29 December, 2008

Salam Maal Hijrah


Ibn Mas'ud berkata, "Perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah"

Semoga tahun baru 1430H ini menjadi satu titik tolak kepada kita untuk berubah dengan azam baru. Azam yang lepas sekiranya tidak dilunaskan lagi, bolehla sambung untuk tahun ini plak. Kepada sahabat2 semua, sem baru dan tahun baru ini kita laksanakan azam baru dan semangat yang berkobar-kobar dalam pelajaran. Alhamdulillah semester yang lepas kita berada dalam lingkungan najah2 belaka. Pasni kita kene teruskan usaha kita mencari mardhatillah. Selamat berjuang buat sahabat-sahabatku. Strive For Excellence!!

Semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian.

Semakin bertambah bebanan, semakin kurang keupayaan
Hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan

Tuluslah dengan TUHAN, teluslah sesama INSAN

Berhijrahlah kita ke arah kebaikan


Salam Maal Hijrah...perbanyakkan amalan, tinggalkan kemaksiatan

16 December, 2008

Khas : Walimah Kak Raudhah

sewaktu akad nikah


Di kesempatan saya masih lagi berada di rumah, sejuta kemaafan dipohon buat Kak Raudhah Arshad kerana tidak dapat menghadiri walimah. Saya ada perkara yang lebih aula' masa tu. So, untuk entry kali ini saya khaskan untuk walimah Kak Raudhah je. Alhamdulillah, beliau selamat diijabkabulkan bersama zaujnya, Dr Azri pada 13 Disember 2008 bertempat di Temerloh, Pahang. Selamat Pengantin Baru!! Semoga ukhti bahagia bersama zauj tersayang dan semoga cinta kalian mekar hingga ke syurga. Ameen..

masa walimah

Saya dah cuba sedaya upaya untuk upload dalam slide tapi connection arini tak berapa elok. Jadinya, saya hanya akan tunjukkan beberapa gambar sahaja yang saya ambil dari sohibati tersayang, Syuhada. Syukran jazilan coz sudi jadi wakil untuk pergi ke walimah kak raudhah.


Alhamdulillah bulan ni saja saya terima 2 kad jemputan walimah. InsyaAllah walimah Kak Raihan saya akan pergi. Harap sangat masa tu takde halangan dan perkara yang lebih aula'. InsyaAllah.
Seronok pula apabila tengok semua dah pakat kawen..huhu..bile plak la diri ini=p (haih~ ayat poyo sungguh). Tapi takpe, skang ni masih belum bersedia lagi. Banyak bende lagi nak uruskan. Sesambil tu, meng"upgrade"kan diri menjadi lebih baik. InsyaAllah. Salute kepada semua yang sudah mendirikan 'masjid' kerana kalian telah berada dalam lingkungan bersedia dari segi rohani dan jasmani. Semoga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah yang akan menjadi pewaris kepada perjuangan Islam.
Ya ukhti, pasni kami takleh nak manja2 n buli akak dah..kang takut kene fire=p..huhu~..(sedih plak dh..sob99)

zumalaaiey dr USIM yang turut hadir

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....." (An-Nur;26)

Apabila dua hati bertemu atas satu matlamat kerana Allah, itulah kebahagiaan..

A great marriage is not when the perfect couple comes together. It is when the imperfect couple learns to enjoy their differences

13 December, 2008

Perjuangan Belum Selesai




InsyaAllah esok pagi aku akan keluar untuk berjuang. Berjuang di mana? owh..itu rahsia coz bende tu x perlu kot untuk bagitau. Apapun doakan semoga daku selamat pergi dan pulang. Ya Allah, aku pergi keranaMu dan aku pulang jua keranaMu. Selamatkanlah aku sewaktu, semasa dan selepas perjuangan ini demi mencari keredhaanMu.


Apakah itu berjuang?


Berjuang ialah melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh - sungguh untuk mencapai kecemerlangan menurut syariat Islam.


Perjuangan memerlukan pengorbanan dalam bentuk harta, masa, tenaga dan jiwa. Perjuangan juga memerlukan kesungguhan dan kemampuan yang maksimum bagi mencapai sesuatu matlamat. Islam menggariskan bahawa matlamat akhir sesuatu perjuangan lillahi Taala.



وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

(69) Al-Ankabuut

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.


Jenis - jenis Perjuangan



  • Agama - untuk mendaulatkan syariat Islam dalam semua aspek kehidupan.


  • Ekonomi - untuk meningkatkan taraf ekonomi umat Islam di seluruh dunia.


  • Pendidikan - untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, maju dan berdaya saing.


  • Siasah@politik - untuk menjamin kedaulatan pemerintahan Islam.


  • Sosial - untuk menegakkan keadilan sosial melalui amar makruf dan nahi mungkar.


  • Melawan hawa nafsu - pra-syarat kepada perjuangan yang lain.

Jadi, yang mana satukah perjuangan anda?


Contoh yang paling senang dalam perjuangan adalah Rasulullah dan para sahabat.


Apakah contoh perjuangan baginda dan para sahabat?


Perjuangan Rasulullah SAW


  • Gigih berdakwah walaupun dilontar dengan batu di Thaif


  • Sabar walaupun dituduh ahli sihir dan gila ketika berdakwah di Makkah


  • Mempunyai perancangan dan strategi yang kemas dalam peristiwa hijrah ke Madinah


  • Tabah menghadapi fitnah dalam peristiwa Hadisul Ifki


  • Berperang mempertahankan Islam dalam perang Badar, Uhud, Khandak dan sebagainya.

Perjuangan Para Sahabat


  • Keberanian Saidina Ali Karamallaha Wajha sanggup tidur di katil Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah


  • Kesediaan Abu Bakar menemani Rasulullah SAW ketika peristiwa hijrah


  • Kesanggupan Khadijah memberi sumbangan kewangan dalam membantu dakwah Rasulullah SAW di Makkah


  • Pengorbanan harta untuk Perak Tabuk oleh para sahabat seperti Saidina Umar, Abdul Rahman bin Auf, Uthman bin Affan dan lain - lain lagi.

Konklusinya, sentiasalah sanggup menghadapi sebarang risiko dan cabaran kerana ganjaran Allah itu pasti untuk hamba-hambaNya yang berkorban mencari keredhaanNya. Dan jangan lupa untuk meletakkan kepentingan agama lebih daripada kepentingan peribadi. Wallahualam.

Jika takut akan risiko, jangan bicara soal perjuangan



Kecemerlangan Iman Asas Kejayaan

Surah Al-Mu'minun

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ

[1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

[2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

[3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ

[4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ

[5] Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -

إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ

[6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -

فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

[7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ

[8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ

[9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

أُوْلَئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ

[10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -

الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

[11] Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Allah SWT telah menjanjikan kejayaan dan balasan syurga Firdaus kepada orang - orang beriman yang menunaikan solat dengan khusyuk, menjauhi perkara - perkara keji dan sia - sia, mengeluarkan zakat, menjaga kehormatan diri, melaksanakan amanah, menunaikan janji dan menjaga kesempurnaan solat. Mereka yang memiliki sifat - sifat ini akan memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah..

Ciri - ciri Mukmin yang Berjaya

Pada awal Surah Al-Mu'minun, Allah SWT telah menyenaraikan 6 sifat mukmin yang berjaya:-

1. Khusyuk dalam solat

Khusyuk ertinya menghadirkan kepatuhan dan rasa takut kepada Allah SWT di dalam hati. Orang yang khusyuk akan menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah ketika beribadah. Seluruh anggota badan mereka berada dalam keadaan tenang dan thama'ninah. Manakala hati mereka pula tidak terlintas sama sekali untuk mengingati sesuatu selain Allah.

Solat yang dilakukan dengan penuh khusyuk memberikan kesan yang sangat mendalam kepada peribadi seseorang mukmin dalam membentuk sifat - sifat mulia, berdisiplin dan bertanggung jawab.

Surah Al-'Ankabuut

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

[45] Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Untuk khusyuk dalam solat bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan usaha, latihan dan penghayatan yang sepenuhnya. Memahami dan menghayati setiap bacaan dalam solat mampu menghasilkan rasa khusyuk.


Cara – Cara Mendapatkan Khusyuk :-

1. Mengosongkan hati daripada semua perkara yang melalaikan

2. Memahami bacaan dalam solat dan menghayati maksudnya

3. Sentiasa mengingati dan merasai bahawa dia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung.

4. mengingati kebesaran Allah dan menginsafi diri sebagai makhluk yang kerdil dan lemah.

5. Memastikan tempat solat yang selesa, bersih dan terhindar daripada gangguan persekitaran

6. Mengerjakan solat dalam keadaan badan yang selesa, segar dan tidak mengantuk.

7. Memastikan tempat solat dan pakaian dibuat dan dibeli hasil pendapatan yang halal.

2. Menjauhi perkara sia – sia

Perkara sia – sia ialah yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada diri, keluarga dan masyarakat sama ada dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan seperti berbual kosong dan melepak.

Orang mukmin yang berjaya bukan sahaja tidak melakukan perkara yang sia – sia malahan mereka memastikan diri mereka tidak menghampiri perkara – perkara tersebut.

وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَاماً
[72] Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.

3. Mengeluarkan zakat

Zakat ialah Rukun Islam Ketiga yang diwajibkan kepada umat Islam yang cukup syarat – syaratnya mengikut kadar dan tempoh masa tertentu. Ia merupakan pengorbanan golongan berada untuk membantu umat Islam serta menyumbang ke arah pembangunan dan kemajuan negara. Disamping melambangkan sifat pemilik – pemilik harta, zakat juga dapat mengeratkan tali persaudaraan umat Islam dan menambahkan lagi keberkatan harta mereka.

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
[103] Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

4. Menjaga kehormatan diri

Orang yang menjaga kehormatan diri dapat memelihara maruah diri, dapat mengawal hawa nafsu dan menjaga kemaluan daripada melakukan perkara yang dilarang oleh syarak. Islam melarang pergaulan bebas kerana ia boleh menimbulkan gejala sosial seperti zina. Perbuatan zina dan liwat boleh merosakkan zuriat manusia serta mendatangkan akibat buruk kepada diri dan masyarakat. Penyakit AIDS berpunca daripada pergaulan bebas dan hubungan haram yang dilaknat oleh Allah.

5. Memelihara amanah dan menunaikan janji

Menjaga dan menunaikan amanah suatu kewajipan yang mesti disempurnakan.

إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ سَمِيعاً بَصِيراً
[58] Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Umat Islam juga dilarang mengkhianati amanah yang dipertanggung jawabkan kepada mereka.

Daripada Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW, “Tunaikanlah amanah yang dipertanggung jawapkan ke atas kamu dan jangan sekali – kali kamu mengkhianati orang yang mengkhianati kamu.”

(Riwayat Abu Daud wa Tirmizi wa Ahmad wa Daramie)

Menepati janji juga termasuk dalam menjaga amanah. Manusia telah membuat perjanjian dengan Allah sejak di alam roh lagi.

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنفُسِهِمْ أَلَسْتَ بِرَبِّكُمْ قَالُواْ بَلَى شَهِدْنَا أَن تَقُولُواْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ
[172] Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Setiap janji wajib ditunaikan sama ada janji dengan Allah ataupun sesama manusia.

6. Menjaga waktu solat

Menjaga waktu solat bermaksud menunaikan solat dengan khusyuk pada waktunya serta sempurna segala rukun, syarat dan sunat – sunatnya.

Daripada Ummi Farwah RA telah berkata bahawa baginda Rasulullah SAW telah ditanya, “Apakah dia amalan yang paling baik?” Baginda menjawab, “Amalan yang paling baik ialah menunaikan solat pada awal waktunya.”

(Riwayat Abu Daud wa Tirmizi wa Ahmad)

Solat yang dilakukan pada awal waktu menandakan kepatuhan dan iltizam seseorang mukmin yang bertanggung jawab dalam menunaikan amanah.

حَافِظُواْ عَلَى الصَّلَوَاتِ والصَّلاَةِ الْوُسْطَى وَقُومُواْ لِلّهِ قَانِتِينَ
[238] Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

Oleh itu, sebagai umat Islam, kita perlulah berusaha meningkatkan kualiti iman supaya berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Mukmin yang berjaya akan mendapat ganjaran syurga Firdaus manakala mereka yang gagal akan dibalas dengan azab neraka jahannam.

21 November, 2008

Coretan Selepas Exam


Alhamdulillah, setelah 3 minggu berhempas pulas dengan final exam, terasa hari ini bagaikan suatu kepuasan buat sementara waktu. Apakah? Hmm..penat lelah yang telah dilalui bersama teman - teman seperjuangan dalam menghadapi peperiksaan kali ini terasa benar - benar dihargai. Terima kasih tak terhingga buat semua yang telah bagi tunjuk ajar kepada diri ini yang serba kekurangan. Moga Allah sajalah yang membalas budi baik kalian.




Ada beberapa yang dapat saya belajar daripada final exam




  1. Jangan stadi last minute (mmg stadi last minit..terkontang - kanting cari buku..jgn tiru sy deh=p)


  2. Banyakkan rujukan bukan sekadar text book sahaja (asik tgk text book je..kn padan muka banyak kuor soalan KBKK)


  3. Banyakkan menjawap soalan - soalan tahun lepas (ada soalan tp tanak jawap..bagus tak=p)


  4. Belajar dalam suasana yang tenang dan mendamaikan (ni mmg bagus sebab skali je baca trus masuk tp ada beberapa subjek bc buku smbil tgk movie..excellent btoi..sp la tu=p)


  5. Jangan stadi atas katil (sure tido awal punye)


  6. Buat study group untuk menguatkan lagi daya ingatan (sangat bagus..sebab kalo kita x paham..kita leh tanya direct kat orang yang ajar kita)

  7. Kalo tak faham, jangan tangguh sehingga membebankan kepala sewaktu exam (jgn jadi bodoh sombong deh=p)


Inilah serba sedikit daripada pengajaran yang saya dapat sewaktu 3 minggu menghadapi peperiksaan. Usaha dah sudah..yang tinggal adalah doa dan tawakal. Teruskan berdoa selagi mana result belum kuar!! Moga kita semua najah fil imtihan. InsyaAllah. Lupakan segala kekusutan di dada..dekatkanlah diri dengan Allah. Semoga kita diberi kesempatan untuk menikmati hari - hari seterusnya dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan.

03 November, 2008

Musim Final Exam







Bermulanya minggu ini, saya akan menghadapi final exam bagi semester kali ini. Sungguh, debaran kian terasa. Saya sebenarnya agak takut. Ya Allah, semoga Engkau permudahkan perjalanan hidupku, urusanku, jodohku, perjuanganku, cita-citaku demi mencari keredhaanMu. Disini saya sertakan jadual final exam yang saya ambil bagi semester kali ini.

Khamis (6/11/2008)
2.30–5.30pm
UBA 1032
BAHASA ARAB 1





Isnin
(10/11/2008)
2.30-5.00pm
UTA 1012
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA





Selasa
(11/11/2008)
2.30-5.00pm
UBE 1022
BAHASA INGGERIS 2





Khamis (13/11/2008)
2.30-5.30pm
UBA 1042
BAHASA ARAB 2





Isnin
(17/11/2008)
2.30-5.00pm
UTA 1062
HUBUNGAN ETNIK





Rabu (19/11/2008)
2.30-5.00pm
UTA 1082
ICT





Jumaat (21/11/2008)
9.00-12.00pm
MGA 1013
INTRODUCTION TO BUSINESS






Ampun maap dipinta kepada semua. Semoga kalian meredhai perjuangan saya especially keluarga tercinta. Moga restu kalian mengiringi setiap perjuanganku.




TIADA RAHSIA UNTUK BERJAYA. IA ADALAH HASIL DARIPADA PERSIAPAN, KERJA KERAS DAN BELAJAR DARIPADA KEGAGALAN (COLLIN POWELL).

Persediaan Akhir sebelum menduduki peperiksaan (Prof Izzi)



-tidur awal
-solat subuh dan berdoa
-pastikan urusan bilik air selesai dengan sempurna sebelum memasuki dewan peperiksaan
-tenangkan fikiran dan lupakan seketika masalah yang tiada kaitan dengan peperiksaan
-ambil sarapan pagi yang berkhasiat dan berpatutan
-datang awal ke dewan peperiksaan
-semak dan bawa semua pengenalan diri dan peralatan ke dewan peperiksaan
-pastikan anda tidak membawa barangan terlarang ketika memasuki dewan peperiksaan
-masuklah dengan tenang ke dewan peperiksaan. Jangan lupa untuk melangkah dengan kaki kanan ketika memasukinya sambil membaca Bismillah
-tenangkan diri, lakukan pernafasan alfa dan berdoa ketika di meja peperiksaan
-dengar dan ikut arahan pengawas peperiksaan. Isikan dengan lengkap maklumat yang dikehendaki.





Dan setelah kamu membulatkan tekad, maka hendaklah kamu bertawakal kepada Allah (Ali Imran:159)










Bittaufiq wan najah fil imtihan!
Gambatee!
Trust in Allah and you will not regret!

3/11/2008
2.45pm
Hostel KKNC






celebrated with my usrah





Perihal minggu ini

Saya tidak bersemangat untuk menulis..biarlah gambar sahaja menggambarkan perasaan ini..







Perginya seorang datuk menghadap Illahi pada 22 Oktober 2008 pada pukul 6 pagi. Al-Fatihah..semoga beliau tergolong dalam golongan orang - orang yang beriman. Ameen..

video



video



Ini adalah hasil kerja saya semasa presentation business 31/10/2008..


bergambar sebelum menunggu Mr Adli

Semalam, saya ke seremban. Selepas habis aktiviti KEMAS, saya terus berjalan-jalan sekitar Seremban Prade dan Terminal One. Sungguh menyedihkan. Apa yang saya kesal sangat adalah suatu program ICT di Seremban Prade diadakan. Memang bagus dia buat kununnya kesedaran ICT tapi dalam masa yang sama, mereka mengadakan suatu competition ala – ala geng skinhead, grunge dan sebagainya. Sakitnya hati dengan keadaan hingar bingar sebegitu. Saya lihat semuanya di kalangan orang Melayu sahaja. Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Penuh dengan hiburan semata sehingga membuatkan manusia hanyut dengan arus kemodenan. Salah siapakah mereka ini?

Selepas mencari apa yang patut, saya cuba memekakkan telinga, mengelak daripada melihat dan terus keluar daripada tempat syaitan itu. Kemudian destinasi saya dan kawan-kawan ke Terminal One. Aduih..bertambah benak hati ini. Bingitnya bukan main. Singing Competition plak dah. Bersorak ntah pape je. Fikiran saya hanya untuk mencari baju untuk special kenduri je. Susahnya nak cari baju gold. Merata tempat saya redah. Semuanya tidak memuaskan hati. Sakit mata melihat manusia yang pelbagai ragam. Saya berpecah dengan kawan – kawan kerana tidak mahu membazirkan masa. Selepas solat asar, saya terus beritahu kawan, saya akan tunggu di komuter sahaja. Apabila dapat keluar sahaja daripada shopping complex tu, bagaikan keluar daripada zaman kegelapan je.

Sementara menunggu di komuter, saya belikan tiket untuk kawan-kawan. Dengan tidak sengajanya terserempak geng- geng ukhwah.com. Alhamdulillah saya terus mendapatkan mereka. Rindunya sudah lama tidak berjumpa. Lalu menceritakan perihal masing – masing sehinggalah sampai di KTM Nilai. Beratnya rasa berpisah dengan kak wani dan kak atikah. Semoga kita ketemu lagi. Indahnya ukhwah apabila segala – galanya kerana Allah. Turun di stesen bersama kawan – kawan. Kawan – kawan ingin menyinggah lagi di Mydin. Hari makin senja. Jadi, saya mintak diri untuk pulang dulu. Alhamdulillah sesampainya saya di hostel, saya dapat solat maghrib di awal waktu. Kemudian isi perut sedikit dan buat sedikit revision dan terus tidur.

Ya Allah, aku masih lagi berfikir tentang penyakit manusia..............adus..sakitnya hatiku..............!!

09 October, 2008

Raya 2008


alhamdulillah..hari ini dah masuk hari yang ke-9 Syawal. Masih ada banyak hari lagi untuk kita sama - sama berpuasa sunat di bulan mulia ini. Jangan lupa puasa enam ye. Saya dengan sukacitanya ingin berkongsi cerita mengenai hari raya tahun ini..insyaAllah gambar2 yang telah diupload itu menggambarkan kemeriahan keluarga besar kami.


1 Syawal

Di pagi hari, bersiap di dapur..tolong apa yg patot..hari ni rumah sangat penuh dengan sedara mara. Jadinya kene berebut toilet. Cepat! Dah nak solat raya dah kat masjid. Sapa lambat kene tinggal. Kata ummiku dari dapur. Ades..tak gosok baju lagi ni! Haa..sasaran tiba (adikku sbg sasaran). Tolong gosok baju along boleh? (wat muka seposen..kunun mntk simpati). Alhamdulillah, adik yg sangat mendengar kata. Satu masalah pula datang. Ramai orang beratur nak masuk toilet. Queue! Queue!

Balik dari solat aidilfitri, semua dah bersiap sedia nak bergambar. Memacam gaya ada. Tahun ni, famili saya bertemakan warna warni Malaysia sebab tu ada yang pakai baju memacam kaler. Semua bergambar dengan famili masing-masing. Sedihnya tahun ini tak semua yang ada. Famili pak uda, pakteh and paksu beraya di sebelah mertua. Jadinya, keluarga Hj Jamaan hanyalah banyak ni saja yang tinggal. Hj Jamaan (my grandpa) berkahwin dengan Hjh Normah(my grandma) dan mempunyai 7 orang anak. Daripada 7 orang ini mereka telah dikurniakan 22 orang cucu tapi yang hanya pulang beraya pada hari pertama 4 daripada 7. Alhamdulillah 3 lagi famili pulang pada raya ke-2 dan ke-4. Buat masa ni, Hj Jamaan masih lagi belum mempunyai cicit kerana cucunya masih belum kahwin. Paling tua sekarang ini berada di Jordan menyambung 4 bulan pengajian sebelum pulang ke tanah air kelak. Rasanya cukupla tu pasal salah silah keluarga.

Kemudian, sesi potong kek pula. Bulan puasa ni ada 3 orang yang sambut besday. Saya, Adibah(adik) dan Hannan(adik). Selamat Hari Lahir buat kami bertiga. Tak lupa juga buat Farhana(adik) yang lahir pada 1 Syawal. Makna kata setiap 1 Syawal, kami akan sambut besday dia. Kek Hari Raya pun ada. Sedapnya kek. Jangan gelojoh. Syaitan dah terlepas ni. Kang sakit perut lak.. Nenek masak sedap sangat masa 1 Syawal tu. Ada lontong, mee goreng, bihun goreng, rendang dan memacam la. Ni baru rumah nenek, belum lagi rumah yang lain. Selalunya raya pertama ni kami semua akan pergi ziarah sanak saudara di Kajang dan Cheras tapi tahun ni raya pertama banyak layan movie kat rumah. Best sangat..jadinya raya pertama di rumah nenek di Melaka jelah..

eh..terlupa plak..seperti biasa setiap 1 Syawal diwajibkan ke atas kami untuk bermaafan antara satu sama lain. Paling best skali masa dapat duit raya la..hehe..sapala yang tanak duit raya kn? Kalo sapa tanak, meh kasi kat cni. Beta sangat mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang teringin nak bagi duit raya..hehe=p


2 Syawal

Dalam pukul 11 lebih, kami sudah bersiap sedia untuk beraya ke tempat lain justeru untuk pulang terus. Sebelum tu, kami terpaksa menunggu famili pakteh dari gombak kerana isterinya tengah pregnant. So ada masalah kesihatan sedikit. Nampaknya luqman (anak pakteh) tak lama lagi akan dapat adik baru..yeye..saya dapat kazen baru. Tahun ni sangat meriah kerana bakal menerima 2 lagi kazen baru yang masih lagi belum tahu bila akan keluar melihat dunia. Wah3..pasni makin besarla keluarga Hj Jamaan sampaikan paklang suggest pasni sorang satu cucu kene ikat tali yang ada nama kat tangan tapi bukan nama sendiri. Kene tulih nama mak ayah. Kelakar pun ada tapi nak buat macam mana. Keluarga Hj Jamaan makin bertambah biak. Macam mana la cicit dia plak nanti..aik..kesitu plak..mana kawin lagi kazen2 yg len..ades..kene osom dulu kalo sape nak kawen..hehe

Kami bertolak ke Kajang bersama keluarga paklong selepas menunaikan solat zohor. Sebelum tu, destinasi pertama kami adalah ke Salak Tinggi menziarahi Tokteh dan Nekteh(kakak nenek). Pergi sana kene komplen plak. Ades. Mana budak USIM tu? Bukan nak datang ziarah umah nekteh!(kata nekteh).huhu.nasibla..dengar ceramah sekejap. InsyaAllah pasni saya datang ziarah kalo tak sibuk. Nak balik rumah nenek dekat Melaka pun dah susah skang ni coz ari jumaat ada kelas sampai malam. Kalo nak balik ari sabtu pun tak berbaloi sebab ari ahad dah nak kene balik hostel. Habis duit, masa dan tenaga je. Kene bajet masa yang betul kalo nak pegi memana.

Seterusnya kami menziarahi Ust Shaari di Sg Ramal. Tempat ni dah sangat familiar ngan saya sebab masa kecik dulu selalu pergi sini tengok tanah ayah. Skang pun boleh ingat lagi kalo suh tunjuk jalan ke Kajang dan Bangi. Pastu ziarah moyang di batu 9 Cheras. Tak lupa juga pada neklong (kakak atok). Ziarah ke rumah dia sampai pukul 11lebih malam. Malam tu kami tidak pulang ke rumah nenek coz kami akan menetap di rumah paklong di TTDI,damansara. Kami melepaskan penat lelah sehari suntuk di rumah paklong. Bilik anak dara ni meriah sungguh. Makan2 masa orang semua dah tido pastu pakat on9 sampai ke subuh. Almaklumla rumah paklong ni pakai wireless so semua pakat kuarkan sorang satu laptop. Ades. Memang tak tido. Ingat nak qada' tido masa dalam kete je nanti.


3 Syawal

Bangun solat subuh!(maklong)Dah subuh rupanya. Kejut adik2 solat dan teruskan bersihkan diri untuk solat subuh. Selepas tu, terus qada' tido sesambil tunggu turn nak masuk bilik air utk mandi pula. Maklong panggil breakfast la plak. Saya la orang terakhir skali breakfast. Bukan breakfast dah ni. Dah jadi BRANCH (breakfast + lunch). Ayah dah start enjin dahtu. Tandanya dah nak berangkat balik utara. Ades. Sabo2..kang gastrik plak kalo tak makan. Pelan2 dan alhamduliilah dapat alas perut. Perjalanan kami pulang ke utara bermula pada jam 1215tghri menaiki serena silver...

Alhamdulillah sampai di Parit Buntar pada pukul 5 lebih dan terus ke open house ust dzulfakor. Dapat makan lagi..alhamdulillah dapat jumpa ust ishak dan ust hamizul. Kemudian terus mintak izin pulang ke rumah sebab saya dah janji ngan kawan untuk beraya. Apelagi..enjin trus start..panaskan ape yg patot dan terus memecut laju ke Nibong Tebal. Alhamdulillah walaupun kepenatan bermusafir tapi masih lagi ada semangat untuk beraya kerana hanya hari itu sahaja yang mampu nak ziarah sahabat handai sebab kawan2 yang lain akan pulang pada hari ahad. Budak usim takpelah coz kami cuti 2 minggu. Tak jadi masalah untuk raya banyak hari pun tapi jangan lupa asignment yang belambak dan juga persediaan untuk final exam walaupun sebulan lagi.
Dapat ziarah shahira dan fathen sehinggalah pulang ke rumah pada pukul 10mlm.fuh..penatnya..hanya Allah saja yang tahu. biarpun penat tapi uhibbukum fillah!


Itulah serba sedikit raya yang saya kira sangat meriah tahun ini. Dapat jumpa sahabat handai dan saudara mara yang jauh dan dekat. InsyaAllah semoga ukhwah di antara kita akan berkekalan. Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.


p/s : maaf buat sahabat handai yang tidak sempat untuk berjumpa

06 October, 2008

Salam Aidifitri buat semua



bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah pada tahun ini masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut hari kemenangan yang dinantikan oleh setiap muslim..


dikesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri ini tak kiralah secara sengaja atau tidak..kot2 yang terkadang tak perasan tengah jalan ke or terbuat tak nampak ke..ampun maaf dipinta..tersilap kata, tersalah bicara, terganggu kerja..mintak maap ye..bulan Syawal yang mulia ini marilah kita memuhasabahkan diri kita supaya ada sedikit anjakan paradigma untuk saling bermaafan antara satu sama lain.


kepada yang pernah sengaja atau tidak sengaja menyinggah ke blog yang tak seberapa ini, mohon maaf andai ada tidak bertegur sapa atau tidak sempat untuk mengenali anda atau pernah menyinggung perasaan menerusi kata2 or tulisan ini..mohon seribu kemaafan..


Minal Eid Wal Faizin..kullu 'amin wa antum bikhair..insyaAllah


Moga tirai madrasah Ramadhan yang berlabuh tidak turut menutup berkat Syawal yang menyinar ini..kekalkan tarbiah Ramadhan..moga hari ini lebih baik daripada sebelumnya dan hari esok lebih baik daripada hari ini..barakallahu fikum=)

02 September, 2008

Ramadhan Kareem


Ramadhan tiba lagi..adakah kita benar - benar bersedia menghadapi ramadhan kali ini? Apakah ramadhan kali ini dihadapi dengan penuh penghayatan umpama kita tidak akan berjumpa lagi ramadhan seterusnya? Bagaimana untuk kita benar - benar menghayatinya? Apakah sekadar lapar dan dahaga sahaja? Atau mengambil bulan yg barakah ini sebagai bulan untuk tido sepenuhnya? Cuba koreksi diri kembali? Sudahkah sempurna ramadhan kita yang lepas? Adakah kita konsisten dalam ibadah?

Banyak sungguh persoalan tapi kaitkanlah dengan sanubari kita. Saya tinggalkan segala persoalan ini untuk dijawab dan dimuhasabah oleh diri saya sendiri dan juga kalian.

Bulan ramadhan..
bulan yang berkat..
bulan rahmat..dan bulan utama
pahala digandakan..
doa diterima..
bulan lailatul qadar yang istimewa..

Ramadhan Kareem buat semua muslimin dan muslimat..

Sesiapa yang bergembira dengan kedatangan RAMADHAN maka diharamkan tubuhnya daripada disentuh api neraka. Setiap detik sepanjang RAMADHAN adalah semulia - mulia waktu.

Wahai tetamu Ramadhan..
Untukmu rahmat dan maghfirah
Airmata taubat
Dendangan tadarus
Selimut tarawih dan bantal tahajud
Moga mewarisi AL-JANNAH
Jadikan Ramadhan ini yang terbaik kerana kita tidak pasti adakah lagi ramadhan untuk kita selepas ini..

R indu akan kedatangan
A ntara bulan yang penuh keberkatan
M unajat doa dikabulkan
A l-Quran, solat jadi amalan
D ahaga & lapar jadi ujian
H adirnya menjadi pentarbiyyahan
A gar bertambah keimanan
N anti perginya meninggalkan KETAQWAAN !!

The beautiful Ramadhan is coming. In my most noble honour please forgive anything in the past. May Allah SWT give us the best Ramadhan ever. Ameen

Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu - pintu syurga dibuka, pintu - pintu neraka ditutup dan syaitan - syaitan diikat; terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, sesiapa tidak memperolehi kebaikannya, maka dia tidak memperolehi apa - apa


Umat Islam akan sentiasa diserang sama ada serangan fizikal, ekonomi mahupun akal. Pertahankanlah kemerdekaan ini, hayati dengan sebenar - benar pengertian, berlandaskan syariat Illahi. Merdekakan diri dari belenggu syaitan dan nafsu dengan kedatangan Ramadhan


May this coming Fasting Month brings joy & Nur into our life, upgrade our 'AMALAN', 'IBADAH' and receive ALLAH forgiveness..


When the month of Ramadhan starts, the gates of the heaven are opened and the gates of hell are closed and the devils are chained.


Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka

Seperti ketibaan orang yang kita cinta

Dengan ucapan AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN YA RAMADHAN

Hati gembira pintu terbuka

Rahmat Allah yang Maha Besar



Selamat menyambut bulan RAMADHAn 1429H..Moga RAMADHAN kali ini lebih bermakna dan lebih baik bagi kita


Salam Ramadhan Al-Mubarak


31 August, 2008

Seminggu ini

Bismillahirrahmanirrahim..

Ku mulakan kalamku dengan selawat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Alhamdulillah hari ini masih lagi dapat merasai 2 nikmat yg paling besar dan utama iaitu nikmat Iman dan Islam. Mumkin ada dikalangan kita yang rasa setiap kali muqadimah mesti cakap pasal 2 nikmat terbesar. Ya, memangpun sebab itulah 2 nikmat yang kita perlu sangat bersyukur dengan pemberianNya ini kerana kita masih lagi dilahirkan sebagai orang yang beragama Islam dan memiliki keimanan dalam diri. Cumanya terkadang iman kita itu naik turun, lemah dan perlu untuk memantapkannya kembali.

Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur dan masih lagi diberikan peluang untuk perbaiki diri. Syukur setinggi – tingginya ke hadrat Illahi kerana membuka dan menggerakkan hatiku untuk mengisi masa yang ada dengan program – program ilmiah yang saya kira sangat bermakna buat diri ini. Saya rasa sangat gembira tak terhingga, sukar untuk diluahkan perasaan ini. Apa yang mebuatkan saya sangat seronok adalah saya bebetul enjoy semua program yang saya involve minggu ni. Sungguh saya katakan hari – hari saya sangat penuh. Untuk seminggu ini sahaja, saya tidak berpeluang langsung untuk berehat walaupun sehari kecuali saya sakit la, yang tu lain cerita.


Mulanya dengan Program Khidmat Masyarakat di Hospital Serdang. Program ini adalah anjuran Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) dan Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia(SPMM) di bawah naungan USIM. Sebenarnya program ni saya hanya tolong carikan orang saje membantu Kak Saibah tapi nak dijadikan cerita saya terpaksa menjadi bidan tejun di saat – saat akhir. Kak Saibah bagi sepenuhnya tugas dekat saya dan saya pun carilah orang dari semua fakulti tetapi kebanyakannya bertindih program. Lagipun pada masa yang sama, pelajar Tahun 1 terlibat dengan Minggu Silaturrahim Kolej (MSK). Oleh sebab itulah, kebanyakannya dari fakulti FEM dan FKP saje yang join tapi jangan salah sangka kerana fakulti lain pun ada cumanya hanya golongan minority sahaja. Lagi pula program tersebut diadakan pada hari kuliah. Jadinya, takde sangatlah orang nak pergi.

Sewaktu saya menjalankan tugas, saya benar – benar diuji di saat – saat akhir, rasa sedih sangat sampaikan saya terfikir inikah balasan saya terhadap kebaikan yang saya lakukan. Saya cuba muhasabah diri kembali dan akhirnya saya jumpa hikmah yang sebenar. Moral yang saya dapat ialah jangan kita terus menghukum dengan apa yang telah kita lakukan sebaliknya kita bersabar dahulu kerana Allah tahu kelemahan kita. Hati saya terdidik dengan hikmah yang telah Allah berikan ini. Saya cerita secara ringkas jelah. Kitorang pergi sana pada 17, 18 dan 19 Ogos. So, Sabtu dan Ahad kami semua buat mural. Just kaler saje sebab mural dah siap lukis oleh student Usim sendiri. Hari yang paling best sekali masa hari selasa la. Masa tu isteri Menteri Pengajian Tinggi pun turun. Jadinya sempatlah saya bersalaman dengan mereka.

Semasa program berjalan, kami dibahagikan kepada beberapa group. Ada yang mengajar solat kepada orang sakit, ada yang bekerja di lobi, ada yang menolak kerusi roda dan bermacam- macam aktiviti yang dilakukan. Saya sangat suka melakukan kerja – kerja amal ini. Macam – macam lagilah..bole refer kt picture bawah ni




Selepas dah involve program ini, tetiba saya jatuh sakit sehingga tak dapat pergi kelas. Sungguh, hari – hari saya sangat penat sehingga tiada masa untuk berehat. Pada hari khamis, saya dipanggil untuk menghadiri satu mesyuarat untuk program fasilitator di Sepang. Sungguh, saya masih lagi sakit pada waktu itu tapi disebabkan saya ada test malam tu, saya terpaksa juga untuk ke kampus. Alhamdulillah hari jumaat saya lalui dengan bertenaga.

23 Ogos 2008

Saya bertolak ke Kota Warisan, Sepang dengan ditemani 4 orang muslimat yang lain. Kami menaiki kereta dengan bantuan seorang ust yang mengendalikan program. Di sana, kami dibriefing sebelum diadakan slot kami. Semua modul diberikan dan saya rasa gugup semacam..tatau kenapa. Nak kata tak pernah jadi fasilitator, tipu sangatla tapi mumkin keadaan kesihatan saya yang tidak berapa mengizinkan menyebabkan saya terasa gugup. Sesi taaruf antara fasilitator dan pelajar dimulakan. Semua program berjalan dengan lancar. Saya rasakan inilah program yang saya rasa paling best skali. Walaupun xde outdoor tapi pengisiannya sangat bagus. Ditambah pula adik2 yang tak banyak ragam, boleh masuk dengan fasilitator yang banyak kekurangan macam saya ni. Walaupun seharian saya penat, tapi kebahagiaan yang dirasai dalam diri ini sukar untuk diungkapkan.



24 Ogos 2008

Asalnya saya ada program fakulti tapi ada satu program under MPP yang saya rasa sangat bermanfaat. Jadinya saya ke program WISIS. Program family FEM saya x pergi. Alhamdulillah kerana Allah membuka hati saya untuk datang ke WISIS. Dekat sini terdapat banyak program ilmiah. Slot yang diadakan iaitu Al – Quran dan Sains, Persoalan Bid’ah dan memacam lagi. Saya paling kagum masa slot Al-Quran dan Sains. Dr Arif dari UKM menunjukkan bukti2 di antara kejadian Al- Quran dan Sains. Sungguh, saya sangat takjub. Bagaimana kita nak menegtahui Al- Quran yang hendak dibeli dan bagaimana kita nak tahu orang tipu kita tentang Al-Quran, segalanya ada. Saya sangat seronok. Hari – hari saya dipenuhi dengan perkara – perkara yang sangat membahagiakan.









27 Ogos 2008

Saya rasa malas sangat nak ke kelas memanah tapi saya cuba ikhlaskan hati walaupun berat. Saya nak expert dalam memanah tapi malas nak datang kelas, macam mana tu? Akhirnya saya pergi juga ke Padang Sasar USIM. Saya masuk group GARUDA, nama yang kami pilih. Ntah ape yang saya panah pun saya tataula. Saya piker saya dah hebat walaupun tak kene pada sasaran. Ades. Masa 2 jam tu saya rasa sangat singkat. Hanya beberapa kali je dapat rasa memanah. Lepas hantar buku log kat jurulatih, saya mintak izin utk main lagi sekali sebab saya pelik kenapa saya panah tak kene. Sementara tunggu group seterusnya datang, saya, syaima, k.ain dan munah bersama – sama berlatih di bawah pemantaun jurulatih. Gembira saya sekali tak terhingga. Jurulatih ajar kami dengan cara yang betul. Selama ni bila belajar ramai – ramai, saya ingatkan dah betul, rupa – rupanya ada kelemahan yang saya perlu improve. Sangat bagus. Beruntungnya saya balik lambat sampai tangan bengkak – bengkak. Biarla tangan saya bengkak sekalipun asalkan saya puas dengan apa yang saya lakukan. Hoorey!! Tak sabar saya nak memanah minggu depan dalam bulan puasa plak

30 August, 2008

tag kembali lg

bismilllahirrahmanirrahim

alhamdulillah arini masih lagi merasai 2 nikmat utama iaitu nikmat Iman & Islam

sedang saya meronda - ronda menziarahi blog sahabat sahabiah, tetiba terjumpa satu tugasan utk saya. Sungguh, tidak perasan pada mulanya. InsyaAllah arini saya akan menyelesaikan tugasan tersebut dengan sebaiknya. Thanx to Ainul Arina (sohibati) coz bagi tugasan secara senyap - senyap.hehe=p


1. nama-nama timangan oleh org tersayang.
em..kalo parent sy, dia akan panggil along. adik2 saya panggil akak @ along. Kawan2 usim sy panggil adah. Kalo junior and kawan2 rapat sy panggil saya ad or saad or saadah tp sume tu atas kebiasaan diri sendiri. Ada sorang ust sy ni ms kt tamhidi dulu panggil saya maa qiimatud dunia biduunis saadah (tidak ternilai di dunia ini tanpa kebahagiaan). haih~..nama timangankah itu? adakah saya menjawap soalan?=p

2. anda seorang yang...
agak keras kepala, sensitip, suka menolong orang lain, suka buat hal sendiri, leadership,garang pun bole tahan la, serius ikut KTM (keadaan, tempat dan masa) n sentiasa concentrate dalam sesuatu kerja. Ni dari pandangan saya sendirila, kalo antum nak tambah lagi pun boleh. Kalo yg baru first time jumpa saya, jangan judge terlalu cepat siapa diri ini tapi dalami dulu diri saya sebelum anda judge saya

3. insan teristimewa. describe apa yg membuatkan die terlalu istimewa di mata anda.
sahabat sahabiah saya yang sentiasa mendorong saya ke jalan amal makruf dan nahi munkar, yang membantu saya di dalam kesusahan, yang menyedarkan diri saya dari kesilapan..mereka inilah yang bertakhta di hati saya. Saya perlukan dorongan, teguran dan nasihat daripada mereka ini kerana saya tahu saya tidak mampu untuk melalui liku - liku kehidupan ini berseorangan. Juga, tidak dilupakan ummi wa abi yg byk berkorban utk saya serta keluarga..anda juga adalah insan teristimewa yg bertakhta di hati saya bukan di mata sahaja.

4. makanan favourite anda
Koey Teow Kungfu, Koey Teow Sup, Char Koey Teow, murtabak, nasi goreng pattaya dan semua makanan yg ada sup dan tidak terlalu pedas sebab saya tak tahan pedas

5. favourite color
Ungu, biru laut dan hijau muda

6. favourite song
of coursela nasyid tapi depend pada mesej yang disampaikan. saya suka lagu yang banyak mengingati akan dosa2 lalu dan yang meningkatkan motivasi diri seperti nasuha (mestica), mentari hidup (haikal), taubat seorang hamba (irsyadee & hafiz), azab Illahi (irsyadee), tafakur (diwani) dan banyak lagi. Walaupun banyak lagu2 yang lama tapi yg itulah yg menepati citarasa saya. Saya kurang mendengar lagu2 yg banyak kepada cinta manusia coz lagu tu tak dapat nak menjiwai diri saya dan saya rasakan mcm xde yg menarik pun pada lagu yg mcm tu. ini pada pandangan saya la.

7. sikap yg membuatkan anda stress
menangguh kerja dan stadi.huhu..i'm going to improve myself..

8. 3 bende yg mesti ade dalam handbag anda
Telefon bimbit, handsfree dan dompet saya

9. kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa??
takdela menangis beriya - iya sangat tapi saya dah berjanji pada diri saya sendiri saya hanya akan menangis apabila mengingati dosa - dosa saya yg lalu. Bukan semurah air mata utk menangis kerana kekecewaan atau sebagainya..

10. tag 5 org yg len
syaima, ukhti miza, fisha, syazana and ukhti ain

21 August, 2008

Cerita Hari Ini






Bismillahirrahmanirrahim..




Alhamdulillah pada hari ini masih lagi mengecapi 2 nikmat utama iaitu nikmat Iman dan Islam


Maapkan saya andai entry kali ini tidak memuaskan hati semua orang. Nampaknya saya terpaksa mengabaikan blog ini buat sementara waktu akibat ketidakstabilan kesihatan. Diharap kalian dapat mendoakan kesihatan saya supaya kembali kepada sedia kala. Doa kalian amatlah diharapkan supaya saya kembali berjuang di dunia realiti mahupun di alam maya. Sebenarnya saya nak ceritakan tentang charity yang saya lalui 3 hari yang lepas tapi akibat kesihatan dan waktu yang tidak mengizinkan, nampaknya saya tidak dapat meneruskan niat tersebut. dan saya harapkan semoga diri saya ini dapat meneruskan kehidupan dengan sihat walafiat. Akhirul kalam, kalau ada silap dan salah, saya mohon maaf seribu kemaafan.


Doa kalian akan sentiasa mengiringi hidupku. INSYAALLAH


2205pm; 21 Ogos 2008; Lab ICT USIM

28 July, 2008

taubat nasuha




Nasuha
Album : TigaSatuTiga
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com



PadaMu ku serah segala
Harta sepenuh jiwa raga
Hanya Kau yang Maha Pemurah
Meredakan hati yang gundah


Ya Allah
PadaMu ku curah segala
Perasaan yang melara
Engkaulah yang punyai cinta
Membawaku ke puncak nasuha


Ku kesali kealpaan diriku
Ku tangisi kesilapan lalu
Walaupun sekali
Tak kan aku ulangi


Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambaMu
Jangan biarkan diriku
Terus dibelenggu


Ampuni dosaku
Terangi hatiku
Izinkan aku kembali
Ke jalan redhaMu


TIada lain yang ku harap
Hanya kasih sayangMu TUhan
Membawa ke rimbun keampunan

Ya Allah
PadaMu ku serah segala

18 July, 2008

Sesi Kuliah di Tahun Baru

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah hari ini masih lagi merasai 2 nikmat yang utama iaitu nikmat Iman dan Islam..

Setelah hampir 2 minggu bermulanya kuliah, alhamdulillah dapat merasai nikmat keseonokan dalam belajar di dalam kos yang baru. Terima kasih juga sahabat-sahabat bekas tamhidi juga buat pelajar - pelajar baru yang dah dikenali serba sikit atas pertolongan kalian semua sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sesi pembelajaran kali ini sangat menarik ditambah pula sedikit saje pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dan Hubungan. Saya ada menerima beberapa pertanyaan dari sahabat mengenai pengambilan kos ini. Mereka tanya kenapa saya dapat kos ni? Kenapa tidak Akaun ke atau Pentadbiran Muamalat. Saya hanya ringkaskan cerita. Sebenarnya memang saya minta bidang korporat ini sebagai first choice saya. Lagipun saya memang berminat dengan kos ini. Mungkin ia terlalu baru di USIM tapi insyaAllah saya akan pastikan bidang ini bukan seperti kalian sangka..

Berikut merupakan subjek-subjek yang akan saya ambil untuk semester 1 ini :
  1. MEMANAH = 2 jam kredit
  2. PENGANTAR PERNIAGAAN = 3 jam kredit
  3. BAHASA ARAB I = 2 jam kredit
  4. BAHASA ARAB II = 2 jam kredit
  5. BAHASA INGGERIS I = 2 jam kredit
  6. BAHASA INGGERIS II = 2 jam kredit
  7. TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA = 2 jam kredit
  8. HUBUNGAN ETNIK = 2 jam kredit
  9. TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI = 2 jam kredit

Untuk kelas memanah, asik postpone je. Jadi insyaAllah kelas akan bermula next week.

Kelas pengantar perniagaan dikendalikan oleh Mr Adli (lecturer USIM). Boleh tahan juga kelas ni. Mungkin kelas ni banyak kepada business. Kami diminta untuk memakai kot setiap kali kelas pengantar perniagaan. Memang sengaja Mr Adli suruh pakai sebab nampak lebih professional. Nama pun korporat, mestilah kene professional kan? hehe

Kelas Bahasa Arab 1 pula diajar oleh Ust Mahmud dari Sudan. Lahjah dia memang arab betul sampaikan dia cakap HARAAM cakap bahasa melayu dalam kelas dia.hehe.best ust ni sebab mudah faham kalo dia ajar. Kalo kitorang susah sangat nak cakap or tanya soalan kt ust, lastly speaking english jelah. Tu pun kalo terdesak. Selagi boleh cakap arab, cakapla bahasa arab. Hayya bil Arabiah =)

Kelas Bahasa Arab 2 plak dikendalika oleh Usth Rabiah. Usth ni dari Kedah. Orangnya comel sangat. Dahtu ex-student USIM. Senang nak berkomunikasi ngan usth ni. Bila usth ni ajar je, mesti teringat kat usth Mina dari Maghribi. Usth Mina dulu ajar bahasa arab sem 1 tamhidi. Cara usth Mina n usth Rabiah lebih kurang sama je. Bahasa Arab 2 ni pun best sebab dia ada listening, speaking n also nasyid. Bagus betul modul dia. Ada improvement ni dalam arab..

Kelas seterusnya iaitu kelas Bahasa Inggeris 1. Yang ni..lecterur part-timer yang ajar. Namanya Madam Sivagangga. Sporting jugak orangnya. Bende yang selalu gemuruh sikit dalam kelas bila madam ni asik tanya saya dulu je.huhu.Ada satu seminar hari ni kat Fakulti Syariah dan Undang-Undang(FSU) pasal english. Madam mintak sorang wakil pegi dan nama yang dicalonkan untuk pegi itu adalah SAADAH. Owh tidak..dah agak dah..mesti madam tu akan sebut nama saya dulu. Nasib baik ada meeting ckit, so digantikan dengan orang lain. Tapi bagus jugak sebenarnya madam ingat nama ni, boleh menjalinkan hubungan yang baik dengan madam. Iye kan?

Kelas Bahasa Inggeris 2 plak dikendalikan oleh Madam Azimah. Sama nama ngan mak saya ni. Yang ni lagi interesting punye citer. Masa 1st time masuk kelas madam ni, kene taaruf dulu. Of course la diri ini kene dulu.huhu.Sebelum tu, lecturer ni pun part-timer gak. Madam mengajar dekat Limkokwing n MIFI. Memang interesting la madam ni. Masa taaruf..macam biasala..nama,asal mana, siblings sume. Pastu madam mintak taaruf lagi skali tapi bukan jadi orang Malaysia. Kene jadi wakil dari negara lain. Ades. Masa tu dah pilih dalam kepala nak cakap dari egypt tapi dah ada membe yang cakap dulu. So terpaksa tukar amik Morocco. Bila dah jadi wakil negara masing-masing, xleh cakap langsung Malay. Bagi negara-negara Arab, pun xleh cakap arab. Sekarang kami semua kire international la. so sume must speak in English la..huhu. Tu citer kelas minggu lepas.

Kelas minggu ni yang tak tahan. Kelas start pukul 5 ptg. Jadinya saya dan kawan2 bersolat asar dulu. Masa tu asar pukul 4.44ptg. Dalam keadaan kelam kabut terus lari masuk kelas tanpa ketuk pintu. Time tu dah tau dah kata lewat. Lewat 2 minit je pun. Kene keluar kelas balik ketuk pintu 10 times. Ades. Baru teringat, last week madam ada kasi classroom rules. So tidak akan tidak denda akan dikenakan pada pelajar yang tak ikut peraturan madam. Oleh sebab saya terlewat 2 minit sahaja, saya juga tidak dikecualikan untuk didenda. Denda lewat masuk kelas ialah belanja satu kelas minum air tapi bukan plain water. Kene standard air soya ke apeke. Ades..kan dah kene denda.Semua pelajar group saya pakat kene denda except for fisha, haziq n fazren. Hanya 3 orang ni je yg punctual. Yang tak puas ati skali sebab haziq n fazren datang kelas dulu pastu diorang mintak izin kat madam utk kuar pegi solat. Mana adil camni. Sy punyela merayu kat madam supaya rules haritu dikecualikan tapi madam tetap nak buat gak rules tu. Ades..xpelah..saya jadikan ia suatu pengalan 1st year yang saya takkan lupakan sampai bila2. Banyak lagi rules madam ni antaranya hp sape yg berbunyi masa kelas, a free call utk madam dlm ms 5 min je. Sape yg tak participate or x aktif dalam kelas, kene acting kt depan sorang diri. Sape yg tercakap melayu or saje je ckp melayu, kene nyanyi 1 english song (full) dan juga beberapa rules yang lain.

Kelas tamadun, etnik dan ict ni kire kuliah coz kat lecture hall yang besar tu kat Dewan Kuliah Pusat 1(DKP1). Bebudak korporat ni terpisah dengan budak accounting n muamalat. Jadinya lecture dengan bdk marketing, sume budak fakulti kepimpinan dan pengurusan(FKP) termasuk bebdk dakwah, kaunseling dan komunikasi. Takdela ramai sangat..mungkin dalam 200 lebih rasanya. Bila dah duduk dalam lecture hall ni mula la nak ngantuk sume. Tapi jangan cepat mengalah, ni kan ilmu. Bagi yang cepat mengantuk, bawakla air pegi kelas.hehe=p

Rasanya tu jelah kot buat kali ini. Nak kene stop dah ni..asar prayer plak. Doakan kejayaan saya di dunia dan akhirat. Doakan juga semoga saya dipermudahkan segala urusan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Moga saya Dean's List untuk semester ini. Ameen=)