Alhamdulillah, pada 31 Ogos 2010 yang lepas, kami (muazzah, fisha, syaima', k.ain termasuk diriku) telah menjelajah ke IP Minda. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana pihak IP Minda sudi menerima kedatangan kami. Syukran 'ala kulli hal terutamanya kepada Ust Syaari &zaujahnya, K.Nurul serta Ust Zool Amali yang sudi untuk berkongsi pengalaman berada di IP Minda. Tujuan kami ke sana bukan semata - mata untuk berkongsi pengalaman bahkan untuk memenuhi kriteria projek yang telah buat di bawah subjek Human Capital Development. Syukurku panjatkan kerana Allah mempermudahkan segala urusan kami sejak awal projek sehinggalah selesainya sesi temu ramah. Terima kasih buat teman - teman teristimewa (Azah, K.ain, Maq & Pisha) kerana saling bekerjasama dan memerlukan antara satu sama lain. Semoga apa yang kita lakukan ini ada ganjarannya di sisi Allah. InsyaAllah!
Kami tiba di IP Minda hampir jam 6.30 petang. Tanpa berbekalkan makanan untuk berbuka, terus kami ke pejabat memandangkan 'tuan rumah' sudah lama menunggu kami. Asif jiddan. Kami sempat pulak nak sesat. Alhamdulillah, hasil bantuan Ust Syaari dan Ust Zool Amali, kami tiba juga di pejabat IP Minda yang betul - betul berhadapan dengan Patung Besar (Tokong) Hindu di Batu Caves. Kelakarnya, sempat kami bergurau dengan Syaima' untuk tinggalkan dia di situ memandangkan dia seolah - olah teruja dengan patung besar tu. Hehe. (jangan marah ye maq~)
Sesi perkenalan bermula di antara pihak IP Minda dan wakil dari USIM. Ana sebagai ketua rombongan (secara tiba2 dilantik sbb ana yang incharge pertemuan dengan IP Minda) memberi sepatah dua kata mengenai tujuan kami ke sana. Seterusnya, Ust Syaari membuat sedikit review mengenai IP Minda. Sangat menarik! Otakku mula berlegar - legar soalan - soalan yang ingin ditanya. Terasa bagaikan bukan untuk menyelesaikan projek, tetapi ingin tahu yang tinggi serta minat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Al-Fateh Values!
Tinggal beberapa minit sahaja lagi untuk berbuka puasa, kami masih belum membeli apa - apa makanan. Sebelum kami ke sana, ust sudah memaklumkan bahawa mereka tidak dapat menyediakan makanan untuk iftar kami. Ya! Sudah kami maklum! Kami sudah plan untuk mencuri masa sewaktu review IP Minda untuk membeli sedikit makanan sebagai alas perut. Ta'ajub sekali! Ust Syaari menempahkan makanan kepada kami berlima. 'Azim! Tiada yang lebih layak dipuji melainkan Engkau kerana memberikan rezeki di saat kami kesempitan. Malu, segan, semua ada~ Kami tidak mampu untuk membalas layanan baik pihak IP Minda kepada kami. Hanya mampu kami titipkan secebis doa buat kalian semoga Allah melimpahkan rezeki dan mempermudahkan segala urusan kalian dalam membina ummah. InsyaAllah, Allah akan melipatgandakan pahala kalian di bulan Ramadhan ini.
Usai ifthor dan solat maghrib, kami meneruskan sesi temu ramah. Syukran atas pengorbanan K.Nurul walaupun beliau ada exam esok, masih lagi sudi untuk berjumpa kami. Terima kasih x terhingga!
Antara soalan yang telah kami kemukakan
- Latar belakang, misi dan visi (Apakah istimewanya IP Minda - Al-Fateh Values)
- Apakah pendekatan @ method dakwah yang digunakan oleh seorang manager kepada pekerjanya dalam membina EQ, IQ dan SQ
- Apakah persediaan seorang motivator @ staff sebelum menghadapi masyarakat / mad'u
- Bagaimana untuk membangunkan generasi modal insan yang diwar - warkan oleh kerajaan
dan sebagainya..
Ust Syaari dan K.nurul bersedia berkongsi pendapat |
Kami khusyuk menyalin data |
Setiap soalan dijawab oleh Ust Syaari dan zaujahnya. Setiap jawapan yang dikeluarkan oleh ust menyebabkan kami sangat teruja. MasyaAllah, hebatnya tarbiah mereka! Sangat teruja apabila ust menjawap soalanku mengenai bagaiman cara @ method dakwah yang digunakan oleh seorang majikan kepada pekerjanya. Subhanallah! Apa yang diceritakan oleh Ust Syaari menyebabkan kami seolah - olah turut bekerja dengan mereka. Alhamdulillah. Diskusi yang sangat hebat. Cukup indah aturan Allah. Walau jauh kami datang, manfaat yang kami kutip itu terlalu banyak. Sedar tak sedar, jam sudah menunjukkan hampir jam 11 malam. Kami harus segera pulang ke Nilai memandangkan ada di antara kami yang tinggal di asrama dan perlu berada sebelum jam 12. Ingin sekali kami untuk menyambung diskusi tetapi melihatkan keletihan yang terpancar dari raut wajah Ust Syaari dan zaujahnya, kami memohon izin untuk menamatkan secepat mungkin. Allahu Akbar! Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk berjumpa dengan orang - orang hebat ini. Kata - kata semangat yang diberikan masih lagi terpahat dalam hati. InsyaAllah. Perjuangan kita bukan hanya setakat ini (^_~)
Terima kasih x terhingga buat sahabat kesayangan, Muazzah sebab sudi membawa kami (jadi drebar) sehingga ke Batu Caves. Moga penat lelah beliau sehari suntuk bekerja kemudian terus menyiapkan projek sentiasa ada nilaiannya disisi Allah. Jangan patah semangat ye sahabat! Kamu hebat sekali!
Jazakumullahu khairan jaza' buat semua yang membantu secara sengaja atau tidak walau hanya mengirimkan secebis doa. Kami harapkan supaya projek kami ini akan berjaya. Sekarang, dalam proses untuk membuat analisis soalan dan presentation. InsyaAllah, tarikh penghantaran projek adalah pada 27 September. Mohon doa kalian semoga urusan kami dipermudahkan. Seterusnya, kami akan mula exam pada 29 September untuk subjek Human Capital Development. Juga mohon doanye ye! Sengajaku tinggalkan kenangan ini di dalam blog kerana sepanjang perjalanan kami, ada tarbiah di dalamnya. Allahu Akbar! Syukran Ya Allah (^_~)
K.nurul mewakili IP Minda menyerahkan kad raya kpd kami
Sedikit cenderahati (kuih raya) kpd IP Minda
Bergambar sebelum pulang ke kampus
Jemput ziarah Web IP Minda
Bak kata Muazzah, Muslimat Power!~
0 comments:
Post a Comment