Showing posts with label Mujahadah. Show all posts
Showing posts with label Mujahadah. Show all posts

31 July, 2012

Halwa telinga

Ada seorang gadis
Termenung di jendela
Memikirkan nasibnya
Yang telah ternoda
Terpinggir terhina
Kerna dosa-dosa silamnya

Ibunya telah tiada
Begitu juga ayahnya
Mengharungi dunia
Tanpa pedoman di jiwa
Keliru hatinya
Antara syurga dan neraka

Pada siapa
Harus dipinta
Secebis rasa seulit mesra
Di akhir noktah
Usia dirinya
Yang akan berhenti jua

Deraian air mata
Menangisi dosanya
Rebah dia mengharap
Keampunan Tuhannya
Serta ketenangan
Mengharungi dunia yang fana

Umurnya masih muda remaja
Tetapi terleka kerana
Nafsu yang mengaburinya
Namun Tuhannya masih 
cintakan dirinya
Walaupun dosanya
Selautan dunia

Mengapa perlu berasa
Berjauhan dari Yang Esa
Sedangkan Allah sentiasa
Merahmati hamba-Nya
Yang sering terlupa
Leka dan alpa terhadap-Nya

Harapannya subur kembali
Bukti kasih Ilahi
Syukur dia ditemukan
Jalan kebahagiaan
Mengukir ceria
Membenam segala
Kecewa.....









banyak kali ulang lagu ni bleh meleleh air mata bak air terjun kang~

so enjoyla ek. walaupun lagu ni lama sangat dah. tp mengingatkan aku kepada suatu perkara.

berminat nak dengar? boleh2. download disini ye 

SEORANG GADIS-NOWSEEHEART

layan~

28 March, 2009

Kesibukan Melanda


Bismillahirrahmanirrahim..


Hanya tinggalkan jejak saje..asif jiddan kepada semua pengunjung teratak yang tak seberapa ni.. ana x dpt nak menulis buat seketika akibat kekangan masa(quiz,asignment,project,survey,final xm..apelg?) Jadi sukacitanya ana pohon pada semua untuk mendoakan kejayaan ana dalam final exam lebih kurang 2 minggu lagi..pejam celik..pejam celik..makin lama makin dekat exam..dan makin berdebor hati ni..mohon doa juga supaya dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.Huhu..satu lagi..doakan kesihatan ana..takut juga diuji sewaktu minggu final nanti..k..jumpa next entry nanti utk jadual final exam..doa kalian amat diharapkan!




p/s: Dean List wa Deen List..insyaAllah! (^_~)



selingan~


Ya Allah, tsabatkanlah hatiku jika dia benar2 buat diriku. Sekiranya dia bukan milikku, hapuskanlah perasaan ini..ameen. Moga aku semakin kuat dalam mujahadah.


13 December, 2008

Perjuangan Belum Selesai




InsyaAllah esok pagi aku akan keluar untuk berjuang. Berjuang di mana? owh..itu rahsia coz bende tu x perlu kot untuk bagitau. Apapun doakan semoga daku selamat pergi dan pulang. Ya Allah, aku pergi keranaMu dan aku pulang jua keranaMu. Selamatkanlah aku sewaktu, semasa dan selepas perjuangan ini demi mencari keredhaanMu.


Apakah itu berjuang?


Berjuang ialah melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh - sungguh untuk mencapai kecemerlangan menurut syariat Islam.


Perjuangan memerlukan pengorbanan dalam bentuk harta, masa, tenaga dan jiwa. Perjuangan juga memerlukan kesungguhan dan kemampuan yang maksimum bagi mencapai sesuatu matlamat. Islam menggariskan bahawa matlamat akhir sesuatu perjuangan lillahi Taala.



وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

(69) Al-Ankabuut

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.


Jenis - jenis Perjuangan



  • Agama - untuk mendaulatkan syariat Islam dalam semua aspek kehidupan.


  • Ekonomi - untuk meningkatkan taraf ekonomi umat Islam di seluruh dunia.


  • Pendidikan - untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, maju dan berdaya saing.


  • Siasah@politik - untuk menjamin kedaulatan pemerintahan Islam.


  • Sosial - untuk menegakkan keadilan sosial melalui amar makruf dan nahi mungkar.


  • Melawan hawa nafsu - pra-syarat kepada perjuangan yang lain.

Jadi, yang mana satukah perjuangan anda?


Contoh yang paling senang dalam perjuangan adalah Rasulullah dan para sahabat.


Apakah contoh perjuangan baginda dan para sahabat?


Perjuangan Rasulullah SAW


  • Gigih berdakwah walaupun dilontar dengan batu di Thaif


  • Sabar walaupun dituduh ahli sihir dan gila ketika berdakwah di Makkah


  • Mempunyai perancangan dan strategi yang kemas dalam peristiwa hijrah ke Madinah


  • Tabah menghadapi fitnah dalam peristiwa Hadisul Ifki


  • Berperang mempertahankan Islam dalam perang Badar, Uhud, Khandak dan sebagainya.

Perjuangan Para Sahabat


  • Keberanian Saidina Ali Karamallaha Wajha sanggup tidur di katil Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah


  • Kesediaan Abu Bakar menemani Rasulullah SAW ketika peristiwa hijrah


  • Kesanggupan Khadijah memberi sumbangan kewangan dalam membantu dakwah Rasulullah SAW di Makkah


  • Pengorbanan harta untuk Perak Tabuk oleh para sahabat seperti Saidina Umar, Abdul Rahman bin Auf, Uthman bin Affan dan lain - lain lagi.

Konklusinya, sentiasalah sanggup menghadapi sebarang risiko dan cabaran kerana ganjaran Allah itu pasti untuk hamba-hambaNya yang berkorban mencari keredhaanNya. Dan jangan lupa untuk meletakkan kepentingan agama lebih daripada kepentingan peribadi. Wallahualam.

Jika takut akan risiko, jangan bicara soal perjuangan



21 August, 2008

Cerita Hari Ini






Bismillahirrahmanirrahim..




Alhamdulillah pada hari ini masih lagi mengecapi 2 nikmat utama iaitu nikmat Iman dan Islam


Maapkan saya andai entry kali ini tidak memuaskan hati semua orang. Nampaknya saya terpaksa mengabaikan blog ini buat sementara waktu akibat ketidakstabilan kesihatan. Diharap kalian dapat mendoakan kesihatan saya supaya kembali kepada sedia kala. Doa kalian amatlah diharapkan supaya saya kembali berjuang di dunia realiti mahupun di alam maya. Sebenarnya saya nak ceritakan tentang charity yang saya lalui 3 hari yang lepas tapi akibat kesihatan dan waktu yang tidak mengizinkan, nampaknya saya tidak dapat meneruskan niat tersebut. dan saya harapkan semoga diri saya ini dapat meneruskan kehidupan dengan sihat walafiat. Akhirul kalam, kalau ada silap dan salah, saya mohon maaf seribu kemaafan.


Doa kalian akan sentiasa mengiringi hidupku. INSYAALLAH


2205pm; 21 Ogos 2008; Lab ICT USIM

11 July, 2008

no entry

Assalamualaikum warahmatullah buat semua pembaca terhormat blog ini..

dengan sukacitanya dimaklumkan saya seperti nama yang tertera di blog ini tidak dapat mengupdatekan blog buat sementara waktu atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan..pergh..skemanya ayat..hehe

Antara sebab-sebab :

  1. Penuh dengan kuliah
  2. Laptop tak bawak skali balik kampus (malas nak bawak dulu)
  3. Kekangan masa
  4. Penuh dengan perjumpaan dan mesyuarat
  5. Sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan

So, buat akhawat yang berharap kat ana ni..really sorry..tunggu la entry berikutnya..tengah buat persiapan untuk ke PERKID dalam masa terdekat ini dan perancangan sekolah angkat under USIM..

Doakanlah kejayaan saya di dunia dan akhirat..semoga dipermudahkan segalanya..insyaAllah

Durratul Akhyar

1246pm

11 Julai 2008

Kolej Kediaman Nilam Court

15 June, 2007

Berbahagialah

Berbahagialah...
Wahai Saudariku Yang Mendirikan Solat
Dan Berpuasa Dengan Taat Dan Khusyuk...

Berbahagialah...
Ukhtiku Yang Berhijab,Pemalu,Anggun
Lagi Berkeperibadian Halus Mulia...

Berbahagialah...
Wahai Puteriku Yang Selalu Belajar Dan
Sentiasa Mentelaah Dengan Penuh
Kesedaran Dan Ketulusan Hati...

Berbahagialah...
Wahai Permaisuriku Yang Selalu
Berharap Akan Redha ALLAH
Yang Sentiasa Memohon AmpunanNYA
Dan TEguh Di Atas JalanNYA...

Berbahagialah...
Wahai Srikandiku Yang Selalu Basah
Bibir Dan Hatinya DEngan Zikrullah
Berdoa Dan Bersyukur Dengan Rendah Diri
Di Bawah Kemuliaan 'Arasy ALLAH...

Berbahagialah...
Wahai Permata Hatiku Yang Sentiasa
Meneladani Keperibadian
Hawa,Hajar,Asiyah,Maryam,Masyithah,
Sumaiyah,Khadijah,'Aisyah,Fathimah DAn
Rabi'atul Adawiyah...

Berbahagialah...
Wahai Permata Ayah Bonda Yang Sentiasa
Menjadi Anak Solehah...

Berbahagialah Dirimu...
Wahai Muslimah Yang Mukminah,
Yang Solehah,Yang Mukhlasoh,
Yang Aminah,Yang Sobirah,Yang Muhsinah,
Yang Muttaqwiyah,Yang Thoyyibah,Yang Muthhirah...
Janganlah Bersedih Hati...
Berbahagialah...

17 May, 2007

Persis seorang wanita




Wanita,

Sesungguhnnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukan diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?


Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannnya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.


Wanita,

Akuilah kehebatan kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,


"Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita"


Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?


Ingatlah duhai wanita,

Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.


Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam.


"Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik..."


Ya Allah, jadikan kami bidadari syurga..

21 February, 2007

Sebab-Sebab Hati Tidak Bahagia

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu
orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi
benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana
kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain..sekian..^_^

18 January, 2007

Buat teman..

Tahukah wahai teman, sahabatmu ini begitu bersyukur kerana telah dijentik sewaktu persahabatan itu. Rasa kemanisan itu hadir kembali, rasa Allah melihat kembali, rasa bahagia untuk meneruskan kehidupan dalam mencapai cinta Illahi. Kau kata kau takut api neraka. Sahabatmu lagilah wahai teman..Cuma sahabatmu itu tidak boleh menunjukkannya dihadapanmu. Setiap kata-katamu..sahabatmu ini simpan jauh dilubuk hati. Sahabatmu telah tersedar dari lena yang panjang. Sahabatmu itu makin kuat..teman. Sahabatmu dapat menangkis fitnah yang datang. Sahabatmu belajar untuk fokus terhadap nawaitu hidup. Fokus dalam menggapai impian yang indah. Impian yang dicita-cita oleh segenap mukmin. Sahabatmu itu merasakan bahawa Allah telah melihatnya..em..memang pandangan Allah tidak pernah lari kepada hambaNya..mungkin kemanisan ini dikecap kerana doa seorang teman kepada temannya yang lain..menyebabkan Allah redha..Allah menghidupkan kembali hati sahabatmu ini. Teman..ketahuilah bahawa sahabatmu ini kembali hidup hatinya dengan kata-katamu..pedas..berbisa..tapi kadang-kadang ia perlu untuk membangkitkan diri..engkau harus bersyukur teman..engkau punya banyak ilmu sehingga mampu menyampaikan kepada orang lain..orang yang amat memerlukan. Engkau harus jadi lebih baik daripadanya. Andai engkau menasihatinya membaca Al-Quran sejuz sehari..engkau bagaimana? Bagaimana dengan qiammu? Bagaimana dengan puasamu wahai teman? Bagaimana hubungan dan kecintaanmu kepada Illahi? Adakah engkau telah berjaya meletakkan Allah di tempat teratas di dalam hatimu? Atau engkau masih takut? Engkau takut dengan bayang-bayang sendiri..bagaimana dengan hatimu? Adakah ia tulus kerana Allah? Perjuangan yang engkau lakukan itu mutlaknya kerana Allah? Adakah engkau bisa menjaga jiwamu daripada riak dan takbur? Ingat teman..kehebatan itu hanya milik Allah..benar..jiwa temanmu hidup setelah mengenalimu tetapi ia yakin!! Bukan engkau yang menghidupkan hati yang mati itu tetapi Tuhan yang kasih kepada dia lantas memberi peluang kepada hamba pilihanNya itu untuk kembali kepadaNya. Teman..ketahuilah..andai engkau telah letakkan hanya Allah dalam hatimu, engkau pastikan berjaya menghadapi ujian yang mendatang. Entahlah teman..sahabatmu ini sendiri tidak tahu apa yang dicoretkan tetapi tinta ini adalah khusus buat seorang sahabat. Sama-samalah kejar impian dalam menggapai cinta Illahi. Mungkin laluan dan jalan yang berbeza tetapi yakinlah..doaku seorang sahabat tidak akan luput buat dirimu. Jadilah umpama seekor singa yang hebat bertempur mengaum di siang hari dan umpama seorang abid yang merintih merayu menghadap Pencipta pada malamnya. Jangan hanya menjadi seekor singa tetapi singa itu tidak bergigi rupanya. Benarlah seperti mana janji Allah..“Jangan kata kamu beriman selagi mana kamu belum diuji.” Teman..kini..sahabatmu ini berhadapan dengan situasi yang pernah berlaku satu ketika dulu. Ia hadir tanpa diundang..tanpa dipinta..mungkin Allah mahu melihat keikhlasan temanmu ini dalam mengejar impian menggapai cinta Illahi..entahlah teman..hati yang sudah dicuci didatangi debu-debu hitam lagi. Disuruh pergi..makin-makin datangnya..mungkin mereka takut sahabatmu ini lari jauh daripada mereka menyebabkan mereka yang membisu selama ini kembali mengharapkan sesuatu. Memang diluar dugaan. Temanmu terasa kuat tetapi temanmu tidak tahu sejauh mana diri mampu mengawal hati ini. Teman..seperti dirimu, sahabat ini takut api neraka. Sahabatmu sudah minta ia pergi jauh-jauh tetapi ia begitu degil dan tidak mahu berganjak. Baiknya, sokongannya ditakuti akan membawa masalah jiwa yang menyebabkan sahabatmu ini kembali tersungkur. Mohon kekuatan daripadaNya. Teman..sahabatmu ini begitu bahagia dengan kehidupan sekarang. Hati yang sentiasa cuba untuk dibersihkan. Mata yang mudah untuk mengalirkan airnya dihadapan kekasihnya. Moga dikau dapat mendoakan sahabatmu ini agar Allah pelihara sampai akhirnya. Akhiru kalam..renung-renungkan wahai teman..jadilah seperti mana dikau yang dahulu..jangan berubah..letakkan Allah di tempat tertinggi..hanya Allah dan untuk Allah..segalanya Allah..hidup dan mati hanya untuk Allah..penyerahan diri hanya kepada Allah. Moga kitakan sama-sama dapat mencapai apa yang pernah kita impikan dalam mengejar impian sendiri. Pesan buat dirimu jua diriku yang sering lupa..wallahualam.