Setiap yang hidup itu pasti akan mati. Ajal maut itu berada di tangan Allah dan tidak menunggu sesiapa. Bila ajal seseorang telah sampai, tidak akan terawal atau terlambat sedikit pun malaikat untuk datang mencabut nyawa..walau seminit..sesaaat..atau sedetik. Apabila ajal seseorang telah sampai, mungkin kita sendiri tidak menyangka secepat itu seseorang itu pergi meninggalkan kita.Kita juga terkadang tidak menyangka saudara mara kita sendiri yang pergi meninggalkan kita.
Jadi, bagi sahabat sahabiah yang saudara-maranya yang telah dijemput oleh Allah dalam masa terdekat ini, harap dapat bersabar dengan ujian yang menimpa. Kita semua adalah pinjaman Allah. Setiap yang diberikan kepada kita itu adalah bersifat sementara. Selagi kalian masih memupunyai ibu dan ayah, berbaktilah kepada mereka selagi mana mereka masih hidup. Jangan apabila mereka dijemput Allah, barulah kita hendak tangisi dosa-dosa yang telah kita lakukan kepada mereka..
Marilah kita sedekahkan bacaan al-Fatihah dan Yaasin kepada saudara seIslam kita yang telah dulu dijemput Allah..Moga roh mereka dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang - orang yang beriman..ameen..
Ku ucapkan takziah buat sahabatku, Atikah Mohd (mami) dan sekeluarga atas pemergian bondanya akibat ketumbuhan dalam perut pada malam tadi sekitar jam 8 malam. Semoga pemergian allahyarhamah tidak melumpuhkan semangatmu wahai sahabatku..
dan juga..
buat ukhti raihan yang baru sahaja bertunang pada 31 Mei 2008, takziah buat ukhti sekeluarga atas pemergian abangmu pada pagi tadi..asif jiddan sebab tak dapat nak meraikan hari pertunanganmu dan juga pengebumian abangmu..asif..
semoga kita sentiasa mendoakan saudara seIslam kita supaya sentiasa dinaungi rahmat Allah..insyaAllah..
0 comments:
Post a Comment