31 July, 2012

Halwa telinga

Ada seorang gadis
Termenung di jendela
Memikirkan nasibnya
Yang telah ternoda
Terpinggir terhina
Kerna dosa-dosa silamnya

Ibunya telah tiada
Begitu juga ayahnya
Mengharungi dunia
Tanpa pedoman di jiwa
Keliru hatinya
Antara syurga dan neraka

Pada siapa
Harus dipinta
Secebis rasa seulit mesra
Di akhir noktah
Usia dirinya
Yang akan berhenti jua

Deraian air mata
Menangisi dosanya
Rebah dia mengharap
Keampunan Tuhannya
Serta ketenangan
Mengharungi dunia yang fana

Umurnya masih muda remaja
Tetapi terleka kerana
Nafsu yang mengaburinya
Namun Tuhannya masih 
cintakan dirinya
Walaupun dosanya
Selautan dunia

Mengapa perlu berasa
Berjauhan dari Yang Esa
Sedangkan Allah sentiasa
Merahmati hamba-Nya
Yang sering terlupa
Leka dan alpa terhadap-Nya

Harapannya subur kembali
Bukti kasih Ilahi
Syukur dia ditemukan
Jalan kebahagiaan
Mengukir ceria
Membenam segala
Kecewa.....









banyak kali ulang lagu ni bleh meleleh air mata bak air terjun kang~

so enjoyla ek. walaupun lagu ni lama sangat dah. tp mengingatkan aku kepada suatu perkara.

berminat nak dengar? boleh2. download disini ye 

SEORANG GADIS-NOWSEEHEART

layan~

07 July, 2012

Contengan hujung minggu

Bismillahi wa'ala rasulillah..

Alhamdulillah semalam sudah selesai 1 tanggungjawab sebagai practical student. Alhamdulillah segala - galanya berjalan dengan lancar walaupun penuh dengan suka duka. Hari ni hari pertama saya bercuti dan saya hanya punya seminggu sahaja untuk teruskan bercuti. Ok. Dah planning nak jumpe member2, jalan penang, ziarah rumah2 wanted dan sebagainya. Tak lupe jugak my final report contain 20 marks utk disiapkan. Hari ni dah buat check up. Semalam dah settle interview. 'Ala kulli hal, insyaAllah saya akan mula bekerja sebagai staf pada 16 Julai ini. Ini bermakna ada 9 hari lagi ok?

Saya tak pernah pun terpikir yang saya akan sambung untuk bekerja di KPJ Johor Specialist Hospital. tapi setelah istikharah dibuat, dapatkan pandangan staf, famili dan kawan2. Akhirnya saya mendapat petunjuk. Walaupun ada orang fikir tak perlu untuk saya sambung disitu, saya rasa ada hikmahnya Allah campakkan saya disitu walaupun hanya saya seorang sahaja beperwatakan begini. 

Saya mohon perlindungan dari Allah atas segala kejahatan, hasad dengki manusia ke atas saya. Walaupun ramai staf seperti mengalu-alukan kedatangan saya, tak kurang juga yang seolah - olah tidak mempedulikan. Biasalah. Lain orang lain pendapatnya. Tapi tak salahkan kalau kita meraikan mereka. Jadi muslim sejati. Tunjuk yang kita ni ada jati diri, berpegang kepada prinsip Islam. InsyaAllah pasti ramai orang akan datang untuk berkawan kita,

Saya berpegang kepada kata - kata yang famous disebut - sebut

Jadilah seperti benih, dilempar ke laut menjadi pulau, dilempar ke tanah menjadi hutan. Sentiasa bermanfaat walau di mana dicampakkan.

Benar. Jika kita mempunyai prinsip, pasti ramai yang akan menghargai kita. Malah menjadikan kita sebagai idola dan tempat rujukan. Saya bukanlah nak mengatakan bahawa saya ini seorang yang baik. Saya pun setiap hari berusaha dan mujahadah untuk melakukan kebaikan. Walaupun berat, kene paksa diri juga. Alhamdulillah, segala - galanya datang dari Allah. Indahnya Islam itu bukanlah terletak pada pakaian, tetapi bagaimana kita melaksanakan Islam itu sendiri dalam hidup kita. Kan Islam is the way of life? 

Eh. Macam lari tajuk je nak cerita. Takpelah. Selit - selit je :p

Saya rasa masih ada beberapa perkara yang saya perlu selesaikan disamping meneruskan usaha dakwah terutama beberapa mad'u yang telah dipegang. Doakan saya ye. Saya bukanlah yang terbaik pun tapi saya juga berusaha untuk jadi baik. Takkan nak jadi baik sorang - sorang kan? Mesti kita sayang kawan kita nak ajak jadi baik juga kan? Itulah antara perkara2 indah yang tak boleh nak tinggal sebab rasa macam tak cukup lagi 'lempar benih' kat sana. Hehe.

Doakan saya ye walaupun berpisah berbatu - batu dengan keluarga, moga Allah sentiasa rahmati dan berkati hidup saya walau dimana saya berada. Ummi & Abi dah redha saya tinggal jauh. Lagi mudahlah kalau redha kedua ibu bapa sentiasa mengiringi kan? (^_~)

Ahaa..seminggu sebelum saya habiskan praktikal, punyalah excited ke walimah sahabat saya, Fatimatul. Dia ni sahabat karib saya tau. Kami berkawan sejak sekolah menengah lagi. Kemudian masuk tamhidi (asasi) sama - sama. Pastu sambung degree pun sama - sama cumanya dia teruskan accounting, saya tak mampu nak teruskan accounting, keluar amik corporate admin.

Kami ni rapat sangat - sangat. Masa sekolah dulu ada kawan cakap kitorang ni macam belangkas. 2 tahun (Form 4 & Form 5) dalam kelaas duduk sebelah - sebelah. Saya tak berapa pandai account. Dia selalu tolong saya untuk subjek akaun sebab dia the best student utk akaun dalam kelas kami. Saya pula banyak kepada b.arab. Dia guru akaun saya. Saya guru b.arab dia. Kami saling melengkapi. Kalau difikir - fikirkan, terlalu cepat masa berlalu. Rasa terlalu awal dia pergi meninggalkan status bujangnya. 

Masa akad nikah, saya terasa teruja dan sedih. Bukan taknak bagi dia kawen tapi saya rasa cepatnya dia pergi tinggalkan saya. Saya tak puas lagi bersahabat dengan dia T_T Rasa macam kebahagiaan saya dirampas. Ok penah ada rasa macam tu pun. Tapi lumrahlah manusia hidup berumahtangga. Takpelah. Didoakan semoga rumahtangga Fatimah dan Sahril berkekalan, penuh dengan mawaddah, sakinah dan rahmah. 

Ana uhibukki fillah daiman abadan abada. Terima kasih kerana telah menjadi sahabat saya. Teman di kala susah dan senang. Bergaduh, bermanja, nangis sama - sama. Takkan lupa semua peristiwa itu. Eh sebelum terlupa. Ada kisah menarik ni. Dulu masa zaman sekolah, selalu ada malam muhasabah dan malam di ambang peperiksaan. So mesti semua akan saling bermaafan. Dengar lagu sayu - sayu je kat surau Al-Falah tu. Kalau orang lain salam, saya ok je tapi kalau datang je kat sahabat saya ni, entah halilintar apa pasti kami berdua akan nangis sama - sama. Paling sayu sekali masa form 5 la. Memang sedih habisla. Nak menulis ni pun dah rasa sedih dah. Indahnya kenangan berukhwah (^_~)

reunion ex-smkant


sahril & fatimah

barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair =)

Ramai sahabat saya yang dah berkahwin. Mungkin jodoh mereka sudah sampai untuk memegang tanggungjawab dan amanah yang besar. Kalau tanya saya, mestilah belum lagi. Banyak perkara lain yang perlu saya aulakan dulu. Membina kerjaya dan bantu keluarga. Anak sulung kan. Jadi, tanggungjawabnya banyak.

Saya baru nak membina kerjaya di Johor. Doakan saya tau. Jauh ni daripada ummi dan abi. InsyaAllah impian saya selepas 2 tahun bekerja, nak sambung belajar dan masa tu saya rasa dah sesuai kot dah nak kawen. Ini perancangan saya. Tapi kalau kata jodoh saya bertandang lebih awal daripada perancangan, alhamdulillah. Sebab saya yakin bahawa perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Dia Maha Mengetahui kelebihan dan kelemahan hambaNya. 

Eh, doakan saya ye. Banyak betul impian saya ni yang nak direalisasikan. Kene ada aim tau dalam hidup. Jangan jadi lalang. Ikut je dunia ni berputar. Jangan. Jangan. Jangan. Okla. Cukuplah setakat ni saja. Saya doakan semoga hidup anda semua diberkati Allah. 

Sebelum terlupa, saya baru achieve untuk 60% markah semester ini. Ada lagi 40% untuk dikejar. Final report dan presentation. Alhamdulillah saya dah dapat tarikh untuk presentation iaitu 23 Julai ini. InsyaAllah akan berada di Nilai pada hari tersebut. Biiznillah. Doakan ye. Saya nak grade with flying colours!~ 

Moga Allah tak putus - putus mencurahkan rezeki ke atas saya dan keluarga. Begitu juga anda!

Nah, saya berikan sebagai hadiah tanda ingatan saya buat sahabat - sahabat yang masih single :)



Barakallahu fikum =)

17 June, 2012

Duniaku masih belum aman

Alhamdulillah. Di kesempatan yang ada ni. moleklah kiranya kalau dapat menulis dengan bahagia tanpa gangguan. Hehe.

Entry yang lepas ada disebut tentang seorang kawan. Nak sambung lagi ni tapi dari sudut analisa.Stay tuned k!~

Disebabkan keakraban kami, maka terjadilah adegan lari dari rumah. Ops. Silap. Keluar rumah berjalan - jalan sama teman - teman. Itupun selepas habis waktu kerja hari sabtu. So boleh bayang tak kitorang habis keje pukul 1230 dan kemudian makan2 kt plaza angsana. Memula berdua je. Pastu jadi bertiga. Tambah sorang lagi masuk geng. Hehe.

Inilah kali pertama kami keluar jalan - jalan. Nak dijadikan cerita masa tu tengah hot cerita Jalan Kembali: Bohsia yang siri 2 punye, so apelagi teman aku yang seorang ni memujuk, merayu - rayu supaya kami dapat teman dia tengok citer tu. No hal la masa tu disebabkan aku pun nak tahu sangat apalah yang best sangat kan sampai dah keluar yang siri 2 punye. Lagi satu nak tau jugaklah hebat sangat ke citer tu. Lagi plak ada tulis jalan kembali. Konon versi taubat la ni.

Jadi, kami pun memutuskan untuk sambung melepak - lepak di Jusco Tebrau. Jalan sakan aku. Hanya kerana nak tengok citer tu. Baik tengok citer snow white kan. Sampai skang tertungu2 nak tengok citer Despicable Me 2. Entah bilalah nak keluar. Selalunya aku tengok wayang citer kartun je ok. Jarang - jarang nak tengok citer melayu sebab citer melayu selalu menghampehkan my expectation. Still xberubah. Jalan citer still sama. Ni komen and pendapat aku. Tak suke, no hal!~



Disebabkan mereka - mereka ini excited nak tengok, aku pun amik posisi paling tengah. Sambil tu sempat mengushar keramaian orang yang datang. Daripada kanak - kanak, sampailah wanita berbadan dua. Ish..ish..ish..wanita berbadan dua tak elok ye pergi panggung. Tambah2 kalau tengok citer tak pekdah. Terbantut tumbesaran anak dalam tu. Hehe.

Nak dijadikan cerita aku tengoklah dengan asyiknya sampai habis. Seperti yang aku telah kata sebelum ni, citer melayu memang menghampehkan. My expectation dah jatuh merudum. Rasa nak menjerit cakap, 'tak suke citer ni! X best!'. Tapi hairan bila tengok ada anak muda yang menepuk tangan beramai - ramai tanda sokongan kepada filem ini. Maka secara automatiknya, mereka bersetuju dengan filem ini. Bila citer tu buat lawak, aku tak gelak pun. Keras beku je dalam tu. Sebab kalau dah citer tu tak best, tetap tak best. Tak lawak bagi aku.

Sambung cerita..

Kat cni aku nak bagi sedikit ulasan la daripada citer yang aku tengok. Tak kesahla ada orang nak marah ke apeke. This is my territory and my opinion is my responsibility. Nak terima boleh. Taknak terima pun boleh. Pendapat masing - masing je kan? Tak salah untuk memberikan pendapat .

Walaupun filem ni dah kutip 1 juta dalam masa sehari, aku rasa sedikit berdosa juga sebab pergi tengok citer  tu. Tapi aku rasakan cerita ni banyak kepada negative side berbanding perkara - perkara baik (taubat, insaf n etc).

Berbalik kepada filem ini, ada beberapa part yang tidak best dilihat terutama masa pergaduhan berlaku di pusat pemulihan. Adegan tersebut terlalu zalim untuk ditonton. Perlukah penonton plus anak muda melihat keadaaan seorang ahli pusat pemulihan dilondehkan seluarnya dan dijolok dengan berus toilet gara - gara dendam. Mungkin ia benar terjadi dan berlaku di pusat pemulihan tetapi tidak perlulah menunjukkan perkara - perkara yang zalim begitu sekali.

Ada lagi banyak babak2 yang mengetengahkan lucah dalam lakonan mereka. Apa yang tersimpan di sebalik baju dan seluar, tak perlulah diberitahu orang ramai. Ini aspek nilai. Walaupun pihak pengarah cuba memberikan lakonan tersebut sepertimana keadaan anak remaja yang sedang rosak akhlaknya, ia tetap salah. Lapisan penonton bukan hanya pada remaja, tetapi juga kanak - kanak akan turut melihat. Beginikah legasi akan datang yang akan memimpin sekiranya pengaruh hedonisme terus meluas? Apakah kalian tidak takut bahawa musibah / bencana itu diberikan kepada kita lantaran kedegilan kita yang tidak sudah?

Aku rasa tak perlu nak cerita sangat tentang itu semua sebab aku pun mual melihat hedonisme masyarakat kita sekarang. Aku tahu ramai menyokong filem ini kerana pelakonnya yang pandai berlakon terutama 'Keting' yang menyebabkan aku benci melihat lelaki seperti itu.

Masyarakat kita sekarang dahagakan ilmu bukannya dahagakan hiburan hedonisme. Filem ini tidak membina peribadi masyarakat malah menjatuhkan masyarakat ke lembah yang hina. Tak salah nak jadikan sebagai hiburan tapi berpadalah. Hiburan melampau ni boleh merosakkan diri malah membuatkan hati kita jadi kosong. Cukuplah hati menjadi keras. Janganlah dicemari lagi hati kita dengan perkara - perkara tidak baik.

Sungguh. Pulang daripada tengok cerita tu. Tak sedar rupenye air mataku mengalir. Sedih. Sedih sangat melihat keadaan anak muda sekarang yang jauh kian tersasar. Hilang arah tuju. Hanya berseronok sahaja. Lupe pada Tuhan yang menciptakan. Zaman ini memang zaman fitnah. Ke mana - mana sahaja fitnah berlaku.

Bertambah sedih lagi kerana aku telah meberikan saham kepada pengarah berkenaan. Sahamku melihat dan menonton filem tersebut.

Cukuplah filem sebelum ini seperti 'Aku Masih Dara'. Betul - betul merosakkan akhlak anak muda. Orang Islam tapi perangainya tidak Islam. Hanya di kad pengenalan sahaja tertera perkataan Islam. Oh sungguh sedih sekali.

Seolah - olah anak muda sekarang tidak bertuhan. Hidupnya ditentukan oleh arus. Hilang arah pedoman. Hiburan dan terus hiburan. Terlupa pada alam hakiki yang bakal menentu.

Wahai anak muda,
hidup ini bukan untuk dibazirkan
pinjaman yang sementara ini
adalah buat kita
menjadi khalifatullahu fil 'ardh

Allah tidak mencipta kita dengan sia - sia
tapi gunalah nikmat yang ada
sebaiknya
pahala dan dosa
pilihlah mahu yang mana

syurga neraka telah lama disediakan
peringatan tidak henti - henti diberitakan
mahukah kita menjadi hamba yang dusta
terus menerus dengan dosa?

duhai sahabat
kembalilah ke jalan yang benar
perhebatkanlah diri
menjadi Muslim sejati
yang sentiasa cinta pada Tuhannya
juga pada Rasulnya

usia yang tersisa
ambillah waktu mengenaliNya
supaya pengakhiran kita
disudahi dengan husnul khatimah
bukannye su'ul khatimah

Ya Allah, tsabbit qulubana 'ala dinik, wa'ala tho'atik, wa'ala jihadik fisabilik

Ambillah ibrah (pengajaran) atas apa yang telah berlaku. Malaysia tanah tumpah darahku sudah tidak aman. Penuh dengan tipu daya dunia. Penuh maksiat. Zina merata - rata. Bayi ang tidak berdosa dihukum seolah - seolah bayi itu yang berdosa. Rahsuah tidak mengenal manusia. Hiburan tidak henti - henti. Arak dikatakan ibu yang bermaharajalela. Berbagai - bagai jenayah yang menjadi racun dunia. Sedarkah kalian negara kita sudah tidak aman? Berfikirlah demi kemaslahatan agama kita.

Anda boleh mengubahnya. Moga Allah mengampuni dosa - dosa kita. Allah yubarik fikum.

Wallahu'alam.


-Tiada ketaatan dalam maksiat-





Indahnya hidup bersyariat

Bismillah..

Maha Suci Allah yang telah membangkitkan kita sehari lagi pada hari ini. Alhamdulillah.

Sekarang saya sudah hampir tamat ke garisan penamat bagi semester terakhir saya (Sem 8) sebelum bergelar graduan USIM. Hanya tinggal 3 minggu lagi untuk menghabiskan sisa - sisa terakhir di bumi Johor yang penuh barakah.

Pejam celik. Pejam celik. Rupenye final year. Rasa nak flashback balik semua kenangan yang dilalui. Teringat masa mula - mula lapor diri dekat KPJ. Kekok pun ada. Yelah. Kat tempat baru. Tak kenal sape2. Dah pulak sorang2 je kat Johor yang permai ni. Memang lawak kalo nak diingat. First time jumpa bos, nama bos pun tak tahu. Nampak sangat tak kaji dulu sebelum datang. Bos masih muda. Still single. Bos memang meletakkan expectation tinggi dekat staf dia terutama practical student. Sebabnye practical student ni kan sume high level education. Belajar tinggi2. Ilmu tu mestilah lebih dari staf biasa masuk pakai spm je. Oh. Takde niat eh nak merendahkan sesiapa. Bagi aku, experience is the best teacher. Tak kisahlah level education tu tahap mana sekalipun. Tapi keep on learning la.

Masa memula masuk, memang macam - macam yang ditanya. Daripada nama sampailah ke tempat belajar. Rasa terhibur pun ada bila dapat berkongsi pengalaman kita di kampus dengan staf di sana. Nak mengenali manusia tu bukan dalam masa sehari tapi berhari2 atau mungkin berbulan2. Orang yang bercinta bertahun - tahun pun belum tentu dapat memahami antara satu sama lain. Apentah lagi orang yang baru nak mengenali alam pekerjaan. Aiwah!~

Dekat KPJ ni, sempatlah mengenali seseorang. Masa kat sinilah kenal seorang kawan. Tu pun setelah beberapa minggu dapat menyesuaikan diri di sana. Walaupun kami tidaklah sebaya. Tapi kami serasi bersama.Tak pernah tahu latar belakang hidupnya sehinggalah dia menceritakan segala - galanya. Mula - mula tak percaya juga. Dengar jelah kisah hidup dia.

Dia pun pandai korek rahsia aku. Tanya macam - macam. Sampai penah tergelak sakan bila dia penah tanya,

'Macam mana ye orang macam Adah ni bercinta? Teringin sangat nak tahu'

Comel kan soalan camtu.

Dia selalu cakap dunia kami berbeza. Kawan berbeza. Cara berpakaian berbeza. Pandangan pun berbeza. Tapi, kami serasi =)

Aku bersyukur punya kawan sebegitu. Tak pernah sedikit pun nak ungkit atau nak usir dia dari hidup aku walaupun kami berbeza.

Baru - baru ni penah dia cakap,

'Adah tau tak, kalau akak tak kawan dengan Adah, akak mesti takde kawan macam Adah.'

Aku tersenyum.

Bila pikir - pikir balik, mungkin dia memang rasa camtu. Tak pernah berkawan dengan orang macam aku. Aku bukannye baik sangat pun tapi bagi dia, di matanya sume baik - baik walaupun tahu aku ni jenis gila - gila remaja jugak. Hehe :p

Gila - gila remaja, takpe! Janji syar'ie!

Bagi aku, ini bukanlah kali pertama aku berkawan dengan orang sepertinya. Manusia ada berbagai - bagai jenis manusia. Mungkin dia anggap kawan aku semua yang baik - baik sahaja. Eh, silap tau. Tapi yang paling rapat, awaklah orangnye!~

Walaupun tahu dia selalu cerita pasal aku dekat famili dia. Aku senyum je. Berdoa semoga keikhlasan ukhwah ini sentiasa diberikan ganjaran oleh Allah.

Aku tak kawan dengan dia sebab cantik. Aku tak kawan dengan dia sebab dia bergaya. Aku tak kawan ngan dia sebab dia kurus. Ops!~ hehe. Aku kawan dengan dia kerana Allah.

Allah menitipkan perasaan kasih dan sayang terhadap saudaranya. Kalau sudah Allah mencampakkan perasaan itu, hargailah nilai ukhwah yang ada. Mungkin hari ini dia tersungkur, memohon pertolongan dari aku. Mana tahu suatu hari nanti, aku pula yang tesungkur meminta bantuan dan sokongan darinya? Who knows?

Hidup ini memang untuk memberi. Bukan untuk menerima. Bagaimana untuk menerima kalau kita tidak memberi? Seteruk mana pun dia, dia tetap kawan aku dunia akhirat. Tak perlu diucap dengan kata - kata. Cukuplah hanya doa dititipkan buatnye semoga dia istiqamah.

Sejak mula masuk di KPJ, melihat, memerhati orang sekeliling, aku niatkan dalam diri.. mereka ini mad'u ku dan inilah lapangan dan medan dakwah yang aku harus tempuhi.

Bermuhasabah sejauh mana dakwah yang telah ku usahakan walaupun tak mampu menarik semua sekali untuk kembali padaNya. Tapi cukuplah aku masih berusaha supaya tidak melepaskan 'mereka - mereka' yang ada di genggaman. Moga Allah meredhaiku dalam setiap perjalanan dakwah ini.

Macam - macam perasaan ada. Suka. Duka. Ketawa. Menangis. hehe. Tak nak cerita la yang sedih tu. Redha jelah ape yang berlaku. Tak perlu nak memusuhi dan tak perlu untuk dimusuhi. People do mistakes. Dah nak buat macam mana. Takde yang sempurna (^_~)

Pernah ada sorang staf duduk dekat2 n cakap,

'Adah, kita nak pakaila tudung macam Adah. Labuh melepasi bahu. Kekadang rasa insaf jugak. Kita tengok Adah pakai kemas je. Kita pakai gelembung - gelembung. Sebab tu tak pakai'

Aku sengeh je. Comel kot. Lalu aku pun bagilah tips2 sikit. Hidup ni kan kene memberi =)

Pernah jugak ada sorang staf Chinese lady tegur,

'Kenapa ye you pakai tudung labuh2 camni. Selalu I tengok orang pakai camni orang tua je. I dah lama nak tanya you masa memula you masuk'.

Lucu kan soalan dia. Aku pun explain la. Sepanjang aku duduk di KPJ. Inilah kali pertama staf tegur macam tu. Yang paling penting itu chinese tau. Bukan melayu. Orang melayu lain tak berani nak komen or tanya bende2 camtu direct dekat aku. Maybe takut aku sound agaknye. Hehe.

Tapi kawan aku yang aku citer kat atas tu. Dia cuba la nak jaga aurat dia. Dia pulak yang kene sound dengan staf2 lain kononnye pelikla apela. Keep strong my dear. Hidup ni bukan untuk kita dengar celaan orang. Apelah sangat kutukan manusia tu daripada kutukan Allah. Selagi mana Allah meredhai kita, teruskanlah dengan prinsip hidup kita. Berpegang dengan Al - Quran dan Sunnah.

Macam - macam kan. Itulah cabaran dalam dunia yang biahnye bukanlah Islamik walaupun diterajui oleh orang - orang Islam. Yang penting, kita jadilah seperti benih yang memberi hasil. Walau dicampak ke mana pun, mampu memberikan hasil dan manfaat kepada orang lain.

Entry ni bukanlah untuk berlagak atau seumpama dengannya. Tapi just nak share kehidupan seorang muslimah yang dulunya hidup dalam biah solehah di sekolah dan kampus, kemudiannya berada di dunia yang berbeza dari dunianya yang asal.

Mungkin akan ada persoalan seperti,

'Mesti culture shock kan?'

'Tak rasa pelik ke lain dari yang lain?'

dan mungkin macam - macam soalan lagi orang akan tanya.


Hasbuna Allah wa nikmal wakil, nikmal maula wanikma an-nasir

Cukuplah Allah bagiku. Islam itu sudah syumul. Meliputi seluruh kehidupan kita. Bukan hanya pada ibadah semata - mata. Kalau meletakkan keredhaan Allah di hadapan, pasti kita akan usir segala kata - kata yang tidak baik dari manusia.

To be honest, yang menguatkan kita itu adalah Allah. Campaklah ke mana - mana sekalipun. Andai Allah sentiasa di hati, kita pasti boleh melakukannya. Janji kita ada prinsip yang syar'ie. Bergaul dengan sesiapa sahaja tapi masih ada limit.

Indahnya hidup bersyariat. Bunyi macam tajuk buku dah. Tapi itulah hakikatnya. Bukannya kita mengejar dunia semata - mata tapi kita turut mengejar akhirat. Biarkan apa orang kata. Asalkan kita tidak terus menerus buat dosa yang sama.

Sampaikanlah walau satu ayat. Itu pesan Nabi. Mudah kan? Selamat beramal =)

12 May, 2012

contengan muhasabah

uhuk..uhuk..berhabuk..fuh..fuh..terbang2 habuknya :p

suram betul blog ni..sesuram hati tuannya..

asal nak update je, mesti feeling terganggu.

tak mampu nak share T_T

saje jalan2 selak2 entry lama..

macam tak percaya, betul ke suatu masa dulu aku penah tulih camni..

tapi kenapa sekarang aku x mampu nak menulih macam dulu..?

hmm..entahla..

ok..cipta alasan lg (-_-)!

btw, tak tau nak kongsi ape. yg pasti my heart hurting me so much..

dengar lagu maher zain yg latest ni pn best jgk..

byk motivasi..byk ingtkn somebody yg penah msk dlm sejarah hidup aku..

owh..x best lgsg hidup aku~

kekadang terpikir kenapa la diorg tu boleh join dlm sejarah hidup aku hingga menyebabkan x best

oh..Tuhan nak aku belajar la..

tapi aku x nak..aku nak bahagia je..

tapi..Tuhan taknak bagi ape yg kte nak.Tuhan nak bagi apa yg kte perlu.

jadinya, Tuhan nak aku belajar erti hidup walaupun kekadang aku rasa macam x best je

it really hurts me until now..sakit.sakit..rawat..rawat..

balut..basuh luka2 kt hati tu..cari ketenangan..

huhuhu..bukan sesuatu yg sgt senang T_T

takes time..

rasa mcm melalut lak post ni..tp aku nk post gak.sekadar luahan yg sedang berkecamuk dalam hati~

dalam lagu maher zain, aku sgt2 tertarik dengar lagu Guide Me All The Way

ada bait kata2 nya buat aku tersentuh

sampaikan menitiskan air mata

Oh Tuhan..banyak betul dosa aku. menggunung tinggi T_T

dari hati aku melalut pikir bende lain, baik aku pikir dosa2 aku ni..

banyak.banyak sgt..

sebab aku sangat2 perlukan Dia setiap masa..

huhu..tersentuh lagi..

saat hidayah menyapa, izinkan aku menyahutnya..

tuntuniku menuju redhaMu..Ya Allah

takut..andai kata amalan ku ibarat debu - debu berterbangan

menjadikan ia sia - sia

rasa macam amalan dah cukup byk..

tapi hanya tinggal debu atas dosa yg terlalu byk..

takut..dan takut..

letih..lemah..hilang arah..

oh Tuhan..saat ini aku lemah dan perlukanMu setiap masa T_T

guide me all the way to ur Jannah

don't let me go astray 'cause I need U


15 April, 2012

Contengan masa terluang

Salam.

Lama benar tak menulis. Bila tengok balik blog ni, last entry adalah masa bulan januari dulu. Kesiannya kat blog ni. Tuan blog tak bagi perhatian rupenye. Ist ist ist..

Sebenarnya banyak je benda nak tulih. Banyak benda nak dikongsikan tapi tak terkongsi2. Mencari masa lapang kononnye~

Buat silent reader, kalau tak tahu lagi sekarang ni alhamdulillah dah lama n sedang berpraktikal di KPJ Johor Specialist Hospital kt finance department. So far so good la =)

Nak dipendekkan cerita macam mana boleh tercampak ke Johor, lyn kejap kronologi kt bwh ni k =)

1. Lebih dari 10 tempat apply untuk internship (Lembaga Tabung Haji, Mydin, KPJ Puteri, KPJ Penang, PSUK Penang, LHDN, Koperasi USM, MATRADE, Julies biscuits, Soon Soon Oilmill di Perai, n ada la beberapa lg x ingt nmnye).

2. Attend 2 interview (matrade di kl & soon soon oilmill di perai). Mungkin xde rezeki. Tapi second interview tu lebih tenang dari 1st time la. That's what we called as an experience.

3. Dah habis final, still belum dapat tempat praktikal sebab banyak yg dah penuh, ada yg just amik related kos je, ada gak yg x reply2 lps dh follow up byk kali. Nak kata fedup tu, dh byk kali fedup tapi teruskan usaha jugakla.

4. At the end, masa tu memang xde nak balik kg la coz tmpt praktikal x settle n duduk jela kt bumi nilai tu mengembara bersama sahabat bercinta (join program sana sini, lepak pun sama2, n sempat la jadi ustazah kelas kafa kejap kan). Rindu sangat solat berjemaah bersama coz masa tula hati kte sama2 terikat kerana Allah =)

5. Apply KPJ Johor Specialist Hospital. Thanks so much to my uncle sebab dah tlg byk sgt utk dpt tmpt kt sn. Walaupun apply kt HR n Public Relation, tapi xdpt. Kire besar rahmat dahla dapat tempat praktikal tau. Syukur.

6. Alhamdulillah ni dah nak masuk bulan kedua di hospital. Benda yang tak pernah dipikir pun nak sampai ke Johor. Banyakla suka duka disini. Banyak belajar erti sabar n salu cuba utk fikir secara positif. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.

Walaupun hidup di tempat baru, bukanlah seperti zaman belajar di USIM, aku redha sebabnye yang meletakkan kte hingga ke hari ini adalah perancangan Allah SWT. Biah berbeza.

Dulu di USIM, aku tak pernah jumpa orang free hair. Kini aku jumpa ramai orang free hair.

Dulu di USIM, orang2nya berlumba-lumba mengejar ilmu. Program ilmiah sana sini. Siap ajak. Forward2 mesej lagi. Tapi kini kita bagaikan orang asing di tempat baru. Mencari yang sefikrah dengan kita. Yang mengambil agama secara syumuliah (keseluruhan). Merindui sangat2 zaman belajar. Mengajak kita ke arah kebaikan.

Dulu di USIM, aku punya sahabat sefikrah. Solat jemaah sama - sama. Pergi kampus sama - sama. Sedih sama - sama. Bahagia sama - sama. Tapi sekarang, susah untuk mencari sahabat seperti itu di tempat baru. Perlukan masa untuk mengenali satu sama lain.

Dulu di USIM, aku punya sahabat merempit sama - sama. Lepak sama - sama. Baik melepak di tempat - tempat tebaran sayap para malaikat (baca: majlis ilmu) atau di tempat - tempat 'berjalan, melihat, mentafsir' (baca: tempat2 yg kte boleh memuji kebesaran Allah). Kini, susah nak jumpa. Mereka ibarat mutiara bagiku.

Sungguh, aku rindu saat bersama sahabat - sahabat tercinta. Walau mereka jauh di mata, mereka dihatiku sentiasa. Moga Allah permudahkan urusan kalian walau di mana berada dan menjaga hati - hati kita supaya sentiasa sarat mengingatiNya.

Antum fi qalbi (^_~)




21 January, 2012

Rindunya mereka

Alhamdulillah. Dah habis mengharungi pelayaran paper finalku di bumi USIM. Rasa rindu tetiba. Rindu kt kerusi meja exam. Stadium tempat aku exam selama 4 tahun. Rindu kawan - kawan sekelas. Rindu kawan - kawan serumah. Rindu kawan - kawan seperjuangan. Semua tu akan jadi kenangan lepas ni. Tak sanggupnya nak lepaskan semua kenangan tu T_T

Hadiah termahal buatku adalah menerima tarbiah di bumi Usim. Punya kawan yang memahami, sanggup membantu. Ketawa sama - sama. Sedih sama - sama. Ada yang mengingatkan. Ada yang pernah "berperang". Dah mula terbit perasaan sayu. Bakal berpisah dengan mereka yang pernah menghulurkan kasih pada diri ini. Tak sanggupnya....=(

Dan sekarang...

Aku dah mula rasa rindukan kampung halaman. Rindu nak bertemu umi dan abi. Rindukan adik - adik kesayangan. Rindu ayam belakang umah yang suka memekak tu. Rindu kat durian yang abi salu bawa balik dari kebun. Rindu ni. Rasa macam putus cinta kejap.

Teramatlah rindu!~

Sabar..sabar..minggu depan dah nak balik. 

Tapi lamanya nak sampai minggu depan T_T


usrati kabirah


Rindu sangat ni. Nak kuar jalan - jalan ngan adik yang banyak cakap.

"Along, bila kita nak keluar jalan - jalan ni?"

"Along selalu balik masak sedap - sedap. Along masak ape hari ni?"

"Along, nanti belikanlah hannan punya buku. Dah habis. Ummi bukan nak belikan pun"

Huhu. Aku semakin rindu dengan celoteh adik - adikku. Tak terkata dah. 

Kalau dengan ummi pulak..

"Alhamdulillah, anak ummi balik. Kurang beban ummi hari ini. Ada jugaklah orang nak tengok - tengokkan adik masa ummi takde nanti".

"Nanti along tolong buatkan 1 artikel untuk ummi ye. Ummi kene hantar dah esok. Along je boleh tolong ummi skang ni. Ummi x sempat nak buat".

Ok. Semakin menyayat hati. Ya. Memang aku sedang melayang perasaan rinduku. Lebih baik merindui yang halalkan ?

Aku tahu tugas anak sulung ni berat. Galas tanggungjawab kedua selepas ayah. Kalau ummi n abi takde, aku la ummi. Aku la abi.  Aku la yang akan jaga adik - adik. Pastikan mereka makan, solat, tido. Siapkan alatan sekolah, pakaian. Ya. Aku galas tanggungjawab mereka yang aku sayang. 

Bila nak kuor outing dengan kawan, kene pastikan adik - adik dah mandi. Makanan dah dimasak. Pakaian dah disidai. Cuci apa yang patut. Pastu baru boleh jumpe kawan. Sebab aku rasa itu tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Kalau bukan aku, siapa yang nak buat? Bibik? Aku takde bibik kat rumah. Aku bahagia dengan apa yang aku buat. Aku bahagia ada mereka disisiku. Mungkin itulah kebahagiaan sebenar yang aku kecapi. Tak perlu rumah yang terlalu mewah untuk menginap. Tak perlu juga makanan yang entah siapa yang memasaknya. Cukupla aku sebagai pemudah cara. Menjadi salah seorang pendidik buat keluarga. Bakti itu bukan hanya kepada khidmat. Tetapi juga tarbiah!

"Along, tolong tengokkan pelajaran adik - adik". Kata ummi.

"Hannan, Iffah, Raudhah! Cepat amik buku. Along nak tengok keje sekolah!" Bertempik aku macam guna speaker surau. 

"Along janji nak bagi hadiah kalau Hannan dapat no 1!" Ngomel Hannan.

"Aahla. Along dah janji. Nak aiskrim". Menyampuk Raudhah sambil buat muka comel.

Kenangan. Nostalgia. Memori. Sememangnya tak mampu dipisahkan atas dasar kasih sayang yang terbina. 

"Along janji! Tapi kenela belajar rajin - rajin. Jangan malas - malas pergi tahfiz."


"Adik pergi solat cepat! Tengok dah pukul berapa tu? Nanti report kat ustazah adik malas semayang!"

Aku sememangnya dah terkenal dengan kegarangan seorang "Kak Long". Tegas. Tapi dalam hati ada taman. 

Pentarbiahan keluarga memang sangat penting. Bukan hanya diri kita sahaja perlu kepada tarbiah. Tetapi orang sekeliling kita juga perlu untuk ditarbiah. Kita bukan nak masuk syurga sorang - sorang kan? Mesti nak bawa keluarga bersama. 

Melihat dari mata yang kasar, sememangnya ummi dan abi dah menjalankan tanggungjawab sebagai pentarbiah yang hebat. Dulu, penah dalam hati nak ke MRSM. Siap isi borang lagi. Tapi abi tak bagi. Abi nak anak - anaknya semua dapat pendidikan agama. Baginya, penerapan agama tu sangat - sangat penting sebelum menjadi dewasa. Sebab tu kami dihantar ke SMKA, Maktab Mahmud dan Sekolah Tahfiz. Tiada lagi adikku yang bersekolah sains atau MRSM. Mungkin ramai fikir, abi nak anaknya jadi ustaz dan ustazah. Abi nak kami faham agama. Kami kenal Allah. Dapat bezakan yang baik dan buruk. Abi tak pernah halang anaknya nak ambil jurusan apepun. Tapi, yang penting mesti masuk sekolah agama. Tak kesah apa jenis sekolah pun. Sanggup bayar mahal untuk sekolah swasta adikku yang lelaki. Janji mereka dapat ilmu dunia akhirat.

Sesibuk mana pun, abi tak pernah lupa soal tarbiah. Bangga punya abi sebegini!


Hebatkan Allah kirim mereka buatku? Menjadi seorang ayah, seorang ibu, pendidik, pejuang Islam. Tapi semua tu tak pernah mengurangkan sedikit pun kasih sayang buat kami adik beradik. T_T

Ya benar! Tarbiah itu bermula dari rumah. Saat kita berada dalam kandungan ibu sehinggalah kita menjadi dewasa. Tidak ada kita tanpa mereka. Air tangan ibu mampu melembutkan hati kita. Mendengar kata. Menjadi anak soleh solehah. Sejuk perut ibu kalau tengok anaknya berjaya. Jadi orang berguna pada agama dan negara. Siapa tak nak? 

Anak ibarat kain putih. Bersih. Tiada dosa. Ibu bapa merekalah yang mencorakkannya. 

Jom jadi anak soleh solehah ye. Selagi mana kita ada mak ayah, jagalah mereka sebaiknya. Aku pernah berazam walau sesibuk mana aku sekalipun, walau hanya pulang 2 hari, aku akan manfaatkan yang terbaik buat keluarga. Biar penat. Asal dapat lihat mereka gembira. Indahkan perasaan tu? Tak tergambar. Mereka anugerah yang sangat bernilai yang dipinjamkan oleh Dia.

Ok. Aku semakin sebak T_T

_________________________________________________________________

Masa dapat tau mungkin akan dapat berpraktikal di Johor, tiada perasaan. Cecepat call ummi. 

"Ummi, along mungkin akan berpraktikal di Johor. Paklang dah confirmkan tempat".

"Takpela kalau along dapat kat situ. Nak buat macam mana. Mungkin itu yang terbaik. Along akan merantau lagi pasni."

Ada nada sedih pada suara itu.

Ya. Aku merasai kesedihan itu. Oh Tuhan, adakah ini pilihanku yang terbaik?

Aku masih berharap untuk pulang ke kampung halaman. Masih ada peluangkah untukku berbakti kepada mereka? Diam. Mengharap.


Ummi sentiasa mendoakan anak - anaknya


Selang seminggu..

"Ummi, along dapat offer interview kat Perai"

"Oh yeke? Bagusla. Bila nak balik?"

Gembiranya pengarang jantung ini! Anaknya akan pulang tinggal bersamanya. 

"Baru interview la. Belum tentu dapat lagi".

"Along usaha la dulu. Ada la rezeki kat mana - mana".

Senyum. Membuak - buak perasaan. 

Ada support dari ummi. Doakan anakmu ini ye walau dimana berada. Dimana bumi dipijak, disitu Islam dijunjung. Along takkan lupe semua tu.

Aku percaya Allah akan jaga mereka untuk aku. Tunggu ye. Along akan balik juga. Rindu sangat. Tapi aku malu nak tunjuk perasaan ni!~

Ya. Aku memang pemalu. Terimalah hakikat =p

p/s: nak tido dah. sebak den dibueknye. 

Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil lagi. 

Ameen.

Abi n Hannan (adik bongsuku). Sama - sama buat gaya serupa. Bapak borek, anak rintik!~










13 January, 2012

Kau punya Dia

Salam.

Buat jiwa - jiwa yang gelisah, resah dan tidak tentu arah..

Carilah DIA di segenap sudut. Walau segalanya terasa pahit. Sakit. Jiwa kacau. Berusahalah mencariNya. Dia ada untuk kita di mana sahaja.

Al - Quran, penenang jiwa, pengubat duka.

Boleh layari video ini. Kata - katanya manis sekali. Mungkin bisa menjatuhkan egomu duhai si pengembala dosa ------> Motivasi Al-Quran


Sekiranya kita menghadapi kesusahan, kesukaran, kekecewaan.

Cepat - cepatlah istighfar.

Dia sedang mengajarmu di kala ujian melanda.

Dia sedang bersamamu dan kau tidak keseorangan.

Dia ada. Kau tak nampak. Tapi kau akan dapat rasa.


Betul. Aku tak tipu.

Carilah Dia. Cepat cari. Ngadu padaNya.

Kerana Dia lebih berhak untuk kau adukan masalahmu berbanding manusia.

Manusia sememangnya ada untuk mendengar.

Tapi alangkah baiknya sekiranya kau ceritakan buat yang Maha Mendengar.

Dia lebih mengerti kegusaranmu sekarang.


Biar air mata kau mencurah - curah.

Biar egomu tatkala ini lemah.

Asal kau masih punya Dia.


Kau tak pernah keseorangan.

Kerana apa?

Kerana Dia sentiasa ada saat kau lupa. Alpa. Fanatik dengan dunia.

Kau buang Dia atas keseronokan dunia yang kau miliki.

Kau buang Dia ketika kejayaan kau kecapi.

Kau lupa Dia saat kau punya pangkat yang tinggi.


Saat ini kau rasa dosamu menggunung tinggi.

Ingatlah!

Tinggi lagi rahmatNya mengatasi kemurkaan.


Saat ini kau punya Dia sahaja

Bentangkanlah sejadahmu

Sujudlah menghadap Dia yang Satu

Pohonlah maghrifah di setiap doamu

Dia ada bersama kamu

Duhai Si Pengembala Dosa yang lalu





Oh Tuhan

Sudilah terima taubatku

Merintih memohon keampunan

PadaNya ku persembahkan

Selautan doa ku harapkan

Agar Kau masih bersama denganku

Hingga akhir waktu



Duduk keseorangan, mencari ketenangan

Siapakah yang layak meminjamkan ketenangan ini

Kalau bukan Dia yang kau akui cintaNya

Ar - Rahman, Ar - Rahim


Saat kau rindukan kata - kataNya

Selaklah helaian surat cinta dariNya

Terkandung 1001 hikmah tersirat

Yang bisa mengubat dukamu

Malah menenangkan jiwamu


Biarlah saat ini kau tidak punya siapa - siapa

Asalkan kau masih ada Dia yang setia

Menongkah arus kehidupan yang fana

Demi mencapai kehidupan yang sejahtera


Mungkin dulu kau hilang pedoman

Terlalu asyik mencari dunia

Sehingga lupa pada Si Dia

Tuan empunya kehidupan


Ampunkan aku andai aku tersilap bicara, tersalah kata, terulit dosa. Tiada yang lebih hebat daripada Dia. Kerana Dia lah kita menjadi hebat pada hari ini. Dan kerana Dia lah kita masih hidup sekali lagi.

Andai coretan ini masih belum mampu mendamaikan jiwamu, ambillah sedikit petua ini. Mungkin tidak seberapa. Tapi memadai andai kau berusaha.

Jika kau rasa hatimu tidak tenang. Ambil Al - Quran. Bacalah!

Jika hatimu masih berkeras. Putarlah ayatNya di radio, internet, dan mana - mana teknologi.

Bukalah Surat Cinta DariNya. Setiap ayat itu kau bacalah terjemahannya.

Mudah untuk kau fahami. Setiap patah yang terhimpun dalam satu surah.

Bacalah dan hayatilah. Sehingga mampu kau leburkan egomu.

Kelak kau akan rasa bahawa Allah sedang berdialog denganmu.

Mengertilah. Setiap kata - kata dariNya punya makna yang tersendiri yang harus kita singkapi.

Berusahalah mencari Dia bukan hanya saat kau susah. Lelah menjalani hidup.

Tapi carilah Dia di segenap waktu yang kau miliki. Baik di atas kenderaan mahupun sedang makan.

Moga usahamu yang sedikit itu mampu menatijahkan keinsafan di jiwa.

Teruskanlah langkahmu. Kerana kau tidak pernah berseorangan.

Durratul Akhyar,
Baiti Jannati Nilai,
13 Januari 2012
2.58am







11 January, 2012

Doakan

Salam.

Disebabkan dah 'terlalu banyak' membaca, jadi saja gatai tangan nak update blog!~

Berdebar..macam tak penah exam. Padahal dah 5 tahun exam kat Usim ni.

Tolong doakan ye.

Orang lain dah tinggal 1 paper je lagi, aku baru first paper. Untungkan aku? Sebab minggu depan 4 papers straight! Oh Tahniah untuk aku!





Ok. Sudahla. Entry ni just nak mintak doa dari semua je. Doakan yang terbaik je tau. InsyaAllah akan ku doakan kembali buat kalian. Ameen Ya Rabb

Jom kita berusaha!~

Najah fi dunia wal akhirah..(^_~)

03 January, 2012

Redha Dengan KetentuanNya

Salam sume.

Alhamdulillah hari ini kita masih dihidupkan di dunia fana. 

Penah seorang sahabat pesan,

Bersyukurlah kerana dihidupkan sehari lagi untuk melunaskan hutang - hutang dosa pada Dia

Totally agree dengan statement dia. Buat aku terpikir jauh. Banyak ye dosa yg aku buat. Yang sedar tu memang perasan la. Yang tak sedar? Wallahua'lam. Moga Allah ampunkan segala dosa - dosaku baik dalam keadaan sedar atau tidak. 

Sekarang dah tahun baru. Macam - macam berlaku. Dan aku semakin matang menilai keadaan sekeliling. Alhamdulillah tahun ni dah masuk umur 23 tahun. Tahun baru ni dah kene planning untuk masa depan. Apa yang nak dicapai. Apa yang nak dihindarkan. Semua orang kene ada target hidup. Kalau tak, kita jadila macam  orang yang ditiup lalang. Ikut je arus. Jadila apa nak jadi pun. Dan kita mesti ingat setiap perancangan yang kita buat, ada Perancang yang LEBIH HEBAT, Allah SWT. Kita kene redha atas apa yang berlaku. Barulah kita mencapai salah satu rukun iman, percaya kepada qada' dan qadar.

Bercakap tentang redha, hari ni saja nak tulih tentang kisah hidup. Yelah. Masing - masing ada ujian yang Allah bagi kn? 


Ada seorang manusia ni. Dia yang Allah hantarkan ni baik sangat. Tak perlu tanya sapa dia. Kepercayaan aku tinggi untuknya.

Tapi masalahnya, setiap kali ibadah ku terganggu. Baik solat atau baca quran. Saat aku mahu berdating dengan Dia, pasti wajah dia akan muncul. Apela syaitan ni. Menyucuk - nyucuk aku. Sakit tau nak hilang. Syuhh. Pergi jauh perasaan. Kau menganggu ibadahku. Baru nak cari khusyuk, ada je yang masuk jarum. Puas aku merintih seorang diri. Berusaha untuk membuang perasaan. Pergi ke masjid. Dekatkan diri dengan sahabat - sahabat. Usaha dan terus berusaha.

Dan akhirnya...

Takdir memberitahu sesuatu. Hoho. Aku dah kering air mata. Kelu. Gamam. Bisu. Mungkin itu yang terbaik boleh diklasifikasikan saat itu. Saat menulis ni pun, takde air mata dah nak turun coz dah redha dengan ketentuan Allah.

Terluka memang sakit. Pedihnya hanya Tuhan yang tahu. Tambah - tambah aku sangat pantang orang tipu aku. Huhu. Tapi takpe. Tidak sedikit pun ku pinta untuk dibalas. Malah mensyukuri ujian yang datang menimpa. Alhamdulillah, dengan sekejap cuma hatiku cepat dirawat. Terus kembali mengabdikan diri kepadaNya. Menyelusuri setiap bait - bait kalamNya. Indah sekali ujian ini. Istighfar akan dosa - dosa yang telah dilakukan. Adalah lebih baik ditimpa lebih banyak ujian supaya aku tidak jauh denganNya. Bersyukur sangat. 

Dan apa yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan, disebabkan oleh perbuatan kamu dan Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa - dosa kamu. (Surah Asy-Syu'arak; ayat 30)

Kesalahan terjadi supaya kita dapat renungkan hikmahnya dan mohon kesabaran diberikan oleh Allah bagi menghadapi pelbagai ujian dan cabaran. (Hadis direkodkan oleh al-Bazar)

Dan untuk si dia, aku ucapkan terima kasih kerana kau hadir sebagai wasilah yang Allah hantarkan kepadaku. Berbahagialah dengan kehidupan yang Allah telah beri. Dan aku pasti kebahagiaan jua akan ku miliki kelak. 

Kalau kita meletakkan redha Allah sebagai matlamat, insyaAllah segala kepayahan yang kita lalui itu akan dipermudahkan olehNya dan ada hikmahNya. Hikmah tu kita kene cari. Alhamdulillah. Aku sudah menemui hikmah atas apa yang berlaku. Hidayah itu milik Allah dan kita kene sentiasa mencari hidayahNya. Sebab Allah hanya bagi kat orang yang berusaha saja. Dan jangan sesekali bertangguh untuk bertaubat. Takut kita jadi senang dan redha dengan dosa yang kita buat.






Ok. Untuk tahun baru ini aku akan jadi orang yang baru. Lebih baik dari tahun - tahun sebelum ini. Doakan moga aku kuat dalam mujahadah dan istiqamah dalam amalan. Dhuha yok! Salah satu tanda untuk kita bersyukur (^_~)


Apabila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, Yang Maha Mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakitnya hatimu, membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu..pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi ketahuilah. Itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu bahawa hati yang begini selalunya lebih lunak, mudah untuk dekat & akrab padaNya.