Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai suatu perkara yang patut dititik beratkan terutama pada golongan remaja..
ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA..
niat anda memang untuk berkahwin dengan 'si dia' demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.
ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA..
niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaaan semata-mata.
ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA..
sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang membawa kepada 'muqadimah' zina.
ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA..
masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan, menyentuh dan..dot..dot.
ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA..
sudah 'lepas' ilmu fardhu Ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda..atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.
ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA..
masih kandas ilmu fardhu Ain..mengaji al-Quran pun lintang -pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran..atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..
ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA..
sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam erti kata yang sebenar.
ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA..
mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat jarang-jarang, puasa kadang-kadang..aduhai!!
fikirlah dulu sebelum anda membuat sebarang keputusan. Semuanya terletak di tangan anda kerana andalah yang menentukan masa depan anda sendiri.
'SEORANG YANG SEDANG BERCINTA ADALAH SEPERTI PEMBURU, JIKA YANG DIBURUNYA MUDAH DIPEROLEHI, MAKA DIA TIDAK AKAN MEMPEDULIKAN HASIL BURUANNYA LAGI'
sumber dari buku 'Tentang Cinta' oleh Pahrol Mohd Juoi
0 comments:
Post a Comment