11 October, 2009

Taujihat Seorang Pejuang


Bismillah..

Seringkali kita terfikir bagaimana mulia dan bersihnya hati nabi. Tetap senyum bila dibenci, tetap tenang bila dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi. Kenapa kita mudah benci bila dikasari, mudah putus asa bila yang dilakukan tidak menjadi, mudah kecewa bila orang lain tidak memahami, mudah terguris bila kita dinasihati.

Dalam perjalanan hidup ini, Allah hadiahkan sebuah perjuangan yang kadangkala menggoda iman kita untuk terus teguh berdiri, kadang sahabat tak sehaluan, kadang cemerlang gagal dicapai, kadang sakit yang mendatang. Namun itulah yang harus dihadapi kerana ia adalah lumrah kehidupan. Kita tidak boleh selamanya berada dalam suasana yang selesa.

Maksud firman Allah,

Dan boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. Tetapi boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. (Al-Baqarah;216)


Letakkan pengharapan pada PENCIPTA dan bukan pada CIPTAANNYA. Biar hilang kawan kerana BERJUANG, jangan hilang kawan SEPERJUANGAN. Biarlah apa orang kata kerana mereka tidak memahami apa yang kita lakukan. Hanya kawan seperjuangan yang merasai segala kesusahan kita. Jadi, pasakkan niat kerana Allah. InsyaAllah, Allah akan sentiasa membantu kita.

Perjuangan belum berakhir...

Durratul Akhyar
11 Oct 2009
Acacia Avenue

07 October, 2009

Aku Ingin Berubah

video



Berubah
Album : Masa Muda
Munsyid : edCoustic
http://liriknasyid.com


Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah

Reff :
Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku


Apa erti BERUBAH buatku?

Berubahkah aku?

................................................................

no answer!


Aku tujukan lagu ini khas buat diriku yang sering terumbang - ambing, yang hilang arah tujuannya, yang tenggelam timbul dan masih belum menemui titik noktah hidup. Moga masih ada peluang untukku berubah. Juga buat yang senasib denganku, terimalah lagu ini. Hayatilah..anda mungkin menitiskan air mata.

Berubahkah aku..hanya bila ada sesuatu (sangat TERKESAN!)


03 October, 2009

KarSis 2009

klik untuk besarkan

Buat julung - julung kalinya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM menganjurkan Karnival Mahasiswa 2009 (KarSis09) dengan bertemakan 'Mahasiswa Pemacu Minda Pragmatis' menemui anda bermula dari 2 Oktober - 11 Oktober 2009.

Banyak aktiviti menarik menanti anda!

Maklumat Lanjut : KarSis 2009