07 March, 2008

Mencintai dan Dicintai Allah

Siapakah orang yang dicintai Allah?

Alangkah indahnya apabila cinta kita berbalas!! Siapakah orang – orang yang dibalas cintanya oleh Allah? Allah S.W.T. berfirman di dalam surah Al- Ma’idah ayat 54 yang bermaksud : “Maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai Allah.”

Berdasarkan ulama tafsir, mereka yang dicintai Allah ialah :

1. Attawabun ( orang – orang yang bertaubat )

2. Al – Mutathahhirin ( suka bersuci )

3. Al – Muttaqun ( bertaqwa )

4. Al – Muhsinun ( suka berbuat baik )

5. Shabirun ( bersabar )

6. Al – Mutawakkiliun ( bertawakal kepada Allah )

7. Al – Muqsithun ( berbuat adil )

8. Orang – orang yang berperang di jalan Allah dalam satu barisan seakan – akan mereka satu bangunan yang kukuh

9. Orang yang berkasih – sayang, lembut kepada orang Mukmin

10. Orang yang menampakkan izzah kehormatan diri kaum Muslimin di hadapan orang – orang kafir

11. Orang yang berjihad ( bersungguh – sungguh ) di jalan Allah

12. Orang yang tidak takut dicela manusia kerana beramal dengan sunnah

13. Orang yang berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadah sunnah setelah menyelesaikan ibadah wajib


Bagaimanakah Untuk Mendapat Cinta Allah?

Cinta Allah kepada hambaNya tidak bertepi dan bersifat abadi tetapi cinta Allah perlu direbut dan diusahakan.

Berikut adalah beberapa cara untuk kita merebut cinta Allah :

1. Membaca Al – Quran dengan memikirkan dan memahami maksudnya

2. Berusaha mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dengan ibadah sunnah setelah menyelesaikan ibadah yang wajib

3. Selalu mengingati Allah S.W.T. baik dengan lisan, hati mahupun dengan anggota badan dalam setiap keadaan.

4. Memahami dan mendalami dengan hati tentang nama – nama dan sifat – sifat Allah; melihat kebaikan dan nikmatNya baik yang lahir mahupun yang batin

5. Merasakan kehinaan dan kerendahan hati di hadapan Allah

6. Beribadah kepada Allah pada waktu sepertiga malam terakhir ( di saat Allah turun ke langit dunia ) untuk bermunajat kepadaNya, membaca al – Quran, merenung dengan hati serta mempelajari adab dalam beribadah di hadapan Allah kemudian ditutup dengan istighfar dan taubat

7. Duduk dengan orang – orang yang memiliki kecintaan yang tulus kepada Allah dari para ulama dan daie, mendengarkan dan mengambil nasihat mereka serta tidak berbicara kecuali pembicaraan yang baik

8. Menjauhi atau menghilangkan hal – hal yang menghalangi hati daripada mengingati Allah S.W.T.

0 comments:

Post a Comment