Showing posts with label Takziah. Show all posts
Showing posts with label Takziah. Show all posts

13 June, 2009

Kematian Itu Pasti

Bismillahirrahmanirrahim..

Sedih dan pilu sekali mendapat khabar berita dari seorang kenalan di YM mengenai pemergian Allahyarham Sheikh Fathi Yakan. Dunia Islam hari ini sangat menangisi pemergian seorang tokoh yang berjasa dalam perjuangan Islam. Di saat kita bergembira, rupanya masih ada khabar berita sedih.

Moga Allah menempatkan seorang daie ini dikalangan orang2 yg beriman. Berbahagialah dikau disana..

Disini ana sertakan bukti dari Ikhwanul Muslimin Jordan

Bagi yang tak mampu untuk memahami berita ini, kalian bolehla menggunakan encik google sebagai pembantu dan klik pada translate. Selepas itu copy paste dan terjemahkan arab ke english. Senang fahamkan?



وفاة رئيس جبهة العمل الاسلامي اللبناني فتحي يكن عن عمر 76 عاماالرئيسية - العالم من حولنا
13 - حزيران - 2009 الساعة ( 12:31 م )


وفي رئيس جبهة العمل الاسلامي الداعية والنائب اللبناني السابق فتحي يكن عن عمر 76 عاما بعد صراع مع المرض.
وولد الداعية الدكتور فتحي يكن عام 1933 في مدينة طرابلس في شمال لبنان ويعتبر من اهم رجالات الحركة الاسلامية اللبنانية وفي العالم الاسلامي وهو مؤسس الحركة الاسلامية في لبنان في الخمسينات من القرن الماضي.
وكانت له مساهمة اساسية في تأصيل فكر الحركة الاسلامية في العالم العربي.
وللدكتور يكن سلسلة من المؤلفات من بينها "ماذا يعني انتمائي للاسلام" و "مشكلات الدعوة والداعية " و "ابجديات التصور الحركي للعمل الاسلامي" وقد ترجم عدد من هذه المؤلفات وغيرها الى لغات اجنبية.
وخاض الداعية يكن الانتخابات النيابية عام 1992 وفاز عن المقعد السني في طرابلس العام 1992 وهو مشارك في المؤتمرات الاسلامية العالمية.
واتسمت مواقفه داخل لب
نان بالوطنية اذ كان من دعاة الوحدة وتجنيب الفتنة بين اللبنانيين وخصوصا بين قوى الاكثرية والاقلية.


03 November, 2008

Perihal minggu ini

Saya tidak bersemangat untuk menulis..biarlah gambar sahaja menggambarkan perasaan ini..







Perginya seorang datuk menghadap Illahi pada 22 Oktober 2008 pada pukul 6 pagi. Al-Fatihah..semoga beliau tergolong dalam golongan orang - orang yang beriman. Ameen..








Ini adalah hasil kerja saya semasa presentation business 31/10/2008..


bergambar sebelum menunggu Mr Adli

Semalam, saya ke seremban. Selepas habis aktiviti KEMAS, saya terus berjalan-jalan sekitar Seremban Prade dan Terminal One. Sungguh menyedihkan. Apa yang saya kesal sangat adalah suatu program ICT di Seremban Prade diadakan. Memang bagus dia buat kununnya kesedaran ICT tapi dalam masa yang sama, mereka mengadakan suatu competition ala – ala geng skinhead, grunge dan sebagainya. Sakitnya hati dengan keadaan hingar bingar sebegitu. Saya lihat semuanya di kalangan orang Melayu sahaja. Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Penuh dengan hiburan semata sehingga membuatkan manusia hanyut dengan arus kemodenan. Salah siapakah mereka ini?

Selepas mencari apa yang patut, saya cuba memekakkan telinga, mengelak daripada melihat dan terus keluar daripada tempat syaitan itu. Kemudian destinasi saya dan kawan-kawan ke Terminal One. Aduih..bertambah benak hati ini. Bingitnya bukan main. Singing Competition plak dah. Bersorak ntah pape je. Fikiran saya hanya untuk mencari baju untuk special kenduri je. Susahnya nak cari baju gold. Merata tempat saya redah. Semuanya tidak memuaskan hati. Sakit mata melihat manusia yang pelbagai ragam. Saya berpecah dengan kawan – kawan kerana tidak mahu membazirkan masa. Selepas solat asar, saya terus beritahu kawan, saya akan tunggu di komuter sahaja. Apabila dapat keluar sahaja daripada shopping complex tu, bagaikan keluar daripada zaman kegelapan je.

Sementara menunggu di komuter, saya belikan tiket untuk kawan-kawan. Dengan tidak sengajanya terserempak geng- geng ukhwah.com. Alhamdulillah saya terus mendapatkan mereka. Rindunya sudah lama tidak berjumpa. Lalu menceritakan perihal masing – masing sehinggalah sampai di KTM Nilai. Beratnya rasa berpisah dengan kak wani dan kak atikah. Semoga kita ketemu lagi. Indahnya ukhwah apabila segala – galanya kerana Allah. Turun di stesen bersama kawan – kawan. Kawan – kawan ingin menyinggah lagi di Mydin. Hari makin senja. Jadi, saya mintak diri untuk pulang dulu. Alhamdulillah sesampainya saya di hostel, saya dapat solat maghrib di awal waktu. Kemudian isi perut sedikit dan buat sedikit revision dan terus tidur.

Ya Allah, aku masih lagi berfikir tentang penyakit manusia..............adus..sakitnya hatiku..............!!

02 June, 2008

Ajal maut tidak menunggu sesiapa



Setiap yang hidup itu pasti akan mati. Ajal maut itu berada di tangan Allah dan tidak menunggu sesiapa. Bila ajal seseorang telah sampai, tidak akan terawal atau terlambat sedikit pun malaikat untuk datang mencabut nyawa..walau seminit..sesaaat..atau sedetik. Apabila ajal seseorang telah sampai, mungkin kita sendiri tidak menyangka secepat itu seseorang itu pergi meninggalkan kita.Kita juga terkadang tidak menyangka saudara mara kita sendiri yang pergi meninggalkan kita.

Jadi, bagi sahabat sahabiah yang saudara-maranya yang telah dijemput oleh Allah dalam masa terdekat ini, harap dapat bersabar dengan ujian yang menimpa. Kita semua adalah pinjaman Allah. Setiap yang diberikan kepada kita itu adalah bersifat sementara. Selagi kalian masih memupunyai ibu dan ayah, berbaktilah kepada mereka selagi mana mereka masih hidup. Jangan apabila mereka dijemput Allah, barulah kita hendak tangisi dosa-dosa yang telah kita lakukan kepada mereka..

Marilah kita sedekahkan bacaan al-Fatihah dan Yaasin kepada saudara seIslam kita yang telah dulu dijemput Allah..Moga roh mereka dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang - orang yang beriman..ameen..

Ku ucapkan takziah buat sahabatku, Atikah Mohd (mami) dan sekeluarga atas pemergian bondanya akibat ketumbuhan dalam perut pada malam tadi sekitar jam 8 malam. Semoga pemergian allahyarhamah tidak melumpuhkan semangatmu wahai sahabatku..

dan juga..

buat ukhti raihan yang baru sahaja bertunang pada 31 Mei 2008, takziah buat ukhti sekeluarga atas pemergian abangmu pada pagi tadi..asif jiddan sebab tak dapat nak meraikan hari pertunanganmu dan juga pengebumian abangmu..asif..

semoga kita sentiasa mendoakan saudara seIslam kita supaya sentiasa dinaungi rahmat Allah..insyaAllah..