18 May, 2010

Tawakal Itu Indah

Bismillahirrahmanirrahim...


Sudah lama tidak mencoret walau sekelumit kata. Sungguh, si tuan blog ini sangat merindukan untuk menyatakan sesuatu tapi apakan daya seringkali berada di luar maya. Mahu saja menyuruh pakar it membuat sesuatu idea baru supaya tidak perlu lagi menulis, hanya sekadar detection daripada apa yang diperkatakan dan terus publish dalam blog. Itu yang diimpikan sejak dulu. Nampaknya macam mencabar pakar it ni. Lagipun untuk kemaslahatan jugakan? hehe~


Sekadar ingin berkongsikan sesuatu. Mari kita lihat ayat ini..

Apabila engkau telah berazam maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
(Ali Imran : 159)

Ayat ini seringkali meniti di bibir. Kadang - kadang tanpa disuruh, rupanya sedang melafazkan ayat ini berulang kali. Paling terkesan apabila suatu malam, diulang - ulang ayat ini. Ya! Aku faham! Allah sedang mengingatkan aku yang lalai! Usai solat berjemaah, tiba - tiba terdengar seorang sahabat melafazkan ayat yang sama sewaktu dia mentadabbur Al - Quran. Allahu Akbar! Terasa sebak di jiwa. Fikir dan zikir.


Alhamdulillah, sudah hampir sebulan melepasi fatrah imtihan dan semua pelajar ada yang sudah kembali ke kampung halaman meneruskan agenda masing - masing dan ada juga yang masih berada di bumi Nilai. Walau dimana pun anda berada, tegakkanlah Islam . Fatrah imtihan dahulunya membuatkan kita semakin dekat pada Allah. Kita punya Dia setiap waktu. Setiap kesusahan dan kesenangan yang kita hadapi, Dialah tempat mengadu. Kita sudah berjuang sehingga ke titisan pena yang terakhir tapi adakah perjuangan kita sehingga itu sahaja. Nah! Inilah ayat yang ingin dikongsikan. Bab tawakal kadang - kadang kita sebagaimana insan ini seringkali terlupa.


Faiza 'azamta fatawakkal 'ala Allah. Innallaha yuhibbul mutawakkilin..


Allah mencintai orang yang bertawakkal. Maka, usaha kita bukan sahaja di medan peperiksaan bahkan juga sejak mula lagi dan selepas itu. Usai peperiksaan, kita tambahkan lagi doa dan tawakal kita kepada Allah. Biarlah natijah apa sekalipun yang kita dapat nanti, kita redha dengan ketentuannya. Kita memohon kepada Allah supaya mengurniakan natijah yang terbaik buat diri kita. Kita sudah usaha, lepaskan segala natijah itu pada Dia. Redha. Dia lebih berhak menilai.


Ya Allah, Kau berikanlah kejayaan yang mendekatkan kami kepadaMu. Jangan Kau berikan kejayaan yang menjauhkan kami daripadaMu. Ameen.


Berbalik semula pada konsep tawakal. Seseorang yang bertawakkal kepada Allah hendaklah sedar bahawa tidak ada seorangpun yang pantas ditawakali selain Allah. Tidak akan ada satu kesulitan pun yang menimpa seorang mukmin selama dia berdoa dan bertawakal kepada Allah.


Dan bertawakkallah kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai Pelindung.
(Al-Ahzab : 3)
Di dalam ayat lain diceritakan sebagai berikut:

...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(At-Talaq:2-3)


Teringat satu peristiwa di mana Allah turunkan ujian ke atas saya dan sahabat. Pelbagai mehnah ditempuh sepanjang perjalanan kami ke destinasi yang dituju. Allah uji kami erti kesabaran, ukhwah dan redha atas ketentuan. 'Azim! Ujian inilah tarbiyyah direct dari Allah dan kerana ujian inilah mendekatkan kita kepadaNya. Ini menyebabkan kami memerlukan Dia setiap masa. Kami berusaha dan kepada Dia jugalah kami bertawakkal. Apapun terjadi, kami redha kerana kami hanya punya Dia ketika itu. Alhamdulillah dapat mengawal keadaan tanpa rasa marah dan kami selamat tiba ke destinasi. Sewaktu perjalanan, sahabat saya ada berkata, even bonggol sekecil - kecil begini yang menyusahkan lagi melembabkan kita inipun tarbiyah. Apetah lagi tayar yang pecah. Proses tarbiyyah diperolehi sangat indah dan jangan kita lupa bahawa setiap kelemahan yang kita ada itu Allah sentiasa uji untuk lebih menguatkan kita. Ya! Tarbiyah, ujian, usaha dan tawakal itu berkaitan!

Konsep tawakal yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita;

"Ertinya : Amr bin Umayah Radhiyallahu 'anhu berkata, 'Aku bertanya, 'Wahai Rasulullah !!, Apakah aku ikat dahulu unta (tunggangan) ku lalu aku bertawakkal kepada Allah, atau aku lepaskan begitu saja lalu aku bertawakkal ? 'Beliau menjawab, 'Ikatlah kendaraan (unta) mu lalu bertawakkallah". (Musnad Asy-Syihab, Qayyidha wa Tawakkal, no. 633, 1/368)


Lakukan setiap perkara bukan hanya sekadar tawakal tetapi seiringlah dengan usaha. Usaha tanpa tawakal, anda sendiri yang binasa. Berserahlah..hanya kepada Dia tempat kita berserah (^_~)

2 comments:

Nur said...

indahnya menikmati tawakkal brsama sahabat..

rindu..

siyes ar nie.. ;P

Durratul Akhyar said...

haha..

xleh blah beb!

skang br nk rndu..time org ada..x rndu pn..men tggl2 je..hehe=p

Post a Comment