13 December, 2008

Perjuangan Belum Selesai




InsyaAllah esok pagi aku akan keluar untuk berjuang. Berjuang di mana? owh..itu rahsia coz bende tu x perlu kot untuk bagitau. Apapun doakan semoga daku selamat pergi dan pulang. Ya Allah, aku pergi keranaMu dan aku pulang jua keranaMu. Selamatkanlah aku sewaktu, semasa dan selepas perjuangan ini demi mencari keredhaanMu.


Apakah itu berjuang?


Berjuang ialah melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh - sungguh untuk mencapai kecemerlangan menurut syariat Islam.


Perjuangan memerlukan pengorbanan dalam bentuk harta, masa, tenaga dan jiwa. Perjuangan juga memerlukan kesungguhan dan kemampuan yang maksimum bagi mencapai sesuatu matlamat. Islam menggariskan bahawa matlamat akhir sesuatu perjuangan lillahi Taala.



وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

(69) Al-Ankabuut

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.


Jenis - jenis Perjuangan



  • Agama - untuk mendaulatkan syariat Islam dalam semua aspek kehidupan.


  • Ekonomi - untuk meningkatkan taraf ekonomi umat Islam di seluruh dunia.


  • Pendidikan - untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, maju dan berdaya saing.


  • Siasah@politik - untuk menjamin kedaulatan pemerintahan Islam.


  • Sosial - untuk menegakkan keadilan sosial melalui amar makruf dan nahi mungkar.


  • Melawan hawa nafsu - pra-syarat kepada perjuangan yang lain.

Jadi, yang mana satukah perjuangan anda?


Contoh yang paling senang dalam perjuangan adalah Rasulullah dan para sahabat.


Apakah contoh perjuangan baginda dan para sahabat?


Perjuangan Rasulullah SAW


  • Gigih berdakwah walaupun dilontar dengan batu di Thaif


  • Sabar walaupun dituduh ahli sihir dan gila ketika berdakwah di Makkah


  • Mempunyai perancangan dan strategi yang kemas dalam peristiwa hijrah ke Madinah


  • Tabah menghadapi fitnah dalam peristiwa Hadisul Ifki


  • Berperang mempertahankan Islam dalam perang Badar, Uhud, Khandak dan sebagainya.

Perjuangan Para Sahabat


  • Keberanian Saidina Ali Karamallaha Wajha sanggup tidur di katil Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah


  • Kesediaan Abu Bakar menemani Rasulullah SAW ketika peristiwa hijrah


  • Kesanggupan Khadijah memberi sumbangan kewangan dalam membantu dakwah Rasulullah SAW di Makkah


  • Pengorbanan harta untuk Perak Tabuk oleh para sahabat seperti Saidina Umar, Abdul Rahman bin Auf, Uthman bin Affan dan lain - lain lagi.

Konklusinya, sentiasalah sanggup menghadapi sebarang risiko dan cabaran kerana ganjaran Allah itu pasti untuk hamba-hambaNya yang berkorban mencari keredhaanNya. Dan jangan lupa untuk meletakkan kepentingan agama lebih daripada kepentingan peribadi. Wallahualam.

Jika takut akan risiko, jangan bicara soal perjuangan



0 comments:

Post a Comment