi nak putus asa, didiklah hati kita supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah. Jadi hamba yang tabah menerima. Koreksi diri semula. Air mata tak mampu mengubah segala - galanya melainkan dengan usaha! Nangislah kalau anda nak nangis. Keluar air mata darah pun takkan ubah ape - ape. Be strong ok?

Saya doakan supaya kita semua dijauhkan daripada sifat putus asa. Think positive. For things to change, you have to change first. Takde bende kat dunia ni jatuh gedebuk camtu saja. Even orang jatuh pun ada sebab mungkin licin atau sebagainya. 

Cukupla setakat ni. Panjang pulak saya berceloteh. Jom berusaha! Senyum untuk jadi lebih kuat!





Sesapa yang nak jaga kesihatan, nak ubah lifestyle,


do contact me, 013-7976876


I'll be ur personal coach

18 June, 2011

U have to change first

Salam sume

Last night, saja saya follow up my customer. Nak tengok macam mn. Haish~ Dia mengadu coz tak turun pun berat. Hope that she will read what I have wrote today! Yeahh!

My customer order dengan saya F1, tea mix and aloe
Formula 1 (F1) also known as shake

Herbali aloe

Tea Mix

Ini produk one of my customer ambil. Dia mengadu boleh x kalo nak minum 1 je dulu. Saya tanya kenapa. She told that she didn't have enough time to eat! Dah pulak asik ke toilet je. Hmm. Ok. Pasal pergi toilet tu perkara biasa. Bagi mereka yang baru 1st time guna produk herbalife, itu normal jika anda ke tandas hampir 15 kali! Next entry saya akan cerita kenapa pentingnya air ok?

Ni yang nak jadi coach garang ni. Penat tau beli barang mahal2 tapi taknak makan. Kan membazir. Kata nak dapat result amazing tapi kalo kita tak disiplin, macam mana nak dapat result.

For things to change, u have to change first!~

Memangla susah nak istiqamah. Benda baik ni memang sentiasa susah. Penat bebel tau. Lenkali pergi mana2 please la..tolong bawak skali shaker n all herbalife product that u had. Masuk trus dalam beg. Asal lapar je n x sempat nak makan berat, terjah je shake tu. InsyaAllah kenyang. Tapi paling penting, don't ever2 skip your breakfast! Sila baca entry menarik psl skip breakfast.

Lagi --> Skip breakfast, get fat

Sebenarnya bila kita skip breakfast, badan kita lagi mudah naik. Jadi skang pilihlah..nak lose weight ke or nak gain weight banyak2? As your coach, I can only support you on behalf. You have to make the decision either you want to eat or not, ok? Kalau kita x berusaha nak jaga kesihatan, pakaila produk apepun yang membantu, hasilnya takkan dapat. Samala macam kita belajar. Kalo kita nak harap dapat 4 flat tapi kita xde usaha ke arah tu, so jangan complain kalo nak dapat Dean List pun susah!

Hehe.. jangan marah ok..saja nak bagi semangat ckit bagi mereka yang berat badan yang x turun2 n turun maybe around 0.1 kg. Kalau dapat turun 0.1 kg tu, tahniah ok! Teruskan pemakanan yang sehat. At least turun jugak daripada tak turun. Saya dah nampak sekarang kenapa coach perlu follow up customer. Hehehe

Credit to my cousins, Ismail Jaafar & Aisyah Jaafar. Inspired them!



Ok..nanti saya sambung citer kenapa perlu produk2 kt atas td. Next entry k!~

Nutrisi untuk keluarga sihat!

Salam sume

Mungkin terlewat ckit nk post entry ni. Alhamdulillah syukur sbb dh smpai kt kg halaman. Hmm..excited tau blk rumah. Ummi amikkan sy di KTM Parit Buntar. Sampai kt umah, trus keep chatting dengan ummi. Then, timbang n check kesihatan ummi. Pastu anaknya ni bebel2 kejap kt maknye. Haish~ Kesihatan tu pentingkan. Health is precious tau x!~

Pagi tu ummi kene pergi keje. Ummi mengadu yg kakinya sakit n rs x laaarat sgt2 nak pegi keje. Pastu anaknya yg masih sayangkan famili ni trus buatkan tea + shake strawberry. Taruk ais. Wow! Pepagi buta makan ais tu!! Takde masalah pun shake minum dgn ais. Lagi sedap macam aiskrim. Tak lupe jugak siapkan tea + shake strawberry utk abi. Abi lg laa...walaupun x sempat nak timbang pg tu coz abi kene keluar awl pegi keje coz abi keje kt pulau kecik tu (baca : georgetown). Bayangkan brape jauh masa yang di ambil dr parit buntar ke georgetown tu. Adalah lagi baik kalo korang try search google map ok! Dah nama pun pegawai. Nasib kat penang je. Buat kat putrajaya. Alamatnya ummi boleh jumpe abi hujung minggu jelaaa~

Lepas dah bg my parent n also my little sisters (baca: ada 3 org) shake strawberry, diorang semua meninggalkan sy sorang2 di rumah. Hmm. Rasa terkurung kejap sebab kereta 1 lg xleh nak hidup. Work in home jela. Tunggu petang sampai ummi balik, tanya respon ummi tentang makanan sehat yg ummi dah makan pagi tadi. Tau x ummi ckp ape? Ummi cakap alhamdulillah sakit kaki tu hilang! Alhamdulillah..syukur sgt coz hari ini dah berusaha bg ummi minum shake! By the way, lupe nak tanya respon abi coz abi balik keje je trus siap2 nak pergi usrah plak. Hmm. Keluarga yang ditarbiah memang macam ni kesibukannya.

Hmm....nak tau lagi x ummi cakap ape? Sapela nak jaga kesihatan ummi n abi ye. Huhuhu. Seriously rasa terharu + sedih..sob..sob..sob..insyaAllah akan digunakan masa yang ada bersama ni sebaiknya. Almaklumla saya kan anak sulung jadi tanggungjawab tu lebih beratla kalo nak dibandingkan dengan adik2 yang lain. Saya tekad saya akan jaga ummi n abi sebaiknya sebelum menukar status. Hehe.

Ok. masuk kpd next day. Bangkit lewat tapi dah siapkan shake mlm td takut tak larat nak buat pg ni. Lupe nak pesan kt ummi n abi suh amik shake dlm peti ais. Pas ummi + abi pergi keje, rasa menyesal tau x sebab x sempat jd anak solehah bagi makanan sehat kt diorang. Huaaaa! Terpaksa la tggu petang bg diorang minum shake + tea. Masa ummi balik keje, ummi ngadu lagi sakit kaki, lenguh2, sakit urat sume tula. Padahal ummi muda lagi. Hehe. Pastu anak dia ni sambung bebel balik sp suh x minum shake dlm peti ais tu. Ada ke patut ummi salahkan sp suh x bagi. Adoyai. Nasibla pengarang jantung hatiku. Ok. Pasni kene disiplin. Bukan diri je kene sehat tp sume orang kene jadi sehat tau! Taknak sakit2 ni. Banyak lagi kerja2 dakwah nak kene buat utk Islam. Diri kalau dah sakit, macam mn nk smbg buat keje dakwah. Membazir hidup je coz tak jaga pemakanan dengan baik.

InsyaAllah, esok akan terus menerus jaga ummi + abi. Dalam senyap2 sempat berbincang hal2 penting dlm hidup. Guess what? hihi...adala kn..ok semua kene jadi sehat tau. Kan mukmin yang kuat lebih Allah cintai dari mukmin yang lemah. InsyaAllah dengan pemakanan yang sehat, akan membantu gerak keje kita untuk Islam!

Soalan coach utk my customer..

'Have u had ur shake today?'

Jangan skip nutrisi hebat ini ok! Saya garang tau jadi coach. Cuba tanya orang yang kene coach under saya. Diorang akan disiplin sebab takut kene bebel dengan sy. Hahaha!

Ok. yang dah makan herbalife..please la disiplin. Jangan bazir duit tp xde result. Anda boleh ok!


Put ur trust in Allah. Believe that Allah the only One who will give us healthy. Not a shake! Shake is just only ikhtiar. But trust me when you're eating this amazing nutrition with doa n tawakal, insyaAllah the amazing result u will get!

Saja nak bagi inspirasi skit buat customer yang malas2 nak makan produk kn..tgk mereka ini

rekod paling banyak lose weight

Hasil kesungguhan x putus asa Pn Rahimah.
Tau x first month beliau minum hanya turun 0.1kg je.
 Jangan putus asa sume!~


Inspired right?

So let me know if u're interested to change ur life now.

Ask me how, 013-7976876


11 June, 2011

Memandu tanpa letih

Salam semua (^_~)

Alhamdulillah, saya masih dikurniakan kesihatan yang baik sehingga sekarang.

Just want to share with u guys..

my story..

Semalam sy ke herbalife office amik product driving sorang2 tau coz xde org nk temankn. Alhamdulillah sy tahu jalan ke sn. Yang penting cr je Menara KL. InsyaAllah jumpa. Confident bukan main. Jam 12.30 sy keluar dr Nilai. Drive smpai KL dalam pukul 2.30ptg. Jalan punya jalan terlepas tol smart. Nasib baik ada 1 lg jalan. Cari punya cari..nak cari Jalan Sultan Ismail. Asal jumpa je mai kt traffic light trus hilang signboard. Pastu cr pulak Jalan Raja Chulan dimana terletaknya office herbalife. X jumpa2. Pusing punya pusing dah banyak kali ni dok pusing kt Menara KL. Kenapa mata x nampak2 ni. Memang menguji kesabaran plus jam lg. Cuaca yang terik. Nasib baik air dah siap bwk 2 botol besar. Siap boleh bancuh shake dalam kereta lg. Dalam hati asik cakap bila nak smpai ni. Kenapa x jumpe2?

Mesti Allah dah hijab mata smpai x nmpk kt mn office herbalife. Ini bkn kali pertama tau nampak office tu. Terus doa, 'Ya Allah, jangan Kau hijabkan penglihatanku. Permudahkan urusanku ini'. Alhamdulillah. Lepas pada baca doa. Trus jumpa office herbalife! Nak tau x sy amik berapa jam pusing2 tu? 3 JAM tau x!! Ini mungkin kaffarah dosa saya. Mungkin sy terlalu confident. Tahu je jln. memang biasa pergi tapi inikan tarbiyah. Allah baru uji sikit je. Alhamdulillah. Menyedarkan saya bahawa kita tiada apa2 tanpa pertolongan Dia. Syukur Ya Allah Kau ajarkan aku erti syukur. Walau apepn terjadi, kita mesti letak kepercayaan kepada Allah. Usaha kemudian tawakkal. Usaha sahaja tanpa ada tawakkal jadilah seperti sy yg confident cr halatuju x jmpe2 tu. Jangan bt macam ni ok!~


Sy pulang ke Nilai smpai jam 8.30 mlm. Rehat kejap. Jumpa client. Settle keje trus ke Alor Gajah. Umah nenek tercinta la. Rindu sangat kat nenek dah lama x jumpe. Bertolak jam 10 mlm n smpai pukul 11.30mlm. Sebelum bertolak tu sempat pegi makan kejap. Patot sejam bole smpai dah jd sejam setengah. Mana x kene marah dgn nenek. Ist2.

Yang best skali nak citer kt cni..sy dpt memandu tanpa letih selama 9 JAM 30 MINIT!! Wow! Mesti anda kagum kan sy mampu sekuat tu tanpa rasa letih. Mesti nanti ada orang ckp tu mesti stop kt RnR cr nescaffe. Haha. Sorila. Sy dah lama meninggalkan pemakanan yang tidak sihat!~ Dengan herbalife sj, sy dapat kembali tenaga, fokus dan keyakinan. Tak percaya? Jom tanya sy!



Inilah shake yg sy minum..penuh dgn nutrisi yg seimbang



tengok ni..messi pun minum...anda bagaimana?



Sehat bersama sy, 013-7976876

I'll be ur personal coach

Thanks Allah. Thanks Herbalife!~

08 June, 2011

Makanan nutrisi utk yang berpuasa

Salam sume!

Lama benar x mengupdate blog kesayangan ni. Nanti ada orang mesti nak kata 'kunun bz la tu!~'. Waaaa! Please give support to me la! Really quit bz..

Just want to share with u about ur breakfast! Sila tepuk tangan semua!

Sy excited sgt nak citer ni..ok sume sile fokus!

Ok. As we know, skang ni dh masuk bulan Rejab kan? Mesti semua dah start practicing puasa balik. Tak lupa jugak buat mereka yang x habis2 ganti puasa yang lepas. Cecepatla habiskan puasa ganti tu. Takut nanti x sempat nak ke Ramadhan tahun ni. Sebelum tu, meh kte baca doa ckit ble dh msk bln Rejab ni.


اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان


Maapla xde baris. Tapi kalo yang merangkak- rangkak nak bc. Jom kte bc sesama.


Allahumma bariklana fi rajabin wa sya'banin wa ballighna ramadhan


Disebabkan semua orang nak berpuasa, I recommend la utk makanan seimbang semasa anda bersahur & berbuka. Try this pada sp yg dh start minum Herbalife product



Senang kan! X perlu setiap kali sahur nak makan berat2 pastu kene buang2 lak. No need.

Sahur minum aloe + tea mix + shake (ada 5 flavor)

Senang, mudah, jimat dan cepat!

Ada orang tanya x lapar ke?

Alhamdulillah, sejak sy guna herbalife dr thn lepas until now, sangat2 mengenyangkan!

So, bg sesape yang berminat nak tau lebih lanjut utk makanan penuh nutrisi sehat & seimbang terutama bg mereka yg nk lose weight, gain weigh, reshape or sbgnya ataupun bg mereka yg nk try utk jimat spnjg nak berpuasa ni, do contatct me 013-7976876. I'll coach u personally. Let me know =)

Selamat berpuasa!

Selamat menjadi sehat!

Selamat beribadah!

Kuasa ibadah itu datang dari tubuh yang sehat!

Renung2kan & selamat beramal!

02 May, 2011

Pertamanya Di Malaysia!

(klik utk besarkan)

Pertamanya di Malaysia! 

Menampilkan Prof Redzuan & Ust Hasrizal sbg penganalisa utama. 

Pelbagai persembahan, filem & pameran hebat menanti. 

Hikmah sistem pendidikan anak - anak, pemikiran strategik & seni kepimpinan Muhammad Al-Fateh dibongkarkan. 

Hanya di Seminar Ibrah Penawanan Konstantinopel! 

Jangan lepaskan peluang!

29 April, 2011

Alone~

Meneliti bait - bait lagu dendangan Opick

Ligat berputar di laman sesawang ini

Tajuknya berjudul Allah Maha Cahaya

Aduh

Sakit tidak terperi saat ini

Rasa mahu keluar dari tempat ini sesegera mungkin

Aku tak berdaya lagi

Mahu menenangkan diri yang kusut

Fikiran yang serabut

Oh Tuhan

Dugaan apakah ini

Berulang kali datang dan pergi

Masih mencari sebuah kebahagiaan yang hakiki

Seperti nama yang diberi  walidaini

Pergilah wahai penduka lara

Aku mahu terus bahagia

Ya Tuhan

Sakit sangat tika ini

Ampunkan dosaku Ya Allah

Moga pencarianku tidak terhenti di sini

Allah bukalah hatiku
Bimbingi jalan terangku
Selamatkanlah jiwa yang gelap
Dalam cahaya rahmatMu
Allah Engkau Maha Cahaya
Beri petunjuk sang jiwa
Ampuni diri yang lelah
Kadang sesatku melangkah

Please..do not loose hope. Allah always be by ur side~

Jauh berjalan harapku dapat ampunan....

21 April, 2011

Exam Fever!~

Salam..

Demam exam kini tiba. Berdebar - debar dibuatnye. Macam tak penah exam je bunyinya. Hehe. Ku doakan buat sume sahabat seperjuangan seantero Usim dapat buat yang terbaik k. Kejar Dean List wa Deen List. Kejar Mardhatillah. InsyaAllah yok! Doakan kami jihad ilmu!

25/04/2011 Risk Management
25/04/2011 Investor Relations
28/04/2011 Research Methodology
03/05/2011 The Management of Baitulmal, Waqaf and Faraid
06/05/2011 Company Law
10/05/2011 Corporate Governance
12/05/2011 Corporate Administration



Bittaufiq Wan Najah! Gambattee!



jangan jadi macam ni!!



p/s: Nak p pesta buku!~

14 April, 2011

Moh Kiter!~

30 March, 2011

Jom bersyukur!

Klas semalam..


Me: Ni surat mc sy. Maap lmbt bg

Dr: Sy perasan awk dh byk kali x dtg kelas. Sakit ke?

Me: Hehe (sambil buat muka comel)..saya..bla bla bla..

Dr: Owh..nanti effect kt anak awk. U have to discuss with ur future husband.

Tett!

Me: xpe..supplement ada! ubat sy mengelat (dalam hati)



3 minggu yang lepas..


Dr: Awk ni kene amik berat sakit awk. Sampai bila nak hidup camni. Jangan fikir nak cukup kelas 80% sebab tu awk sanggup ke kelas dengan keadaan awk mcm ni. bla bla bla (bebel dr ni)

Me: Huhu..cukuplah2 tu (dalam hati). Muka x berperasaan..

Dr: dengar baik2 apa yang saya cakap. Awk tu...setakat mc sy boleh bg bebila masa tp awk kene la amik kisah sakit awk ni. Bila next amik darah?

Me: Hehe..bulan lepas. Bulan ni x nak amik dah!

Dr: Jangan degil. Dengar cakap sy

Aku pun keluar dengan muka x puas hati kt Dr tu. Sabo jela.


Bukan nak bitau kat cni sakit yang aku alami tapi selagi mana aku mampu bertahan, aku masih bleh teruskan hidup ini. Memang mungkin itu suratan yang akan berlaku tapi selagi mana aku diberikan umur yang panjang, aku akan selalu optimis bahawa semua itu tiada di bawah kuasa manusia. Yang lebih tahu hanyalah DIA sahaja. Dia tahu apa akan jadi padaku akan datang. Dia lebih tahu episod hidup aku. Aku? Berserah dengan takdir? Tidak! Aku mencari jalan yang lain~ (Alasan)

'You will give effect to ur baby soon'

'This is about your future! You have to think it from now!"

"Takkan dah sakit teruk baru nak amik tau?"

Aku dah muak dengan ayat2 ni. Memang aku degil. Kepala keras. Takkan lembut kot. As soon as aku boleh berdiri seperti biasa, pergi ke kelas seperti orang normal, senyum macam takde pape berlaku. Itukan satu kegembiraan yang SANGAT BESAR utk aku! X percaya? Xnak caya sudah!~

Yang menyihatkan tubuh badanku itu Dia
Yang memberi kesakitan itu pun Dia
Yang mengembirakan aku itu Dia
dan yang menyedihkan aku juga adalah Dia

Dialah Allah Ya Rahman Ya Rahim!

Indahnya caturan Allah. Kita dihadiahkan kegembiraan dan kesedihan. Kita dikurniakan juga kesihatan dan kesakitan. Kita dapat merasai segala - galanya. Ucap alhamdulillah sume! Hidup kita ini sentiasa diwarnai susah dan senang. Daripada itu kita bisa menikmati air mata, gelak tawa, suka ria. Oh! manisnya hidup! Jom ucap syukur pada Allah (^_~)

Jadi, jangan putus asa dari rahmat Allah ye. Sebab rahmat Allah ni mengatasi kemurkaanNya. 

Teringat kata - kata seorang sahabat dalam perjumpaan yang singkat

Kita ni jangan asik menghitung ujian yang kita terima tapi kita hitunglah nikmat yang tidak terhingga

Contoh, assignment tak sempat siap. kene hantar sejam lagi. Dengan rushingnya kita menyiapkan. Tiba - tiba Allah permudahkan. Class cancel.

Kalau keadaan sebegini, kita selalu fikirkan masyaqqah atau ujian yang kita lalui tu lah yang terlalu besar. Tak sempat buat assigment sebab banyak sangat meeting, banyak sangat discussion, banyaaaaaakkk sangat komitmen. Tetiba laptop hang la, pendrive masalah la. Kita pun cepat merungut. Tapi sebenarnya yang BESAR itu adalah nikmat yang dikurniakan Dia kepada kita. Apakah itu? Class cancel la. Itulah nikmat yang Allah bagi.

Jadi, marilah kita muhasabah diri kita sejauh mana kita menghitung nikmat dan ujian dariNya. Hitunglah nikmatNya lebih daripada ujianNya

Nikmat..nikmat..nikmat

فَاذْكُرُوْنِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلاَ تَكْفُرُوْنِ

“Maka ingatlah kalian kepada-Ku niscaya Aku akan mengingat kalian dan bersyukurlah kalian kepada-Ku dan jangan kalian kufur.”

Ucap lagi alhamdulillah!



وَاشْكُرُوا لِلهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُوْنَ

“Bersyukurlah kalian kepada Allah jika hanya kepada-Nya kalian menyembah.”

Ok. bukan hari ni saja kita bersyukur. Tapi tiap - tiap hari tau!

Syukur dipanjangkan usia.
Syukur diberi nikmat kesihatan.
Syukur dilahirkan sebagai seorang Muslim
Syukur kerana masih ada iman dalam hati.

Jom bersyukur!~

11 March, 2011

Pencarian Geng Kartunis USIM!

06 March, 2011

Sekadar coretan dari hati

Aku bukanlah wanita idaman
bukan juga wanita harapan
tetapi aku berusaha menjadi sedemikian
mencari sinar kebahagiaan
disulami kasih sayang dari Tuhan


Aku bukanlah wanita pilihan
bukan juga wanita acuan Al - Quran
tetapi aku menyimpan seribu harapan
menggapai bintang menjadi awan
berarak riang mencari kawan
supaya aku dipimpin jalan
tidak terpesong haluan


Yang ku cari bukan pada paras rupamu
bukan juga pada susuk tubuhmu
tapi yang ku inginkan hanyalah satu
jagailah agama yang ada pada dirimu


Diri menafikan segalanya
Saat kehadiran tidak diduga
Tuhan izinkan aku berkata
Aku masih belum bersedia


PadaMu jodoh ditentukan
dan kepadaMu jugalah kami disatukan
Seandainya inilah masa yang diperlukan
Aku mohon diriku ditetapkan






Duhai diri, bersediakah kamu menghadapi ujian seterusnya? Sudah cukupkah amalan yang kamu bawa utk ke negeri sana? Aku takut andai ini hanyalah mainan dari sang durjana. Bersediakah aku? Allah, mohon bantuan dariMu. Tunjukkan aku jalan penyelesaian. Aku takut..takut diri terleka..takut diri masih belum bersedia..takut segala - galanya. Masih terlalu banyak taklifat disandang hari demi hari. Aku takut andai amanahku tidak dipenuhi. Aku takut andai Kau menyoalku di sana nanti. Kau permudahkan aku Ya Allah..

09 February, 2011

USIM Berselawat 2011

11 January, 2011

Hatiku kemendungan..

Allah Maha Cahaya – Opick

Jauh melangkah meniti waktu berlalu
Jauh berjalan lewati berjuta warna kehidupan
Tanpa sadari dalam cermin wajah ini
Bertambah umurku dalam hidup yang smakin merapuh

Allah bukalah hatiku
bimbing dijalan terangMu
selamatkanlah jiwa yang gelap dlm cahaya rahmatMu
Allah Kau Maha Cahaya beri petunjuk sang jiwa
Ampuni diri yang lelah kadang sesat ku melangkah

Allah sang Maha Cahaya menerangi gelap jiwa
Allah sang Maha Penguasa padanya hati berserah
Begitu lirih tanpa sadar air mata menjadi saksi banyak waktu sia sia
Tanpa sadari dalam cermin wajah ini
Bertambah umurku dalam hidup yang smakin merapuh

Allah terangi jiwaku
Allah beri petunjukMu
Allah bimbinglah hambaMu
Allah ampunilah aku


nothing to write..cukup sekadar ini sahaja yg dpt menjelaskan keadaan aku sekarang...

belajar untuk menerima.............