24 October, 2010

Mohon doa untukku

Sudah sekian lama aku tidak menulis. 

Bukan atas alasan keterbatasan waktu. 

Tetapi aku 'kehilangan' diriku buat seketika. 

Puas aku mencari diriku. Solatku hilang serinya. 

Zikirku dalam lalai. 

'Dating' malamku juga hilang ruh keinsafan. 

Apakah dosaku terlalu menggunung tinggi sehinggakan hatiku tidak mampu lagi merasa zouq akan keindahan bersamaNya? 

Allah..

sekian lama aku mencari diriku yang hina lagi dina. 

Aku penuh dengan dosa. 

Apakah aku telah dipaling? 

Puas aku cuba mengubati hatiku. 

Aku cuba perbaiki segalanya. 

Tetapi aku tewas. 

Aku masih kalah dengan syaitan durjana. 

Aku juga kalah dengan nafsuku. 

Masakan orang lain melihat aku insan normal. 

Tidak..! 

Aku bukan yang itu! 

Aku abnormal sekarang! 

Lahiriah aku tidak betul. 
 
Aku takut..

Takut andai tiada masa untukku bertaubat. 

Aku takut andai akulah punca segala fitnah yang terjadi. 

Aku takut diriku semakin jauh dari Tuhan. 

Aku cuba mengawal segalanya. 

Mengawal fikiran juga. 

Menyeimbangkan akal dan nafsu dan pastinya aku cuba meletakkan akal mengatasi sang nafsu. 

Tetapi terkadang aku tewas. 

Memang benarlah semakin tinggi ilmu yang kita miliki, semakin tinggi juga nafsu yang mengikuti. 

Aku takut Ya Allah.

Andai keputusanku ini mungkin baik bagiku tapi buruk bagiMu. 

Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ia baik bagimu.  Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui (Al-Baqarah ; 216)

Tuntunilah aku Ya Allah. 

Aku insan hina. 

Aku insan dina. 

Aku memerlukan maghfirahMu. 

Hadirkanlah rasa cinta sedalam-dalamnya buatku. 








--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Suatu kejadian telah berlaku. Dan hari ini aku sangat2 terkejut! Tak sangka! Lantas air mata mengalir di pipi. Khabar dari sahabat sekuliah aku itu menyebabkan aku sebak. Apakah ini percaturan Allah yang terbaik buatku? Apakah ini suatu solusi untuk menghapus dosa – dosaku yang menggunung tinggi itu? Allah..tiada daya dan upaya melainkan Engkau. Jika ini juga adalah proses tarbiah, bukan hanya dia yang ditarbiah, tetapi tarbiahkan juga diriku. Semakin bertambah berat bebanan yang akan dipikul. Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan keluar. Permudahkanlah urusanku. Tanggungjawab ini sangatlah besar bagiku kerana aku belum pernah merasainya sebelum ini. Bantulah hambaMu yang lemah ini..

Langkah demi langkah, usiaku semakin bertambah..

Apakah amalku juga bertambah?


Aku terfikir beberapa kali..merenung diri yang semakin jauh ini..kalau bukan sekarang, bila lagi? kalau bukan aku, siapa lagi?



Thanks a lot to my friend, atas kata - katanya yang masih tersemat di hati..


Think it positively, then Allah will be with u to face it. Put ur trust in Him. I know u can do it

Mohon doa untukku dalam setiap langkahku agar aku bisa kuat seperti sedia kala

1 comments:

رمله افيقه said...

salam.

kak saadah.
moga2x kak saadah tetap kuat menghadapi duri2x dan ujian kehidupan didunia ini. insyaAllah :)

-afiqah-

Post a Comment